Anda di halaman 1dari 4

Tajuk 5 Kebaikan Menabung Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma

, penjaga masa , dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra , salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Tajuk pidato saya ialah Kebaikan Menabung. Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya: a.Membiayai Pendidikan Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukupcukupnya untuk pendidikan anak-anak kita. b.Membeli Rumah Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini. c.Tanggungjawab Berumahtangga Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang. d.Membeli Barang Keperluan Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.Akhir kata..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.sekian terima kasih.

Tajuk 3

Merokok Membahayakan Kesihatan

Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma , penjaga masa , dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra , salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Tajuk pidato saya ialah Merokok Membahayakan Kesihatan. Semua orang tahu merokok itu boleh membahayakan kesihatan. Tetapi pada setiap tahun peratusan orang yang merokok sentiasa bertambah terutamanya di kalangan remaja yang sedang menuju ke alam dewasa. Merokok sebenarnya memburukkan imej perokok dan membahayakan kesihatan. Penyakit penyakit yang boleh di jangkiti oleh orang yang merokok ialah barah paru-paru, jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dan sakit jantung. Di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh seorang perokok ialah pening-pening kepala, mudah letih apabila menaiki tangga dan mendaki bukit, daya tahan, batuk, tiada selera makan, kekuningan pada gigi dan jari tangan dan bernafas sentiasa berbau. Gejala buruk ini kalau dibiarkan akan merosakkan diri perokok itu sendiri. Menyedari akibat buruk inilah maka kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen berhenti merokok secara besar-besaran pada setiap masa. Oleh yang demikian berusahalah untuk berhenti dari merokok demi menjaga kesihatan diri sendiri. Ia juga dapat menjamin wang yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah. Akhir kata dari saya.di mana ada kemahuan di situ ada jalansekian terima kasih.

Tajuk 7 Kebaikan Membaca Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma , penjaga masa , dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra , salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.Tajuk pidato saya ialah Kebaikan Membaca. Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini. Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjamjam lamanya tanpa sebarang gangguan. Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.Akhir kata dari saya Membaca Jambatan Ilmu.

Tajuk 10 semangat kejiranan Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma , penjaga masa , dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra , salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Tajuk pidato saya ialah Semangat kejiranan. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional. Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini

Tajuk 2 Masa itu emas Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Masa itu emas. Para hadirin yang saya hormati, Tidak dapat dinafikan bahawa masa itu amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Setiap saat yang telah berlalu tidak akan kembali. Oleh sebab itu, semua orang, termasuk para pelajar harus tahu menghargai masa dan perlu menggunakan masa dengan bijak. Sidang hadirin yang saya kasihi, Tugas dan tanggungjawab utama setiap pelajar ialah menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin supaya dapat menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna. Dalam proses menimba ilmu, setiap pelajar harus tahu membahagikan masa di antara belajar dan beriadah. Jika seseorang pelajar itu hanya belajar sepanjang masa tanpa berehat, maka pelajar tersebut akan cepat berasa letih atau menghadapi tekanan kerana terlalu banyak ilmu yang perlu diterima dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Justeru, cara yang terbaik ialah misalnya menghabiskan dua hingga tiga jam untuk belajar, kemudian diikuti oleh aktiviti riadah bagi merehatkan minda dan mencerdaskan otak kita untuk melepaskan sebarang tekanan yang dihadapi. Para hadirin yang saya hormati, Selain daripada belajar dan beriadah, seseorang pelajar juga perlu menghabiskan masa bersama keluarga atau rakan sebaya. Cara ini akan membolehkan seseorang pelajar itu dapat bertukar-tukar pendapat atau berbincang sesuatu masalah bersama-sama dengan ahli keluarga atau kawan yang boleh dipercayai. Dengan itu, masalah yang dihadapi mungkin akan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat serta tidak akan mengganggu tumpuan seseorang pelajar itu terhadap pelajaran. Sidang hadirin yang saya kasihi, Seseorang pelajar juga perlu membuat jadual harian. Ini adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang telah dirancang itu dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Cara ini juga dapat membantu mereka untuk menjimatkan masa di samping untuk memastikan masa itu tidak dibazirkan. Para hadirin yang saya hormati, Untuk memastikan badan yang sihat, setiap pelajar harus mempunyai masa yang cukup untuk tidur. Menurut pakar kesihatan, setiap manusia perlu mempunyai masa lapan jam untuk tidur dalam sehari. Justeru, para pelajar harus bijak merancang aktiviti seharian mereka. Setiap saat yang digunakan harus mendatangkan faedah. Pelajar yang bijak menggunakan masa ialah pelajar yang berpotensi besar untuk berjaya pada masa depan. Sentiasa ingat pada diri sendiri bahawa masa itu emas. Jadi, gunakanlah masa dengan

sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.