Anda di halaman 1dari 5

Erti persahabatan ini

Yuzila melangkah longlai menuju ke kafeteria. Perut yang tadi berdondang sayang kini sunyi, menemani perasaannya yang kosong saat ini. Perjumpaan tidak terancang dengan coursematenya, Syarifah sebentar tadi benar-benar menyesakkan fikirannya. Saat kaki melangkah masuk ke kafeteria, matanya melilau mencari kelibat lelaki yang berjaya mencuri hatinya setahun yang lalu. Akhirnya matanya tertancap pada seorang lelaki yang ringkas berbaju biru langit dengan seluar track hitam. Dia tersenyum kecil. Lama sampai? sapa Yuzila sambil menarik kerusi untuk sama-sama duduk disisi Amerul. Tumbuhla juga misai, sehelai dua, jawab Amerul sambil tersenyum. Yuzila cuma tersengih pendek. Kenapa lambat? Tanya Amerul lantas memaksa Yuzila mengenang kembali pertemuannya dengan Syarifah tadi. Dia tersenyum kelat sambil melepaskan keluhan kecil. Terserempak dengan Sarip tadi. Ada bincang something, jawab Yuzila ringkas, malas mahu memanjangkan cerita. Amerul cuma mengangguk, kenal dengan sikap Yuzila yang kadangkala agak berahsia. Dah order makanan? Laparlah, sengaja Yuzila mengalihkan topik perbualan. Dah. Kejap lagi dapatlah kot, jawab Amerul. Mereka meneruskan perbualan seperti biasa. Sedikit terlupa Yuzila dengan pertemuannya dengan Syarifah sebentar tadi.

Yuzila tekun melihat skrin notebooknya. Tugasan yang diberikan perlu dihantar esok. Walaupun sudah bertungkus lumus sejak seminggu yang lalu, tugasannya masih perlu diperbaiki lagi. Fokusnya terhenti saat nada dering Realize nyanyian Colbie Caillat mematikan gerak tangannya yang ligat menaip. Matanya tertancap pada nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya yang tertera nama Sarip . Dia menelan air liurnya berkali-kali. Mengenangkan pertemuan mereka siang tadi. Oi Yuz! Kau dah buat ke belum benda yang aku minta tolong tu? begitu teruja Syarifah bertanya sejurus selepas Yuzila manjawab panggilannya, lansung tiada mukaddimah. Belum lagi. Esoklah, Yuzila menjawab malas. Mendengarkan jawapan ringkas Yuzila, Syarifah mengomel panjang. Sepatah perkataan pun tidak dapat difahami oleh Yuzila. Oi dude! Kau serius ke? Rasional la sikit. Mengarut kau nak suruh aku buat macam tu. Yuzila berkata perlahan, mematikan omelan Syarifah. Serius la babe. Aku tak mainlah cikai bab ni duh! sedikit kasar kata-kata Syarifah di telinga Yuzila. Namun, mengenangkan Syarifah yang memang tomboy dan dikenali dengan panggilan Sarip, Yuzila cuma diam.

Oi dude. Kalau kau buat, tak mengarut. Kalau aku yang buat, confirm budak-budak pandang senget habis duh! Kau ni kepohlah. Benda kecil pun nak gelabah, Syarifah sudah malas mahu melayan kerenah Yuzila yang di anggapnya remeh sungguh. Yuzila cuma terkulat-kulat, tidak tahu bagaimana ayat yang sesuai untuk dituturkan. Sarip, dia perempuan. Kau pun perempuan. Kau nak nombor telefon dia buat apa? Jangan nak cakap yang kau nak ambik dia jadi adik angkat! Blah aku nak percaya, Yuzila akhirnya berjaya meluahkan kata-kata yang disimpan sejak tadi. Syarifah di talian tergelak kuat. Dude, come on la. Zaman ni modenlah. Sekarang ni, aku minta tolong kau dapatkan nombor telefon dia je. Lepas tu, aku carry on ok? Dia kan budak team teater kau. Bukan payah sangat pun, Syarifah cuba berlembut tapi lansung tak termakan dek Yuzila yang masih tak mempercayai permintaan Syarifah. Tengoklah nanti, akhirnya Yuzila membuat kata putus. Esoklah babe. Esok kau bagi aku ye? Thanks babe! Syarifah memutuskan talian, meninggalkan Yuzila dalam keadaan terdesak. Mahu membantu kawannya berlaku sedikit songsang atau tidak. Yuzila cuba menumpukan perhatiannya pada tugasan yang tergendala tadi. Puas dia cuba untuk fokus, tetapi fikirannya masih enggan melepaskan permintaan Syarifah. Nombor telefon je kan? No big deal. Maybe dia nak kawan je. Kalau dia nak lebih-lebih pun, tak semestinya budak tu nak . Yuzila cuba menyedapkan hatinya sendiri. Akhirnya, dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi rakannya yang mempunyai nombor telefon pelajar tahun satu yang diminta Syarifah. . Thanks babe! Kaulah member aku seumur hidup ini! begitu gembira Syarifah saat Yuzila menghulurkan secebis kertas tertulis nombor telefon Munirah, pelajar tahun satu itu. Dia menepuknepuk badan Yuzila sambil mencium kertas itu. Don t go too far, sempat Yuzila berpesan. Too far? Pergi mana babe? sengaja Yuzila membakar hati Yuzila. Tergelak besar Syarifah dengan kata-katanya sendiri. Yuzila di sisi cuma membatu, tidak pasti dengan keputusannya itu. Kau ni, modenlah sikit. Kuno sangat. Jom aku belanja kau makan! Yuzila tergelak lagi sambil mengambil begnya untuk keluar daripada kelas. Moden kau! Ovum plus ovum won t do. You still need a sperm to get a zygote, sempat Yuzila mencebik kasar. Entah falsafah apa yang dia utarakan, asalkan Syarifah faham. Langsung tak dianggap kata-kata itu sebagai gurauan. Sudah hampir 3 bulan sejak peristiwa itu berlaku dan kini, Yuzila cuma tahu yang mereka masih berhubung. Menurut kata Munirah, hubungannya dengan Syarifah seperti kakak dan adik. Tidak pula pada Syarifah. Katanya dia ingin mengambil tindakan seterusnya. Yuzila tidak mahu masuk campur. Dia cuma mampu menasihati Syarifah agar rakan karibnya itu tidak terlalu songsang.

Yuzila sedar, perkara ini bukan sengaja di buat-buat. Naluri Syarifah yang menyukai kaum sejenis bukanlah sesuatu yang di pinta Syarifah sendiri. Cuma, Yuzila berharap agar suatu hari nanti Syarifah akan berjaya mengawal nafsunya serta berusaha untuk membuka hatinya pada insan yang bergelar lelaki. Itu doanya. Yuz, esok aku keluar dengan Mun. Smart tak? Syarifah mula membuka ceritanya. Yuzila sedikit tergamam. Selama ini, mereka pernah juga keluar berdua, tapi kenapa hari ini Syarifah nampak lain? So? Yuzila buat-buat bodoh. Aku nak confess! tercekik Yuzila dibuatnya saat itu. Diia berdehem beberapa kali sambil mencari ayat yang sesuai untuk di tuturkan. Kau kata dia dah ada pakwe, Yuzila sengaja memburukkan mood Syarifah dan ternyata dia berjaya. Syarifah mendengus kasar. Baru pakwe, bukan laki dia. Even laki bini pun boleh cerai, ini setakat couple. Bla lah. Lagipun budak-budak ni asyik gaduh, babe. Dia sendiri cerita kat aku. Lama-lama putuslah tu, kata Syarifah yakin. Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Yuzila cuma membisu, hilang kata-kata yang bernas. Whatever, balas Yuzila malas.. sungguh dia mula penat dengan Syarifah. Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat, tapi apakah daya. Bukan mudah untuk menutup pintu hati seseorang yang kemaruk cinta. Sebagaimana dia jatuh cinta pada Amerul, begitu juga perasaan Syarifah yang jatuh sayang pada Munirah. Yuz, takkanlah pasal Mun kau nak gaduh dengan aku? Come on la dude. Kita kawan. Aku tahu, kau benci sangat bila aku cerita pasal Mun kan? Tapi aku nak juga share dengan someone yang aku percaya. Aku sedar, benda ni mengarut. Tapi . Syarifah terdiam dengan kata-katanya sendiri. Begitu juga Yuzila. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mampu merungkai soal hati dan perasaan sedangkan dia sendiri pernah jatuh cinta. Bezanya di sini, Amerul lelaki dan Munirah ialah perempuan. Yuzila sering terfikir untuk membantu Syarifah, tetapi dia tidak mampu. Aku cuma harap, suatu hari nanti kau akan jumpa Mr. Right kau. Mr. ! sengaja Yuzila menekankan perkataan Mr. tadi. Lagaknya seolah-olah menyokong , tapi dalam hatinya tak henti-henti berdoa. Ye ke? Yuzila berbasa basi. Syarifah cuma tersengih. Makin lama dia bercerita, makin lebar sengihannya. Dia senyum time aku confess, Syarifah mengangkat kening, cuma sebelah. Yuzila diam. Sarip, Yuzila memanggilnya tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya. Terhenti suapan Syarifah saat itu. Korang serius ke? perlahan Yuzila bertanya sambil memandang tepat ke arah anak mata Syarifah yang bundar itu. Syarifah diam. Dia tunduk menguis-nguis makanan di pinggannya. Dia menggerakkan bibir dan pipinya seolah-olah ingin bertutur, tetapi sepatah pun tidak keluar. Lama mereka terdiam. Sekarang ni, aku seriuslah, ringkas jawapan Syarifah membuatkan Yuzila memejamkan matanya rapat sambil mengetap bibirnya.

Tapi, esok lusa siapa tahu. Kot-kot aku minat jantan pula, sambung Syarifah lagi. Kali ini Yuzila mangangkat mukanya, sedikit terbeliak matanya. Terkejut dengan pengakuan Syarifah yang langsung tidak memandangnya saat itu. Nasi yang dikuis dipandang sepi. Dude, aku blah dulu. Kenyang dah, kata Syarifah smbil mengangkat punggungnya untuk berlalu. Yuzila cuma menghantarnya pergi dengan pandangan sepi. Namun, dalam hatinya tidak sudah-sudah bersyukur. Sekurang-kurangnya, Syarifah ada memikirkan Adamnya . Sejak kejadian di kafeteria malam itu, tiada lagi cerita mengenai Munirah yang didengari oleh Yuzila. Munirah ada juga menegurnya jika terserempak. Yuzila pun langsung tidak bertanya walaupun hatinya memberontak untuk mengetahui status hubungan mereka. Persahabatannya dengan Syarifah berjalan seperti biasa. Langsung tiada tanda-tanda pergaduhan atau perselisihan faham dan kerana itulah, Yuzila mengambil langkah untuk berdiam. Malas mahu mengungkit perkara yang lepas. Begitulah keadaannya sehinggalah mereka graduasi dan mula bekerja di kampung halaman masing-masing. . Hari-hari Yuzila berjalan seperti biasa. Hubungannya dengan Amerul juga lancar setakat ini. Malah, mereka akan melansungkan pertunangan pada hujung tahun ini. Yuzila dan Syarifah sudah jarang berhubung. Kadangkala, ada juga mereka berbalas sms atau berchatting di ruang siber tapi tidaklah serapat dahulu. Pada suatu hari, ketenangan Yuzilla diragut denagn kehadiran sekeping kad jemputan perkahwinan. Melihatkan nama Syarifah & Badrul membuatkan jantungnya sedikit tersentak. Tanpa berfikir panjang, dia terus menghubungi Syarifah. Sarip! Kau nak kahwin?! tanpa mukaddimah, habis Syarifah disergahnya. Syarifah tergelak besar di hujung sana. Aku nak offer kau jadi pengapit ni dengan syarat, kau kena nampak buruk time aku sanding. Kalau tak, aku tenggelam, Yuzila melopong. Masih terbuka mulutnya walaupun tiada ayat yang dia keluarkan. Dia cuma tergamam tidak sudah-sudah. Syarifah cuma ketawa dengan kata-katanya sendiri. Betul ke ni? Yuzila masih mahu mendapatkan kata putus. Tawa Syarifah bertukar nada. Dia tidak lagi ketawa tetapi bibirnya mengukir senyuman panjang. Dia mengangguk kecil. Walaupun, Yuzila tidak mungkin melihat anggukannya, Yuzila tiba-tiba mengucapkan Alhamdulillah di dalam hatinya. Thanks to you, Yuz, kata Syarifah tiba-tiba. Aku? Soalan kau masa tanya aku serius ke tak dengan Mun buat aku sentap jugalah! Menusuk kalbu gila time tu, Yuzila tersenyum lebar, gembira dengan kata-kata Syarifah. Terharu dia saat itu. Thanks to Badrul juga sebab dia hensem dan kaya! Berjaya memikat aku, Syarifah ketawa lagi. Kali ini,Yuzila menyertai gelaknya. Mereka terus berbual panjang, mengenai Badrul, perkahwinan mereka, Amerul dan macam-macam lagi.

Walaupun sudah lama Yuzila ingin bertanyakan Munirah, tapi niatnya serta merta mati mendengarkan suara Syarifah bercerita kerana dia dapat merasakan bahang percintaan Syarifah dengan Badrul, Adamnya. Thanks sebab support aku dan dalam masa yang sama, advise aku. Walaupun nasiihat kau buat aku sakit hati je, sometimes it is just work, mendalam maksud kata-kata Syarifah di telinga Yuzila saat itu. Dia cuma mampu tersenyum memanjat syukur.

..END................................................................................

A FRIEND IS SOMEONE WHO CAN SEE THE TRUTH AND PAIN IN YOU WHEN YOU ARE FOOLING EVERYONE ELSE

Anda mungkin juga menyukai