Anda di halaman 1dari 20

KERJA KHUSUS SEJARAH AMT 107

NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN AMRAN NO.IC : 961018-01-6557 NAMA DAN ALAMAT KOLEJ : KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZON, 7800 ALOR GAJAH,MELAKA

TAJUK KERJA KHUSUS: ERA KEGEMILANGAN MELAKA (SULTAN MANSOR SHAH) NAMA GURU SEJARAH : PUAN MAHANI BINTI ABDUL RAHMAN

ELEMEN ELEMEN 1 : MENGUMPUL FAKTA SEJARAH (5%) ELEMEN 2 : MEREKOD SEJARAH (15%) ELEMEN 3 : PENEREPAN UNSUR PATRIOTISME (5%)

MARKA H

JUMLAH MARKAH

TANDATANGAN

GURU:

. ..

PENGHARGAAN
Saya Muhammad hafiz bin amran ingin mengucapkan beribu

Terima kasih kepada Puan Mahani Binti Abdul Rahman kerana

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya .tidak lupa

Juga, ibu bapa saya yang menyokong saya untuk membuat

Folio ini dari segi kewangan,dan kepada rakan-rakan sekelas

saya Syahirah, Qistina dan Ahmad Nassuha serta Aiman Rais.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

Yang membantu saya.

ISI KANDUNGAN:

OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN bagi folio ini adalah:
1. mengenalpasti salasilah dan asal usul Melaka

2. Mengenal pasti sejarah dan peristiwa ketika Zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka (sultan mansor shah )
3. Mengetahui strategi bijak sultan mansor shah yang membuat Melaka pada zaman itu amat harmoni dan tenang

Kaedah kajian
Kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat Tentang tentang tajuk kajian adalah seperti berikut:

1. Kaedah analisis dokumen : Saya melihat dan menganalisa buku teks tingkatan 1 Untuk mengkaji kesultanan melayu Melaka 2. Kaedah carian internet: Saya mencari maklumat dan informasi melalui internet.
3. Kaedah bincang:

Saya dan rakan saya mendapatkan informasi Dan saling bertukar-tukar informasi antara satu sama lain

LAPORAN KAJIAN

Menurut sejarah..
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai

Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunanSrivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayuuntuk membuka ibu negeri yang baru.[2][3] Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri keSingapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas

itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai baratSemenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka". Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba di Melaka pada tahun

1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteriPasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga , Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia .[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan

pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Kelihatan pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di

Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempatperdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagangpedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Sultan Mansur Shah..


Sultan Mansur Syah (memerintah 1456-1477) adalah gelaran kepada Raja Abdullah, baginda menaiki tahta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah. Menurut Tom Pires yang menulis Suma Oriental: Mamsursa (Mansur Syah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkaraperkara keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya. Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau sekitarnya. Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahangsebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru. Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan

Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansur Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.

TINDAKAN BIJAK SULTAN MANSUR SHAH

Antara tindakan bijak baginda ialah menawan raja negeri yang ditawan dan mengislamkan mereka, kemudian memberikan seorang puteri Melaka sebagai permaisuri untuk raja tersebut. Misalnya anak raja Siak dikawinkan dengan puteri Mansur Syah bernama raja Mahadewi. Di beberapa negeri lain seperti Pahang dan kampar, pembesar Melaka akan mentadbir sementara sehingga diambil alih oleh puteraputera Mansur Syah yang telah besar. Tindakan ini dianggap perkahwinan untuk kesenangan (marriage of convenience) dan antara penyebab pengembangan Islam secara meluas di kawasan kepulauan Melayu. Baginda juga mengahwini puteri-puteri dari negeri tawanan seperti Puteri Wanang Seri dari Pahang, Radeh Galoh Candra Kirana dan anak-anak menteri seperti Tun Putih Nur Pualam. Malah baginda juga mengambil puteri-puteri berbagai bangsa seperti Hang Li Po dan lain-lain sebagaimana catatan Tom Pires:

Baginda mengambil semua puteri-puteri yang cantik-cantik daripada saudagarsaudagar Parsi dan Keling, dan menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum kahwin, dan mengahwinkan pula mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan emas kahwin; dan adat perkahwinan berlainan kaum tidak menghairankan di Melaka Menurut Pires lagi, Sultan juga membina masjid yang cantik di kaki Bukit Melaka berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Baginda menyuruh menurunkan cukai ke atas barang dagangan. Ini menyebabkan para pedagang berminat singgah di Melaka. Sistem Cukai Keutamaan (Preferential Tariff System) diperkenalkan dan bagi pedagang sebelah barat (misalnya India, Arabdan lain-lain) dikenakan cukai 6 %, pedagang tempatan sekitar 3% tetapi peliknya bagi negeri-negeri dari timur seperti China, Jepun dan Jawa tidak dikenakan cukai. Tenaga kerja dan buruh mahir mudah diperolehi. Apabila istana Sultan terbakar, tenaga mahir dari beberapa negeri berdekatan datang membantu membina istana dalam tempuh yang singkat pula.

Sifat Sultan Mansur Shah

Sultan Mansur Syah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairung, baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih suka merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih kanan dalam segi agama. Kanun undangundang Melaka dikatakan mirip kepada keislaman dan qadhi melaka ketika itu ialah Sayid Yusof iaitu anak kepada Sayid Abdul Aziz yang telah mengislamkan Melaka Pendek kata zaman baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya kerana diperintah oleh raja yang berilmu, adil dan pencinta agama. Tambahan pula ada pembantupembantu negara seperi Paduka Bendahara Tun Perak dan para hulubalang. Kata Tom

Pires lagi: ..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali, nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa menjadi raja Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..

RUMUSAN :
Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi Pelbagai info dan fakta tentang sejarah kesultanan melayu Melaka (sultan mansor shah).melalui kajian ini, saya dapat mengetahui Strategi sultan mansor shah untuk mentakbir kerajaan melayu Melaka dengan jayanya pada zaman itu

Segala maklumat ini membuatkan saya lebih mengetahui

Tentang cara pentakbir, Sejarah, dan strategi zaman kesultanan melayu Melaka.dengan ini , pengetahuan saya tentang sejarah pemerintah Melaka dengan lebih jelas lagi .selain itu ,Ia dapat menyatupadukan rakyat atau sebagai contoh tentang cara pentakbiran yang sistematik dan disukai rakyat jelata

kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna . antar kemahiran itu ialah kemahiran

mencari,mengumpul dan menganalisis maklumat tentang

kesultanan melayu Melaka.tambahan pula, saya mempelajari

cara menggunakan internet dengan betul .diharap rakan-rakan

yang lain dapat memafaatkan maklumat-maklumat yang saya

kumpul dalam melaksanakan kerja kursus sejarah ini.

UNSUR-UNSUR PATRIOTISME
8.unsur unsur patriotism yang saya dapat daripada folio ini ialah :

1.berbangga dengan sejarah kita -mengetahui bahawa Melaka pernah mempunyai empayar yang besar

-mencontohi sikap sultan yang amanah

-menghargai sejarah kita

-mengamalkan sikap hormat kepada sejarah Melaka

2.menghargai kisah silam

-mengambil iktibar dari sejarah melayu Melaka

-mengelakkan sejarah yang buruk berlaku sekali lagi

3.mengeratkan hubungan diplomatik

-mencontohi sultan mansor shah kerana membuat hubungan

Diplomatik bersama Negara Negara china dengan cara mengahwini

Puteri hang li po untuk mengahwini sultan mansor shah.

RUJUKAN

Segala maklumat dikumpul melalui link ini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mansur_Shah

Lampiran :