Anda di halaman 1dari 10

Soalan: Nyatakan langkah-langkah yang sesuai digunakan untuk memupuk sikap positif dalam kalangan anak murid

kamu Langkah memupuk sikap positif dalam kalangan anak murid: Pengajaran dan nasihat yang berhikmah Memberikan contoh yang baik Memberikan galakkan dan rangsangan Memberikan ganjaran dan insentif Menanamkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid Menanam sifat amanah di kalangan murid Memupuk amalan menghargai masa Menjadikan insan yang berwawasan sebagai ikon murid Memotivasikan murid

Guru merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga dilihat sebagai faktor terpenting selain daripada faktor murid, suasana pembelajaran , alat bantu mengajar dan sebagainya . Oleh itu guru hendaklah bijaksana memainkan peranannya dalam memupuk sikap positif dalam kalangan murid . Di antara langkah-langkah yang sesuai diaplikasikan untuk memupuk sikap positif dalam kalangan murid ialah : 1. Pengajaran dan nasihat yang berhikmah Sesuatu pengajaran itu , hendaklah disampaikan dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai disertai dengan nasihat dan cara penyampaian yang berhikmah. Kegagalan seseorang guru memilih teknik penyampaian yang sesuai dengan tahap murid akan mengakibatkan murid-murid gagal memahami mesej yang hendak disampaikan seterusnya merencatkan objektif sesuatu pengajaran mahupun penyampaian . 2 Memberi contoh yang baik Guru terkadang merupakan ikon atau idola kepada sesetengah murid .Setiap gerak geri guru sering diperhatikan oleh murid dan sebahagiannya akan mencontohi perilaku yang ditunjukkan oleh guru , walaupun adakalanya contoh tersebut bersifat negatif . Ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah " seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus " ataupun seperti kata pepatah yang lain " kayu yang bengkok tidak mungkin akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus . 3 . Memberi galakan dan rangsangan Menjadi fitrah manusia perlukan kepada pujian terutamanya kanak-kanak kecil. Mereka cukup gembira dengan kata-kata pujian yang diungkapkan kepada mereka seperti pandai awak , bagus awak dan lain. Selain daripada itu, galakan yang berterusan dari sesiapa juga individu dapat memupuk sikap yang positif dalam kalangan murid.

tetapi manusialah yang harus menjaga dan mengembala mereka. tetapi ada sesuatu kuasa yang mampu mengawal mereka iaitulah takwa ataupun dalam ertikata yang lain.memikirkan penciptaan allah. Masyarakat kita walaupun bukanlah keseluruhannya jarang yang mengamalkan amalan yang sedemikian.zikir.4.membaca al qur'an. 7.sifat amanahlah yang mampu mengawal manusia. Begitulah juga perihalnya manusia. 3. Memberikan ganjaran dan insentif Penghargaan kepada mereka yang berbentuk material sedikit sebanyak membangkitkan motivasi dalam diri mereka dalam apa jua perkara terutamanya kanak-kanak kecil. 10. muhasabah. 6. mereka melakukan apa jua perkara tanpa perlu diawasi atau dipaksa. Kenapa tidak mereka berterima kasih kepada jiran ataupun sesiapa saja yang secara sukarela memantau pergerakan anak-anak mereka. 5. 6. manusia tidaka akan mampu untuk menjaga manusia.kepada Mereka cukup gembira dengan penghargaan kepada mereka yang berbentuk material walaupun ianya hanyalah sebatang pensil ataupun ianya hanyalah sebiji gula-gula. 9.dedikasi dan bersifat tawadduk.haji. 4. amal makruf dan nahi mungkar. 5. Insan yang beramanah tidak perlu kepada pengawalan rapi. mereka perlukan selain daripada penghargaan berbentuk lisan.puasa.solat. 2. mereka lekas melenting dan mengamuk bagaikan gajah naik minyak menafikan berita atau khabar tersebut walaupun mereka telah mengesyakinya. Apabila ada saja jiran atau orang perseorangan yang menegur atau memberitahu tentang perihal anak mereka.lembu atau kambing tidak mampu untuk menjaga sesama mereka.muraqabah. mujahadah dan mu'atabah. 11. Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan : 1. Menanam sifat amanah dalam kalangan murid Sifat amanah ialah satu sifat yang cukup penting bagi membentuk peribadi murid yang positif. Dengan menyemai sikap serta amalan tegurmenegur. Individu yang bersifat amanah melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan amanah itu. sekurang-kurangnya kesalahan dan kelemahan seseorang dapat diperbaiki.mengingati mati dan memendekkan angan-angan. Menyemai amalan tegur-menegur Menyemai sikap serta amalan tegur-menegur adalah satu langkah yang amat baik dalam memupuk sikapa yang positif dalam kalangan murid.jihad.zakat dan infak. Sebagai contoh. 8. . Menjadi fitrah manusia.

