Anda di halaman 1dari 1

Adab-Adab Ziarah Kubur

1. Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah supaya insafi diri serta hulurkan sedekah bacaan Al-Quran kepada mereka yang telah mendahului kita.

2. Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada


mereka dan elakkan dari melakukan maksiat semasa di tanah perkuburan. Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:

3. Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil ( salah ). Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis: Berbicara urusan dunia. Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah

yang

dikebumikan

di

perkuburan itu.

Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan, dengan


harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya.

4. Dilarang

menyimenkan kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan

konkrit, jubin, marmar dan sebagainya. ( Kerana Tanah itu adalah Tanah Wakaf - Hak Milik Awam ) 5. Dilarang menulis di atasnya doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat alQuran di binaan sekeliling kubur.

6.

Dilarang membuat

binaan di atas

kubur

umpama

kubah, tembok

dan

sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam ( hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah ), boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan kubur.

7.

Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.

8. Tidak Bersandar Kepada Kubur keran ia menyakiti ahli kubur tersebut.

9.

Dilarang duduk di atas kubur ( duduk tepat di atas kubur ) Dibolehkan duduk di tepi kubur.

JAWATAN KUASA MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR

Anda mungkin juga menyukai