Anda di halaman 1dari 4

Tutorial a) Bincangkan kepentingan aktiviti seperti eksperimen, hands on dan minds on yang berkaitan dengan inkuiri sains dalam

pengajaran sains dalam bilik darjah. b) Bincangkan sejauh mana teori perkembangan kognitif Piaget diaplikasi apabila murid mendapat pengalaman dari aktiviti Sains tersebut.

Tulis laporan tentang hasil perbincangan anda ( 800 p.p ) dan catatkan sekurang-kurangnya 2 rujukan.

Pembelajaran sains dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya kurikulum yang mantap, kesediaan pelajar untuk belajar dan kesediaan guru untuk membimbing pelajar. Kesediaan pelajar untuk belajar amat berkait rapat dengan kesediaan guru untuk membimbing pelajar. Hal ini kerana, kesediaan pelajar untuk belajar sains bergantung pada keupayaan pelajar itu untuk menyesuaikan konsep awal sains yang dimilikinya dengan konsep sains yang diajar di sekolah serta dapat menggunakan teknik-teknik belajar yang sesuai. Melalui hal ini, konsep teori Perkembangan Kognitif Piaget telah diguna pakai iaitu konsep Asimilasi ; merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses ini membolehkan manusia mengikut sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh. Sebagai contoh, sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak selalunya akan bertanya kepada ibu bapa mereka berkenaan inkuiri sains namun ada kalanya kebanyakan ibu bapa tidak begitu memahami akan konsep yang sebenar jadi akak memberikan penerangan yang salah nyata sekali gus akan mencipta satu skema dalam pemikiran kanakkanak itu. Jadi apabila memasuki alam persekolah, guru akan memberi penerangan yang tepat mengikut konsep yang sebenar dan ketika inilah bermulanya asimilasi di dalam perkembangan kogniti kanak-kanak. Pengajaran sains akan menjadi lebih menarik sekiranya aktiviti pengajaran dipelbagaikan supaya dapat memupuk inkuiri sains yang tinggi dalam diri pelajar. Antara contoh aktiviti yang pengajaran yang boleh dilaksanakan adalah seperti eksperimen, hands on dan minds on. Eksperimen menurut Kamus Dewan Edisi

Ketiga memberi makna ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan hipotesis. Dalam pengajaran sains, aktiviti eksperimen amat diperlukan bagi memberi kefahaman yang jelas berkaitan sesuatu konsep sains kerana pelajar berpeluang untuk mendapatkan pengalamannya yang tersendiri ketikan menjalankan aktiviti eksperimen. Menurut kepada Teori Perkembangan Kognitif Piaget, kanak-kanak akan melalui beberapa tahap yang mana salah satunya adalah Tahap Operasi Konkrit. Pada tahap ini, kanak-kanak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran yang dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit. Jadi, aktiviti eksperimen amat sesuai dijalankan dalam pengajaran selaras kerana konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan jelas. Sebagai contoh eksperimen yang boleh dijalankan adalah membuat klasifikasi di antara benda yang boleh terapung di dalam air dan beza yang tenggelam di dalam air. Hal ini kerana pelajar-pelajar pada tahap ini akan menggunakan deria-deria mereka untuk belajar. Mereka akan memerhati dan merasa seterunya dapat membuat pengelasan tentang konsep itu dengan bantuan dan bimbingan guru.

Seterusnya, mengadakan

guru-guru

boleh dan

mengaplikasikan minds-on

teori

Piaget

dengan

aktiviti hands-on

yang mana

aktiviti sebegini

menggunakan bahan konkrit. Menurut pandangan beberapa orang guru di luar negara, pembelajaran secara hands-on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya di mana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Marys Elementary School, Sandusky, Oh pula mendefinisikan pembelajaran hands-on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka malahan ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Aktiviti-aktiviti ini memainkan peranan penting dalam merangsang minda dan kreativiti pelajar. Selain itu, pelajar akan lebih menguasai konsep sains dan akan mengaplikasikan pengetahuan yang telah sedia ada apabila aktiviti sebegini diadakan. Tambahan itu, pelajar akan mendapat pengalaman yang lebih melalui aktiviti hands-on kerana aktiviti ini berasaskan bahan konkrit kerana kanak-kanak akan melibatkan diri dengan sepenuhnya melalui aktiviti ini. Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang

dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahirankemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru mestilah memainkan peranan yang penting dalam merangka aktivitiaktiviti untuk pelajar kerana setiap tahap umur pelajar berbeza perkembangan kognitifnya. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Dalam hal ini, pelajar-pelajar tahap satu dan tahap dua berbeza tahap kognitifnya jadi guru perlu berfikir secara sempurna sebelum sesuatu aktiviti pengajaran dijalankan.

Contoh aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan kepada pelajar adalah membuat eksperimen berkaitan keperluan tumbuhan untuk melakukan proses

fotosintesis. Melalui ini, pelajar-pelajar diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Di samping itu, bimbingan juga harus diberi ubtuk mengasah daya pemikiran mereka. Aktiviti sebegini amat sesuai bagi kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ( dari umur 7 hingga 11 tahun ) .

Untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal, aktiviti-aktiviti pengajaran yang boleh diadakan adalah seperti kuiz, teka silang kata dan puzzle. Hal ini adalah kerana mereka pada peringkat ini boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat andaian berdasarkan fakta. Kognitif mereka sudah tidak terikat kepada bahan-bahan konkrit sahaja dan sudah boleh memikirkan dan mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah berikut. Dalam hal ini, kebolehan mereka memikirkan penyelesaian masalah mungkin secara induktif atau deduktif membuatkan mereka menjalankan kajian dan menggunakan pemikiran saintifik.

Anda mungkin juga menyukai