Anda di halaman 1dari 2

Kata Ganti nama

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama diri pertama Kata ganti nama diri kedua Kata ganti nama diri ketiga

1. Kata Ganti Nama Diri a. Kata ganti nama diri di gunakan untuk mengantikan nama seseorang. b. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis. i. Kata ganti nama diri pertama ii. Kata ganti diri nama kedua iii. Kata ganti nama diri ketiga 2. Kata ganti nama diri pertama a. Merujuk kepada orang yang bercakap b. Contohnya : aku, saya, kami, kita, beta,patik,hamba c. Ayat contoh; i. Saya suka membaca buku ii. Saya mendapat 5A dalam UPSR iii. Kita akan meraikan Hari Guru pada setiap 16 Mei. iv. Ampunkan patik, tuanku, kata pesalah itu kepada sultan. 3. Kata ganti nama diri kedua a. Merujuk kepada orang yang diajak bercakap. b. Contohnya : kamu, awak, anda, engkau, tuanku, encik, puan/tuan, kamu, kalian, saudara. c. Ayat contoh; i. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh. ii. Awak hendak ke mana? tanya siti kepada Ani. iii. Kalian diminta datang ke rumah saya pada Sabtu ini, kata Mira kepada rakan-rakanya. iv. Saudara ini berasal dari mana? Tanya Tok Penghulu kepada Hamid.

4. Kata ganti nama diri ketiga a. Merujuk orang yang dicakapkan/diperkatakan halnya. b. Contoh : dia, beliau, baginda, mereka, -nya, ia. c. Ayat contoh; i. Dia anak yang baik. ii. Baginda berkenaan merasmikan majlis itu. iii. Mereka bercadang ke perpustakaan pada petang ini. 5. Kata ganti nama tunjuk a. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menggantikan kata nama dan mendukung maksud benda atau perkara yang dirujuk itu. i. Contoh dan penggunaannya; 1. Ini menunjukkan pada sesuatu yang dekat. 2. Itu menunjukkan pada sesuatu yang jauh. 3. Sini menunjukkan pada arah/ temapt yang dekat. 4. Situ menunjukkan pada arah/ tempat yang agak jauh. 5. Sana menujukkan pada arah/ tempat yang jauh atau tidak dapat dilihat. b. Ayat contoh i. Ini buku saya. ii. Budak itu menangis kerana terjatuh. iii. Di sinilah tempat kita belajar. iv. Buku kamu saya letakkan di situ. v. Di sana terdapat pelbagai tempat menarik.

Anda mungkin juga menyukai