Anda di halaman 1dari 6
TEKS UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN KOT IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT JOHOR. PN. HJH ZALEHA BINTI ONN PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Bismillah Hirrahman Nirrahim Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. SALUTASI : • Penasihat Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KTHO Kali Ke-19 En. Koh Kok Hwee Timbalan Pengarah, IPG KTHO • Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KTHO Kali Ke-19 En. Mohd. Nahar B. MOhamad Wazir Ketua Unit Kokurikulum IPG KTHO • • Ketua – ketua jabatan dan ketua – ketua unit Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan Kali IPG KTHO Ke-19 Saudara Muhammad Nasyrul Syahmi Bin Shahrom • Ahli-ahli Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali IPG KTHO Ke-19 Barisan pensyarah Guru-guru pelatih dan hadirin sekalian • • Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama behimpun untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Hussein Onn Kali Ke-19. Para hadirin sekalian, Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia di kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang atlet patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari seperti membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya. Elemenelemen ini perlu diterap di dalam hati sanubari guru-guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk mencapai kejayaan dalam apa jua yang akan disertainya. Kami warga pendidik di IPG Kampus Tun Hussein Onn ingin melihat para guru pelatih boleh menjadi contoh atau role model kepada mahasiswa yang lain dan juga kepada anak murid yang bakal dididik di sekolah kelak. Hadirin yang dihormati, Kejohanan Olahraga Tahunan adalah merupakan aktiviti tradisi yang dilaksanakan pada setiap tahun. Dalam hubungan ini, para pensyarah dan guru-guru pelatih telah bersatu padu berganding tenaga untuk menjayakan kejohanan tersebut. Dari hasil titik peluh yang dicurahkan itu telah melahirkan peserta-peserta yang berkebolehan dan berbakat. Saya percaya sememangnya kemenangan menjadi tujuan dan matlamat para peserta kojohanan namun apa yang lebih penting ialah kemahuan guru-guru pelatih dalam mengambil bahagian dan mengutamakan semangat kesukanan selain menetapkan matlamat bersukan itu sendiri iaitu untuk mencari kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri di samping mengekalkan semangat kesukanan yang tulen dan mencuba bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini. Para hadirin sekalian, Saya amat berharap agar kita semua dapat menemui, merasai dan mengecapi matlamat yang dicari serta semangat persaudaraan di antara satu sama lain menerusi majlis ini. Saya juga berharap agar semangat kesukanan guru-guru pelatih tidak berhenti disini sahaja malah dapat menghidupkan IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan aktiviti riadah yang dapat melahirkan guru yang aktif dan sihat. Akhir kata, Saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta dalam semangat kesukanan yang tinggi dan harmoni. Jangan menyerah kalah sebelum berusaha dan saya mendoakan agar semua peserta yang mengambil bahagian diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk terus maju dalam semua lapangan. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Hussein Onn Kali Ke-19 bagi tahun 2012. Sekian, terima kasih. TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN KOT IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT JOHOR. PN. HJH ZALEHA BINTI ONN PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Bismillah Hirrahman Nirrahim Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. SALUTASI : • Penasihat Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KTHO Kali Ke-19 En. Koh Kok Hwee Timbalan Pengarah, IPG KTHO • Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KTHO Kali Ke-19 En. Mohd. Nahar B. MOhamad Wazir Ketua Unit Kokurikulum IPG KTHO • • Ketua – ketua jabatan dan ketua – ketua unit Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan Kali IPG KTHO Ke-19 Saudara Muhammad Nasyrul Syahmi Bin Shahrom • Ahli-ahli Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali IPG KTHO Ke-19 Barisan pensyarah Guru-guru pelatih dan hadirin sekalian • • Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Syukur kehadrat Allah SWT kerana selepas tiga hari tuan-tuan dan puan-puan bertungkus lumus, mengerah tenaga yang ada, dan bersaing antara satu sama lain dalam Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Hussein Onn Kali Ke-19 ini, sekali lagi kita bersama-sama dapat berkumpul di dalam Upacara Majlis Penutup Kejohanan yang penuh gilang-gemilang pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa kejohanan kerana telah sudi menjemput saya untuk bersama-sama merasai bahang kehangatan Kejohanan ini. Tahniah kepada ahli jawatankuasa atas usaha gigih serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan kejohanan olahraga tahunan ini. Ucapan ribuan terima kasih turut saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kejohanan olahraga tahunan ini. Hadirin yang dihormati sekalian. Saya percaya Kejohanan seperti ini dapat membentuk kita menjadi insan yang lebih cemerlang, berdisplin tinggi, bersedia berkerjasama, mempunyai semangat daya juang yang tinggi dan sudah semestinya mempunyai matlamat untuk berjaya dalam setiap acara yang ditandingi. Kejohanan sukan seperti ini juga, bukan sahaja dapat melahirkan insan yang mempunyai tubuh badan yang sihat serta minda yang cerdas, malah akan mampu menjadi pemangkin ke arah mutu perkhidmatan yang lebih tinggi. Dengan adanya elemen-elemen seperti yang saya nyatakan tadi, sudah pasti agenda yang dirancang oleh Kerajaan dapat disempurnakan bagi melonjakkan Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri berdasarkan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Para hadirin sekalian, Saya dimaklumkan Kejohanan Olahraga Tahunan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari Selasa telah melibatkan 4 rumah sukan iaitu Merak, Kenyalang, Bayan dan Helang dengan sejumlah peserta bagi merebut 26 pingat emas bagi 13 acara untuk lelaki dan wanita yang dipertandingkan. Kejohanan ini pasti akan dapat memupuk dan merapatkan lagi hubungan antara Warga IPG Kampus Tun Hussein Onn. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah berjaya merangkul juara keseluruhan pada kejohanan kali ini. Saya percaya setiap rumah sukan pasti telah memberikan yang terbaik dalam persaingan bagi merebut gelaran juara keseluruhan kali ini. Apa yang lebih penting ialah nilai positif yang dapat kita terapkan daripada kejohanan ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita seharian. Saya berharap agar semangat yang jitu ini dapat dikekalkan dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan yang disampaikan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan dan menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan. Buat peserta-peserta yang telah mengambil bahagian pula, saya ucapkan tahniah di atas semangat kesukanan yang tinggi yang telah ditunjukkan. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya menutup secara rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Hussein Onn Kali Ke-19 bagi tahun 2012. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam siri Kejohanan Olahraga Tahunan yang akan datang. Sekian, terima kasih.