Anda di halaman 1dari 6

Skema No. 1 Pengenalan Alamat pengirim - garisan pemisah alamat penerima tarikh panggilan hormat penerima tajuk surat.

Memperkenalkan diri dan menjelas tujuan menulis surat memberitahu masalah yang berlaku di pasar tani dan cadangan cara mengatasinya. Isi i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Pengunjung sukar untuk meletak kenderaan kerana kawasan meletak kereta terlalu sempit. Pasar tani yang diadakan di tepi jalan menyebabkan timbulnya masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Sususn atur gerai di pasar tani tidak kemas dan menyukarkan pengunjung dan pembeli. Masalah pencemaran sampah-sarap keranan kekurangan tempat membuang sampah. Diadakan di kawasan lain yang lebih lapang dan terbuka serta mempunyai ruang yangl uas untuk untuk meletak kenderaan. Meminta bantuan daripada pihak polis trafik untuk mengawal lalu lintas supaya tidka berlaku kesesakan akibat daripada sikap pengunjung yang suka meletak kenderaan di bahu jalan. Susun atur gerai perlu dikemas kini mengikut jenis hasil keluaran untuk memudahkan pengunjung mencari keperluan masing-masing mengikut kawasan atau sudut tertentu. Menyediakan lebih banyak tong sampah atau mewajibkan setiap pemilik setiap pemilik gerai menyediakan tong sampah masing-masing untuk kemudahan mereka dan pengunjung.

Penutup Harapan agar masalah yang dibangkitkan mendapat perhatian dan tindakan segera-saranan untuk mengatasi masalah tersebut dipertimbangkan. Ucapan terima kasih-pengakuan penulis-tandatangan nama penuh.

Idea lain yang boleh diterima harus dipertimbangkan

Skema No. 2 Pengenalan


Perpaduan kaum amat penting untuk mewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai

Isi
i. Pelaksanaaan Dasar Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957,Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akta-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu. Pengenalan satu sistem pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untukmengeratkan hubungan antara kaum. Melalui sistem pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses perpaduan kaum. Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan India di satukawasan yang sama. Interaksi antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akan memperkasakan hubungan antara kaum. Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain Amalan kemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu mengeratkan hubungan antara kaum

ii.

iii.

iv. v.

vi.

penerapan nilai-nilai budayasesuatu kaum oleh suatu kaum yang lain berlakku tanpa paksaan. Misalnya,bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakin bertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa mereka berbuat demikian. Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayuyang menggemari nasi lemak, sambal belacan dan sebagainya bertambah banyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari masakan orang Cina seperti nasi goreng dan kuetiau goreng. Penerapan nilai-nilai budaya berbilang kaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dan kukuh

Penutup
Perpaduan kaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuan negara menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysiayang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Idea lain yang boleh diterima harus dipertimbangkan

Skema No. 3 Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' . Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkahlangkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini. Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ? Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini . Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk . Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah . Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran . Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini . Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: a. Pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . c . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal . Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas. Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak. Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata . Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut. Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati. Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia. Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

Idea lain yang boleh diterima harus dipertimbangkan

Skema No. 4 Pendahuluan Isi-isi Nyatakan tarikh aktiviti Karnival Bahasa Melayu tersebut dilangsungkan. Bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari Ahad. - Hari Isnin telah diadakan majlis perasmian Karnival Bahasa Melayuoleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Putra Intelek. Perasmian dilakukan ketika perjumpaan bulanan kolej. Ketua Pegawai Eksekutif memalu gong sebagai menandakan mulanya Karnival Bahasa Melayu. Kain rentang yang tertulis Karnival Bahasa Melayu dipasang di pintu masuk dewan. Objektif penganjuran Karnival Bahasa Melayu Kolej Antarabangsa Putra Intelek 2011. - untuk memupuk sikap cinta akan bahasa Melayu. - Untuk menerapkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar dengan penganjuran aktivitiaktiviti yang berkaitan. Tajuk laporan Laporan Karnival Bahasa Melayu Kolej Antarabangsa Putra Intelek .

- untuk memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan bahasa. Aktivit-aktiviti yang dilaksanakan sempena Karnival Bahasa Melayu2011. - pertandingan berbalas pantun, mendeklamasi puisi patriotic, mengarang esei bahasa, teka silang kata dan kuiz tatabahasa. - pameran buku dan majalah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jualan murah diadakan terutama buku-buku dan majalah yang berkaitan bahasa. - aktiviti pertandingan membuat lukisan dinding yang memaparkan kedaulatan bahasa Melayu serta menulis cogan kata Cintai Bahasa Melayu. - sambutan terhadap aktiviti yang dianjurkan sangat memuaskan. Pertandingan diadakan pada waktu petang untuk mengelakkan gangguan terhadap sesi pemelajaran.

Penutup buat kesimpulan tentang Karnival Bahasa Melayu Kolej Antarabangsa Putra Intelek. Karnival Bahasa Melayu telah mencapai objektif. upacara penyampaian hadiah diadakan pada hari Ahad. Semua pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan menerima hadiah dan sijil penyertaan. Karnival Bahasa Melayu ditutup dengan rasmi oleh Ketua Bahagian Akademik Kolej Antarabangsa Putra Intelek. tandatatangan, nama dan jawatan pelapor.

Idea lain yang boleh diterima harus dipertimbangkan

Skema No. 5 MINIT TEMU MUKA PERSATUAN BAHASA MELAYU KOLEJ ANTARABANGSA PUTRA INTELEK

TARIKH HARI TEMPAT MASA KEHADIRAN

: 27. 10. 2011 : Selasa : Dewan Putra : 1.15 Petang 2.15 Petang : HADIR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. En. Ramlan bin Badawi Pn. Nur Amila binti Yahaya Pn. Siti Mariam binti Ya En. Mohd. Maswadie bin Mustapa Pn. Noor Baizura binti Yahaya Pn. Masayu binti Md. Ghazali En. Mohd. Riduan bin Abdullah Pn. Azliza binti Abu Hassan Cik Nor Rafizah binti Ramli En. Azali bin Mohd. Ghazi Pn. Rozita binti Shahidin En. Abdul Aziz bin Ahmad En. Abu Bakar bin Hamjah Pn. Siti Zakirah binti Hamzah

15. En. Yusman bin Yusoff

TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Datin SharifahWahida binti Syed Omar 2. Pn. Mardiatul Viza binti Omar 3. En. Mohd. Hasbullah bin Hassan 4. En. Mohd. Zaidi bin Zainudin 5. Pn. Che Hasnah binti Che Rus 6. Pn. Siti Mariam binti Ya

AGENDA TEMU MUKA

1.0

Ucapan Pengerusi

1.1 1.2

1.3

Bacaan Ummul Kitab Ucapan alu-aluan dan penghargaan daripada Pengerusi di atas kehadiran ahli-ahli. Turut dimaklumkan ahli-ahli yang tidak hadir ekoran terlibat dalam program pertandingan stesen info pencegahan dadah. Tujuan temu muka adalah untuk membahagikan tugas sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

2.0

Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan. Lihat Lampiran Jawatankuasa Pelaksana Lihat Lampiran Jawatankuasa Pelancaran, Aktiviti dan Penutup Lihat Lampiran Tempoh Aktiviti Pengerusi memaklumkan tempoh berlangsung aktiviti selama tiga minggu pembahagian tahap seperti berikut : Pelancaran Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Penutup : 04. 10. 2011 (Isnin) : 04. 10. 2011 07. 10. 2011 : 11. 10. 2011 14. 10. 2011 : 18. 10. 2011 21. 10. 2011 : 23. 10. 2011 (Isnin) berdasarkan

3.0

4.0

5.0 5.1

6.0 6.1 6.2 6.3

Hal-hal Lain Pengerusi memberitahu beberapa bahan program telahpun disediakan. Puan Malini Devi meminta hadiah diberikan kepada semua kelas khususnya Tahap 1. Encik Ruban memaklumkan berlaku kesalahan ejaan pada nama beliau. Mohon dibetulkan.

7.0 7.1 7.2 7.3

Penutup Pengerusi mengharapkan semua program Bulan Bahasa Kebangsaan dapat berjalan dengan lancar. Temu muka diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih Kaffarah. Temu muka ditangguhkan jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

(JACKIE CHAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Kolej Antarabangsa Putra Intelek.

Idea lain yang boleh diterima harus dipertimbangkan

Anda mungkin juga menyukai