Anda di halaman 1dari 24

BIODATA

Nama : BONG KUEK PING Tingkatan: 5ICT1

SENARAI KANDUNGAN

Senarai kandungan 1.Penghargaan 2.Pendahuluan 3. Tugasan 1: Nilai berkaitan dengan Perkembangan diri 4. Tugasan 2: Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan 5. Tugasan 3: Nilai berkaitan dengan Alam sekitar 6. Tugasan 4: Nilai berkaitan dengan Patriotisme 7. Tugasan 5: Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia 8. Tugasan 6: Nilai berkaitan dengan Demokrasi 9. Tugasan 7: Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian 10. Tugasan 8: Nilai berkaitan dengan Perkembangan diri 11.Kerja Amal 12.Lampiran

Muka Surat

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhammad bin Obey. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru pendidikan moral saya iaitu Encik Gomez yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Selain itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya kerana memberikan kerjasama dalam mengumpulkan maklumat.

PENDAHULUAN

Pendidikan Moral ialah satu mata pelajaran yang formal dan tidak formal yang mengamalkan dan menghayati nilai-nilai moral yang berdasarkan agama, tradisi, kebudayaan serta dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.Dengan melalui pelajaran Pendidikan Moral ini, adalah diharapkan bahawa semua orang dapat membentuk peribadi yang sesuai dengan amalan hidup kita. Sukatan Pendidikan Moral ini mempunyai 7 bidang yang berkaitan dengan nilai perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi, keamanan dan keharmonian. Sebanyak 36 unit nilai telah ditampakkan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan lapan unit bidang dihuraikan dalam laporan. Kerja ini memberikan peluang kepada pelajar bagi menghayati serta menghasilkan situasi tentang keadaan sebenar tentang sesuatu perkara. Setiap bidang mempunyai beberapa nilai dan definisi serta contoh tertentu. Kerja kursus ini mengambil pendekatan bersepadan dengan menyapih asi dengan nilai moral yang inertia dan produktiviti antara pengajaran nilai, penjelasan nilai dan definisi.

TUGASAN 1

Bidang 1
Tajuk: Kesejahteraan Alam Tanggungjawab Bersama Nilai: Kepercayaan Kepada Tuhan
Alam semesta dicipta oleh Tuhan. Planet, bulan, bintang, dan galaksi adalah sebahagian daripada slam semesta. Hanya Tuhan yang Maha Pencipta sahaja tahu berapa banyak planet, bulan, bintang dan galaksi yang ada sekarang. Alam dijadikan oleh Tuhan untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Manusia merupakan kejadian teristimewa berbanding dengan makhluk lain yang dicipta Tuhan. Manusia hanya satu daripada jutaan jenis dan spesies makhluk hidup yang lain. Tuhan juga mengurniakan akal dan keupayaan mental yang tinggi kepada manusia berbanding makhluk lain yang hidup di bumi untuk menguasai ilmu pengetahuan. Alam ini dianugerahkan kepada manusia untuk dikongsi bersama dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan ialah makhluk ciptaan Tuhan. Terdapat berjuta-juta spesies haiwan yang wujud di dunia. Manusia bertanggungjawab menjaga semua jenis haiwan sama ada haiwan liar atau haiwan ternakan. Penjagaan haiwan mesti diutamakan kerana haiwan adalah amanah yang dipertanggungjawab kepada manusia. Kebajikan dan hak haiwan perlu dijaga kerana haiwan juga mempunyai naluri serta boleh merasakan kesakitan. Haiwan juga hidup bermasyarakat, terdapat pertalian antara ibu dan anak. Banyak spesies haiwan telah atau hampir pupus akibat perbuatan manusia seperti pembalakan, pembakaran hutan dan kegiatan ekonomi. Tuhan yang Maha kuasa juga telah mengurniakan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan menjadikan pelbagai bentuk muka bumi seperti gunung, bukti, tanah pamah, sungai dan lautan. Manusia dijadikan Tuhan untuk menjaga keunikan alam sekitar. Manusia diberi tanggungjawab untuk memakmurkan alam dan mengambil faedah daripada pembangunan. Alam sekitar ini kita pinjam daripada generasi akan datang. Justeru itu, kita mesti memastikan bahawa kita akan datang. Justeru itu, kita mesti memastikan bahawa kita akan mengembalikan semula bumi dan alam sekitar kepada mereka dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Manusia juga boleh menghayati kejadian alam yang unik dan sempurna untuk mendekatkan kepada Tuhan yang menciptanya. Tindakan kita menjaga ala mini dapat menyelamatkan dunia pada masa akan datang. Masa depan manusia dan alam sekitar yang cemerlang sebenarnya terletak pada corak kehidupan yang kita amalkan sekarang.

TUGASAN 2

Bidang 2
Tajuk:Kukuhkan Institusi Kekeluargaan Nilai: Mengekalkan tradisi kekeluargaan

Negara Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Rakyat Malaysia juga menyambut perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina , Hari Deepavali dan tidak ketinggalan pula ialah perayaan bagi kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah pesta keamatan atau boleh dipanggil sebagai Hari Gawai yang disambut setahun sekali. Erti atau makna itulah yang seharusnya dicungkil dan ditonjolkan anak-anakmuda kita ataupun generasi yang akan datang. Hal demikian supaya generasi yang akan datang akan dapat menerima, menghormati dan mengamalkan suatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan bertanggungjawab mewarisi atau mengekalkan tradisi ini. Sebagai bukti, contoh yang jelas dapat dilihat dalam tradisi kaum cina dan iban. WAlaubagaimanapun, banyak lagi contoh tradisi kekeluargaan yang diamalkan oleh kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sangat bangga sama kaum sendiri. Dalam tradisi kaum Cina, misalnya pada setiap 22 Disember, kaum Cina akan meraikan hari Tung Zhi sempena menyambut ketibaan musim sejuk dan Koo Tung. Selain itu, perayaan ini juga masih diamalkan sehingga sekarang. Kaum Cina akan berkumpul satu keluarga untuk meraikan tradisi Tung Zhi. Pada hari perayaan Tung Zhi, mereka akan memasak pelbagai jenis makanan bersama-sama. Mereka akan bersembahyang bersama-sama sebagai tanda terima kasih kepada tuhan. Kaum CIna juga membuat makanan khas untuk menunjukkan keistimewaan hari tersebut. Hal itu bermaksud tuah yang baru bakal menimpa ruah. Di samping itu, duduk di sekeliling meja ini sangat bermakna dan asangat berharga kepada masyarakat Cina. Semangat perpanduan di kalangan anggota keluarga juga terlihat dalam tradisi menyambut hari-hari perayaan masyarakat Iban. Perayaan-perayaan yang sisambut itu membolehkan setiap anggota keluarga bertemu mesra dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Salah satu daripada tradisi masyarakat Iban ialah membelah pinang semasa perkhawinan dilangsungkan tuah yang akan datang melimpah ruah.

Kesimpulannya, pengekalan tradisi dalam keluarga dapat menyediakan individu untuk menghadapi cabaran dan perubahan di luar tangga. Di samping itu, generasi yang akan datang akan lebih memahami tentang tradisi keluarga dan tradisi keluarga lain. Masyarakat yang akan datang harus mewarisi dan berpegang teguh kepada kebudayaan tersendiri.

