Anda di halaman 1dari 6

May 5, 2006 Contoh teks ucapan majlis makan malam dan format ringkas TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAKAN MALAM MPV 2004. Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian. Sirih junjung penyeri majlis, majlis MPV kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004. Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan. terima kasih............. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.dipersilakan. Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian........... dengan sukacitanya majlis mempersilakan. Hadirin yang dihormati, majlis ini diteruskan dengan persembahan..............

terima kasih ...........atas persembahan itu tadi. para hadirin, kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi. segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. ....................................................................... Format Secara ringkas. 1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri) 2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran. 3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan. 4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. 4.1Perucap alu-aluan - Mengucapkan Selamat datang - Menyatakan fungsi dan objektif majlis - Melaporkan aktiviti - Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada. 5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu) 5.1Perucap terima kasih - Berterima kasih diberi peluang berucap - Mengucapkan selamat datang ke majlis - Melaporkan aktiviti .. - Mengemukakan cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK .. 6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap) 6.1Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola - Melaporkan informasi terkini. - Memberi nasihat - Menjawab cadangan dan permintaan - Kata penutup.. 7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah. 8.penutup 9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri) Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua...................... Posted at 09:32 am by shamida Comments (36) Permalink

Apr 21, 2006 contoh teks ucapan majlis penyampaian hadiah sempena majlis tadarus Al-Quran peringkat sekolah MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH SMK BALABAN JAYA 2006

Yang berusaha Cik Huang Lee Yung, pengetua SMK Balaban Jaya, yang dihormati Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ, PK HEM, Pn Rashida ahmad, En. Senguan Musa, PK Kokurikulum, yang dihormati para hadirin jemputan, guru-guru, peserta-peserta majlis Tadarus Al-Quran dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul untuk sama-sama meraikan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah SMKBJ.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ketua pelajar kita Abdul Malek b Mohd Arwin untuk membacakan doa. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Abdul Malek Mohd arwin.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMKBJ ( Pn Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ ) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung ( Pn hanisah Obing )

Seterusnya bagi menghargai para hakim jemputan, yang turut sama menjayakan majlis

pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput PK Ko-kurikulum, En. Senguan Musa untuk menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan :

1) 2) 3) 4)

Ust. Hasanudin Che Man ( SK Kolapis) Ust Wan Mohd Sukri Wan Teh ( SK Sg. Nangka ) Ust Mohd Shukri Abdul Kudus ( SK Kolapis ) Ust Fifi ( SK Balaban Jaya )

Terima kasih diucapkan kepada En. Senguan Musa

Majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu acara pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan acara tilawah Al-Quran, bagi kategori Qari, johan disandang oleh , dan naib johan ialah . Bagi kategori Qariah, johan disandang oleh.., dan naib johan

Acara hafazan, bagi kategori lelaki, johan disandang oleh . Dan naib johan. Bagi kategori perempuan, johan disandang oleh.., dan naib johan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hanisah ________________________________________________________________

Majlis diteruskan dengan acara syarahan dan nasyid. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rashida Ahmad, PK HEM SMKBJ untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan

Untuk acara syarahan bagi kategori lelaki, johan disandang oleh, dan naib johan .. Bagi kategori perempuan, johan dimenangi oleh., naib johan ialah ..

Seterusnya, acara yang terakhir iaitu nasyid. Johan disandang oleh kumpulan ., naib johan kumpulan..... dan tempat ketiga

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashida Ahmad.

Seterusnya, untuk menceriakan lagi majlis pada hari ini, dijemput johan bagi setiap acara berikut iaitu tilawah, syarahan dan nasyid untuk membuat persembahan.

Untuk itu, dijemput johan Qari dan Qariah iaitu untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Dipersilakan..

Terima kasih.

Seterusnya, dijemput johan syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyampaikan syarahan masing-masing.

Dipersilakan.

Terima kasih..

Seterusnya, untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, dijemput johan bagi acara nasyid untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah sudi menyampaikan persembahan.

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Tadarus Al- Quran peringkat SMKBJ.

Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak Berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih juga pada para hadirin yang turut sudi mejayakan majlis ini.

Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..wassalam.

Anda mungkin juga menyukai