Anda di halaman 1dari 38

SATURDAY, APRIL 11, 2009

ADAT TEMENGGUNG DAN ADAT PERPATIH

* major reference ( in adat (Malayan and Indonesian traditional law) )

...kinds of Malay adat law developed prior to the 15th century: Adat Perpateh developed in a matrilineal kinship structure in areas occupied by the Minangkabau people in Sumatra and Negeri Sembilan; Adat Temenggong originated in bilaterally based territorial social units. Both adat forms were markedly transformed by Islmic and later European ...

Pengenalan

Adat secara umumnya merupakan kebiasaan yang diamalkan oleh satu-satu masyarakat dan sesiapa yang keluar daripada norma tersebut akan dianggap sebagai melanggar adat. Kebanyakan aspek peradatan ini adalh diwarisi secara turun-temurun. Di Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak bezanya. Apa yang jelas dilihat hanya dua sistem iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Selain itu, terdapat juga adat-adat khusus lain seperti adat perkahwinan, adat pertabalan raja, adat bersalin dan sebagainya.

Adat Perpatih

Adat Perpatih applies in Negeri Sembilan and Naning in Malacca. The unique characteristic of Adat Perpatih is matrilineal form of organization. It concerns with matters such as land tenure, lineage, inheritance and election of members of lembaga and YDP. Matrilineal is a system in which one belongs to mother's lineage; it generally involves the inheritance of property, names or titles from mother to daughters.

1. Latar belakang

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dengan nyanyian Asal Usul Adat Perpatih. Semua undang-undang Adat Perpatih kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun.

2. Ciri-ciri

a. Lebih mengutamakan golongan perempuan

Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan Besar.

b. Undang-undang bersifat pemulihan

Undang-undang tidak disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari segi sifatnya, undang-undang jenayah adalah lebihbertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan. Seorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu dilukakan dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka.

c. Mempunyai unsur-unsur demokrasi

Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi, iaitu orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri juga mesti mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan di antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.

Adat Temenggung

Adat Temenggung applies in other states. It is based on the characteristic of patrilineal form of organization. Patrilineal is a system in which one belongs to father's lineage; it generally involves the inheritance of property, names or titles from father to sons. After the establishment of Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, the family law has been given enforcement on matters of marriage, divorce and inheritance. As a result, the Chinese and Hindu Customary Laws have lost its effect as an important source of unwritten law in Malaysia.

1. Latar belakang

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka.

2. Ciri-ciri

a. Lebih mementingkan lelaki

Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah.

b. Undang-undang bersifat kekerasan

Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan akan di hukum dengan hukuman yang berat. Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.

c. Mempunyai unsur autokratik

Adat Temenggung mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.

Adat Temenggong
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adat Temenggung merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negerinegeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang mengamalkanAdat Perpatih. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera.[1] Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal.[2] Disebabkan oleh Adat Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-Undang Melaka, UndangUndang Johor dan Undang-Undang Kedah. [sunting]Ciri

utama Adat Temenggong

Hukuman bersifat pembalasan. Pemerintahan bersifat autokratik. Pewarisan harta lebih kepada nasab lelaki. Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

Adat Perpatih
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wanita Minangkabau. Masyarakat Minangkabau secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum hawa dari sudut harta pusaka

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. [sunting]Struktur

Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat adat perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang

menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu. Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikanYang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi. [sunting]Prinsip-prinsip

Adat Perpatih

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang
dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si
lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak
menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan
adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris

mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya. [sunting]Pembahagian harta Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilbeberapa angan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebabsebab terjadinya hukum atau adat itu. Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan

Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi. Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan. Pembahagian harta Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Perbezaaan adat perpatih dengan adat Temenggong Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19 Pengenalan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negerinegeri Melayu. Adat ini berasal dan Utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih) Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup adat istiadat dan hidup bermasyarakat Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar

abad 15 M dan Kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh Undangundang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung (a) Bersifat Matriarchal I Patriarchal - Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku DalamAdatTemenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga (b) Perkahwinan Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri (c) Tarafperkahwinan Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh suami barunya dilarang berkahwin dengan perbezaan agama (d) Pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, dan masyarakat pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat masyarakat akan memilih Buapak, tiga Buapak pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga

memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar Dalam Adat Ternenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar denganjawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah sultan melantik pembesar ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar (e) Perundangan Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh raja akan menjatuhkan hukuman (1) Semangat Kesukuan Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku setiap ahli keluarga berasaskan kepada suKu Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih (g) Pembahagian harta Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga Dalam Adat Temenggung harta milik individu pindah milik harta dan penjualan ditentunkan pemilik harta berkenaan Kesimpulan

