Anda di halaman 1dari 1

AKU SEPASANG ANTING-ANTING Aku sepasang anting-anting.

Aku telah ditempa khas oleh penempa emas yang terkenal di Baling, Kedah. Setelah siap aku ditempa, aku diukir dengan seni ukiran yang sangat halus. Setelah siap diukir, aku dan beberapa rakan aku dari jenis yang lain dihantar ke sebuah kedai yang menjual barang-barang kemas di bandar Sungai Petani. Di kedai emas tersebut, aku dan kawan-kawan aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca. Selang beberapa hari aku dipamerkan, datang seorang perempuan ke kedai emas tersebut. Perempuan itu membelek-belek aku. Perempuan itu membisikkan sesuatu kepada tuan kedai itu. Setelah selesai urusan jual beli, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotan kecil lalu di bawa pulang oleh perempuan itu ke rumahnya. Setelah sampai di rumah, perempuan itu segera mengeluarkan aku dari kotak. Tanpa membuang masa, perempuan itu melekatkan aku ditelinganya. Perempuan itu memperagakan aku di hadapan cermin di dalam biliknya. Sungguh cantik bila aku dipakaikan pada telinga perempuan yang cantik dan menawan. Kini, aku telah mempunyai tuan. Tuan aku sering membawa aku ke pejabat. Rakan-rakan sepejabat dengan tuan aku memuiji-muji kecantikan aku. Aku sungguh bangga. Tuan aku menjaga aku dengan baik sekali. Tuan aku sering menanggalkan aku sebelum dia mandi. Tuan aku berbuat demikian untuk mengelakkan aku daripada menjadi pudar. Hingga sekarang, aku masih meneruskan tugasku di telinga tuan aku.