Anda di halaman 1dari 5

‫هادفي اوجين الله دغن كتابهن‬

( 24 Ogos 2007M / 11 Sya'ban 1428H )

َ‫حيَوةَ ِلَيبْ ُلوَ ُك مْ أَيّكُ مْ أَحْ سَنُ َعمَلً َوهُو‬


َ ْ‫حمْدُ ِللّ هِ الّذِى خَ َل قَ اْل َموْ تَ وَال‬
َ ْ‫ال‬
‫ِشش‬
َ ‫َبش ال َفوَاح‬
َ ‫َتش وََا ْمتِثَالَ َأوَا ِمرِ الِ وَا ْجتِنا‬
ِ ‫ليْرا‬
َ ‫اْل َعزِْيزُ اْل َغ ُف ْورُ وََأ َمرَ ِف ْعلَ ا‬
ّ‫ وَأَ ْشهَدُ أَن‬.ُ‫ أَ ْشهَدُ أَ نْ لّ إِلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬،ْ‫ِمنْهَا وَماَ َبطَ ن‬
‫حمّدٍ ّوعَلَى‬
َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ وبَارِ كْ َعلَى َسيّ ِدنَا م‬
َ ّ‫ ال ّلهُم‬.ُ‫حمّدًا َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬
َ ُ‫م‬
.ِ‫َأِلهِ وأَصْحَاِبهِ أَ ْج َم ِعيْنَ َومَنْ َتِب َعهُمْ بِإِ ْحسَانٍِ اِلَ َيْومِ الدّيْن‬

َ‫ َف َقدْ فَاز‬،‫صيْ ُكمْ وََن ْفسِى ِبَت ْقوَى ال‬


ِ ْ‫ ُأو‬،َ‫ اِّتقُوا ال‬.‫َأمّا َبعْدُ َفيَا ِعبَادَ ال‬
.َ‫ا ُلّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG RAHMATI ALLAH,
Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,


Kita sekarang sedang berada di bulan Sya’ban yang merupakan bulan
persediaan sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak, bulan di
mana kita diuji keimanan oleh Allah s.w.t. untuk sama-sama melawan hawa
nafsu dan godaan syaitan. Hanya bagi hamba-hamba-Nya yang benar-benar
beriman sahaja berjaya lulus dalam ujian tersebut dan beroleh mendapat
ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Tetapi hakikat hukum fitrah bagi mendapatkan ganjaran yang baik mestilah
terlebih dahulu diuji atau mestilah melalui susah-payah seperti kata pepatah
Melayu, kalau tidak dipecah ruyung tidak dapat sagunya. Kerana itulah Allah
s.w.t. mengatakan bahawa manusia akan diuji sebagaimana firman-Nya dalam
surah al-Ankabut ayat 2:

1
Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan berkata: "kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)?."

Manakala firman Allah yang lain dalam surah al-Baqarah ayat 214:

Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk


syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang
telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?. Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkata rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersertanya; "Bilakan datangnya
pertolongan Allah?. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah".

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Akhir-akhir ini kita sering dipaparkan dan dikejutkan dengan begitu banyak
bencana alam atau pelbagai bentuk musibah dimulai dari gempa bumi, tsunami,
banjir, kemarau, tanah runtuh, wabak penyakit, selsema burung dan segala
macam musibah. Semuanya membawa kepada kerosakan dan kemusnahan
terhadap harta benda malahan turut mengorbankan nyawa manusia.

Oleh itu, bagi kita yang benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. hendaklah yakin
bahawa setiap musibah yang berlaku sebenarnya sudah ditentukan oleh Allah
dalam kententuan Qada' dan Qadar. Kerana itulah setiap kejadian sudah
terencana dengan rapinya oleh Allah s.w.t. yang telah mencatat bahawa akan
berlakunya bencana atau musibah pada tanggal sekian di tempat sekian dengan
korban sekian dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-
Hadid ayat 22:

Maksudnya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang


ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah
sedia ada di dalam kitab kami (pengetahuan kami) sebelum kami jadikannya,
sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".

2
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa setiap kejadian yang berlaku
sudah tercatat di dalam Lauhul Mahfuz dan membuktikan Allah s.w.t. berkuasa
merencanakan segala kehidupan makhluknya khususnya bagi manusia.
Contohnya berapa lama kita akan hidup, berapa banyak rezeki yang kita
perlukan, bila kita akan sakit, bila kita akan mati, bila kita akan dikurniakan anak
dan sebagainya.

Kerana itulah kita kena yakin dan percaya bahawa sesuatu bencana dan
musibah yang berlaku sebagai ketentuan dari Allah s.w.t. serta ujian untuk
menilai tahap keimanan dan kesabaran seseorang hamba-Nya serta
bermuhasabah diri untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan
dengan perintah Allah. Manakala bagi mereka yang lalai dan lupa dengan Allah
s.w.t. ianya sebagai peringatan serta peluang untuk kembali bertaubat dan
beriman dengan Allah s.w.t.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Satu perkara lagi yang cukup penting di sini sebagaimana dinyatakan di awal
tadi, bahawa kita sekarang berada di bulan Sya'ban dan telah menjadi kelaziman
umat Islam di Malaysia, apabila tiba 15 Sya'ban atau pada malam nifsu Sya'ban,
ianya disambut di pelbagai tempat sama ada di masjid, di surau dan sebagainya
dengan tujuan untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban dengan membaca
surah Yasin, tahlil, berdoa, ceramah dan sebagainya.

Kesemua ini merupakan amalan yang patut diteruskan serta perlu digalakkan
sebagai satu dorongan dan ingatan kepada orang ramai, bahawa bulan
Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam hampir tiba dan mereka boleh
membuat persiapan dan persediaan dengan mengerjakan amalan-amalan
seperti puasa sunat, membanyakan membaca al-Quran, membanyakan
bersedekah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. melebihkan puasa sunatnya dalam sulan Sya'ban berbanding


bulan-bulan yang lain. Berdasarkan sabdanya:

ُ‫ مَا رَأَْيتُ رَسُولَ ال ّلهِ صلى ال عليه وسلم يَصُوم‬: ْ‫"عَنْ ُأمّ سَ َل َمةَ قَالَت‬
".َ‫صلُ َش ْعبَانَ ِب َرمَضَان‬
ِ َ‫َشهْرَيْنِ ُمَتتَاِب َعيْنِ ِإلّ أَّنهُ كَانَ ي‬
Yang bermaksud: “Dari Ummi Salamah katanya: ''Aku tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan
Ramadan.”
(H.R. an-Nasa'i)

HADIRIN YANG BERBAHAGIA,


Malang sekali, dalam usaha untuk mendorong umat Islam membanyak dan
meningkatkan amal ibadat kepada Allah s.w.t. terdapat usaha-usaha atau
halangan-halangan untuk mematahkan semangat dengan membawa kekeliruan

3
berupa pandangan dan kenyataan bahawa ianya bukan amalan yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. bahkan ianya suatu perkara bid’ah.

Justeru, pegangan dan pandangan seumpama ini banyak menimbulkan


masalah-masalah remeh-temeh yang akhirnya membawa kecelaruan dan
memecahbelah pemikiran umat Islam yang cuba ingin mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. berdasarkan kepada sandaran dan hujah sempit yang mereka
pelajari dan fahami.

Sememangnya diakui bahawa umat Islam disuruh beramal sepanjang masa,


namun tidak salah memilih bulan-bulan tertentu kerana terdapat hadis-hadis
yang menerangkan perkara tersebut, walaupun kadang-kadang ada hadis yang
bersifat dhaif. Jangan kita tolak semua hadis dhaif kerana para ulama
berpendapat ianya masih boleh digunakan untuk fadhilat amal dan bukan semua
hadis mengenai kelebihan nisfu Sya'ban itu bersifat dhaif, antaranya Sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan Nisfu Sya’ban iaitu malam pertengahan
bulan Sya’ban kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
dalam kitab Sahihnya Sunan Ibnu Majah:

‫ عَنْ رَسُولِ ال ّلهِ صلى ال عليه‬،‫"عَنْ أَبِي مُوسَ ا َل ْش َعرِيّ رضى ال عنه‬
ِ‫جمِيعِ خَ ْل ِقه‬
َ ِ‫ إِنّ ال ّلهَ َلَيطّلِعُ فِي َل ْي َلةِ النّصْفِ مِنْ َش ْعبَانَ َفَي ْغ ِفرُ ل‬: َ‫وسلم قَال‬
".ٍ‫شرِكٍ َأوْ ُمشَاحِن‬
ْ ‫ِإلّ ِل ُم‬
Yang bermaksud: “Dari Abi Musa al-Asya'ari r.a, dari Rasulullah s.a.w. katanya:
Allah s.w.t. melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu
diampuni dosa-dosa hamba-Nya melainkan mereka yang melakukan kesalahan
syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Berdasarkan hadis tersebut digambarkan kepada kita kelebihan dan
keistimewaan bulan Sya'ban, amal ibadat perlu digandakan sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang membanyakkan puasa sunat. Disamping
Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sedia memberi keampunan
kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat. Antara amalan-amalan yang boleh
kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban:

1. Melakukan solat sunat dan solat tahjud.

2. Membaca al-Quran, sekiranya kita tidak mampu menghabiskan kesemuanya,


sekurang-kurangnya kita membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan,
al-Hashr, al-Muzzammil dan surah al-Muddathir.

3. Banyak beristighfar kepada Allah s.w.t.

4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang
ma'thur.
4
،‫اعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬


Yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang
baik) untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, yang demikian ialah limpah
kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah
sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".

(Surah al-Hadid ayat : 21)

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْآ نِ اْلعَ ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬
ُ‫ َأ ُقوْل‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْ م‬
ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬
ِ‫َقوِْليْ هَذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُوا الَ اْل َع ِظيْمَ لِيْ وَلَ ُكمْ وَلِسَاِئرِ اْلمُسْ ِل ِميْنَ وَاْلمُسْ ِلمَات‬
ُ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُإِّنهُ ُهوَ اْل َغ ُف ْور‬
.ُ‫الرّ ِحيْم‬