TUGASAN 3

Bidang 3
Tajuk: Flora Fauna Anugerah Tuhan Nilai: Menyayangi Dan Menghargai Harga Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Bumi mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Bumi menampung pelbagai kehidupan yang bergantung kepada tiga unsur iaitu udara, air dan tanah terutamanya yang penting sekali ialah flora dan fauna. Hutan yang terdiri daripada flora dan fauna merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga. Hutan memang amat penting buat kita.Hutan bukan sahaja menjadi habitat haiwan malah turut menyediakan sumber makanan dan bekalan oksigen kepada haiwan dan manusia. Tanpa flora dan fauna, haiwan tidak boleh hidup berkekalan seperti haiwan burung, ikan, beruang, dan sebagainya. Hutan juga berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan. Hutan juga sumber makanan bagi penduduk yang tinggal di pedalaman. Di samping itu, hutan juga menjadi tempat penyimpan air. Fungsi air kepada hutan ialah menyiram akar tumbuhan yang terdapat dalam hutan. Selain fungsi menyimpan air,hutan juga berfungsi sebagai kegiatan ekonomi seperti balak, dammar, rotan, buluh, rempah, minyak serta pewarna yang menjadi bahan asas untuk menghasilkan pelbagai barangan. Sejak kebelakangan ini, pembalakan sudah keterlaluan menyebabkan hutan kita semakin pupus. Oleh itu, kita mestilah melarang pembalakkan yang tidak berlesen supaya tidak membalak. Sebagai manusia, kita bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar. Dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan itu, kita tidak boleh mengabaikan pengurusan kawasan hutan. Kita perlulah mewujudkan hitam simpanan tropika untuk mewujudkan binatang-binatang yang lain supaya tidak pupus. Justeru itu, generasi yang akan datang tidak akan terkejut apabila melihat binatang yang terdapat di Malaysia. Kita perlu berganding bahu untuk member kerjasama yang sepenuhnya dalam usaha menjaga khazanah hutan Negara. Sesungguhnya, kesedaran tentang kepentingan mengekalkan hutan, harus wujud dalam hari kita, demi memastikan pemuliharaan hutan dapat dijayakan.

TUGASAN 4

Bidang 4
Tajuk: Keranamu Malaysia Nilai: Sanggup berkorban untuk negara

Maksud sanggup berkorban untuk Negara boleh dikatakan sebagai kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara. Sebagai rakyat, kita perlu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan, serta kemajuan kita kecapi ini. Semua ini berkat pewira kita yang sanggup berkorban untuk Negara iaitu Leftenan Adnan Saidi yang tidak pernah luput dalam perjuangan Negara menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Beliau telah dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Walaupun tidak mendapat restu daripada ibu bapanya, semangat untuk mempertahankan tanah air telah mendorong beliau menghadiri temu duga di Port Dickson untuk menjadi tentera. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu semasa perang Dunia kedua, telah membuktikan bahawa anak watan ini sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan ibu pertiwi. Kemasukkan tentera Jepun dari utara Tanah Melayu menuju ke selatan bagi menawan singapura telah terhalang selama 48 jam dalam satu petempuran bersejarah di Pasir Panjang. Tentera Jepun yang diketuai jeneral Yamashita hanya perlu mengalahkan Briged pertama Askar Melayu. Pada 8 Ogos 1942, Tentera Jepun telah melancarkan serangan ke atas Pasir Panjang. Kapten Rex terkorban dalam serangan tersebut tetapi penuh dengan keberanian, Leftenan Adnan telah mengambil ahli tugas mempertahankan kubu tersebut sehingga ramai tentera Jepun terkorban. Mereka akhirnya terpaksa berundur ke Bukit Chandu, Singapura tetapi masih meneruskan petempuran. Walaupun dengan jumlah tentera yang sedikit berbanding tentang yang sedikit berbanding tentera Jepun, mereka mampu bertahan sehingga 48 jam. Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Leftenan Adnan dan Briged Pertama Askar Melayu yang terkorban dalam peristiwa Pasir Panjang dan Bukit Chandu, nama pejuang-pejuang ini terpahat pada Tugu Peringatan Keranji, Singapura.

TUGASAN 5

Bidang 5
Tajuk: Pengguna Bijak, Masyarakat Sejahtera Nilai: Melindungi Hak Pengguna

Kesedaran orang ramai terhada hak dan kewajibpan mereka sebagai pengguna amat penting. Kesedaran ini dapat membantu usaha-usaha pengerakan pengguna dan kerajaan dalam melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna. Sikap pengguna yang tidak mengambil berat akan hak-hak mereka dan kurang mengambil tahu tentang fungsi pertubuhan pengguna menyebabkan mereka mudah dieksploitasikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, pengguna perlu melengkapkan diri mereka dengan maklumat supaya tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga. Pengguna yang bermaklumat tidak mudah ditipu dan dapat mempertahankan hak mereka sebagai pengguna yang baik. Jika pengguna tahu tak dan tanggungjawab mereka, suasana yang harmoni, antara pengguna dan peniaga akan terjalin. Tahap kesedaran mengenai hak pengguna di kalangan rakyat negara masih rendah berbanding dengan negara maju. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang benar-benar tahu hak dan tanggungjawab mereka. Dalam hal ini, persatuan pengguna perlu memainkan peranan aktif untuk menarik lebih ramai ahli menyertai mereka supaya kuasa pengguna menjadi lebih kuat. Pendidikan kepenggunaan boleh dilakukan melalui dialog, ceramah, seminar, bengkel, forum dan perbincangan. Penubuhan kelab pengguna di sekolah merupakan salah satu cara bagi membolehkan pendidikan awal diberi kepada generasi muda. Kementerian perdagangan dalam negeri dan Hal Ehwal pengguna juga boleh mengadakan kempen-kempen besar-besaran supaya masyarakat faham mengenai sesuatu isu pengguna. Oleh itu, kita perlu bertindak selari, saling membantu dan bekerjasama supaya dapat menbentuk masyarakat pengguna yang benar-benar tahu dan tanggungjawab mereka.

TUGASAN 6

Bidang 6
Tajuk: Undang-undang Peraturan, Asas Kestabilan Negara Nilai: Mematuhi Peraturan Dan Undang-undang

Maksud mematuhi peraturan dan undang-undang boleh dikatakan sebagai menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Sebagai seorang anak atau murid harus memahami kepentingan peraturan dan undang-undang di rumah dan di sekolah. Seorang murid yang berdisiplin disanjung tinggi oleh guru dan rakannya. Ini kerana murid tersebut telah menerima asuhan yang baik. Dalam asuhan, peraturan merupakan satu factor yang penting. Peraturan bertujuan untuk membiasakan seseorang itu hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang di sekolah. Setiap keluarga mempunyai peraturan yang harus diikuti oleh setiap anggota keluarga. Peraturan yang dibuat di rumah mestilah sesuai dengan setiap anggota supaya tidak wujud perasaan yang kurang senang di kalangan anggota keluarga. Pelaksanaan peraturan kurang senang di kalangan anggota keluarga. Pelaksanaan peraturan di rumah amat penting kerana jika tiada peraturan, perlakuan dan pemikiran anak-anak mungkin menjadi tidak terkawal. Bayangkan rumah yang setiap anggotanya bebas melakukan apa sahaja tanpa terkongkong kepada sebarang peraturan. Setiap anggotanya bebas keluar masuk rumah tanpa mengira masa, tidak mengemas rumah, memakai kasut di dalam rumah akan mengakibatkan anggota tersebut kurang pendidikan moral dan malas membuat kerja di rumah. Sebagai anak, kita harus sedar bahawa ibu bapa menyayangi kita dan mahupun anak-anaknya berakhlak mulia. Peraturan yang ditetapkan ini juga membantu anak-anak untuk belajar menguruskan diri sendiri dan akhirnya menyesuaikan diri dengan pelbagai jangkaan dan harapan masyarakat.

TUGASAN 7

Bidang 7
Tajuk: Malaysia Yang Bersatu Nilai: Hidup Bersama Secara Aman
Kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi kini ialah hasil daripada komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuklah individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Sempena sambutan bulan patriotic peringkat daerah, seorang pegawai daripada Jabatan Perpaduan Negara harus memberi ceramah tentang patriotic untuk menyedarkan masyarakat setempat. Kemakmuran dan kemajuan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu padu. Di samping itu, kemakmuran dan kemajuan juga kita tidak cekapi kalau tidak ada pengorbanan Perdana Menteri Pertama kita ialah Tunku Abdul Rahman. Oleh itu, perpaduan antara kaum amat penting untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu. Janganlah kita menyentuh isu-isu yang boleh menyinggung perasaan masyarakat lain. Kita janganlah melakukan kegiatan yang boleh mengancam keamanan negara. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan diri daripada melakukan kegiatan ini. Sebagai rakyat, kita hendaklah menyokong Malaysia. Di samping itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memupuk perpaduan seperti bergoton- royong, larian sihat dan sebagainya. Melalui penglibatan masyarakat dalam aktiviti pelbagai kaum, rakyat berpeluang mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, melalui program-program Rakan Muda dan Program khidmat Negara, belia Negara dapat berinteraksi dan komunikasi dengan lebih erat, seterusnya mewujudkan persefahaman dan kerjasama di kalangan mereka. Melalui program ini juga, para belia dapat menyesuaikan diri dengan semua kaum dan dapat menjadikan para belia menjadi masyarakat penyayang. Agensi-agen bukan kerajaan (NGO) juga harus member sokongan dalam menjayakan segala dasar kerajaan. Badan-badan korporat, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan pertubuhan keagamaan perlu merancang program-program di peringkat daerah yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum. Sesungguhnya, kemakmuran dan kestabilan Negara yan wujud di Malaysia pada hari ini ialah hasil kerjasama semua kaum dan peranan yang telah dimainkan oleh pelbagai pihak.

TUGASAN 8

Bidang 8
Tajuk: Rakyat Bertolelansi Negara Harmoni Nilai: Toleransi
Hidup dalam masyarakat pelbagai kaum seperti di sesebuah negara, pasti ada keunikannya. Antara yang menarik ialah dapat hidup dalam suansana yang aman, damai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang mempunyai tahap toleransi yang tinggi. Selain itu, kaum Melayu, Cina, India mahupun peribumi sama ada Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai keunikan dan falsafah sendiri. Namun begitu , mereka sanggup tolong-menolong antara satu sama lain. Falsafah ini dapat ditunjukki melalui pantang larang, adat istiadat dan upacara ritual sebuah kaum. Sebagai contoh, Negara kita mempunyai masyarakat peribumi di Sarawak mahupun di Sabah seperti iban, bidayuh, kadazan, burat,Bisayak dan Melayu dan sebagainya.walaupun mereka mempunyai agama yang berlainan seperti Kristian dan Islam, tetapi mereka tetap bersokong pada antara satu sama lain. Namun begitu, masih ada sesetengah mempercayai kepercayaan animisme. Di samping itu , kaum semai mempercayai bahawa alam mempunyai tujuh lapisan bumi dan tujuh lapisan langit. Bagi kaum iban pula, masih ramai yang mempercayai bahawa alam dialami oleh pelbagai makluk ghaib seperti yang panggil tuhan jesus. Kaum iban mempercayai kicaun burung seperti burung ketupong san burung beragai memlambangkan tempat yang mereka alami tidak sleamat dan berhampiran dengan hantu. Bagi kaum Cina pula, sesetangah mereka masih mengamalkan kepercayaan anisme . Mereka mempercayai pada waktu malam tidak boleh mengambil pakaian daripada ampaian kerana takut roh manusia akan diambil oleh syaitan yang jahat yang berkeliaran pada waktu malam. Mereka juga mempercayai pada waktu malam tidak boleh bising dan berteriak kerana akan menghalang perjalanan syaitan yang jahat. Kaum Cina masih mempercayai sebelum menjelang perayaan , kaum Cina akan menyembah tanah melambangkan kekayaan dan member penghormatan kepada tuhan tanah. Sebagai kesimpulannya, masyarakat Malaysia kaya dengan kepercayaan adat resam. Hasil daripada sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum yang lain dapat melahirkan kehidupan yang aman harmoni. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kekayaan kaum Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai