Anda di halaman 1dari 2

Punca-punca Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah penderaan kanak-kanak berlaku.

Antaranya adalah seperti tekanan ibu bapa. Biasanya bagi ibu bapa yang bekerja, mereka akan menghadapi tekanan yang besar. Apabila masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah, mereka akan melepaskan geram ke atas anak mereka yang tidak berdosa. Ibu bapa mugkin akan memukul, mencucuk puntung rokok, menerajang dan sebagai terhadap anak-anak mereka. Selain itu, masalah kepincangan rumah tangga seperti perkahwinan yang tidak sah, perbalahan antara ahli keluarga, ibu bapa yang ketagih dadah, kaki judi, sikap luar biasa terhadap perhubungan seks semuanya boleh mencetuskan penderaan terhadap kanakkanak. Contohnya, apabila ibu bapa yang ketagih dadah atau arak, mereka akan kehilangan pertimbangan dan menjadi tidak wajar. Akibatnya, anak-anak mereka telah menjadi mangsa. Masalah penderaan juga sering berlaku dalam keluarga kelas bawahan yang berpendapatan rendah, keadaan kemiskinan yang runcing seperti pengangguran, kurang sumber kewangan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi. Apabila sesebuah keluarga mengalami masalah kewangan, ini akan menyebabkan mereka menjadi panas baran sehingga melepaskan perasaan mereka ke atas anak-anak. Namun, masalah penderaan berlaku. Di samping itu, punca yang menyebabkan penderaan juga termasuk kekurangan pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Pengetahuan agama adalah amat penting kerana ia dapat memberi panduan yang terbaik dan tersusun dalam menguruskan keluarga. Islam telah menerapkan sifat yang baik yang perlulah kita contohi seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kereneh anak-anak. Jadi, masalah penderaan mudah dicetus jika seseorang itu kekurangan ajaran agama. Langkah-langkah Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang

ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan. Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan. Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan diri sendiri. Kanak-kanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.
Disediakan oleh: Ng Jia Yi ( 205805 )

Anda mungkin juga menyukai