Anda di halaman 1dari 2

ISU DAN PERMASALAHAN JQAF

STRENGTH ( KEKUATAN ) Murid yang beragama Islam dapat menguasai Iqra' dan Al-Quran dengan lebih baik, membaca jawi dengan lebih sempurna, menyempurnakan solat dengan lebih teratur dan mempelajari Bahasa Arab dengan lebih berkesan. Mendapat sokongan yang baik dari ibu bapa. Berdasarkan maklum balas yang diterima, anak-anak mereka dapat menunaikan solat dan mengaji Al-Quran dan Iqra' dengan baik di rumah. Murid-murid j-QAF lebih mahir membaca jawi berbanding murid sebelum ini yang tidak berpeluang mengikuti program j-QAF Mendapat sokongan dari televisyen swasta dengan menyediakan rancangan yang bersesuaian untuk Bahasa Arab j-QAF sebagai penggalak kepada pelajar. Contoh : Rancangan Geng Bahasa Arab di tv9. WEAKNESS ( KELEMAHAN ) Kekurangan alat bantuan mengajar dari pihak Kementerian Pelajaran seperti kadkad imbasan yang berwarna, dan menarik perhatian murid. Buku- buku aktiviti untuk murid juga susah untuk didapati di pasaran, jika ada, tidak menepati aras murid di dalam kelas. Kurangnya bahan bacaan di perpustakaan sekolah yang berasaskan tulisan jawi, buku cerita di dalam bahasa arab, dan majalah-majalah yang berunsurkan keislaman untuk mengembangkan pengetahuan mereka. Tiada PCG khas untuk matapelajaran Pendidikan Agama Islam. disebabkan itu, aktiviti untuk murid agak terbatas. Kurangnya guru j-QAF di sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar. Jika terdapat guru j-QAF yang berpindah, tiada pula gantinya. Oleh sebab itu, objektif

yang sepatutnya dicapai, tidak tercapai. Sedangkan bilangan murid semakin bertambah. Bekalan buku teks juga selalu tidak mencukupi, terutamanya buku teks bahasa arab. Ada pula sesetengah sekolah yang terpaksa meminjam dari sekolah lain untuk digunakan sebagai rujukan guru. Kurangnya kursus pemantapan dan kursus susulan untuk guru-guru jqaf. Tiada pembaharuan yang berlaku dalam P&P disebabkan kurangnya ilmu dan pendedahan dari semasa ke semasa OPPORTUNITIES ( PELUANG / CADANGAN ) Perkenalkan asas j-QAF di peringkat Pra Sekolah lagi untuk matapelajaran Jawi, Iqra', Fardhu Ain dan Bahasa Arab. Menyediakan PCG khas untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Memurnikan buku Iqra' supaya murid yang sangat lemah juga dapat mengikuti bacaan iqra'. Buku iqra' yang sedia ada lebih membantu kepada murid yang boleh menguasai sahaja. Menyediakan kursus-kursus khas untuk guru-guru j-QAF supaya ilmunya lebih mantap tidak kira dari segi apapun dari semasa ke semasa. THREATS ( CABARAN ) Guru j-QAF dan GPI yang membantu dalam tasmik harian terpaksa balik lewat sejam dari guru-guru yang lain untuk melaksanakan tasmik di luar waktu P&P. Namun begitu, tugas GPI tetap dipandang ringan oleh guru-guru lain. Murid yang lemah dalam jawi dan iqra' terpaksa bersaing dengan murid yang sudah menguasai di dalam kelas berikutan kurangnya guru pemulihan jawi di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai