Anda di halaman 1dari 29

1.

Peranan dan sifat-sifat guru Pendidikan Islam

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
Abdul Halim al-Muhammadi menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan.
1
Guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas
ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin.
Murabbi,muallim,muaddib,mudarris alim atau ulama merupakan istilah yang
digunakan oleh para sarjana Islam terhadap guru atau pendidik.Usaha menyampaikan
ilmu ini merupakan suatu usaha dakwah yang sangat dituntut di dalam Islam. Selaras
dengan itu, Islam telah memberi penghormatan yang tinggi kepada para guru dan
pendidik berdasarkan pelbagai ayat-ayat al-Quran dan hadith dari Rasulullah SAW.
Antara firman Allah yang berkaitan dengan hal ini adalah dari surah al-Fussilat, ayat 33:
´·´ÿ,´ ´·@´´=´0 1N´_C ·´ù´.ÿ ãC´´´@ [¸L´f
´ãBb ´V´ù´´,´ BJ´1´@´ ´XBC,´ ´´¬´ò´f ¸·´ÿ
´´´´ù´1´´´ù´ÒBb ´´´´
Bermaksud : Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-
orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Jelas dinyatakan di dalam ayat tersebut Allah mengangkat tinggi martabat orang
yang menyampaikan ilmu lebih baik daripada manusia yang lain.
Kemudian, Rasulullah pula telah bersabda yang bermaksud :
ÄUlama adalah pewaris Nabi³
Melalui kedua-dua nas tersebut, jelas Islam sangat menghormati dan
mengangkat tinggi martabat orang yang menyampaikan ilmu. Tanggungjawab
menyampaikan ilmu ini jika dilihat pada aspek masa kini, merupakan suatu
tanggungjawab yang dipegang utuh oleh para guru dan pendidik.


1
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD, hlmn 135
Justeru, setiap guru dan pendidik perlu menyedari akan peranan mereka
terhadap pembangunan ummah melalui medium pendidikan dewasa ini. Dalam meneliti
berkaitan peranan yang perlu dimainkan oleh para guru dan pendidik, tugasan kerja
kursus berasaskan ilmu ini telah memperincikan peranan guru kepada beberapa
perana-peranan khusus seperti yang akan diperjelaskan seterusnya .
Bagi menepati kehendak tugasan, maka keutamaan kajian dan rujukan yang
dilakukan adalah berfokus kepada peranan guru Pendidikan Islam.
Ianya telah dibahagikan dan diperincikan kepada peranan-peranan tertentu
untuk dianalisis dengan lebih mendalam. Peranan guru Pendidikan Islam ini terbahagi
kepada berikut:
1. Peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid
2. Peranan guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
3. Peranan guru Pendidikan Islam dalam menanam kecintaan terhadap agama.
4. Peranan guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan mutu pendidikan.

Perkara ini seterusnya akan diperjelaskan seperti yang berikut :
1. Peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid
Pengaruh guru terhadap kehidupan dan pemahaman murid terhadap sesuatu perkara
diakui amat besar dan mendatangkan kesan mendalam dalam kehidupan murid-murid.
Justeru, peranan guru terhadap murid adalah amat penting terutama dalam perkara
berkaitan iktikad dan akidah murid-murid.
Menyedari akan hal ini, guru perlu insaf dan sedar bahawa mereka menjadi
ikutan dan teladan kepada murid-murid dalam segala hal. Oleh itu, perlu bagi setiap
guru Pendidikan Islam untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada murid-murid
dan masyarakat.
Seterusnya, guru pendidikan Islam secara tidak langsung adalah berperanan
sebagai pendakwah dalam menyeru murid-murid kepada perasaan cinta dan taat
kepada Allah selain menanam iktikad yang kukuh dalam jiwa mereka.

Bertepatan dengan perkara ini, guru Pendidikan Islam secara tidak langsung
perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu berkaitan ibadah dan
kaedah ibadah yang betul sama ada dari segi hukum mahupun hikmahnya untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Semangat dan minat murid dalam mempraktiskan perkara-perkara ibadah yang
telah disampaikan ini juga perlu ditimbulkan oleh guru dengan pelbagai kaedah
pedagogi yang menarik. Guru Pendidikan Islam perlu bijak menarik minat murid dan
menimbulkan motivasi dalam diri mereka agar istiqomah dan bersangka baik dengan
ibadah atau ilmu yang disampaikan guru.
Secara ringkasnya, peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid adalah
seperti berikut :
y Guru Pendidikan Islam perlu insaf dan sedar bahawa mereka menjadi
ikutan dan teladan kepada murid-murid dalam segala hal.
y Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pendakwah dalam menyeru
murid-murid kepada perasaan cinta dan taat kepada Allah selain
menanam iktikad yang kukuh dalam jiwa mereka.
y Guru Pendidikan Islam berperanan menarik minat murid dan
menimbulkan motivasi dalam diri mereka agar istiqomah dan bersangka
baik dengan ibadah atau ilmu yang disampaikan guru.
y Guru Pendidikan Islam perlu memainkan peranan penting dalam
menyampaikan ilmu berkaitan ibadah dan kaedah ibadah yang betul sama
ada dari segi hukum mahupun hikmahnya untuk mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.

Hal ini setelah diteliti dan diperhalusi, ianya adalh tidak bertentangan dengan
peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid yang telah dinyatakan oleh Abdul
Rauf Dalip iaitu:
y Menyedari dan insaf bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada murid-
murid dalam segala hal. Dengan itu, mereka harus menjadi contoh yang baik
kepada murid dan masyarakat.
y Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah dalam hati murid-muridnya
dan menanamkan iktikad yang benar serta kepercayaan yang betul dalam jiwa
mereka.
y Mendedah dan memahamkan murid-murid kepada pelbagai bentuk ibadah yang
wajib dikerjakan dan cara melakukannya, sama ada dari segi hukum dan
hikmahnya mahupun kaedah dan pengaruhnya untuk mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
y Menimbulkan semangat dan minat murid-murid ke atas mempraktikkan ajaran
agama sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka seperti mengerjakan
sembahyang, berpuasa, rajin belajar, suka menjaga kebersihan dan
sebagainya.
2







2
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD, hlmn 150
2. Peranan guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Memahami matlamat atau tujuan pendidikan merupakan perkara asas yang perlu
dikuasai dengan baik oleh setiap guru. Bagi guru Pendidikan Islam, matlamat atau
tujuan pendidikan yang hakiki adalah membentuk dan melahirkan insan yang berguna
kepada agama dan masyarakat yang pada akhirnya mempunyai nilai-nilai kemanusiaan
yang terpuji, berakhlak tinggi dan dapat menjaga kehidupan dan agamanya kelak.
3

Dengan mengetahui matlamat dan tujuan pendidikan ini, maka seseorang guru
Pendidikan Islam itu mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan sistematik dan
teratur. Bagi mencapai matlamat hakiki ini, seseorang guru Pendidikan Islam itu perlu
mempunyai kesedaran bahawa guru bukan sekadar menyampaikan ilmu atau menjadi
pengajar, bahkan lebih daripada itu, seseorang guru itu adalah pendidik yang menjadi
contoh tauladan bagi murid-murid menuju ke jalan yang benar.
Selain itu,guru perlu mengetahui dasar-dasar sesuatu sistem pendidikan itu
dengan baik dalam usaha mendapatkan kaedah dan cara mengajar yang berkesan
semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebagai contoh,
seorang guru pendidikan Islam di Malaysia perlu berjaya menghayati Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam dengan baik dalam rangka untuk
mencapai dan menepati kehendak kedua-dua falsafah ini sesuai dengan
perkembangan murid-murid dan perkara yang diajar kepada mereka.
Jika diteliti, kedua-dua falsafah pendidikan ini adalah tidak bertentangan antara
antara satu sama lain dalam memperkembangkan jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial murid-murid. Maka,guru perlu bijak dalam memastikan pengajarannya sentiasa
dilaksanakan dengan tidak memfokus kepada hanya salah satu aspek sahaja seperti
hanya menumpukan kepada aspek perkembangan intelektual sehingga mengabaikan
perkembangan rohani, emosi dan sebagainya.


3
Ghazali Darusalam(1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiyah, Selangor, Utusan Publications,hlmn 157
Semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru pendidikan
Islam perlu memberi perhatian utama dalam aspek pengajaran konsep. Ianya adalah
kerana aspek pengajaran konsep ini mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat
rapat dengan kefahaman dan makna sesuatu idea. Jika dikaitkan dengan pengajaran
Pendidikan Islam, pemahaman kepada sesuatu konsep dikatakan sangat penting
adalah kerana ianya mempengaruhi keyakinan murid-murid pada asas tauhid kepada
Allah. Melalui pemahaman konsep inilah yang dikatakan membawa kepada
percambahan idea dan pemahaman terhadap perkara-perkara berkaitan Islam lainnya.
Peranan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya adalah personaliti atau peribadi guru itu sendiri. Guru berperanan sebagai
penggerak motivasi utama murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku. Guru yang positif dan bijak menarik minat murid merupakan guru yang
baik dan mampu mengekalkan tumpuan murid terhadap sesuatu proses pengajaran.
Seterusnya, isi pelajaran dapat disampaikan dan diterima dengan baik oleh guru dan
murid.
Guru juga dilihat perlu bijak dalam membuat keputusan-keputusan tertentu
semasa perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah
kerana guru dilihat sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas. Keputusan
yang dibuat oleh guru akan dipatuhi oleh semua murid tanpa diskriminasi. Maka,
penilaian terhadap sesuatu keputusan itu perlu dipilih dan dilakukan dengan
memikirkan pelbagai aspek seperti suasana kelas, keadaan murid dan masa
perlaksanaannya. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pemahaman dan ilmu yang
cukup berkaitan pengurusan bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
4
Kawalan murid yang cemerlang membolehkan aktiviti berjalan dengan teratur
dan isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik.


4
http://ustazabdulsomad.blogspot.com/2009/02/peranan-tugas-sikap-guru-pendidikan.html pada tarikh 15.7.2011
Secara mudahnya, peranan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat diringkaskan seperti berikut:
y Guru Pendidikan Islam berperanan untuk memahami matlamat atau tujuan
pendidikan sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
y Guru Pendidikan Islam perlu mengetahui dasar-dasar sesuatu sistem
pendidikan.
y Guru Pendidikan Islam perlu memberi perhatian dan peranan utama dalam
aspek pengajaran konsep.
y Guru Pendidikan Islam perlu memainkan peranan yang baik dan menajaga
sahsiah dan personaliti sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.
y Guru Pendidikan Islam perlu bijak dalam membuat keputusan-keputusan tertentu
semasa perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
y Guru Pendidikan Islam berperanan untuk menguasai pemahaman dan ilmu yang
cukup berkaitan pengurusan bilik darjah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku
Jika diteliti, peranan guru terhadap murid dan pengajaran dan pembelajaran
ini adalah tidak lari antara keduanya. Hal ini adalah disebabkan oleh perkaitan rapat
kerana penyampaian isi pelajaran yang berlaku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan adalah memfokus kepada murid sebagai penerima.




3. Peranan guru Pendidikan Islam dalam menanam kecintaan terhadap agama.
Peranan yang seterusnya ini merupakan peranan paling utama bagi seorang guru
Pendidikan Islam. Pada ketika inilah peranan guru sebagai pendakwah perlu dimainkan
seoptimum mungkin.
Bagi menyokong kenyataan berikut, Wan Bakar Wan Dagang turut menyebut
guru berperanan untuk menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan
anak didik dan menggerak atau menaikkan emosi murid supaya kasihkan agama.
5

Selain itu, dalam usaha guru untuk memainkan peranan utama sebagai
penggerak kepada semangat kecintaan terhadap agama dalam diri murid-murid,
seseorang guru itu perlu memahami konsep guru sebagai murabbi, muaddib, daie dan
qaid yang baik.
Usaha menanam kecintaan ini perlu dilakukan guru bukan hanya di sekolah
bahkan ketika mana seseorang guru itu berada walau di luar waktu persekolahan.
Melalui kaedah ini, pemahaman murid terhadap agama menjadi luas dengan melihat
kepada gaya hidup gurunya yang sentiasa berlandaskan syariat walau di mana berada.
Lantas, perkara-perkara mazmumah yang dilakukan murid-murid secara sedar
atau tidak perlu ditegur oleh guru dengan kaedah paling berhikmah dan bijaksana
seperti yang telah ditunjukkan oleh rasulullah. Membanteras kemungkaran dalam
kalangan murid perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya menggunakan kaedah yang
menyentuh sanubari mereka. Seterusnya, murid-murid akan melakukan amar ma¶ruf
dengan penuh keihklasan dan bukan hanya berpura-pura di hadapan orang lain.
Suasana dan keadaan yang menjurus kepada suasana Islam perlu diwujudkan
oleh guru sama ada di sekolah atau kawasan persekitarannya dalam usaha membantu
murid menghayati amalan ± amalan nilai Islam dalam kehidupan.


5
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD, hlmn 151

Kewujudan suasana dan persekitaran seumpama ini secara tidak langsung
memerlukan iklim yang dibentuk dengan nilai-nilai Islam secara keseluruhannya.
Persekitaran dan iklim yang seumpama ini kemudiannya diyakini mampu menarik hati
dan sanubari murid-murid untuk lebih mengenali Islam dengan hakikat islam yang
sebenar lantas mengamalkan amalan-amalan Islam dalam diri mereka sesuai dengan
persekitaran mereka.
Dalam usaha guru memainkan peranan menanam kecintaan terhadap agama ini,
antara aspek yang paling penting yang perlu dititik beratkan oleh seorang guru
Pendidikan Islam adalah al-Quran dan hadith. Guru perlu menekankan peranan al-
quran sebagai panduan utama Islam diikuti hadith Rasulullah SAW. Berjayanya
seseorang guru itu menanam kecintaan terhadap agama dalam kalangan murid dan
masyarakat sekelilingnya adalah apabila masyarakat sekelilingnya menjadi sangat
sensitif dan menyayangi al-Quran dan hadith.
Secara ringkasnya, peranan guru dalam menanam kecintaan terhadap agama
perlu diselarikan dengan usaha-usaha guru seperti berikut :
y Guru perlu bertindak lebih dari seorang guru biasa tetapi sebagai pendakwah
secara tdak langsung.
y Guru berperanan untuk menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam
kalangan anak didik
y Guru bertindak sebagai penggerak untuk menaikkan emosi murid supaya
kasihkan agama.
6

y Guru Pendidikan Islam perlu sentiasa berusaha menanam kecintaan terhadap
agama ini bukan hanya di sekolah bahkan ketika mana seseorang guru itu
berada walau di luar waktu persekolahan.


6
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD, hlmn 151

y Guru perlu bijak membanteras kemungkaran dalam kalangan murid dengan
sebaik-baiknya menggunakan kaedah yang menyentuh sanubari mereka.
y Guru Pendidikan Islam perlu mewujudkan suasana dan keadaan yang menjurus
kepada suasana Islam perlu diwujudkan oleh guru sama ada di sekolah atau
kawasan persekitarannya dalam usaha membantu murid menghayati amalan ±
amalan nilai Islam dalam kehidupan.
y Guru perlu menekankan peranan al-quran sebagai panduan utama Islam diikuti
hadith Rasulullah SAW.



4. Peranan guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan mutu pendidikan.
Peningkatan mutu sesuatu sistem pendidikan itu berlaku banyak dipengaruhi oleh
peranan guru sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau selainnya.
Peningkatan mutu pendidikan ini menjanjikan peningkatan mutu produk pendidikan
tersebut iaitu murid. Hal ini sangat bergantung terhadap peranan yang dimainkan oleh
guru.
Bagi guru Pendidikan Islam, peningkatan mutu pendidikan ini kelak membantu
kepada usaha membangunkan ummah secara keseluruhannya. Pembangunan ummah
ini adalah penting kerana ianya bererti membangunkan seluruh potensi individu ke arah
kehidupan beragama dengan kata lain kepekaan masyarakat terhadap Allah sebagai
pencipta alam semesta, malah juga sebagai pemberi seluruh peraturan hidup dan
sebagai pendidik teragung.
7

Maka, dalam rangka untuk memainkan peranan secara optimum dalam
meningkatkan mutu pendidikan ini, guru Pendidikan Islam perlulah bertindak dengan
yakin sebagai ejen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan. Ini adalah perlu
kerana guru berperanan menentukan perubahan-perubahan dalam objektif, matlamat,
hala tuju dan wawasan selaras dengan perkembangan yang wajar supaya berpaksikan
suatu konsep ilmu dan pendidikan yang sebenar.
8

Sistem pendidikan yang bermutu adalah sistem pendidikan yang memberi
penekanan kepada perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh meliputi
segala aspek kehidupan. Justeru, peranan guru tidak hanya terikat di bilik darjah dan
menyampaikan isi pelajaran berdasarkan silibus tertentu sahaja, bahkan guru perlu
sedar peranan yang luas perlu dimainkan mereka lebih dari seorang guru. Guru perlu
melaksanakan tanggungjawab mendidik, mengajar, menyampaikan ilmu dan juga
menjadi contoh terbaik bagi murid-murid dalam menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu
yang telah dipelajari.
Perkara ini jelas dan nyata bagi guru Pendidikan Islam terutamanya.


7
Ghazali Darusalam(1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiyah, Selangor, Utusan Publications,hlmn 162
8
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD,hlmn 151
Seseorang guru itu juga hendaklah rajin berfikir idea-idea baru yang sentiasa
membantunya meningkatkan mutu pengajaran yang sekaligus membantu peningkatan
murid-murid terhadap sesuatu pelajaran yang diajar. Mudahnya, guru hendaklah kreatif
dan inovatif dalam mengajar.
Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan juga adalah bergantung
kepada sikap guru yang tidak mudah berasa puas terhadap hasil pengajaran yang
diperoleh. Bahkan, guru perlu sentiasa mempunyai semangat menuntut ilmu yang tinggi
dalam usaha meningkatkan mutu pengajarannya yang secara tidak langsung membawa
kepada peningkatan mutu pendidikan.
Seterusnya, bagi seseorang guru Pendidikan Islam itu hendaklah guru itu peka
dan mengambil berat dengan keadaan sekelilingnya. Guru Pendidikan Islam perlu
melaksanakan tugas dakwah dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh secara
tidak langsung ataupun secara langsung semasa di dalam kelas atau luar kelas. Usaha
bersungguh-sungguh guru ini sangat membantu kepada pemikiran inovatif, kritis dan
kreatif guru dalam meningkatkan proses pengajarannya sekaligus meningkatkan mutu
pendidikan secara amnya.
Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan, semangat, bimbingan dan
motivasi kepada murid-murid untuk mencapai kemajuan dalam pembelajaran mereka.
Secara mudahnya, peningkatan mutu sesuatu sistem pendidikan itu bergantung
kepada 2 aspek iaitu :
1. Aspek Guru
2. Aspek Murid.
Walaubagaimanapun, pengaruh guru lebih besar berbanding murid jika berbalik semula
peranan guru sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada urid untuk berjaya.

Ringkasnya, peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan adalah seperti
berikut:
y Guru berperanan sebagai pemberi galakan, semangat, bimbingan dan motivasi
kepada murid-murid untuk mencapai kemajuan dalam pembelajaran mereka.
y Hendaklah guru itu peka dan mengambil berat dengan keadaan sekelilingnya.
y Guru Pendidikan Islam hendaklah tidak mudah berasa puas terhadap hasil
pengajaran yang diperoleh.
y Guru Pendidikan Islam hendaklah rajin berfikir idea-idea baru yang sentiasa
membantunya meningkatkan mutu pengajaran
y Peranan guru tidak hanya terikat di bilik darjah dan menyampaikan isi pelajaran
berdasarkan silibus tertentu sahaja, bahkan guru perlu sedar peranan yang luas
perlu dimainkan mereka lebih dari seorang guru.
y Guru Pendidikan Islam perlulah bertindak dengan yakin sebagai ejen perubahan
dalam mencapai matlamat pendidikan.




SIFAT-SIFAT GURU PENDIDIKAN ISLAM
Rasulullah SAW telah berjaya memperlihatkan sifat-sifat guru dan pendakwah yang
baik sejak dahulu lagi. Telah diperakui bahawa Baginda merupakan seorang guru
terbaik dalam menyampaikan ilmu.
Antara sifat-sifat Rasulullah yang perlu dan boleh diikuti dan disesuaikan dengan
konteks seorang guru yang baik adalah :
y Sentiasa sabar dan pemaaf
y Pemalu
y Bersikap adil dan sentiasa menjaga kehormatan diri
y Menjaga amanah dan menunaikan janji
y Membesarkan nikmat sekalipun sedikit.
y Tidak mencela terhadap sesuatu perkara.
y Apabila menunjukkan isyarat, Rasulullah menunjukkan semua telapak tangannya
dan tidak menuding jari kepada orang yang dituju.
y Senyuman Rasulullah tidak menampakkan giginya umpama butiran ais.
y Mengutamakan kepentingan orang lain. Rasulullah sentiasa memuliakan orang
yang berada di sisinya tanpa diskriminasi sehingga orang yang berada di
sekelilingnya berasa merendah diri daripada orang lain.
y Menghormati tetamu.
y Berbicara perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
y Apabila berbicara, orang di sekelilingnya memberi sepenuh perhatian kepada
Baginda.

Analisis yang dilakukan terhadap antara sifat-sifat peribadi Rasulullah tersebut
menghasilkan peribadi dan sifat yang perlu diserap dan diamalkan sebagai seorang
guru Pendidikan Islam yang baik.
Abdul Kipli (1994) menyenaraikan kriteria yang harus dimiliki oleh seorang guru
yang baik dan berkesan pengajarannya iaitu :
y Bersemangat dan Berkeyakinan.: Pantulan suara yang jelas,lantang dan
bersemangat dibantu oleh gerak geri yang menarik perhatian pelajar.
y Bersifat Cemerlang.: Sentiasa gigih berusaha untuk mencapai
kecemerlangan diri dan sekolah.
y Keupayaan Memimpin.: Perlu sentiasa menunjukkan kebolehan dan
kemampuan sebagai seorang pemimpin untuk mengarah dan mengawal
suasana pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa.
y Kaedah Pengajaran.: Mudah menerima dan menghayati serta boleh
mengaplikasikan P & P yang berkesan dalam suasana kehidupan
seharian.
y Peka : Memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di
dalam dan di luar kelas serta berupaya menilai kemampuan dan
kelemahan murid.
9

Berdasarkan sifat-sifat guru yang dikemukakan oleh Abdul Kipli ini, dapat
diperjelaskan bahawa keutamaan bagi seorang guru tanpa mengira bidang adalah
berkaitan penguasaan ilmu pedagogi.
Bagi guru Pendidikan Islam pula, penguasaan ilmu ini merupakan kewajipan
yang perlu dimiliki dalam rangka menyampaikan ilmu yang tepat berkaitan Islam
kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang betul.


9
http://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-peranan-dan-cara-meningkatkannya/ pada tarikh
18.7.2011
Sifat-sifat guru ini juga boleh dibahagikan kepada sifat yang disukai murid dan
sebaliknya.
Dalam meneliti sifat yang disukai murid, Atan Long telah menyenaraikan seperti
berikut :
y Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.
y Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.
y Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan
orang.
y Mempunyai sifat kratif, imaginasi dan ikhtiar.
y Bertatatertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam
menghadapi masalah.
y Sabar.
y Jujur dan ikhlas.
y Tegas.
y Menepati masa dan berkebolehan mengurus.
y Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan.
y Memberi bimbingan yang demokratik.
y Menjaga status ikhtisas perguruan.
y Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab.
10


Jika diteliti sifat ± sifat di atas, ianya merangkumi juga sifat-sifat asal seorang
guru yang baik. Sifat ini secara hakikatnya merupakan sifatguru yang disukai murid.
Seterusnya, dalam meneliti sifat-sifat guru yang baik, perlu juga diberi perhatian kepada
sifat-sifat guru yang tidak baik bagi mengelakkan seseorang guru itu melakukan sifat
tidak elok ini secara tidak sedar.


10
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD,hlmn 145
Frank W.Hart telah menyenaraikan sifat guru yang tidak baik seperti berikut:
y Garang, membebel, tidak pernah senyum, suka memerli dan mudah hilang
sabar.
y Tidak membantu kerja-kerja di sekolah, tidak menerangkan pelajaran dan
tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan.
y Berat sebelah, pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu.
y Besar diri, sombong, angkuh, susah menerima pandangan dan tidak menyedari
muridnya keluar kelas.
y Tiada pendirian, keras kepala, tidak bertimbang rasa, terlalu tegas dan membuat
huru-hara.
y Tidak adil dalam pemeriksaan dan pemberian markah ujian dan peperiksaan.
y Tidak memberikan perhatian kepada perasaan murid, memalukan murid-murid di
hadapan murid lain dan memanjangkan masa pembelajaran.
y Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka.
y Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.
11


Jika diteliti berkaitan sifat guru yang tdaiak baik ini pula, jelas sifat ini merupakan
sifat-sifat mazmumah dan negatif. Maka, tidak seharusnya bagi seorang guru
Pendidikan Islam yang mempunyai ilmu dan pengahayatan Islam yang mendalam
mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang telah disebutkan.
Mudahnya bagi seorang guru Pendidikan Islam dalam mempunyai sifat-sifat
yang positif dan profesional dalam diri mereka adalah apabila mereka mengikuti sunnah
dan tingkah laku Rasulullah dalam menjalankan tugas sebagai guru. Ini berdasarkan
pendapat Imam al-Ghazali yang menyatakan antara ciri guru yang efektif dalam
menjalankan tugas dengan cemerlang dan berkualiti dalah dengan mengikuti sunnah
dan tingkah laku Rasulullah dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang
diberinya.
12



11
Ahmad Mohd Salleh,(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF,Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk
KPLI,Selangor:Oxford Fajar SDN BHD,hlmn 145
12
Ibid. hlmn 145
Selain itu, sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang baik, perlu bagi seorang
guru itu mempunyai nilai-nilai Islam dalam diri mereka. Nilai-nilai Islam ini pula adalah
diselarikan berdasarkan sifat-sifat Rasulullah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
Antara lain, perlu bagi seorang guru Pendidikan Islam itu mempunyai sifat zuhud
dalam diri. Sifat zuhud ini dilihat penting dalam menimbulkan keikhlasan ketika
mengajar atau menyampaikan ilmu kepada murid-murid kerana kelak pada akhirnya,
seorang guru itu menyampaikan ilmu bukan demi mencari penghormatan masyarakat
atau mengharapkan balasan dunia tetapi lebih kepada mencari dan menuju kepada
keredhaan Allah selain menghidupkan nilai-nilai dan syariat Islam dalam kehidupan
murid-murid.
Seterusnya, menjaga kebersihan diri meliputi kebersihan lahiriah dan batiniah
seperti tidak bersifat angkuh, pemaaf, sabar dan sebagainya juga merupakan sifat
yang perlu wujud dalam diri seorang guru Pendidikan Islam yang baik.
Perkara ini seterusnya memberi gambaran yang baik tentang keperibadian dan
ketokohan seseorang individu itu dalam bergelar guru. Seorang guru yang baik bukan
sahaja memiliki pelbagai ilmu pengetahuan bahkan hendaklah beramal dan berpegang
teguh dengan ilmu yang dimiliki.
Ini bertepatan dengan firman Allah berkaitan perkara ini di dalam surah al-
baqarah, ayat 44 :
´´´´@´ò´0V´0 _´B´qÒBb ´@´Ò´ÒBB´´
´´´_@´qV,´ ´ò´N@´´´ò´0 ´ò´Jò´0,´
´´_´1´JV @1´´J´N´ÒBb P ´A´´0 ´´_´1´f´´V
´´´´
Bermaksud : Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,
tidakkah kamu berakal?
13

Sifat seterusnya yang perlu ada dalam diri seorang guru dalam menyampaikan
ilmu kepada murid-murid dengan berkesan adalah perasaan dan sifat kasih sayang.
Sifat ini adalah fitrah semulajadi dalam diri manusia yang perlu dipupuk dan sentiasa
dikembangkan dengan tujuan yang betul antara guru dan murid.

13
Surah al-Baqarah, ayat 44

Murid yang berasa disayangi guru akan sentiasa menghargai sebarang
pemberian berupa ilmu dari gurunya. Minat akan timbul dan murid akan semakin
mencintai ilmu yang disampaikan.
Sifat kasih sayang yang ada ini bukanlah bermakna seorang guru itu perlu
memanjakan anak muridnya tidak mengira tempat atau situasi. Sifat ini bermakna
seorang guru itu bersedia mengambil berat keperluan murid-muridnya meliputi aspek
ilmu dan material mereka. Maka oleh itu, perlu bagi seseorang guru itu untuk mengenali
latar belakang muridnya dengan baik. Keprihatinan ini mendatangkan rasa hormat yang
mendalam murid kepada gurunya lantas memudahkan guru untuk memberi pendidikan
dan bimbingan dengan baik.
Justeru, sifat ambil berat yang ada dalam diri guru ini juga membolehkan guru
memahami tabiat dan keperluan murid dengan baik. Seperti yang telah diketahui dan
dimaklumi, setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan keupayaan
yang berbeza dalam pelbagai aspek. Pengetahuan guru berkaitan perkara ini dan
pemahaman guru tentang perbezaan individu murid ini membantu guru menyediakan
rancangan dan bahan mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid-
murid.
Guru juga hendaklah mempunyai rasa sabar dan sifat pemaaf yang tinggi kerana
secara adatnya, seorang guru akan menghadapi puluhan orang murid dalam satu
masa. Puluhan orang murid itu pula mempunyai perbezaan antara setiap satunya.
Kesabaran yang tinggi ini lahir dari ilmu pengetahuan berkaitan pengajaran dan murid-
murid yang sedari awal telah wujud dalam diri guru.
Lantas, sifat pemaaf yang perlu ada ini bermakna guru itu bukanlah seorang
guru yang mudah berkecil hati dengan perbuatan muridnya. Seorang guru yang baik
hendaklah mempunyai jiwa yang besar dan sedar akan tanggungjawabnya dalam
mendidik dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Rasa tanggungjawab yang ada
ini membuatkan sesorang guru itu bersungguh-sungguh memberi kefahaman berkaitan
islam kepada muridnya.

Berdasarkan huraian daripada pendapat tokoh-tokoh yang telah dinyatakan,
seterusnya sifat guru pendidikan Islam yang baik dan cemerlang ini juga boleh
dibahagikan kepada 4 aspek yang lebih terperinci iaitu :
y Penampilan diri dan perwatakan
Mempunyai nilai-nilai islam yang diselarikan berdasarkan sifat-sifat
rasulullah.
Zuhud
Ikhlas
Menjaga kebersihan diri meliputi kebersihan lahiriah dan batiniah
Keperibadian dan ketokohan sebagai seorang guru.
Sabar
Pemaaf
Mempunyai jiwa yang besar
Penguasaan ilmu pedagogi.
Memiliki pelbagai ilmu pengetahuan
Beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimiliki.

y Sikap terhadap tugas
Melaksanakan amanah untuk mengajar dengan baik.
Bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan hasil pembelajaran di
dalam dan di luar kelas.
Menepati masa dengan tidak mengajar pada suatu masa yang terlalu
lama dari yang dijadualkan.
Komited dalam menjalankan tugas.
bersungguh-sungguh memberi kefahaman berkaitan islam dan isi
pelajaran kepada muridnya.


y Hubungan inter personal
Kasih sayang.
Mengambil berat keperluan murid-muridnya
Mengenali latar belakang muridnya dengan baik.
Memahami tabiat dan keperluan murid
Prihatin dengan kehendak murid, ibu bapa dan masyarakat.

y Kepimpinan
Tegas
Mampu mengawal kelas dengan baik
Persediaan mengajar yang lengkap dan sesuai dengan keadaan murid
dan suasana kelas.
Mampu membuat keputusan berkaitan sesuatu perkara yang melibatkan
semua murid dengan adil.


Berdasarkan ringkasan berkaitan sifat-sifat guru yang baik ini, dapat dilihat aspek
yang paling utama adalah perwatakan dan penampilan diri seorang guru itu meliputi
penguasaan ilmu pengetahuan yang pelbagai meliputi ilmu pedagogi dan sebaliknya.
Hal ini adalah kerana penguasaan dan pengahayatan ilmu yang baik dalam diri guru
Pendidikan Islam mebawa kepada lahirnya sifat-sifat mahmudah dalam dirinya secara
tidak langsung.
Nyata, seorang guru pendidikan Islam yang baik dan cemerlang itu hendaklah
memenuhi kriteria ± kriteria yang telah dibahagikan kepada aspek-aspek seperti yang
telah disenaraikan. Kriteria ini pula apabila diteliti bukan hanya memberi penekanan
kepada penanaman nilai Islam dalam diri individu guru bahkan merangkumi aplikasi
nilai tersebut semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru di dalam kelas
mahupun di luar kelas.



Kaedah dan teknik dakwah oleh para ilmuwan Islam.
Secara dasarnya, Rasulullah merupakan contoh tauladan terbaik yang semestinya
menjadi rujukan para ilmuwan islam dalam memilih, menentukan dan menggunakan
kaedah dan teknik penyampaian dakwah yang sesuai. Justeru, dalam memperincikan
perihal kaedah dan teknik dakwah yoleh para ilmuwan Islam, perlu diteliti juga berkaitan
kaedah dan teknik penyampaian dakwah Rasulullah yang kemudiannya disesuaikan
dengan para ilmuwan Islam yang tertentu.
Berkembangnya Islam dengan pesat yang kini dianuti majoriti penduduk dunia
memerlukan usaha yang jitu, tersusun dan ikhlas. Usaha dakwah Rasulullah ini berlaku
selama 23 tahun yang mana 13 tahun adalah di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Usaha dakwah Rasulullah di Makkah adalah lebih kepada perkara berkaitan
akidah dan pembentukan akhlak Islamiyah dalam kalangan masyarakat arab ketika itu.
Keadaan ini amat sesuai dengan keadaan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu
yang tenggelam di dalam pemujaan patung berhala dan kerosakan kehidupan.
Kepentingan akidah dalam membentuk kehidupan yang sempurna merupakan sebab
utama perkara ini diberi tumpuan utama Rasulullah.
Penghijrahan Nabi dan umat Islam ke Madinah seterusnya membuka lembaran
baru dalam dakwah Islamiyah. Usaha dakwah diteruskan dengan menumpukan kepada
aspek-aspek yang lebih meluas seperti perihal ibadah, munakahat, muamalat,
peperangan, hubungan diplomatik dengan wilayah asing dan sebagainya.
Dalam memastikan keberjayaan usaha dakwah ini, rasulullah telah
menggunakan kaedah dan teknik yang sangat sesuai dan relevan untuk dicontohi umat
Islam lainnya semasa berdakwah. Antara lainnya adalah :
Hikmah atau bijaksana.
Ini bermaksud menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penerima atau
kumpulan sasarannya.Baginda Rasulullah menjalankan dakwahnya kpd masyarakat
dari peringkat hamba sehingga peringkat pemimpin dan cerdik pandai dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian. Bermula dengan
dakwah secara sulit selama tiga tahun yang memberi keutamaan kepada kaum kerabat
terdekat dan para hamba, kemudiannya usaha dakwah Rasulullah berkembang luas
apabila dilakukan secara terbuka.
Perkara ini bertepatan dengan firman Allah dari surah al-nahl, ayat 125 yang
memperlihatkan perintah Allah untuk melakukan dakwah secara hikmah dan bijaksana
iaitu :
´´´@Bb P[¸L´f ´V@´P´´ ´Ó´¸´,;
´´ù´N´´´6BB´´ ´´´´´_´ù´ÒBb,´
´,1@´´´6Bb F ó´·´Ò´)´´¬,´ ´´/´ÒBB´´
_;´´ ´·@´´=´0 P ´´´f ´Ó´´,; ,_´´ ´ó¸1´´´0
·´ù´´ ´V@´ ·´´ ´´0´b@´P´´ F ,_´´,´
´ó¸1´´´0 ´´´´)´J´·´ù´ÒBB´´ ´´´´´
Bermaksud :Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka
(yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia
lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua
Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
14

Contoh Teladan dan Pengajaran yang baik.
Peribadi dan akhlak Rasulullah merupakan antara faktor yang menarik kepada
pengislaman umat manusia amnya dan masyarakat arab di Makkah secara khususnya
pada waktu itu.
Para ilmuwan Islam turut mengakui akan perkara tersebut dan memberi
keutamaan kepada peribadi dan perwatakan seorang pendakwah itu dalam menjamin
keberkesanan dakwahnya. Tokoh ilmuwan Islam sejak zaman Rasulullah sehingga ke
hari ini sentiasa berusaha menunjukkan contoh tauladan terbaik kepada umat manusia
dalam rangka memaparkan keindahan dan kelembutan Islam secara tidak langsung.
Berhujah dan berbahas secara baik dan rasional.
Kepetahan Rasulullah dalam berhujah merupakan suatu kelebihan yang
dikurniakan Allah kepada Baginda. Sehinggakan semasa Rasulullah menyampaikan
khutbah, tidak akan ada para sahabat yang berkata-kata selain memberi sepenuh
perhatian kepada Baginda sehingga selesai khutbah yang disampaikan.



14
Surah al-Nahl, ayat 125
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Rasulullah pula adalah kata-kata yang indah
berkaitan Islam dan kata-kata pujian kepada Allah dan Rasul. Tiada sebutir ucapan
Baginda yang menyinggung hati pendengarnya menyebabkan mereka berasa selesa
dengan keadaan tersebut.
Ketegasan
Pendekatan ini diambil kerana cara berlemah lembut tidaklah sesuai dengan semua keadaan,
kerana dalam keadaan tertentu memerlukan ketegasan. Contohnya, ketika Nabi s.a.w.
berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk (9H).
Mereka ialah Kaab ibn Malik, Mirarah ibn al-Rabi¶ dan Hilal ibn Umaiyah. Nabi s.a.w. dan para
sahabatnya termasuklah juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak
menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika.
15

Melarang Secara tidak langsung
Tidak dinafikan bahawa penyampaian dakwah memerlukan kepada sesuatu peryataan yang jelas
dan nyata. Namun dalam keadaan tertentu misalnya larangan, ia memerlukan suatu tindakan
yang bijak supaya dapat diterima apa yang hendak disampaikan secara lebik efektif. Contoh
bentuk larangan secara tidak langsung yang diparaktikkan oleh Rasululllah s.a.w. ialah
sebagaimana Nabi s.a.w. melarang seorang pemuda yang meminta kebenaran daripada Baginda
untuk melakukan zina. Nabi s.a.w. tidak terus melarang pemuda itu supaya tidak berzina, tetapi
memberi suatu gambaran betapa zina itu tidak disukai oleh semua orang. Dengan itu, pemuda itu
dapat memahami betapa jijiknya zina itu.
16

4) Menjalin Hubungan yang Baik Dengan Non Muslim
Islam telah menggariskan beberapa bentuk hubungan yang sepatutnya terjalin antara masyarakat
Islam dengan non muslim termasuklah hubungan kekeluargaan bagi saudara baru dengan
keluarga asal mereka. Antara contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. berkaitan bentuk
hubungan ini ialah Nabi s.a.w. mengadakan hubungan berbaik-baik dengan suku kaum di
Madinah, termasuk orang-orang Yahudi. Untuk tujuan tersebut satu perjanjian telah diwujudkan.
Melalui perjanjian tersebut, masing-masing pihak hendaklah hidup secara harmoni dan menjaga
kerukunan hidup penduduk di Madinah dengan tanpa ceroboh-menceroboh antara satu sama
lain.Nabi s.a.w. juga mengadakan hubungan baik dengan kabilah-kabilah yang ada disekeliling
Madinah.
17



15
http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.html pada tarikh 16. 7.2011
16
http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.html pada tarikh 16.7.2011
17
http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.html
Ini merupakan antara sekelumit kaedah dan teknik yang telah digunakan oleh
Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islamiyah berdasarkan hasil rujukan
beberapa buah buku dan laman sesawang berkaitan metod dakwah Rasulullah.
Seterusnya, diperincikan pula kaedah dan teknik dakwah yang diperlihatkan di dalam
al-Quran sebagai rujukan buat semua umat Islam.
Hal ini juga adalah kerana Perkara asas yang menjadi keutamaan para ilmuwan
Islam dalam menyampaikan dakwah Islamiyah dengan berkesan adalah dengan
menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai bahan rujukan dan panduan utama dalam
segala perkara berkaitan Islam.
Terdapat beberapa pendekatan lain yang disyorkan dalam al-Qur¶an antaranya:
1. Penjelasan yang nyata dan jelas
Isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas dan tidak
menimbulkan kekaburan dan silap faham serta tafsiran yang menyeleweng. Ini dapat
dilihat dari surah al-maidah, ayat 92 iaitu :
Fb_´´@´´´0,´ ´ãBb Fb_´´@´´´0,´ ´X_´´´¶ÒBb
Fb´´;A@´¸Bb,´ P ´´T´ ´ò´J´@´Ò,_V
Fb´_´ù¸1´´BB´ B´ù´ò´0 P[¸V´´ B,1´Ò_´´,;
´´´¸1´Ó´ÒBb ´´´´Ó´ù´ÒBb ´´´´
Bermaksud:Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah
sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang
diperintahkan itu), maka ketahuilah, Bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah
menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.
2. Berperingkat-peringkat
Bagi tidak memberati orang yang menerima dakwah, pengajaran yang disampaikan
dilakukan dalam keadaan berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, pengharaman arak
tidak dilarang secara terus, malah secara peringkat demi peringkat.
3. Mudah
Mesej yang hendak disampaikan hendaklah melalui semudah-mudah cara. Ini kerana
Islam itu sendiri mudah dan selaras dengan tabiat semulajadi manusia terutamanya
dalam perkara yang berkaitan kelonggaran hukum atas sebab-sebab yang munasabah.
4. Menjinakkan
18

Dakwah Islamiyah hendaklah dilakukan dalam keadaan berjinak-jinak dengan
sasaran.Ini termasuklah berkenalan dengan seseorang yang akan menerima
dakwahnya. Perkenalan ini bertujuan memahami latarbelakang kehidupan sebenar
sasaran, corak pemikiran dan bagaimana pengertian dan pandangannya terhadap alam
raya ini dan terhadap agama Islam
Dengan kata lain, pendekatan mendampingi sasaran amat mustahak dan mampu
memberi impak yang memberangsangkan kerana dengan berbuat demikian,
pendakwah akan menemui ruang-ruang yang mungkin dijadikan sebagai batu loncatan
untuk mengetuk pintu hati orang ramai.
5. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan
Pendekatan melalui pendedahan hikmah (rahsia pensyariatan) disebalik suruhan dan
larangan amat perlu bagi membuka minda sasaran untuk menerima unsur logik dan
rasional. Pemikiran normal biasanya akan akur dengan kenyataan yang berasaskan
logical thinking. Sebagai contoh, faedah yang didapati disebalik sembahyang yang
disebut dalam surah al-ankabut, ayat 45 :
´V´VBb ãB´ÿ ¸´´´´´0 ´Ó´@Ò´f ´´´ÿ ´1´´J´N´ÒBb
´ó´C´0,´ ¸×P_¸1´´ÒBb F ´,´f ¸×P_¸1´´ÒBb
P;õ´1V ´´´´ ´´ãB´´´A´´ÒBb ´¶N1´ù´ÒBb,´
N ´¶´H´Cã,´ ´ãBb ´@´Ò´m´0 N ´ãBb,´ ´ó¸1´´´·
B´ÿ ´´_´´×q´´V ´´´´
45. Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan
dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang
keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Pada dasarnya, al-Qur¶an banyak mendedahkan pendekatan dakwah dalam bentuk
yang pelbagai agar pengajaran yang hendak disampaikan menepati kesesuaian dan
tahap pemikiran golongan sasaran. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Sayyidina Ali
k.w. :
µBercakaplah dengan orang lain berdasarkan kefahaman mereka (dalam lingkungan
yang mereka boleh faham).
19

Selain itu, µAbd al-Karim Zaydan menyebut bahawa al-Qur¶an banyak mendedahkan
pendekatan dakwah yang mana setiap orang Islam mesti memahaminya, sebagaimana
memahami perkara-perkara lain yang terdapat dalam al-Qur¶an. Tuhan memaparkan

18
http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.html pada tarikh 17.7.2011
19
Al-Bukhari, (1979), Sahih al-Bukhari, Jil. 1. Istanbul, h. 41.
cara-cara dakwah dalam al-Qur¶an untuk dijadikan panduan yang boleh membantu
usaha dakwah.
20

Mudahnya, Zaydan menjelaskan bahawa sumber kepada kaedah dan teknik
mahupun metod dakwah itu datangnya dari al-Quran dan al-Sunnah, perjalanan hidup
tokoh-tokoh lampau, ijtihad ahli fekah dan pengalaman atau percubaan.
21

Para ilmuwan Islam sejak dahulu hingga sekarang telah mempraktikkan kaedah
dan teknik yang ditonjolkan melalui rasulullah mahupun al-Quran ini menggunakan
pelbagai medium dan media yang berbeza disesuaikan dengan keadaan semasa dan
objek dakwah mereka.
Penulisan menjadi media dakwah utama yang digunakan oleh Rasulullah, para
sahabat Baginda, para ilmuwan Islam dan para pendakwah dari dahulu hingga
sekarang.
Rasulullah menggunakan kaedah penulisan surat kepada pembesar-pembesar
di wilayah berbeza untuk menyeru kepada keEsaan Allah dan membenarkan risalah
yang dibawa baginda. Sebagai contoh surat Rasulullah kepada al-Najashi, pembesar
habsyah.
Selain itu, penulisan hadith-hadith Rasulullah dan pengumpulan al-Quran yang
dilakukan oleh para sahabat bermula dari zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar juga
memperlihatkan medium dakwah menggunakan kaedah penulisan.
Tokoh ilmuwan Islam kontemporari seperti Hamka, Yusuf Al-Qaradhawi, Sayd
Quttb dan sebagainya pula telah menulis pelbagai karangan berkaitan syariat-syariat
Islam yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa untuk diedarkan dan
digunakan sebagai rujukan kepada orang ramai di serata dunia.
Perkembangan media penulisan sebagai medium utama dakwah berlaku dengan
pesat seiring perkembangan ilmu pengetahuan yang berlaku semasa kegemilangan
Empayar Islam memberi kesan besar dalam penyebaran Islam kepada orang ramai.
Khutbah juga merupakan antara media dakwah yang sangat memberi kesan
kepada usaha dakwah Islamiyah bermula sejak zaman Rasulullah. Rasulullah telah
memperlihatkan kaedah menyampaikan khutbah yang baik iaitu dengan suara yang

20
Abd al-Karim Zaydan (2000), Usul al-Da¶wah, Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 413.
21
Abdul Aziz Mohd Zin,(1997), Pengantar dakwah Islamiyah, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, hlmn 78
jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Khutbah yang disampaikan oleh Baginda
kebanyakannya dilakukan di dalam masjid selepas menunaikan solat.
Kaedah ini turut dipergunakan oleh para ilmuwan Islam sejak dahulu sehingga
sekarang. Khulafa¶ al-Rasyidin antara sahabat nabi yang meneruskan kaedah khutbah
ini dalam menyampaikan sesuatu peringatan atau nasihat kepada umat Islam.
Kini, khutbah merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan umat Islam
dalam memperkatakan sesuatu perkara berkaitan sesuatu isu.
Penaklukan dan perluasan wilayah Islam merupakan suatu lagi medium yang
membantu kepada penyebaran Islam secara meluas. Kaedah ini telah digunakan
bermula zaman pemerintahan Khulafa¶ al-Rasyidin, Bani Umayah, Bani Abbasiyah
sehingga kepada Turki Uthmaniah. Empayar Islam yang pada ketika itu berjaya
memperluaskan wilayahnya sehingga ke byzantine menimbulkan kegusaran dan
ketakutan dalam diri musuh-musuh Islam. kelembutan dan sahsiah mulia para tentera
Islam pada ketika itu pula berjaya menarik hati ribuan penduduk sesebuah wilayah
untuk memeluk Islam.
Berdasarkan fakta-fakta berhubung pendekatan dakwah silam yang merangkumi
pendekatan al-Quran dan Sunnah, maka ia dikenalpasti sebagai pendekatan utama
pendakwah sepanjang zaman. Akan tetapi dari sudut komparatifnya adalah bentuk dan
cara pelaksanaannya sahaja yang berbeza disebabkan berlainan zaman dan golongan
sasaran.
22

Jelas, keseluruhan kaedah dan teknik penyampaian dakwah yang sesuai oleh
para ilmuwan Islam adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Keberjayaan
sesuatu usaha dakwah itu apabila diteliti adalah terletak kepada kesungguhan,
keikhlasan dan kebergantungan seseorang tokoh atau ilmuwan Islam itu kepada Allah.




22
http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.html pada tarikh 16.7.2011

Justeru, setiap guru dan pendidik perlu menyedari akan peranan mereka terhadap pembangunan ummah melalui medium pendidikan dewasa ini. Dalam meneliti berkaitan peranan yang perlu dimainkan oleh para guru dan pendidik, tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini telah memperincikan peranan guru kepada beberapa perana-peranan khusus seperti yang akan diperjelaskan seterusnya . Bagi menepati kehendak tugasan, maka keutamaan kajian dan rujukan yang dilakukan adalah berfokus kepada peranan guru Pendidikan Islam. Ianya telah dibahagikan dan diperincikan kepada peranan-peranan tertentu untuk dianalisis dengan lebih mendalam. Peranan guru Pendidikan Islam ini terbahagi kepada berikut: 1. Peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid 2. Peranan guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 3. Peranan guru Pendidikan Islam dalam menanam kecintaan terhadap agama. 4. Peranan guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan mutu pendidikan.

Perkara ini seterusnya akan diperjelaskan seperti yang berikut : 1. Peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid Pengaruh guru terhadap kehidupan dan pemahaman murid terhadap sesuatu perkara diakui amat besar dan mendatangkan kesan mendalam dalam kehidupan murid-murid. Justeru, peranan guru terhadap murid adalah amat penting terutama dalam perkara berkaitan iktikad dan akidah murid-murid. Menyedari akan hal ini, guru perlu insaf dan sedar bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada murid-murid dalam segala hal. Oleh itu, perlu bagi setiap guru Pendidikan Islam untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada murid-murid dan masyarakat. Seterusnya, guru pendidikan Islam secara tidak langsung adalah berperanan sebagai pendakwah dalam menyeru murid-murid kepada perasaan cinta dan taat kepada Allah selain menanam iktikad yang kukuh dalam jiwa mereka.

guru Pendidikan Islam secara tidak langsung perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu berkaitan ibadah dan kaedah ibadah yang betul sama ada dari segi hukum mahupun hikmahnya untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. y Guru Pendidikan Islam berperanan menarik minat murid dan menimbulkan motivasi dalam diri mereka agar istiqomah dan bersangka baik dengan ibadah atau ilmu yang disampaikan guru. . Secara ringkasnya. y Guru Pendidikan Islam perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu berkaitan ibadah dan kaedah ibadah yang betul sama ada dari segi hukum mahupun hikmahnya untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semangat dan minat murid dalam mempraktiskan perkara-perkara ibadah yang telah disampaikan ini juga perlu ditimbulkan oleh guru dengan pelbagai kaedah pedagogi yang menarik. y Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pendakwah dalam menyeru murid-murid kepada perasaan cinta dan taat kepada Allah selain menanam iktikad yang kukuh dalam jiwa mereka. peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid adalah seperti berikut : y Guru Pendidikan Islam perlu insaf dan sedar bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada murid-murid dalam segala hal.Bertepatan dengan perkara ini. Guru Pendidikan Islam perlu bijak menarik minat murid dan menimbulkan motivasi dalam diri mereka agar istiqomah dan bersangka baik dengan ibadah atau ilmu yang disampaikan guru.

Dengan itu. mereka harus menjadi contoh yang baik kepada murid dan masyarakat. sebagainya. hlmn 150 . sama ada dari segi hukum dan hikmahnya mahupun kaedah dan pengaruhnya untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. rajin belajar.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD. 2 berpuasa.Hal ini setelah diteliti dan diperhalusi. y Menimbulkan semangat dan minat murid-murid ke atas mempraktikkan ajaran agama sehingga menjadi adat kebiasaan bagi mereka seperti mengerjakan sembahyang.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. y Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah dalam hati murid-muridnya dan menanamkan iktikad yang benar serta kepercayaan yang betul dalam jiwa mereka.(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF. suka menjaga kebersihan dan 2 Ahmad Mohd Salleh. ianya adalh tidak bertentangan dengan peranan guru Pendidikan Islam terhadap murid-murid yang telah dinyatakan oleh Abdul Rauf Dalip iaitu: y Menyedari dan insaf bahawa mereka menjadi ikutan dan teladan kepada muridmurid dalam segala hal. y Mendedah dan memahamkan murid-murid kepada pelbagai bentuk ibadah yang wajib dikerjakan dan cara melakukannya.

Selain itu. seseorang guru Pendidikan Islam itu perlu mempunyai kesedaran bahawa guru bukan sekadar menyampaikan ilmu atau menjadi pengajar. emosi. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiyah. rohani.3 Dengan mengetahui matlamat dan tujuan pendidikan ini. Bagi mencapai matlamat hakiki ini. Sebagai contoh. bahkan lebih daripada itu.2. Utusan Publications. Selangor. Jika diteliti. matlamat atau tujuan pendidikan yang hakiki adalah membentuk dan melahirkan insan yang berguna kepada agama dan masyarakat yang pada akhirnya mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang terpuji. maka seseorang guru Pendidikan Islam itu mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan sistematik dan teratur. Bagi guru Pendidikan Islam. emosi dan sebagainya.guru perlu bijak dalam memastikan pengajarannya sentiasa dilaksanakan dengan tidak memfokus kepada hanya salah satu aspek sahaja seperti hanya menumpukan kepada aspek perkembangan intelektual sehingga mengabaikan perkembangan rohani. berakhlak tinggi dan dapat menjaga kehidupan dan agamanya kelak. seorang guru pendidikan Islam di Malaysia perlu berjaya menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam dengan baik dalam rangka untuk mencapai dan menepati kehendak kedua-dua falsafah ini sesuai dengan perkembangan murid-murid dan perkara yang diajar kepada mereka. Maka. Peranan guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 3 Ghazali Darusalam(1996). intelek dan sosial murid-murid.guru perlu mengetahui dasar-dasar sesuatu sistem pendidikan itu dengan baik dalam usaha mendapatkan kaedah dan cara mengajar yang berkesan semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. kedua-dua falsafah pendidikan ini adalah tidak bertentangan antara antara satu sama lain dalam memperkembangkan jasmani. seseorang guru itu adalah pendidik yang menjadi contoh tauladan bagi murid-murid menuju ke jalan yang benar.hlmn 157 . Memahami matlamat atau tujuan pendidikan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengan baik oleh setiap guru.

guru perlu mempunyai pemahaman dan ilmu yang cukup berkaitan pengurusan bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini adalah kerana guru dilihat sebagai ketua dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.html pada tarikh 15. Keputusan yang dibuat oleh guru akan dipatuhi oleh semua murid tanpa diskriminasi. Peranan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya adalah personaliti atau peribadi guru itu sendiri. Guru juga dilihat perlu bijak dalam membuat keputusan-keputusan tertentu semasa perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Jika dikaitkan dengan pengajaran Pendidikan Islam. isi pelajaran dapat disampaikan dan diterima dengan baik oleh guru dan murid. Ianya adalah kerana aspek pengajaran konsep ini mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat dengan kefahaman dan makna sesuatu idea. 4 http://ustazabdulsomad. pemahaman kepada sesuatu konsep dikatakan sangat penting adalah kerana ianya mempengaruhi keyakinan murid-murid pada asas tauhid kepada Allah.4 Kawalan murid yang cemerlang membolehkan aktiviti berjalan dengan teratur dan isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik.7. keadaan murid dan masa perlaksanaannya.2011 . Guru yang positif dan bijak menarik minat murid merupakan guru yang baik dan mampu mengekalkan tumpuan murid terhadap sesuatu proses pengajaran.com/2009/02/peranan-tugas-sikap-guru-pendidikan. guru pendidikan Islam perlu memberi perhatian utama dalam aspek pengajaran konsep. penilaian terhadap sesuatu keputusan itu perlu dipilih dan dilakukan dengan memikirkan pelbagai aspek seperti suasana kelas.Semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya. Dalam hal ini.blogspot. Maka. Guru berperanan sebagai penggerak motivasi utama murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Melalui pemahaman konsep inilah yang dikatakan membawa kepada percambahan idea dan pemahaman terhadap perkara-perkara berkaitan Islam lainnya.

y Guru Pendidikan Islam perlu memainkan peranan yang baik dan menajaga sahsiah dan personaliti sebelum. peranan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diringkaskan seperti berikut: y Guru Pendidikan Islam berperanan untuk memahami matlamat atau tujuan pendidikan sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. y Guru Pendidikan Islam perlu mengetahui dasar-dasar sesuatu sistem pendidikan. y Guru Pendidikan Islam perlu bijak dalam membuat keputusan-keputusan tertentu semasa perlaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran y Guru Pendidikan Islam berperanan untuk menguasai pemahaman dan ilmu yang cukup berkaitan pengurusan bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Jika diteliti. Hal ini adalah disebabkan oleh perkaitan rapat kerana penyampaian isi pelajaran yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah memfokus kepada murid sebagai penerima. peranan guru terhadap murid dan pengajaran dan pembelajaran ini adalah tidak lari antara keduanya. . y Guru Pendidikan Islam perlu memberi perhatian dan peranan utama dalam aspek pengajaran konsep.Secara mudahnya.

5 Selain itu. 5 Ahmad Mohd Salleh.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD. Pada ketika inilah peranan guru sebagai pendakwah perlu dimainkan seoptimum mungkin. Membanteras kemungkaran dalam kalangan murid perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya menggunakan kaedah yang menyentuh sanubari mereka. Melalui kaedah ini. perkara-perkara mazmumah yang dilakukan murid-murid secara sedar atau tidak perlu ditegur oleh guru dengan kaedah paling berhikmah dan bijaksana seperti yang telah ditunjukkan oleh rasulullah. daie dan qaid yang baik. seseorang guru itu perlu memahami konsep guru sebagai murabbi. pemahaman murid terhadap agama menjadi luas dengan melihat kepada gaya hidup gurunya yang sentiasa berlandaskan syariat walau di mana berada. Bagi menyokong kenyataan berikut. Wan Bakar Wan Dagang turut menyebut guru berperanan untuk menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak didik dan menggerak atau menaikkan emosi murid supaya kasihkan agama. Peranan yang seterusnya ini merupakan peranan paling utama bagi seorang guru Pendidikan Islam.(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF. muaddib.3. Suasana dan keadaan yang menjurus kepada suasana Islam perlu diwujudkan oleh guru sama ada di sekolah atau kawasan persekitarannya dalam usaha membantu murid menghayati amalan ± amalan nilai Islam dalam kehidupan. dalam usaha guru untuk memainkan peranan utama sebagai penggerak kepada semangat kecintaan terhadap agama dalam diri murid-murid.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. Usaha menanam kecintaan ini perlu dilakukan guru bukan hanya di sekolah bahkan ketika mana seseorang guru itu berada walau di luar waktu persekolahan. Lantas. Peranan guru Pendidikan Islam dalam menanam kecintaan terhadap agama. Seterusnya. hlmn 151 . murid-murid akan melakukan amar ma¶ruf dengan penuh keihklasan dan bukan hanya berpura-pura di hadapan orang lain.

(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF. peranan guru dalam menanam kecintaan terhadap agama perlu diselarikan dengan usaha-usaha guru seperti berikut : y Guru perlu bertindak lebih dari seorang guru biasa tetapi sebagai pendakwah secara tdak langsung.Kewujudan suasana dan persekitaran seumpama ini secara tidak langsung memerlukan iklim yang dibentuk dengan nilai-nilai Islam secara keseluruhannya. antara aspek yang paling penting yang perlu dititik beratkan oleh seorang guru Pendidikan Islam adalah al-Quran dan hadith. y Guru berperanan untuk menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak didik y Guru bertindak sebagai penggerak untuk menaikkan emosi murid supaya kasihkan agama. Dalam usaha guru memainkan peranan menanam kecintaan terhadap agama ini. Secara ringkasnya.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD.6 y Guru Pendidikan Islam perlu sentiasa berusaha menanam kecintaan terhadap agama ini bukan hanya di sekolah bahkan ketika mana seseorang guru itu berada walau di luar waktu persekolahan. hlmn 151 . Guru perlu menekankan peranan alquran sebagai panduan utama Islam diikuti hadith Rasulullah SAW.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. Berjayanya seseorang guru itu menanam kecintaan terhadap agama dalam kalangan murid dan masyarakat sekelilingnya adalah apabila masyarakat sekelilingnya menjadi sangat sensitif dan menyayangi al-Quran dan hadith. Persekitaran dan iklim yang seumpama ini kemudiannya diyakini mampu menarik hati dan sanubari murid-murid untuk lebih mengenali Islam dengan hakikat islam yang sebenar lantas mengamalkan amalan-amalan Islam dalam diri mereka sesuai dengan persekitaran mereka. 6 Ahmad Mohd Salleh.

y Guru perlu menekankan peranan al-quran sebagai panduan utama Islam diikuti hadith Rasulullah SAW. .y Guru perlu bijak membanteras kemungkaran dalam kalangan murid dengan sebaik-baiknya menggunakan kaedah yang menyentuh sanubari mereka. y Guru Pendidikan Islam perlu mewujudkan suasana dan keadaan yang menjurus kepada suasana Islam perlu diwujudkan oleh guru sama ada di sekolah atau kawasan persekitarannya dalam usaha membantu murid menghayati amalan ± amalan nilai Islam dalam kehidupan.

Justeru.(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. menyampaikan ilmu dan juga menjadi contoh terbaik bagi murid-murid dalam menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Utusan Publications. Peningkatan mutu sesuatu sistem pendidikan itu berlaku banyak dipengaruhi oleh peranan guru sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau selainnya. hala tuju dan wawasan selaras dengan perkembangan yang wajar supaya berpaksikan suatu konsep ilmu dan pendidikan yang sebenar. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiyah.8 Sistem pendidikan yang bermutu adalah sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh meliputi segala aspek kehidupan. peranan guru tidak hanya terikat di bilik darjah dan menyampaikan isi pelajaran berdasarkan silibus tertentu sahaja. dalam rangka untuk memainkan peranan secara optimum dalam meningkatkan mutu pendidikan ini. Peranan guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan mutu pendidikan. Peningkatan mutu pendidikan ini menjanjikan peningkatan mutu produk pendidikan tersebut iaitu murid. Selangor.hlmn 162 Ahmad Mohd Salleh.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD. malah juga sebagai pemberi seluruh peraturan hidup dan sebagai pendidik teragung. peningkatan mutu pendidikan ini kelak membantu kepada usaha membangunkan ummah secara keseluruhannya. Perkara ini jelas dan nyata bagi guru Pendidikan Islam terutamanya. Pembangunan ummah ini adalah penting kerana ianya bererti membangunkan seluruh potensi individu ke arah kehidupan beragama dengan kata lain kepekaan masyarakat terhadap Allah sebagai pencipta alam semesta. guru Pendidikan Islam perlulah bertindak dengan yakin sebagai ejen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan.4. Hal ini sangat bergantung terhadap peranan yang dimainkan oleh guru. bahkan guru perlu sedar peranan yang luas perlu dimainkan mereka lebih dari seorang guru. Guru perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik. Ini adalah perlu kerana guru berperanan menentukan perubahan-perubahan dalam objektif.7 Maka.hlmn 151 . mengajar. Bagi guru Pendidikan Islam. matlamat. 7 8 Ghazali Darusalam(1996).

Guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan tugas dakwah dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh secara tidak langsung ataupun secara langsung semasa di dalam kelas atau luar kelas. guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengajar. peningkatan mutu sesuatu sistem pendidikan itu bergantung kepada 2 aspek iaitu : 1. pengaruh guru lebih besar berbanding murid jika berbalik semula peranan guru sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada urid untuk berjaya. kritis dan kreatif guru dalam meningkatkan proses pengajarannya sekaligus meningkatkan mutu pendidikan secara amnya. Usaha bersungguh-sungguh guru ini sangat membantu kepada pemikiran inovatif. . guru perlu sentiasa mempunyai semangat menuntut ilmu yang tinggi dalam usaha meningkatkan mutu pengajarannya yang secara tidak langsung membawa kepada peningkatan mutu pendidikan. Secara mudahnya. bimbingan dan motivasi kepada murid-murid untuk mencapai kemajuan dalam pembelajaran mereka. semangat. Walaubagaimanapun.Seseorang guru itu juga hendaklah rajin berfikir idea-idea baru yang sentiasa membantunya meningkatkan mutu pengajaran yang sekaligus membantu peningkatan murid-murid terhadap sesuatu pelajaran yang diajar. Seterusnya. Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan. Aspek Guru 2. Aspek Murid. Mudahnya. Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan juga adalah bergantung kepada sikap guru yang tidak mudah berasa puas terhadap hasil pengajaran yang diperoleh. bagi seseorang guru Pendidikan Islam itu hendaklah guru itu peka dan mengambil berat dengan keadaan sekelilingnya. Bahkan.

peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan adalah seperti berikut: y Guru berperanan sebagai pemberi galakan. y Guru Pendidikan Islam hendaklah rajin berfikir idea-idea baru yang sentiasa membantunya meningkatkan mutu pengajaran y Peranan guru tidak hanya terikat di bilik darjah dan menyampaikan isi pelajaran berdasarkan silibus tertentu sahaja. bimbingan dan motivasi kepada murid-murid untuk mencapai kemajuan dalam pembelajaran mereka. Guru Pendidikan Islam hendaklah tidak mudah berasa puas terhadap hasil pengajaran yang diperoleh. bahkan guru perlu sedar peranan yang luas perlu dimainkan mereka lebih dari seorang guru.Ringkasnya. y Guru Pendidikan Islam perlulah bertindak dengan yakin sebagai ejen perubahan dalam mencapai matlamat pendidikan. y y Hendaklah guru itu peka dan mengambil berat dengan keadaan sekelilingnya. . semangat.

orang di sekelilingnya memberi sepenuh perhatian kepada Baginda. Rasulullah menunjukkan semua telapak tangannya dan tidak menuding jari kepada orang yang dituju. Apabila berbicara. Antara sifat-sifat Rasulullah yang perlu dan boleh diikuti dan disesuaikan dengan konteks seorang guru yang baik adalah : y y y y y y y Sentiasa sabar dan pemaaf Pemalu Bersikap adil dan sentiasa menjaga kehormatan diri Menjaga amanah dan menunaikan janji Membesarkan nikmat sekalipun sedikit. Tidak mencela terhadap sesuatu perkara. Telah diperakui bahawa Baginda merupakan seorang guru terbaik dalam menyampaikan ilmu. y y Senyuman Rasulullah tidak menampakkan giginya umpama butiran ais. Berbicara perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Mengutamakan kepentingan orang lain. Rasulullah sentiasa memuliakan orang yang berada di sisinya tanpa diskriminasi sehingga orang yang berada di sekelilingnya berasa merendah diri daripada orang lain.SIFAT-SIFAT GURU PENDIDIKAN ISLAM Rasulullah SAW telah berjaya memperlihatkan sifat-sifat guru dan pendakwah yang baik sejak dahulu lagi. y y y Menghormati tetamu. Apabila menunjukkan isyarat. .

lantang dan bersemangat dibantu oleh gerak geri yang menarik perhatian pelajar.Analisis yang dilakukan terhadap antara sifat-sifat peribadi Rasulullah tersebut menghasilkan peribadi dan sifat yang perlu diserap dan diamalkan sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang baik.: Mudah menerima dan menghayati serta boleh mengaplikasikan P & P yang berkesan dalam suasana kehidupan seharian. y Kaedah Pengajaran. Bagi guru Pendidikan Islam pula.7. y Bersifat Cemerlang. penguasaan ilmu ini merupakan kewajipan yang perlu dimiliki dalam rangka menyampaikan ilmu yang tepat berkaitan Islam kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang betul. dapat diperjelaskan bahawa keutamaan bagi seorang guru tanpa mengira bidang adalah berkaitan penguasaan ilmu pedagogi. y Keupayaan Memimpin.wordpress.: Pantulan suara yang jelas.9 Berdasarkan sifat-sifat guru yang dikemukakan oleh Abdul Kipli ini. Abdul Kipli (1994) menyenaraikan kriteria yang harus dimiliki oleh seorang guru yang baik dan berkesan pengajarannya iaitu : y Bersemangat dan Berkeyakinan. 9 http://surambi.: Sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.com/2011/04/27/profesionalisme-peranan-dan-cara-meningkatkannya/ pada tarikh 18. y Peka : Memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di dalam dan di luar kelas serta berupaya menilai kemampuan dan kelemahan murid.2011 .: Perlu sentiasa menunjukkan kebolehan dan kemampuan sebagai seorang pemimpin untuk mengarah dan mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa.

mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah. dalam meneliti sifat-sifat guru yang baik. Bertatatertib. perlu juga diberi perhatian kepada sifat-sifat guru yang tidak baik bagi mengelakkan seseorang guru itu melakukan sifat tidak elok ini secara tidak sedar. Atan Long telah menyenaraikan seperti berikut : y y y Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat. Mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab. y y Mempunyai sifat kratif. Sifat ini secara hakikatnya merupakan sifatguru yang disukai murid. ianya merangkumi juga sifat-sifat asal seorang guru yang baik. Menjaga status ikhtisas perguruan.(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF. Mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan. Ahmad Mohd Salleh. imaginasi dan ikhtiar.10 Jika diteliti sifat ± sifat di atas. Seterusnya. Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik. Jujur dan ikhlas. Menepati masa dan berkebolehan mengurus.hlmn 145 10 . Tegas.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. Memberi bimbingan yang demokratik. y y y y y y y y Sabar.Sifat-sifat guru ini juga boleh dibahagikan kepada sifat yang disukai murid dan sebaliknya. Dalam meneliti sifat yang disukai murid.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD. Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang. bertimbang rasa.

y y Tidak berminat untuk mengenali murid dan latar belakang mereka. terlalu tegas dan membuat huru-hara. suka memerli dan mudah hilang sabar. jelas sifat ini merupakan sifat-sifat mazmumah dan negatif. membebel.12 Ahmad Mohd Salleh.hlmn 145 12 Ibid. tidak menerangkan pelajaran dan tugasan secara jelas serta bekerja tanpa perancangan. y y Berat sebelah. sombong.Selangor:Oxford Fajar SDN BHD. y Tiada pendirian. angkuh. keras kepala. hlmn 145 11 . y Tidak membantu kerja-kerja di sekolah. tidak pernah senyum.Metadologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI. memalukan murid-murid di hadapan murid lain dan memanjangkan masa pembelajaran. tidak seharusnya bagi seorang guru Pendidikan Islam yang mempunyai ilmu dan pengahayatan Islam yang mendalam mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang telah disebutkan. tidak bertimbang rasa. Besar diri. Tidak memberikan perhatian kepada perasaan murid.Hart telah menyenaraikan sifat guru yang tidak baik seperti berikut: y Garang. pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu. Mudahnya bagi seorang guru Pendidikan Islam dalam mempunyai sifat-sifat yang positif dan profesional dalam diri mereka adalah apabila mereka mengikuti sunnah dan tingkah laku Rasulullah dalam menjalankan tugas sebagai guru. y y Tidak adil dalam pemeriksaan dan pemberian markah ujian dan peperiksaan. Ini berdasarkan pendapat Imam al-Ghazali yang menyatakan antara ciri guru yang efektif dalam menjalankan tugas dengan cemerlang dan berkualiti dalah dengan mengikuti sunnah dan tingkah laku Rasulullah dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.Frank W. susah menerima pandangan dan tidak menyedari muridnya keluar kelas.(2008) Pengajian Agama Islam & j-QAF.11 Jika diteliti berkaitan sifat guru yang tdaiak baik ini pula. Maka. Pemberian tugasan dan kerja rumah tanpa sewajarnya.

ayat 44 : Jo   0 (4TWT DS   U! _  . Seorang guru yang baik bukan sahaja memiliki pelbagai ilmu pengetahuan bahkan hendaklah beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimiliki. seorang guru itu menyampaikan ilmu bukan demi mencari penghormatan masyarakat atau mengharapkan balasan dunia tetapi lebih kepada mencari dan menuju kepada keredhaan Allah selain menghidupkan nilai-nilai dan syariat Islam dalam kehidupan murid-murid. sabar dan sebagainya juga merupakan sifat yang perlu wujud dalam diri seorang guru Pendidikan Islam yang baik. padahal kamu semua membaca Kitab Allah. Sifat zuhud ini dilihat penting dalam menimbulkan keikhlasan ketika mengajar atau menyampaikan ilmu kepada murid-murid kerana kelak pada akhirnya. perlu bagi seorang guru Pendidikan Islam itu mempunyai sifat zuhud dalam diri. Antara lain.U!WT DS  )U!   Bermaksud : Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri. Ini bertepatan dengan firman Allah berkaitan perkara ini di dalam surah albaqarah. Seterusnya. DT 0 ^ 4T ZU T  ^ ) q & U!T D S^ . pemaaf. sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang baik. ayat 44 . menjaga kebersihan diri meliputi kebersihan lahiriah dan batiniah seperti tidak bersifat angkuh. Sifat ini adalah fitrah semulajadi dalam diri manusia yang perlu dipupuk dan sentiasa dikembangkan dengan tujuan yang betul antara guru dan murid. perlu bagi seorang guru itu mempunyai nilai-nilai Islam dalam diri mereka.Selain itu. 13 Surah al-Baqarah. tidakkah kamu berakal?13 Sifat seterusnya yang perlu ada dalam diri seorang guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan berkesan adalah perasaan dan sifat kasih sayang. Nilai-nilai Islam ini pula adalah diselarikan berdasarkan sifat-sifat Rasulullah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Perkara ini seterusnya memberi gambaran yang baik tentang keperibadian dan ketokohan seseorang individu itu dalam bergelar guru.

.

sifat pemaaf yang perlu ada ini bermakna guru itu bukanlah seorang guru yang mudah berkecil hati dengan perbuatan muridnya. Justeru. perlu bagi seseorang guru itu untuk mengenali latar belakang muridnya dengan baik. Seperti yang telah diketahui dan dimaklumi. Maka oleh itu. setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza dalam pelbagai aspek. Kesabaran yang tinggi ini lahir dari ilmu pengetahuan berkaitan pengajaran dan muridmurid yang sedari awal telah wujud dalam diri guru. . Guru juga hendaklah mempunyai rasa sabar dan sifat pemaaf yang tinggi kerana secara adatnya. Keprihatinan ini mendatangkan rasa hormat yang mendalam murid kepada gurunya lantas memudahkan guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan dengan baik. Puluhan orang murid itu pula mempunyai perbezaan antara setiap satunya. Rasa tanggungjawab yang ada ini membuatkan sesorang guru itu bersungguh-sungguh memberi kefahaman berkaitan islam kepada muridnya. Minat akan timbul dan murid akan semakin mencintai ilmu yang disampaikan. Sifat ini bermakna seorang guru itu bersedia mengambil berat keperluan murid-muridnya meliputi aspek ilmu dan material mereka. Lantas. Sifat kasih sayang yang ada ini bukanlah bermakna seorang guru itu perlu memanjakan anak muridnya tidak mengira tempat atau situasi. Seorang guru yang baik hendaklah mempunyai jiwa yang besar dan sedar akan tanggungjawabnya dalam mendidik dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid. seorang guru akan menghadapi puluhan orang murid dalam satu masa. Pengetahuan guru berkaitan perkara ini dan pemahaman guru tentang perbezaan individu murid ini membantu guru menyediakan rancangan dan bahan mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan muridmurid. sifat ambil berat yang ada dalam diri guru ini juga membolehkan guru memahami tabiat dan keperluan murid dengan baik.Murid yang berasa disayangi guru akan sentiasa menghargai sebarang pemberian berupa ilmu dari gurunya.

Bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan hasil pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Sikap terhadap tugas Melaksanakan amanah untuk mengajar dengan baik. Sabar Pemaaf Mempunyai jiwa yang besar Penguasaan ilmu pedagogi. Zuhud Ikhlas Menjaga kebersihan diri meliputi kebersihan lahiriah dan batiniah Keperibadian dan ketokohan sebagai seorang guru. Komited dalam menjalankan tugas. Memiliki pelbagai ilmu pengetahuan Beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimiliki. bersungguh-sungguh memberi kefahaman berkaitan islam dan isi pelajaran kepada muridnya. seterusnya sifat guru pendidikan Islam yang baik dan cemerlang ini juga boleh dibahagikan kepada 4 aspek yang lebih terperinci iaitu : y Penampilan diri dan perwatakan Mempunyai nilai-nilai islam yang diselarikan berdasarkan sifat-sifat rasulullah. Menepati masa dengan tidak mengajar pada suatu masa yang terlalu lama dari yang dijadualkan.Berdasarkan huraian daripada pendapat tokoh-tokoh yang telah dinyatakan. y .

Nyata. Kriteria ini pula apabila diteliti bukan hanya memberi penekanan kepada penanaman nilai Islam dalam diri individu guru bahkan merangkumi aplikasi nilai tersebut semasa melaksanakan tugas sebagai seorang guru di dalam kelas mahupun di luar kelas. ibu bapa dan masyarakat.y Hubungan inter personal Kasih sayang. Berdasarkan ringkasan berkaitan sifat-sifat guru yang baik ini. seorang guru pendidikan Islam yang baik dan cemerlang itu hendaklah memenuhi kriteria ± kriteria yang telah dibahagikan kepada aspek-aspek seperti yang telah disenaraikan. . dapat dilihat aspek yang paling utama adalah perwatakan dan penampilan diri seorang guru itu meliputi penguasaan ilmu pengetahuan yang pelbagai meliputi ilmu pedagogi dan sebaliknya. Hal ini adalah kerana penguasaan dan pengahayatan ilmu yang baik dalam diri guru Pendidikan Islam mebawa kepada lahirnya sifat-sifat mahmudah dalam dirinya secara tidak langsung. Mampu membuat keputusan berkaitan sesuatu perkara yang melibatkan semua murid dengan adil. Mengambil berat keperluan murid-muridnya Mengenali latar belakang muridnya dengan baik. Memahami tabiat dan keperluan murid Prihatin dengan kehendak murid. y Kepimpinan Tegas Mampu mengawal kelas dengan baik Persediaan mengajar yang lengkap dan sesuai dengan keadaan murid dan suasana kelas.

dalam memperincikan perihal kaedah dan teknik dakwah yoleh para ilmuwan Islam.Baginda Rasulullah menjalankan dakwahnya kpd masyarakat dari peringkat hamba sehingga peringkat pemimpin dan cerdik pandai dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kesesuaian. Kepentingan akidah dalam membentuk kehidupan yang sempurna merupakan sebab utama perkara ini diberi tumpuan utama Rasulullah. Dalam memastikan keberjayaan usaha dakwah ini. menentukan dan menggunakan kaedah dan teknik penyampaian dakwah yang sesuai. perlu diteliti juga berkaitan kaedah dan teknik penyampaian dakwah Rasulullah yang kemudiannya disesuaikan dengan para ilmuwan Islam yang tertentu. Usaha dakwah Rasulullah ini berlaku selama 23 tahun yang mana 13 tahun adalah di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Rasulullah merupakan contoh tauladan terbaik yang semestinya menjadi rujukan para ilmuwan islam dalam memilih. Usaha dakwah Rasulullah di Makkah adalah lebih kepada perkara berkaitan akidah dan pembentukan akhlak Islamiyah dalam kalangan masyarakat arab ketika itu. . muamalat. hubungan diplomatik dengan wilayah asing dan sebagainya. Ini bermaksud menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penerima atau kumpulan sasarannya. Penghijrahan Nabi dan umat Islam ke Madinah seterusnya membuka lembaran baru dalam dakwah Islamiyah. munakahat. peperangan. Bermula dengan dakwah secara sulit selama tiga tahun yang memberi keutamaan kepada kaum kerabat terdekat dan para hamba. kemudiannya usaha dakwah Rasulullah berkembang luas apabila dilakukan secara terbuka. Antara lainnya adalah : Hikmah atau bijaksana. Justeru. tersusun dan ikhlas. Secara dasarnya.Kaedah dan teknik dakwah oleh para ilmuwan Islam. Usaha dakwah diteruskan dengan menumpukan kepada aspek-aspek yang lebih meluas seperti perihal ibadah. rasulullah telah menggunakan kaedah dan teknik yang sangat sesuai dan relevan untuk dicontohi umat Islam lainnya semasa berdakwah. Keadaan ini amat sesuai dengan keadaan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu yang tenggelam di dalam pemujaan patung berhala dan kerosakan kehidupan. Berkembangnya Islam dengan pesat yang kini dianuti majoriti penduduk dunia memerlukan usaha yang jitu.

ayat 125 . Peribadi dan akhlak Rasulullah merupakan antara faktor yang menarik kepada pengislaman umat manusia amnya dan masyarakat arab di Makkah secara khususnya pada waktu itu. Para ilmuwan Islam turut mengakui akan perkara tersebut dan memberi keutamaan kepada peribadi dan perwatakan seorang pendakwah itu dalam menjamin keberkesanan dakwahnya.Perkara ini bertepatan dengan firman Allah dari surah al-nahl.  k   . "^ B[.    1P T Bermaksud :Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik. Kepetahan Rasulullah dalam berhujah merupakan suatu kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Baginda. WT sP R[.   1 I  j [AWT RW<^ R  1P T WS F [ Wr D  B^ OT _r F WS FWT  l [ B j ) I . dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik.14 Contoh Teladan dan Pengajaran yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya. Sehinggakan semasa Rasulullah menyampaikan khutbah. Berhujah dan berbahas secara baik dan rasional. Tokoh ilmuwan Islam sejak zaman Rasulullah sehingga ke hari ini sentiasa berusaha menunjukkan contoh tauladan terbaik kepada umat manusia dalam rangka memaparkan keindahan dan kelembutan Islam secara tidak langsung. ayat 125 yang memperlihatkan perintah Allah untuk melakukan dakwah secara hikmah dan bijaksana iaitu : [ PWr "l [ RU S[. 14 Surah al-Nahl. tidak akan ada para sahabat yang berkata-kata selain memberi sepenuh perhatian kepada Baginda sehingga selesai khutbah yang disampaikan. dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

w. 17 15 16 http://kamilmajid.w.blogspot. kerana dalam keadaan tertentu memerlukan ketegasan.a. Nabi s. Melalui perjanjian tersebut. tetapi memberi suatu gambaran betapa zina itu tidak disukai oleh semua orang. Nabi s. melarang seorang pemuda yang meminta kebenaran daripada Baginda untuk melakukan zina. Mirarah ibn al-Rabi¶ dan Hilal ibn Umaiyah.a.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan. berkaitan bentuk hubungan ini ialah Nabi s.blogspot. Dengan itu. juga mengadakan hubungan baik dengan kabilah-kabilah yang ada disekeliling Madinah. Ketegasan Pendekatan ini diambil kerana cara berlemah lembut tidaklah sesuai dengan semua keadaan. Contohnya.Kata-kata yang dikeluarkan oleh Rasulullah pula adalah kata-kata yang indah berkaitan Islam dan kata-kata pujian kepada Allah dan Rasul. ia memerlukan suatu tindakan yang bijak supaya dapat diterima apa yang hendak disampaikan secara lebik efektif.w. Tiada sebutir ucapan Baginda yang menyinggung hati pendengarnya menyebabkan mereka berasa selesa dengan keadaan tersebut.w. mengadakan hubungan berbaik-baik dengan suku kaum di Madinah.html .a. Mereka ialah Kaab ibn Malik.html pada tarikh 16. termasuk orang-orang Yahudi. berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk (9H).2011 http://kamilmajid.7.w. Antara contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a. masing-masing pihak hendaklah hidup secara harmoni dan menjaga kerukunan hidup penduduk di Madinah dengan tanpa ceroboh-menceroboh antara satu sama lain.a.15 Melarang Secara tidak langsung Tidak dinafikan bahawa penyampaian dakwah memerlukan kepada sesuatu peryataan yang jelas dan nyata. dan para sahabatnya termasuklah juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika.a.16 4) Menjalin Hubungan yang Baik Dengan Non Muslim Islam telah menggariskan beberapa bentuk hubungan yang sepatutnya terjalin antara masyarakat Islam dengan non muslim termasuklah hubungan kekeluargaan bagi saudara baru dengan keluarga asal mereka. Untuk tujuan tersebut satu perjanjian telah diwujudkan.a.w.w. Contoh bentuk larangan secara tidak langsung yang diparaktikkan oleh Rasululllah s.2011 17 http://kamilmajid.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.Nabi s.w. Namun dalam keadaan tertentu misalnya larangan.html pada tarikh 16. pemuda itu dapat memahami betapa jijiknya zina itu. 7. ketika Nabi s. ialah sebagaimana Nabi s.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan. tidak terus melarang pemuda itu supaya tidak berzina.blogspot.a.

Penjelasan yang nyata dan jelas Isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan dan silap faham serta tafsiran yang menyeleweng. Hal ini juga adalah kerana Perkara asas yang menjadi keutamaan para ilmuwan Islam dalam menyampaikan dakwah Islamiyah dengan berkesan adalah dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai bahan rujukan dan panduan utama dalam segala perkara berkaitan Islam.Ini merupakan antara sekelumit kaedah dan teknik yang telah digunakan oleh Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islamiyah berdasarkan hasil rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang berkaitan metod dakwah Rasulullah. Ini dapat dilihat dari surah al-maidah. diperincikan pula kaedah dan teknik dakwah yang diperlihatkan di dalam al-Quran sebagai rujukan buat semua umat Islam. ayat 92 iaitu : #S n S l TWT  S l TWT 0 ) k WSU! D . Terdapat beberapa pendekatan lain yang disyorkan dalam al-Qur¶an antaranya: 1. Seterusnya.

pengharaman arak tidak dilarang secara terus. oleh itu. Ini kerana Islam itu sendiri mudah dan selaras dengan tabiat semulajadi manusia terutamanya dalam perkara yang berkaitan kelonggaran hukum atas sebab-sebab yang munasabah. Sebagai contoh. 4T  S . Berperingkat-peringkat Bagi tidak memberati orang yang menerima dakwah. jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu). 2. pengajaran yang disampaikan dilakukan dalam keadaan berperingkat-peringkat. 3.P U  . maka ketahuilah.  P   Bermaksud:Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah. dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Mudah Mesej yang hendak disampaikan hendaklah melalui semudah-mudah cara.U  T rZl PWT W< S Wr sP! [. malah secara peringkat demi peringkat. Bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata. .

dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (1979).19 Selain itu. Pemikiran normal biasanya akan akur dengan kenyataan yang berasaskan logical thinking.7. al-Qur¶an banyak mendedahkan pendekatan dakwah dalam bentuk yang pelbagai agar pengajaran yang hendak disampaikan menepati kesesuaian dan tahap pemikiran golongan sasaran.4.blogspot. Sahih al-Bukhari. 1. pendekatan mendampingi sasaran amat mustahak dan mampu memberi impak yang memberangsangkan kerana dengan berbuat demikian. : µBercakaplah dengan orang lain berdasarkan kefahaman mereka (dalam lingkungan yang mereka boleh faham). 5. ayat 45 :  )   $ [ lU \ TT   $ " ! PQSP  E PQSP  1 TWT nU< .html pada tarikh 17. WT  UZ  rU5 <U! 1P d WT  o  T  n  UWT  DS Q. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan Pendekatan melalui pendedahan hikmah (rahsia pensyariatan) disebalik suruhan dan larangan amat perlu bagi membuka minda sasaran untuk menerima unsur logik dan rasional. Perkenalan ini bertujuan memahami latarbelakang kehidupan sebenar sasaran. h. faedah yang didapati disebalik sembahyang yang disebut dalam surah al-ankabut. Sebagai contoh. Istanbul. Pada dasarnya.Ini termasuklah berkenalan dengan seseorang yang akan menerima dakwahnya. Tuhan memaparkan 18 19 http://kamilmajid.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan. dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). sebagaimana memahami perkara-perkara lain yang terdapat dalam al-Qur¶an.w. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar.2011 Al-Bukhari. Jil. U!  $ 45. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Sayyidina Ali k. corak pemikiran dan bagaimana pengertian dan pandangannya terhadap alam raya ini dan terhadap agama Islam Dengan kata lain. dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran. pendakwah akan menemui ruang-ruang yang mungkin dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati orang ramai. . 41. µAbd al-Karim Zaydan menyebut bahawa al-Qur¶an banyak mendedahkan pendekatan dakwah yang mana setiap orang Islam mesti memahaminya. Menjinakkan18 Dakwah Islamiyah hendaklah dilakukan dalam keadaan berjinak-jinak dengan sasaran.

Selain itu.cara-cara dakwah dalam al-Qur¶an untuk dijadikan panduan yang boleh membantu usaha dakwah. Pengantar dakwah Islamiyah.(1997). h. Sayd Quttb dan sebagainya pula telah menulis pelbagai karangan berkaitan syariat-syariat Islam yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa untuk diedarkan dan digunakan sebagai rujukan kepada orang ramai di serata dunia. perjalanan hidup tokoh-tokoh lampau. ijtihad ahli fekah dan pengalaman atau percubaan. Beirut: Muassasah al-Risalah.21 Para ilmuwan Islam sejak dahulu hingga sekarang telah mempraktikkan kaedah dan teknik yang ditonjolkan melalui rasulullah mahupun al-Quran ini menggunakan pelbagai medium dan media yang berbeza disesuaikan dengan keadaan semasa dan objek dakwah mereka. Penulisan menjadi media dakwah utama yang digunakan oleh Rasulullah. 413. Rasulullah menggunakan kaedah penulisan surat kepada pembesar-pembesar di wilayah berbeza untuk menyeru kepada keEsaan Allah dan membenarkan risalah yang dibawa baginda. para ilmuwan Islam dan para pendakwah dari dahulu hingga sekarang. Yusuf Al-Qaradhawi. penulisan hadith-hadith Rasulullah dan pengumpulan al-Quran yang dilakukan oleh para sahabat bermula dari zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar juga memperlihatkan medium dakwah menggunakan kaedah penulisan. Khutbah juga merupakan antara media dakwah yang sangat memberi kesan kepada usaha dakwah Islamiyah bermula sejak zaman Rasulullah.20 Mudahnya. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. hlmn 78 . Sebagai contoh surat Rasulullah kepada al-Najashi. Usul al-Da¶wah. Rasulullah telah memperlihatkan kaedah menyampaikan khutbah yang baik iaitu dengan suara yang 20 21 Abd al-Karim Zaydan (2000). Abdul Aziz Mohd Zin. Tokoh ilmuwan Islam kontemporari seperti Hamka. pembesar habsyah. para sahabat Baginda. Perkembangan media penulisan sebagai medium utama dakwah berlaku dengan pesat seiring perkembangan ilmu pengetahuan yang berlaku semasa kegemilangan Empayar Islam memberi kesan besar dalam penyebaran Islam kepada orang ramai. Zaydan menjelaskan bahawa sumber kepada kaedah dan teknik mahupun metod dakwah itu datangnya dari al-Quran dan al-Sunnah.

Akan tetapi dari sudut komparatifnya adalah bentuk dan cara pelaksanaannya sahaja yang berbeza disebabkan berlainan zaman dan golongan sasaran.html pada tarikh 16. Khutbah yang disampaikan oleh Baginda kebanyakannya dilakukan di dalam masjid selepas menunaikan solat. Kini. khutbah merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan umat Islam dalam memperkatakan sesuatu perkara berkaitan sesuatu isu. Berdasarkan fakta-fakta berhubung pendekatan dakwah silam yang merangkumi pendekatan al-Quran dan Sunnah. Penaklukan dan perluasan wilayah Islam merupakan suatu lagi medium yang membantu kepada penyebaran Islam secara meluas. Bani Umayah.blogspot. Empayar Islam yang pada ketika itu berjaya memperluaskan wilayahnya sehingga ke byzantine menimbulkan kegusaran dan ketakutan dalam diri musuh-musuh Islam. maka ia dikenalpasti sebagai pendekatan utama pendakwah sepanjang zaman.22 Jelas. 22 http://kamilmajid.2011 . kelembutan dan sahsiah mulia para tentera Islam pada ketika itu pula berjaya menarik hati ribuan penduduk sesebuah wilayah untuk memeluk Islam.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-silam-dan.jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Keberjayaan sesuatu usaha dakwah itu apabila diteliti adalah terletak kepada kesungguhan. Kaedah ini turut dipergunakan oleh para ilmuwan Islam sejak dahulu sehingga sekarang. Khulafa¶ al-Rasyidin antara sahabat nabi yang meneruskan kaedah khutbah ini dalam menyampaikan sesuatu peringatan atau nasihat kepada umat Islam. Kaedah ini telah digunakan bermula zaman pemerintahan Khulafa¶ al-Rasyidin. keseluruhan kaedah dan teknik penyampaian dakwah yang sesuai oleh para ilmuwan Islam adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.7. keikhlasan dan kebergantungan seseorang tokoh atau ilmuwan Islam itu kepada Allah. Bani Abbasiyah sehingga kepada Turki Uthmaniah.