Anda di halaman 1dari 16

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini akan membincangkan dinamika pengajaran dan pembelajaran. Dalam dunia pendidikan, tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Selain itu, suasana pengajaran dan pembelajaran harus sentiasa dipertingkatkan kualitinya. Para guru harus melengkapkan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien, terkini dan sofistikated. Semua ini boleh dilihat melalui alat bantu pengajaran yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran akan dipelbagaikan, tidak sahaja menggunakan kaedah kuliah atau tutorial sahaja, sebaliknya akses pelajar untuk menimba ilmu, boleh bermula melalui pembelajaran maya. Ini sejajar dengan trend semasa dan semakin banyak institut pendidikan mula mempraktikkannya di seluruh dunia. Trend semasa juga memperlihatkan semakin banyak institut pendidikan menawarkan program-program Pengajian Jarak Jauh berasaskan Lecture on Demand yang mana dalam kaedah ini, penggunaan video digunakan untuk tujuan pengajaran yang dapat dihadiri oleh pelajar secara atas talian.

Kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) menunjukkan Malaysia telah bersedia menerima ledakan maklumat yang berlaku secara global dalam era digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ICT ini memerlukan pengajar bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran mereka iaitu daripada konvensional ke e-pembelajaran. E-pembelajaran merupakan satu proses pelajar dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka melalui interaksi elektronik, iaitu Internet.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

2.0 KONSEP DAN DEFINISI 2.1 Konsep dan Definisi Dinamika


Dinamika bermaksud perubahan yang bergerak dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan, asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan sifat dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga dianggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai bahaya dan risiko.

2.2 Konsep dan Definisi Pengajaran


Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Masa kini, pengajaran pula ditafsirkan sebagai sesuatu proses, komunikasi atau interaksi, sains dan seni. Pengajaran dengan itu ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

2.3 Konsep dan Definisi Pembelajaran


Sejak dilahirkan, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa ke semasa, sama ada secara formal atau tidak formal. Apabila kita telah dewasa, kita belajar kemahiran bekerja dan bergaul dengan orang lain. Demikianlah proses pembelajaran kita yang merupakan satu proses yang berterusan, mulai dari masa kita dilahirkan sehinggalah sampai masa tua. Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Wilson, Robeck dan Michael (1974), dalam buku Psychological Foundations of Learning and Teaching, mengemukakan dua definisi tentang pembelajaran seperti berikut: 1. Pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma untuk memenuhi keperluannya. Pembelajaran ini adalah terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan. 2. Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

3.0 DINAMIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak pada dekad ini di mana generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanian ke revolusi industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi ialah proses semula jadi di mana sesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk menangani inovasi yang diakibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang dibawa oleh proses maklumbalas dan tindakbalas melalui sistem komunikasi dan maklumat antara manusia dan sistem. Pada masa yang sama, perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Corak pengajaran dan pembelajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah canggih.

3.1 Dinamika Pengajaran Berpusatkan Guru Kepada Pengajaran Berpusatkan Murid


Pada umumnya, pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru, disertai dengan aktiviti pembelajaran murid. Pada dahulu kalanya, para pendidik berpendapat pengajaran ialah aktiviti menerang daripada guru sendiri, menganggap pengajaran sebagai tugas utama guru. Sekiranya guru menyampaikan bahan pelajaran dengan jelas dan menerangkannya dengan sempurna, maka tugas pengajarannya telah dikira selesai. Murid hanya memainkan peranan pasif dengan mendengar dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru, tanpa kesempatan untuk mengemukakan soalan tentang keraguannya. Bentuk pengajaran ini adalah dikenali sebagai pengajaran berpusatkan guru. Dalam pengajaran tradisi ini, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan, namun, ia membawa pelbagai masalah dan kekangan. Dalam pengajaran berpusatkan guru ini, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat, manakala pelajar hanya duduk, mendengar dan

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan begini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Jikalau jumlah pelajar adalah ramai dalam sesebuah kelas, ini akan menyebabkan kurangnya interaksi di antara pelajar dan guru, ini seterusnya akan menyebabkan seseorang pelajar yang kurang aktif akan menjadi seorang pelajar yang pasif. Selepas itu, ada ahli-ahli pendidik progresifisme seperti W.H. Kilpatrik (1871-1965) berpendapat pengajaran harus berpusatkan murid dan bukan guru. Bahan pelajaran sekolah hendaklah dirancangkan mengikut keperluan murid-murid. Ellen Key (1849-1962), seorang ahli pendidik di Sweden, memandang pendidikan sebagai kerjaya yang meneroka dan mengembangkan sifat kanak-kanak, dan berpendapat: Pendidikan sepatutnya berpusatkan kepada murid, sebarang rancangan pendidikan yang mengandungi unsur paksaan harus dibatalkan. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran murid adalah jauh lebih penting daripada aktiviti pengajaran guru. Kini, pengajaran pula ditafsirkan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perana guru dan muridnya adalah sama penting. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran; manakala murid memainkan peranan sebagai pelajar dan menerima pengajaran guru. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar, juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contohcontoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

3.2 Dinamika Pengajaran Tradisional Kepada Pengajaran Berbantukan Komputer Atau ICT
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Pada masa kini, sistem pendidikan sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan di Malaysia. Kini, dengan era teknologi maklumat dan kominikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar. Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisional. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, pengunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahlkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat mampu merangsangkan minda pelajar kerana ianya tidak membosankan.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ Melalui penggunaan internet pula, pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contohcontoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Karen Swan (2002), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim (2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer, terdapat kemungkinan di mana pada suatu hari nanti pengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

3.3 Dinamika Pembelajaran Pasif Kepada Pembelajaran Secara Inovatif Dan Kreatif
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif, sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbezabeza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka. Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah.

3.4 Dinamika Pengajaran Kaedah Kuliah Kepada Kaedah Pembelajaran Maya Atau E-Learning
Pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intlek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam FPN. Justeru, gaya operasi pendidikan perlu lebih bersifat terbuka, anjal bagi memberi ruang individu peluang memperoleh pendidikan semaksimum yang mungkin. Seperti yang kita ketahui, tren teknologi pada era globalisasi saat ini telah memberikan pengaruh yang signifikan terhadap dunia pendidikan. Dalam pendidikan, penggunaan internet bukan sahaja tertumpu kepada pencarian maklumat sahaja tetapi juga sebagai medium penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan Noraffandy dan Wan Salihin (1999). Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional di sekolah, kemudian beralih ke papan putih, seterusnya ke alat bantuan mengajar seperti OHP dan sehinggalah yang terkini iaitu pembelajaran secara online ataupun e-learning iaitu pembelajaran elektronik. Menurut Pelgrum (2001), pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dalam bidang pembelajaran menggalakkan pelajar untuk mewujudkan pembelajaran kendiri (self-learning), penyelesaian masalah, dan pemikiran kritis.

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ E-learning adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Istilah e-pembelajaran (e-learning) atau pembelajaran elektronik mungkin agak baru, tetapi konsepnya telah pun wujud beberapa dekad lalu. E-pembelajaran ialah latihan yang dikendalikan menerusi Internet atau rangkaian Internet syarikat. Ia lahir pada awal 80-an dan CD-ROM (Compact Disc-Read Only Memory) digunakan bagi mengajar kemahiran teknikal kepada orang-orang teknikal. Kini kemajuannya kian pesat dan digunakan secara meluas dalam dunia korporat dan akademik.

E-pembelajaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) merupakan tunjang utama dalam perancangan ekonomi pengetahuan (k-ekonomi) negara. K-ekonomi merupakan pengetahuan dan keupayaan untuk mewujudkan satu nilai serta kepercayaan yang dapat diukur melalui bagaimana pengetahuan itu diaplikasikan. Kekayaan k-ekonomi tidak diukur melalui produk pertanian ataupun perindustrian, tetapi ia dapat dikecapi melalui sumber-sumber yang bermanfaat dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Dengan kata lain, era berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mana adalah mustahil ia dilaksanakan dengan cekap sebelum ini. Dalam hal ini, ciri-ciri tradisional sudah mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara terus dengan lebih murah, mudah dan fleksibel (Azwan dan Rozita, 2002).

E-pembelajaran juga ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, setelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan professional isi kandungan pelajaran secara dalam talian (Learnframe, 2001).

10

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku.

Dalam persekitran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mempelajari konsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkin menyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.

Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan negaranegara Barat khasnya di Amerika Syarikat di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional.

E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta. Dua buah Institut pengajian tinggi iaitu MMU dan UNITAR telah menawarkan kursus untuk mendapatkan diploma dan ijazah melalui internet secara online iaitu perintis penggunaan elearning sepenuhnya sebagai pembelajaran alternatif di kalangan pelajarnya (Baharuddin et al.,

11

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ 2000). Tujuan utama kebanyakan Universiti melaksanakan on-line learning adalah untuk menyediakan persekitaran yang berpusatkan pelajar di mana ia membolehkan pelajar menjana pemikiran dan pengetahuan sendiri tanpa bergantung kepada pengajar. Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun telah menetapkan sasaran tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju, sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dibuktikan melalui pewujudan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor, MSC) yang telah meletakkan pembelajaran maya sebagai salah satu flagship yang akan menghasilkan tenaga kerja mahir dan teknologi maklumat. Sejak teknologi maklumat (IT) diletakkan pada mercu segala teknologi, pendidikan maya, universiti maya dan e-pembelajaran menjadi simbol status yang membanggakan (Jamaludin, 2000).

Di Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan universiti maya yang pertama di negara ini yang telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi e-learning atau e-pembelajaran ini. Antara universiti lain yang sedang membangunkan sistem teknologi maklumat ini ialah Universiti Multimedia di Cyberjaya. Universiti ini menggunakan rangkaian komputer dan multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan. Universiti-universiti yang lain juga sedang giat mempertingkatkan kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

12

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

4.0 KESIMPULAN

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan dinamika pengajaran dan pembelajaran dalam organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi, dan mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia

dalam pengajaran dan pembelajarandan, juga dalam seluruh aspek pengurusan dan
pendidikan organisasi sekolah. Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dengan berpandukan komputer. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan ini dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif, inovatif dan berteknologi tinggi. Ketandusan kreativiti, inovasi dan berteknologi tinggi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif, berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status

13

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ pendidikannya di peringkat global. Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada golongan guru untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta pengajaran. Tambahan pula, ICT dapat mendedahkan mereka ini dengan cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada penggunaan ICT. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha akan dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuh di sekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.

Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baharu dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan.

Memandangkan perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya, oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan lebih relevan dengan keperluan masyarakat semasa.

14

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI:
1.) Abdul Aziz Yusof (2000). MANAGING CULTURE IN ORGANIZATION
School of Management, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. [Online]. Available: http://mgv.mim.edu.my/MMR/0012/frame.htm.

2.) Azwan Dan Rozita (2002). Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektir Mata Pelajaran Kimia SPM. UKM.

3.) Azwan Abidin and Rozita Nawi (2002). E-Learning : Penerokaan Media Pembelajaran
Terkini [Online]. Available: http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html

4.) Baharuddin Aris, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2000). Web CD: Media Alternatif dalam Pembelajaran Electronik. Prosiding: Konvesyen Pendidikan UTM 2000. UTM. 5.) Fakhrul Anuar Aziz (2002). Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan
Pendidikan. Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Multimedia Dalam Pendidikan: Penggunaan TMK dalam Pendidikan Pemangkin Kebertarian Pendidikan. 18-19 September 2002, Kuching, Sarawak. 6.) Handaru Jati (2006). Penerapan Web Dinamis untuk Media Pembelajaran Distance Learning. Jurnal Penelitian Saintek,Vol 12, No 2, 151-169.

7.) Jamaludin Mohaiadin (2000), Isu dan Implikasi E-Learning Terhadap Sistem Pendidikan dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Kertas Kerja. 245-252.

8.) Jamaludin Mohaiadin (2000). Kesedaran dan Kefahaman Pembelajaran Maya Terhadap Sistem Pendidikan dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000. Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM) Kertas Kerja. 3-4.

15

TP 60204 Dinamika Organisasi Pendidikan

FU EE LEE PT20107418C

______________________________________________________________________________ 9.) Karen Swan et. al. (2002). Situated Professional Development and Technology Integration: The Capital Area Technology and Inquiry in Education (CATIE) Mentoring Program. Journal of Technology and Teacher Education, Vol. 10, 2002

10.) Learnframe (2001). [Online]. Available: www.e-learningshowcase.con-i/eleanifa.

11.) Mohd Koharuddin (2004). Perkembangan, Pembanguan Dan Penerimaan EPembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Jurnal Teknologi,41(E),55-72.

12.) Muhamad Khairi (2008). Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran. [Online]. Available: http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm.(2008,Ogos,27). 13.) Noraffandy dan Wan Salihin (1999). Integrasi multimedia interaktif dalam pendidikan sains. Jurnal Teknologi (UTM, 1999). 14.) Rasidi B Md Sidik(2009).Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan. [Online]. Available: http://www.mudahbelajar.com/?p=154&cpage=1#comment-86.(2009,Mei,8). 15.) Robert (1970). Conditions of Learning. (2nd Edition). Canada: Holt, Rinehart dan Winston. 16.) Sardar, Z. 1979. Islam: Outline of a classification scheme. London: C. Bingley. 17.) Wilson et al (1974). Psychological Foundations of Learning and Teaching. (2nd Edition). USA: McGraw-Hill.

18.) W.J.Pelgrum (2001). Obstacles to the integration of ICT in education: results from a worldwide educational assessment. Computers & Education, Volume 37, Issue 2, Pages 163-178. 19.) http://en.wikipedia.org/wiki/Alvin_Toffler. 20.) http://en.wikipedia.org/wiki/Ellen_Key. 21.) http://en.wikipedia.org/wiki/rWilliam_Heart_Klipatrik.

16

Anda mungkin juga menyukai