Adat Perpatih dan Adat Ternenggung jelas mempunyai perbezaannya Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. rnenghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Posted by Manja at 4:18 PM WARISAN BUDAYA INDIA Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Peranan Keluarga Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian. Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buahbuahan dan bunga-bungaan. Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Kelahiran Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah

upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Mandi Selepas Bersalin Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Mendodoi Bayi Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu

juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Kaum cina ang pau Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau;bahasa Hakka: hung bao; , atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[3] Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (,b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[11]
Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
[sunting]

Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada keduadua pihak pengantin. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk

dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Kaum melayu

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Antara objektif yang telah dibincangkan adalah: 1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat. 2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu. 3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang

4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka. 5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan 6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan
POSTED BY HTTP://TITASSEMTWO.BLOGSPOT.COM AT 12:41 AM1 COMMENTS

WEDNESDAY, MARCH 11, 2009

ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkatmerisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak

teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

Sudah lama langsatnya condong Barulah kini batangnya rebah Sudah lama niat dikandung Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang Singgah merapat papan kemudi Dari jauh saya datang Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan Sampai ke tanah baru tergolek Kami bersyukur kepada Tuhan Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang Tinggi lagi asap api Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu Tebang sekali dengan sigainya Tinggi gunung tinggi lagi harapanku Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung Anak buaya mengonggong bangkai Niat hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong Dahannya rebah ke ampaian Sudah lama niat dikandung Baru sekarang disampaikan

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:

Perahu kolek ke hilir tanjung Sarat bermuat tali temali Salam tersusun sirih junjung Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita

Pelita dipasang atas peti Kalau sudah bagai dikata Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang Kayu cendana dijilat api Tidak pernah tuan bertandang Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para Ada kasut simpan di hati Tepuk dada tanya selera Apa maksud di dalam hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit Tempat raja menanam pala Harap kami bukan sedikit Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik Tali perahu terap belaka Sudah lama kami merisik Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari Anak kerbau mati tertambat Sekian lama kami mencari Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan Singgah berenang di persiraman Bagai pungguk rindukan bulan Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti Singgah hinggap di atas karang Kasih berputik di dalam hati Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman Mayang terendam di dalam tasik Kumbang merindu bunga di taman Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

POSTED BY HTTP://TITASSEMTWO.BLOGSPOT.COM AT 11:46 PM3 COMMENTS

MEMINANG & BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar

Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan

dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin. Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK* Terbahagi kepada lima cara: - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung. - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan. - Menggunakan pihak ketiga untuk meminang. - Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh. - Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh. Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT* Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masingmasing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar.. 'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'
POSTED BY HTTP://TITASSEMTWO.BLOGSPOT.COM AT 3:58 PM9 COMMENTS

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


1.JOHOR ANAK DARA RM 22.50 JANDA RM 22.50

2.MELAKA ANAK DARA RM 40 JANDA RM 40

3.NEGERI SEMBILAN -BUKAN WARIS ANAK DARA RM 24 JANDA RM 12

-AHLI WARIS ANAK DARA RM 48 JANDA RM 24

-KERABAT DIRAJA RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTAN ANAK DARA RM 2500 JANDA

RM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN ANAK DARA RM 2000 JANDA RM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJA ANAK DARA RM 1000 JANDA RM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS) ANAK DARA RM 550 JANDA RM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN) ANAK DARA RM 300 JANDA RM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR ANAK DARA RM 300 JANDA RM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESAR ANAK DARA RM 200 JANDA

RM 50

-ORANG KEBANYAKKAN ANAK DARA RM 80 JANDA RM40

5.KUALA LUMPUR ANAK DARA RM 80 JANDA RM 40

6.PERAK ANAK DARA RM 101

7.PULAU PINANG ANAK DARA RM 24 JANDA RM 24

8.PAHANG ANAK DARA RM 22.50 JANDA RM 22.50

9.KEDAH

-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS -TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU -TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN -TIDAK DITETAPKAN

13.SABAH ANAK DARA RM 100 JANDA RM 80

14.SARAWAK ANAK DARA RM 120 JANDA RM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUAN ANAK DARA RM 80 JANDA RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih

kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

perfume set

Alat penjagaan diri

Jam tangan

Make up

Chocolate

cake

pelbagai variasi hantaran


POSTED BY HTTP://TITASSEMTWO.BLOGSPOT.COM AT 3:42 PM0 COMMENTS

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

BERINAI CURI Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja. BERINAI KECIL Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap. Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai

Anda mungkin juga menyukai