Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS MAULIDUR RASUL SK POS PERWOR TARIKH : 17 FEBRUARI 2012 Majlis akan dimulakan sebentar

lagi. Diharap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan.

Bismillahirahmanirahim Alhamdulillahirabbilalamin Wasalatuwasala. Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh,salam sejahtera dan salam maulidur rasul saya ucapkan kpd

Yang Berusaha Ust Khairul Anuar Bin Hashim Guru Besar SK Pos Perwor Yang Dihormati En Mohamad Razi Bin Halim Penolong Kanan Pentadbiran En Che Aznan Bin Bakar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Zulkeffli Bin Abdullah Thani Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz selaku Penceramah jemputan Seterusnya, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
1

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini untuk menyambut Sambutan Maulidur 2012 bagi peringkat SKPW Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Payung rendah menghias beca, Beca Perlis lampu terpancar, Tangan ditadah doa dibaca, Agar majlis berjalan lancar. Bagi menambahkan keberkatan majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan, bermunajat dan momohon agar segala urusan mendapat rahmat-Nya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Mohd Monzir Bin Ismail bagi memimpin bacaan doa. (selesai doa) Amin Amin Ya Rabbal Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Mohd Monzir atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Sebelum meneruskan majlis, para hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Sutera Cina kain Sari, Diguna renda di dalam puan, Apa guna majlis berseri, Jika tiada ucapan aluan.

Tanpa melengahkan masa lagi,sukacita majlis mempersilakan Ustaz Khairul Anuar Bin Hashim, Guru Besar SKPW untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Selesai ucapan) Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, majlis akan meneruskan acara pada hari ini dengan laungan selawat.

Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, kita akan dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan murid tahun 6 SKPW dengan lagu Rasulullah

Dengan segala hormatnya dijemput,

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kini majlis dengan sukacitanya menjemput ustaz ........................ untuk menyampaikan Ceramah Maulidurrasul. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(selesai ucapan) Sirih pinang di dalam puan, Untuk hidangan di tengah taman, Takkan hilang pesanmu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz .. atas ceramah beliau sebentar tadi.

Bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penceramah jemputan kita pada hari ini, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan Cenderamata kepada Ustaz..

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian untuk bersama-sama memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan majlis ini.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis. Sebelum mengakhiri majlis, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis kita pada hari ini akan diakhiri dengan laungan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW. Sekian sahaja, salam hormat, Wabilahitaufik wa hidayah wa salamualaikum warahmatullah hi wa barakatuh.

Hadirin dan hadirat sekalian dijemput untuk menjamu selera di dewan makan

Anda mungkin juga menyukai