manakala negara yang buruk.a. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya. Persekitaran tersebut merangkum tradisi. b. namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat.Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Antara cara-cara tersebut ialah melalui: a. zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan. dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. 13. sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil . ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. bersabda ( maksudnya ) : "Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.w. Rasulullah s. Sebaliknya. maka puasa. perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya.Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi. perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur.mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya. akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman: Maksudnya : "Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya. Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani.mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya." . Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar.12.

ayat 21. atlit sukan. seniman. dihormati dan disanjung. Apabila masyarakat kehilangan . warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak.Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka." Surah al Ahzab. tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. guru dan sebagainya. Manusia memang suka dipuji. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. "sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah. mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam. d. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. ayat 58 : Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan.Surah al 'Araf. c-Qudwah Hasanah Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Allah SWT berfirman: Bermaksud. Dengan demikian. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka. ibu bapa. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. artis. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. namun penghayatan nilainilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa.Peranan Media Massa Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. multimedia dan sebagainya. kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut : f . Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. rakan sebaya. g . Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa.keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar. badan-badan berkanun. pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah. guru.Peranan Sekolah . maka bermulalah proses penghakisan moral. Media massa mampu mencorakkan hati budi. meningkatkan rasionaliti. kejujuran dan sebagainya. masjid atau surau dan sebagainya.Melalui puluhan kementerian. faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoyapoya.Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. akhlak dan martabat umat berkenaan. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal. Oleh kerana itu. agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. sekolah. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme. antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. membimbing. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti. tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran. budaya komersial yang melampau. e.

Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Antara lain sekolah boleh : 1. 4. akhlak dan sosial secara wajar dan sihat. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. menjaga perasaan orang lain. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. mendidik mereka dari segi agama. berkorban untuk kepentingan ramai. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya. bekerjasama. menambahkan produktivitinya. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. mengawal diri. Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas. 2. lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang. mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. menghormati ulama' dan sebagainya. tidak menguap besar di hadapan orang. Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih . menghargai ilmu. melakukan self criticism. pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak. 3. Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat. mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan. meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak. samada mereka golongan guru atau bapa. menjaga standard layanan dalam berinteraksi. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan. Memperbaiki suasana persekolahan. memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. guru dan menghurmati mereka.

Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". guru. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. nasihat. Misalnya dengan memaparkan contoh. Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Guru besar. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran. (Surah Ali Imran : ayat 159) Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat. Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. perkataan yang baik. Firman Allah : "Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. . kebiasaan dan akhlak guru. teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. nazir. kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik. (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud). Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya. Demikianlah sebaliknya. nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat". Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.

Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S. h . menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Kelangsungan budaya. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al . menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya. kutu lepak.A. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : 1. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. i . bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. gangster atau kumpulan samseng. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka 2.Peranan rakan sebaya Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. menggunakan atau memenuhi masa lapang murid. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah.Peranan rumah ibadah Bagi umat Islam. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan 3. bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa . Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam.

7. 13. soleh dan dedikasi. 9. Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid. 4. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar. Khemah Ibadan & Qiamullail. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . beriman dan bertakwa. memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Kursus Pengurusan Masjid. kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah: 1. Acara Tadarus al-Quran. Kementerian dan Badan-badan Berkanun. 5. Sebab itu muncullah ilmuanilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri . Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah. ruh Islam dan akhlak . 16. Kelas Tajuid & Qiraat. Kelas Bahasa Arab. 15. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam. mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak . swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya. Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Rumusan Gagasan dan tugas untuk membangun.Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi. 6. Kelas Fardu Ain 2. 14. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal. Kempin Memakmurkan Masjid. 17. mempunyai kerohanian yang amat tinggi. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. 8. 11. 3. Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan. Kursus Pengurusan Jenazah. Ceramah Berkala. Kelas Bimbingan Remaja. 10. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur. Seminar Pengurusan Sumber Masjid. 12. Kursus Dakwah dan Imamah. NGO dan Badan-badan Korporat. Jentera Kerajaan. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid ) Seluruh agensi sosial. Kursus Rumahtangga Bahagia.

Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jenterajentera berkenaan. wang. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang. pembangunan. menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv. menyuruh yang makruf. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa. mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat. Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. bangsa atau negara.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . mencegah yang mungkar. filem.. . mengeluarkan zakat. Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama.dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat. internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat.