Anda di halaman 1dari 9

Dasar Teknologi Hijau Nasional DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa

depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran. Galakan fiskal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar. Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut;

1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi.

2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.

3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.

4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.

5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Langkah-langkah memajukan teknologi hijau. Selaras dengan lima kriteria yang dinyatakan, tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan

pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat. 1. Ekoran itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

2. Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benarbenar komited untuk memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat.

3. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.

4. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik.

5. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan belanjawan diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi

hijau. Selain itu, dana belanjawan juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau.

6. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi oleh ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi yang melibatkan langkah memperkukuh rangka kerja di peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan perlu dilakukan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (Green Technology Council) yang bertujuan memastikan bahawa penyelarasan di peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama untuk menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak yang berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau mengikut hala tuju yang ditetapkan.

Bidang teknologi hijau yang dimajukan Dua bidang pelaksanaan teknologi hijau yang ditekankan ketika ini ialah sumber tenaga dan pembinaan bangunan hijau. 1. SUMBER TENAGA Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan datang. Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu. Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa.

2. PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU. Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunanhijau, dua galakan fiskal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green

Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan.

Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi. Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. Bayangkanlah, cerahnya masa hadapan teknologi hijau negara apabila teknologi ini diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang kehidupan.

7 Comments Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Karangan: Teknologi Hijau


Posted on March 11, 2010 | Leave a comment

Malaysia Ambil Langkah Tepat Dalam Teknologi Hijau, Kata Pegawai Jerman

MUNICH, 9 Mac 2010 Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan menggalakkan pembangunan industri hijau bagi memastikan pembangunan yang mampan, memulihara persekitaran untuk generasi akan datang dan membina industri masa depan, kata Volker U. Friedrich, anggota Lembaga Pemegang Amanah Forum Malaysia-Eropah (MEF).

Pengarah pengasas C3IT Software Solutions GmbH itu berkata Malaysia amat unik di kalangan negara-negara Asia.

Ia sentiasa berada di hadapan. Ia telah mengenal pasti yang daya saingnya di dunia boleh diperolehi menerusi penggunaan teknologi hijau. Negara ini mempunyai sumber yang kaya untuk

mencapai ke arah itu tanah yang luas, kepelbagaian bio, hutan hujan, kuasa air, gas asli dan biomas dan komitmen kepimpinannya, tambah beliau.

Friedrich berkata beliau bersetuju dengan Datuk Seri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang apa diperlukan Malaysia pada masa ini ialah rakan niaga dan kepakaran hijau untuk membawa Agenda Hijaunya ke hadapan.

Chin telah mengetuai delegasi untuk berucap di Spring Dialogue Forum Malaysia-Eropah di sini minggu lepas.

Kami di Munich amat teruja mendengar desakan kerajaan ke arah kemampanan dan mengenal pasti teknologi hijau sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa depan di Malaysia, kata Friedrich.

Monika Balga, profesional pemasaran yang berpangkalan di Munich pula berkata beliau gembira dapat mengetahui yang Malaysia menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau kerana ia akan menjadi pemangkin untuk penyertaan yang lebih aktif di kalangan sektor swasta dalam mengguna pakai teknologi hijau.

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU), destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesarnya.

Warga Jerman juga merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia dan lebih 300 syarikat Jerman mempunyai pejabat di Malaysia.

Dalam tahun 2009, jumlah dagangan Malaysia dengan Jerman bernilai AS$9.45 bilion. Di peringkat global pula, Jerman merupakan rakan dagang sembilan terbesar Malaysia.

Acara Spring Dialogue itu turut mengetengahkan syarikat-syarikat Malaysia seperti Top Glove, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia yang mengeksport lebih daripada 35 epratus produknya ke Eropah.

Syarikat yang mengeksport 33 bilion sarung tangan setahun itu memanfaatkan teknologi hijau dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistemnya.

Danny Ong, Naib Presiden Top Glove berkata syarikat bukan sahaja menghasilkan produk-produk lestari tetapi turut memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia.

Secara ringkasnya, sarung-sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) dan mesra persekitaran, menggunakan bahan mentah atau sumber semulajadi yang mampan dan sentiasa boleh ditambahkan.

Hijau itu bersih, kata Dieter Klein, CEO of P21, yang memberi tumpuan kepada kuasa untuk abad ke-21.

Beliau maklum yang pelaburan Jerman ke Malaysia tertumpu terutamanya dalam industri elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia dan mesin dan sektor kelengkapan.

Beliau berharap dapat memudahkan lagi peluang kerjasama dalam sektor hijau dengan Malaysia setelah memahami dengan lebih baik berkenaan dasar hijau kerajaan.

Chin berkata beliau kagum dengan Jerman sebagai peneraju dunia dalam teknologi hijau memandangkan warga Jerman telah memperlihatkan tahap keprihatinan hijau yang tinggi dalam budaya, produk dan perkhidmatan mereka.

Beliau turut bercakap mengenai industri photovoltaic sebagai contoh industri teknologi hijau yang telah berkembang di Malaysia. Setakat ini, Malaysia telah berjaya memperolehi kira-kira tiga bilion euro dalam pelaburan asing langsung dari syarikat-syarikat seperti First Solar, Sun Power, Tokuyama and Q-Cells AG.

Kejayaan industri photovoltaic memperlihatkan kemungkinan melabur di Malaysia. Saya menyarankan para industri Jerman mengambil masa sedikit untuk belajar mengenai dasar hijau kita dan tunggu pelancaran Rancangan Malaysia kesepuluh untuk mendapatkan feel yang lebih baik akan komitmen negara kita kepada masa depan yang lebih menghijau masa depan yang mana kita semua boleh kongsikan bersama, kata Chin.

Speaker lain yang turut hadir di majlis Spring Dialogue itu ialah Tun Musa Hitam, pengerusi Sime Darby Group, Tan Sri Jamilus Hussein, pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Datuk Jalilah Baba, Ketua Pengarah MIDA.

Leave a comment Posted in BAHAGIAN B: KARANGAN LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI, KERTAS 2 STPM

Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim PBB di Copenhagen 2009


Posted on December 5, 2009 | Leave a comment

Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim PBB di Copenhagen PREVIEW Rich/poor rift dents hopes for U.N. climate talks

OSLO, Dec 4 2009 After two years of work, and 12 years after their last attempt, 190 nations gather in Copenhagen from Monday to try to avert dramatic climate change what one minister called the most difficult talks ever embarked upon by humanity.

Already the sheer size of the measures needed, and splits between rich and poor about who should pay, mean that a historic U.N. pact to fight global warming and ease dependence on fossil fuels may be put off in favour of a less binding declaration.

The conference runs from Dec. 7-18 and will draw 15,000 officials, campaigners and journalists, making it the biggest climate summit yet.

U.N. scientists predict ever more heatwaves, floods, desertification, storms and rising sea levels this century.

But recession has sapped willingness to invest in a green future, and many opinion polls suggest that public concern about global warming is declining.

These are the most difficult talks ever embarked upon by humanity, said Norwegian Environment Minister Erik Solheim.

The effects will be felt by the rice farmer in Sichuan in China, by Google headquarters in Seattle, or by the oil worker in Norway, he said. Its much more difficult than disarmament, global trade or previous environmental agreements.

PLEDGES FALL SHORT

Experts say pledges made so far are not enough to reach the benchmarks that have been set for averting the worst of climate change, such as ensuring that global emissions fall after 2020.

And rich nations have not yet come up with cash to help developing nations kickstart a deal.

Its unlikely that well achieve whats necessary so that emissions will peak before 2020, said Hans Joachim Schellnhuber, head of the Potsdam Institute for Climate Impact Research in Germany.

He hoped for a magic moment of concessions when more than 100 leaders come to the summit for a final push on the last two days, but added: Its possible that Copenhagen could end up as a fiasco.

After an offer by India on Thursday to slow the rise of its greenhouse gas emissions, mainly from burning coal and oil, all the top emitters, led by China and the United States, have pledged curbs.

We have a full house in terms of targets from industrialised countries and indications from major developing countries of what they intend to do, said Yvo de Boer, head of the U.N. Climate Change Secretariat.

But he said there was still a huge challenge to work out a deal that produces action fast enough to slow climate change.

POLITICAL AGREEMENT?

At best, most experts say the talks will reach a political agreement including targets for cuts in greenhouse gases by rich nations by 2020, and new funds for the poor.

Agreement on a legally binding treaty text to succeed the 1997 Kyoto Protocol will be put off until 2010.

Most say a full treaty is out of reach at least partly because the United States has not yet joined other industrialised nations in passing carbon-capping laws.

The U.S. Senate is still debating a bill, although U.S. President Barack Obama will come to Copenhagen on Dec. 9, on his way to collect the Nobel Peace Prize in Oslo.

What we need is a two-step process with some real momentum and a political agreement coming out of Copenhagen, said Eileen Claussen, head of the Washington-based Pew Center on Global Climate Change. A second step would be a legal treaty.

There are also deep rifts between rich and poor nations about how to share the burden of fighting global warming.

China, India, Brazil and South Africa have outlined domestic goals on carbon emissions but rejected some core demands by rich nations, including a goal of halving world emissions by 2050.

They say the rich who have benefited from decades of the industrialisation that has boosted carbon emissions first have to set deeper cuts in their own output by 2020.

So far, cuts on offer by the rich total about 14 to 18 percent by 2020 below a U.N. benchmark year of 1990. Obama will offer 3 percent, or a 17 percent cut judged from 2005 levels.

Anda mungkin juga menyukai