Anda di halaman 1dari 20

PEMULIHAN KELAS BIASA & PEMULIHAN KELAS KHAS [TUTORIAL MINGGU 2]

BMM 3106 Pn Norehan Muhammad Disediakan oleh: Siti Namira Aqilah bt Abd Latif [PISMP SEMESTER 3/ UNIT J3]

Apa itu pemulihan?


Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa A.E Transley dan Gulliford

Pemulihan biasa
Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu: Satu rancangan bagi membantu memulihkan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ringan atau sementara dari semasa ke semasa. Aktiviti ini dijalankan semasa pengajaran biasa di dalam kelas dengan memberikan tumpuan khas kepada murid-murid yang berkenaan.

Pemulihan Khas
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu: Satu rancangan khas bagi membantu dan memulih murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program ini, muird-murid diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas bersamasama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas lain.

PENGELOLAAN DAN STRATEGI PEMULIHAN KELAS BIASA DAN KHAS

PEMULIHAN KELAS BIASA Matlamat: Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Skop kajian: banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.

Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

PERANAN GURU PEMULIHAN KELAS BIASA


mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

1. Jejak - Mengenal pasti murid dan punca masalah.

4. Nilai -menilai pencapaian murid, hasil penilain dianalisis

2. Rancang - Merancang pengajaran pemulihan

3. Laksana - Teknik pengajaran, rancangan pengajaran, aktiviti pengukuhan

Proses pengelolaan sesi pemulihan

Strategi
1. Pemerhatian: - secara tidak langsung. Contoh: perhatikan wajah murid-murid

- senarai semak

Contoh

- luar bilik darjah contoh: pergaulan murid di kantin, berjalan berseorangan. - tingkah laku contoh: konsep kendiri yang rendah

2. Rekod prestasi: - ialah menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid. - kepentingan kepada guru, ibu bapa dan murid.
Contoh

3. Rekod Profil - Ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah.

Contoh

PEMULIHAN KELAS KHAS MATLAMAT: Menguasai kemahiran asas 3 M, Meneruskan pembelajaran di kelas biasa, Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran Skop kajiannya tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek dengan menggunakan bahan maujud

Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan

PEMULIHAN KELAS KHAS Bantuan diberikan kepada individu sahaja di sekolah rendah Objektif ialah "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya

Dapatan pekeliling dengan situasi pemulihan semasa


Konsep pendidikan pemulihan dalam Buku Panduan Am KBSR tahun 1982 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia menerangkan bahawa ; Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M.

Namun begitu , perancangan KBSR yang begitu rapi dan teliti tidak dapat di implimentasikan dengan lebih berkesan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Dana untuk Program Pemulihan Khas boleh diambil dari peruntukkan Bimbingan dan Kaunseling. Ia merujuk kepada Surat Perkeliling Bahagian Kewangan (Pekeliling No.2/91-Kp 157/ 17/ Jld.8 (78) bertarikh 11 Februari 1991) dan peruntukan Pendidikan Tahunan untuk subjek Sains Sosial. Peruntukan kewangan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti bagi membolehkan murid murid menerima pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehan mereka.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 5 TAHUN 2011 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)- PENDIDIKAN KHAS TAHAP SATU MULAI 2011

SEKIAN, TERIMA KASIH TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai