Anda di halaman 1dari 30

http://tradisional-bib.blogspot.

com/ 1/2/2011 PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Batu Seremban

Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Posted by bib at 6:08 PM 9 comments

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Posted by bib at 5:34 PM 9 comments

Permainan sepak Raga

Pengenalan Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia Cara Bermain Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. Posted by bib at 5:12 PM 3 comments

Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. Posted by bib at 6:47 AM 23 comments

Congkak
Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan

congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak
1/2/2012

Congkak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk filem, sila lihat Congkak (filem).

Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Latar belakang 2 Asas permainan 3 Peraturan permainan o 3.1 Perbezaan peraturan 4 Cara membuat congkak 5 Lain-lain 6 Rujukan 7 Pautan luar

[sunting] Latar belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. [2] Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

[sunting] Asas permainan


Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.[3][4] Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

[sunting] Peraturan permainan


Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[4][5]
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

[sunting] Perbezaan peraturan


Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

[sunting] Cara membuat congkak

Congkak plastik moden.

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. 2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. 4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. 6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. 8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.[5]

Selambut
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selambut
Pemain Julat umur Masa penyediaan Masa permainan Peluang rawak Kemahiran yang diperlukan 1 - 5 atau lebih tiada had tiada had Rendah Melambung, menangkap

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

Jan jan jala


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jan jan jala atau jala itik/itek merupakan lagu yang dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu. Lazimnya, permainan ini perlu dimainkan lebih daripada empat orang. Dua orang akan saling berpaut pada bahu masing-masing atau memegang tangan masing-masing dan meninggalkan ruang tengah untuk memberi laluan. Pemain lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan, pemain yang masih di ruangan tengah itu akan ditangkap dan dikira kalah dan didenda.

[sunting] Lirik lagu


jan jan jala jala itik jala ayam berapa lubang kancil? seratus lima puluh panggil nenek moyang makan sirih mulut meeeeeerah

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php? p=2&idstopic=29&idskandungan=101&id=428&mtopic=3

Jengkek Kapal Terbang Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal Terbang". Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun begitu, tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun, "kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain. Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang. Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8 buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka. Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok. Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar hasil lemparan nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian yang unik dijalankan. Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi. Kemudian masing-masing melempar "buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa yang jauh mendapat hak bermain yang pertama. Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh, pemain dikira "mati". Ini bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. Jika pemain berjaya menamatkan 9 "ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah", dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu, pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Pemain lain boleh bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran tuannya. Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya "rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". Namun bukanlah secepat dan semudah itu menukarkan semua petak menjadi "rumah". Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di "rumah" sendiri, maka rumah itu di kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan pemain dikira "mati". Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama, timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.

Sistem undian yang unik dijalankan. Satu garisan panjang dilakarkan di atas tanah, masing-masing berdiri bahu membahu membelakangi garisan dan melemparkan "IBU" sejauh yang mungkin. Giliran pemain ditentukan dengan melihat jarak masingmasing dari garisan.

Lakaran gelanggang "Jengkek Kapal Terbang". Nama "Kapal Terbang" itu diperolehi daripada gelanggang yang disusun sedemikian rupa dan merupakan imej sebuah kapal terbang.

Salah seorang pemain

Pemain berjengkek memasuki

berjengkek dengan membawa "IBU" di atas tangan mengelilingi petak-petak tersebut.

kesemua petak dan terpaksa melangkah terus dari petak 3 ke petak satu kerana petak nombor 2 sudah ada tuan rumah.

Permainan Jengkek Kapal Terbang dan juga dikenali sebagai Tinting Kapal Terbang.

Batu Selambut

Selambut atau seremban adalah satu permainan yang mampu mengisi matlamat tersebut. Selambut adalah sebutan di sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Di negeri-negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Memandangkan kaedah bermainnya yang lembut nyata permainan ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Agak janggal jika dimainkan oleh kanak-kanak lelaki walaupun penyertaan mereka biasa dilihat. Permaian selambut agak pasif. Dilihat dari segi masa bermain, permainan ini tidak memerlukan waktu yang khusus. Malah permainan ini tidak memerlukan penumpuan serius sewaktu bermain seperti bermain permainan-permainan lain. Permainan selambut tidak memerlukan kawasan yang luas. Asalkan ada permukaan rata, permainan ini pasti boleh dimainkan. Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi, di halaman, di kolong rumah, malah di taman sekalipun. Namun sebagaimana permainan lain, permainan ini juga ada aspek kemahiran yang hendak ditonjolkan. Kemahiran yang diperlukan dalam permainan ini adalah kemahiran melambung dan menyambut anak batu dengan gaya tersendiri lagi lembut. Pendek kata tangan si pengasar memang tidak menjadi untuk bermain selambut. Setiap pemain bermain dengan cermat dan berhati-hati kerana konsep permainan ini adalah mengumpul mata. Sering dirasakan, bermain selambut dengan peserta yang sedikit jauh lebih baik dan menyeronokkan berbanding dengan bermain beramai-ramai. Barangkali maksimum 5 orang sudah dianggap ramai kerana undang-undang secara giliran. Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5 - 10 butir dan inilah satu-satunya alat dalam permainan ini. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain. Jika sepakat, hendak menggunakan anak batu, maka permainan kali itu menggunakan 7 anak batu sahaja. Setelah mengetahui giliran masing-masing, permainan pun dimulakan. Anak-anak batu yang tadinya berlonggok akan dikira. Tujuannya adalah untuk memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggil "ibu". Khas di sini memudahkan mengutip anak-anak batu itu di dalam permainan nanti. Dalam set anak batu itu, ada sebutir anak batu khas yang dipanggik "ibu". Khas di sini bermaksud batu itu memiliki ciri-ciri tersendiri terutama untuk membezakan dengan batu-batu lain. Teknik-teknik mengutip anak batu adalah seperti berikut:

Kaut satu per satu Kaut beransur-ansur. Misalnya kali pertama 1 butir, kali kedua 2 butir dan seterusnya sehingga habis dikaut.

Tidak dapat dinafikan memang ada gangguan dalam permainan selambut terutamanya apabila peserta yang menunggu giliran berasa bosan kerana sudah lama menunggu. Selalunya ketika asyik melangut memerhatikan pergerakan batu itu, diam-diam pemain lain melakukan sebotaj. Biasanya cara yang dilakukan ialah mengalih anak batu. Apabila anak-anak batu dialih posisinya, si pemain pasti gelabah dan hilang tumpuan kerana terkaut lantai kosong. Gangguan kedua ialah apabila pemain lain menyambut batu ibu yang dilambung, atas gangguan ini biasanya pemain mahu mengulang semula permainannya. Namun pastinya tumpuan si pemain

sudah terjejas. Begitulah pemain selambut. Namun masa beredar dan permainan ini sudah diubahsuai mengikut citarasa pemain masa kini. Demikianlah pemain selambut. Sekali imbas nampak pasif dan mudah. Jika diteliti pemain ini memerlukan kemahiran. Pemain mesti menjangka masa di samping pantas dan cekap. Saksikan sendiri bagaimana pemain selambut mengutip anak batu tanpa memandang ke lantai.

Permainan batu selambut biasanya dimainkan oleh kaum wanita. Ini kerana sifat semulajadi yang ada pada mereka.

Congkak Bukan sepanjang masa cuaca mengizinkan kanak-kanak bermain di laman atau persekitaran yang luas dan terbuka. Pada musim hujan misalnya, mereka terpaksa berperap di rumah. Bagi menghilangkan kebosanan, mereka mencari permainan yang boleh dimainkan di dalam keadaan begitu. Congkak ialah sejenis permainan yang dapat mengisi tujuan tersebut. Congkak biasa, badannya diperbuat daripada kayu yang mudah dialihkan ke mana-mana. Selalunya congkak ini dimainkan di dalam rumah, di anjung atau di serambi. Terdapat juga congkak yang dibuat di atas tanah. Permainan ini adalah daya kreatif kanak-kanak. Mereka mengorek lubang-lubang yang betul-betul menyerupai congkak biasa di permukaan tanah. Berkenaan buahnya pula, pelbagai bahan digunakan. Antara objek yang biasa digunakan ialah biji asam jawa, buah getah, anak-anak batu atau guli kaca. Pendek kata, asal sahaja objek itu dapat memjayakan hasrat permainan, di kira beres. Apa yang penting bagi kanak-kanak ialah keseronokan bermain bukan keindahan objek itu. Jumlah lubang pada congkak tidak tentu. Ada yang 7, 8, 9, 10 atau 11. tetapi yang paling popular sekali ialah 7 lubang. Jika jumlah lubangnya banyak, tentu sahaja permainannya menelan waktu yang panjang.

Congkak dimainkan oleh dua orang yang duduk bertentangan. Kalau kanak-kanak perempuan, tentunya mereka bertimpuh dengan sopan. Kalau kanak-kanak lelaki, tentunya mereka bersila sahaja. Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang. Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7x7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan "lubang ibu" (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja. Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Congkak perlukan kecekapan. Individu yang kerap bermain congkak akan cepat mahir. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih berseorangan mengkaji pergerakan "buah" sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam permainan yang akan datang. Pergerakkan permainan "mati" apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain "mati" itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya. Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemainpemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah.

Congkak adalah sejenis permainan yang dimainkan untuk mengisi masa lapang. Permainan ini dimainkan oleh

kaum perempuan terutama golongan remaja.


http://www.permainantradisi.com/ 6/2/2012

Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti: Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat) Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki) Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing) Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju) Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam) Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain) Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran) Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat) Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri) Memiliki semangat kerjasama (menghakis pera

6/2/2012 IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN saan Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Antara permainannya ialah galah panjang, guli, congkak, teng-teng, dan batu seremban. Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri. Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar.

Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari. Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses pembelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif, kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak. bangga diri) 7/2/2012
KEPENTINGAN BERMAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK Bermain penting kepada kanak-kanak kerana melalui aktiviti tersebut mereka belajar mengenal persekitaran sosial dan fizikalnya malah dapat memberi peluang kepada merekauntuk menguasai kemahiran baru di samping memperkembangkan konsep dan pengalaman.Bermain juga boleh menggalakkan pengetahuan yang perlu untuk dikaitkan dengan cabaranyang bakal dihadapi secara efektif apabila mereka bersekolah kemudian nanti. Melalui bermain anak-anak dapat melihat diri mereka sendiri sebagai pelajar kerana semasa bermain mereka biasanya akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan hubungan sosial,menggerakkan proses intelektual, dan mengawal atau menyesuaikan dengan emosi danmemperoleh serta mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Justeru bermainadalah urusan yang serius kepada kanak-kanak kerana aktiviti tersebut juga membantumereka memperkembangkan sikap yang positif dalam pembelajaran. Tegasnya, bermainmemberikan kanak-kanak peluang untuk belajar pelbagai kemahiran yang akanmeninggalkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan mereka (Papalia 1996). Selaindaripada meningkatkan kemahiran motor, bermain turut membantu kanak-kanak mengembangkan inisiatif, regulasi diri dan kemahiran sosial (Hoffeth & Sandberg 2001)

Terdapat pelbagai faedah bermain jika dilihat daripada aspek psikologi perkembangan. Antara perkembangan positif yang diperoleh daripada aktiviti bermain adalah berkaitandengan kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak (Sutterby & Frost 2006). Dengan bermain seperti kejar mengejar, menolak dan menarik kanak-kanak akan bergerak aktif malah pada masa yang sama mereka juga perlu berfikir dan berkomunikasi. Aktiviti tersebut membantu perkembangan motor kasar serta melancarkan pergerakan otot dan saraf yangseterusnya menyumbang kepada kualiti kesihatan yang lebih baik. Kajian-kajian yangdijalankan oleh Roskos dan Christie (2007) serta Sawyer dan DeZutter (2007) pula mendapati bermain penting untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menggalakkan kanak-kanak untuk berbual, memperkembangkan kemahiran berbahasa dan mengira. Oleh yang demikian, prasekolah digalakkan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain kepada kanak-kanak.Ahli-ahli teori psikologi terkemuka iaitu Freud dan Erikson mendapati bermainmembantu kanak-kanak mengatasi kebimbangan dan konflik dalam kehidupan seharian dansecara tidak langsung dapat meningkatkan perhargaan kendiri (Santrock 2004). Menurut Katz(1993), apabila kanak-kanak berada dalam kumpulan dan berfungsi sebagai ahli kumpulanyang berkesan, penghargaan kendiri kanakkanak akan meningkat. Aktiviti bermain secaratidak langsung membantu kanak-kanak bersosial dengan ahli kumpulan iaitu apabila merekaditerima dan menerima rakan-rakan dalam kumpulan. Rubin dan Clark (1983) pulamendapati kanak-kanak yang terlibat dengan permainan sosial lebih rapat (attached ) dengan rakan-rakan dan ibu bapa berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dengan permainan social. Dalam konteks perkembangan sosial, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak belajar cara berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Hal ini penting dan menjadi asaskepada perhubungan mereka apabila dewasa kelak. Malah, bermain boleh meningkatkan penerokaan persekitaran dan menyediakan tempat selamat bagi kanak-kanak untuk mencuba sesuatu yang baru. Rubin dan Clark (1983) bersetuju bahawa kanak-kanak yangterlibat dengan peraturan dan bersosial semasa bermain cenderung untuk menjadi orang yang paling popular dalam kumpulannya dan seterusnya lebih berjaya dalam kemahiran sosialmereka.Selain daripada pandangan pengkaji-pengkaji barat, tokoh psikologi Islam iaitu al-Ghazali juga menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Bermain penting menurut al-Ghazali (1988) kerana ia berupaya merehatkan fizikal dan minda daripadakeletihan yang dialami di sekolah. Menurutnya lagi, sekiranya kanak-kanak dilarang bermaindan hanya dipaksa belajar, ini akan mematikan hatinya, melemahkan otaknya dankecerdasannya akan terjejas. Kanak-kanak akan merasa terkongkong, bosan dengan aktivitiharian yang sama dan terbatas sehingga menyebabkan mereka memberi alasan yang tidak wajar untuk melepaskan diri dari keadaan ini. Akibatnya, motivasi untuk belajar semakin berkurang dan kecenderungan menuntut ilmu pengetahuan yang diwajibkan dalam Islamakan diabaikan (Wan Azreena 1994). Pandangan al-Ghazali ini selari dengan pepatahInggeris yang berbunyi all work and no play make Jack/Jill a dull boy/gi IMPLIKASI PERMAINAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN KESEJAHTERAANKANAKKANAK Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai jenis permainan (tradisional) untuk kanak-kanak Menurut Shamsul Anuar dan Ahmad Shahar (2005), permainan tersebut memberikan kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi dan intelektual. Antara implikasi permainantradisional ialah ia (i) membentuk disiplin kerana ciri

utama permainan ialah peraturan yang perlu dipatuhi, (ii) melahirkan sikap toleransi di kalangan kanak-kanak kerana mereka perlu bekerjasama dan saling bantu membantu, (iii) meningkatkan komunikasi di antara para pemain, (iv) meningkatkan ketahanan fizikal dan daya saing, (v) mengeratkan hubungandengan keluarga, rakan-rakan dan jiran, (vi) memupuk sikap bertanggung jawab dan juga(vii) melatih kanak-kanak berjimat dan membentuk kreativiti kerana permainan menggunakan peralatan daripada bahan terbuang atau alam semulajadi Walaupun permainan meninggalkan kesan yang positif terhadap perkembangan kendiridan kesejahteraan kanak-kanak tetapi apabila struktur permainan telah berubah terutamanyasejak kebelakangan ini maka tidak dapat tidak permainan yang baru itu turut meninggalkan kesan sebaliknya.Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan UKM pada 1998mendapati 12.5 peratus kanak-kanak lelaki dan lima peratus kanak-kanak perempuan yangdikaji adalah obes. Data daripada kajian mengenai obesiti dan diabetik umpamanyanya telahmengaitkan bagaimana penyakit yang dialami oleh kanak-kanak pada abad ini mempunyaikaitan dengan pola dan struktur permainan ( Ismail & Tan 1998). Apa yang jelas daripadakajian itu yang boleh dikaitkan dengan isu yang diperkatakan di sini ialah kehidupan kanak-kanak yang semakin kurang aktif kerana jenis permainan yang dilakukan. Sebagaimana yang dijelaskan di atas kebanyakan permainan masa kini adalah mainan berstruktur, yangdilakukan bersendirian terutamanya di hadapan layar komputer atau televisyen danmengasyikkan pula. Kanakkanak boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya dihadapan layar dan pada masa yang sama menikmati makanan ringan yang mudah puladidapati. Penemuan daripada kajian serupa yang dilakukan oleh kumpulan yang samakemudiannya mendapati kaitan antara obesiti dengan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak (Sidik & Ahmad 2004).Selain itu masalah-masalah sosial yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak danremaja boleh dilihat sebagai manifestasi daripada perubahan pola bermain. Bermain secara berkumpulan di halaman rumah boleh memupuk semangat kerjasama di sampingmemperkembangkan kemahiran sosial. Sebaliknya bermain bersendirian seorang diri dihadapan layar komputer atau play station menonton video dan televisyen bersendirianmenyebabkan isolasi sosial dan membataskan kemahiran berkomunikasi. Walaupun permainan layar juga dimainkan bersama individu lain, komunikasi yang terlibat sangatterhad dan hampir tiada kontak mata antara individu kerana perhatian yang sepenuhnyaterhadap layar yang memaparkan permainan. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkankesan negatif permainan video terhadap kanak-kanak (Anderson 2004; Anderson & Dill 2000; Buckley & Anderson 2006 Menurut Buckley dan Anderson (2006), permainan video boleh dikaitkan denganobesiti, pencapaian akademik yang rendah, penurunan tingkah laku prososial dan peningkatantingkah laku agresif kanak-kanak. Kajian-kajian berbentuk analisis-meta (menganalisakajian-kajian lepas) mendapati permainan video berbentuk ganas meningkatkan tingkah lakuagresif kanak-kanak dan juga golongan dewasa (Anderson 2004; Anderson & Bushman,2001). Kajian-kajian berbentuk eksperimen mahupun bukan eksperimen di makmal danlapangan menyokong kesimpulan tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan pendedahankepada permainan video berbentuk ganas meningkatkan kebangkitan fisiologi (physiologicalarousal) dan pemikiran serta perasaan yang berkaitan dengan

keganasan (Buckley &Anderson 2006).Walau bagaimanapun, permainan layar (video dan komputer) yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi yang positif terhadap kanak-kanak. Format permainanvideo/komputer telah digunakan sebagai alat bantuan mengajar terutamanya untuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dan mengidap penyakit tertentu. Kajian Murphy danrakan-rakan (Dubow et al. 2007) mendapati kesan positif penggunaan permainan videoterhadap perkembangan pembacaan awal dan pengetahuan matematik kanakkanak.Permainan video yang direka untuk mengajar kanak-kanak diabetik menjaga kesihatanmereka juga didapati meningkatkan pengetahuan tentang penyakit diabetes dan penjagaandiri pengidap. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan perkaitan di antara penggunaan permainan video dengan tingkah laku kesihatan yang positif dan peningkatan tahap kesihatan(Lieberman 1997).Walaupun permainan layar boleh memberikan kesan yang positif bergantung kepada jenis perisian dipaparkan, kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur baik lelaki mahupun perempuan sering memilih permainan video berbentuk keganasan (Dubow et al. 2007). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana permainan video ganas sering memaparkanaksi tangkas yang menarik perhatian kanak-kanak dan mempunyai unsur suspens berbandingdengan permainan video berunsurkan pendidikan. Oleh itu, ibu bapa, keluarga danmasyarakat memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti bermain kanak-kanak

http://puadede.com/v1/permainan-tradisional/ 7/2/2012 BATU SEREMBAN @ SELAMBUT @ SEREMBAT

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buahbuah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. Jan Jan JALA ITIK Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan. Cara Bermain Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan: Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil?

Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah. Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas. Menentukan Pemain Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing. Pertukaran Pemain Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai. Menentukan Pemenang Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Keistimewaan permainan tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang bolehdiperolehi daripadanya melalui permainan, kanak-kanak akan menerima pendidikanyang tidak formal. Lantaran itu, ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalamperkembangan kanak-kanak yang boleh diperolehi. Dalam permainan batu seremban,beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejakdaripada kanak-kanak lagi. Antaranya ialah : 1. Membentuk disiplin Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnyaperaturan atau undang-undang permainan. Pemain-pemain akan dibatasidengan peraturan ketika bermain. Ini secara tidak langsung membentuk disiplindiri pemain-pemain agar mematuhi peraturan. 2. Menanamkan perasaan hormat-menghormati Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional, kanak-kanak ditanamkandengan perasaan hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormatipasukan yang menang atau kalah. Di samping itu, permainan yang berbentukpermainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkanperasaan hormatmenghormati antara ahli keluarga 3. Melahirkan perasaan toleransi atau tolak ansur Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaantoleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan, kanak-kanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama rakan dan bantumembantuantara satu sama lain. 4. Sabar, jujur dan amanah Sifat sabar, jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yangmana mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Inimembantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi manusia yang bolehdipercayai, amanah dan jujur. 5. Berkomunikasi dan berinteraksi Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Inimembantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Ahli kumpulanbiasanya akan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. Cara inimemudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu samalain. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjangmasa.Rajah 6: Permainan batu seremban jugamemerlukan kerjasama yang tinggi antarapemain.

6 . Menggunakan masa dengan berfaedah Kebiasaannya, permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktupetang atau masa lapang yang lain. Kanak-kanak bermain setelah selesaidaripada melakukan keja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapamereka. Ini melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yangberfaedah. Di samping itu, ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masadengan aktiviti yang tidak berfaedah. 7. Ketahan fizikal dan daya saing Melalui permainan tradisional, ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanak-kanak. Ini menanamkan semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadapkanak-kanak dan mereka boleh menyemarakkan semangat dalam kegiatanseharian mereka. 8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan Sesetengah permainan tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga.Mereka amat berasa gembira dan bersuka ria bersama-sama. Suasana ini akanmewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga. 9. Hubungan dengan rakan-rakan dan jiran Di samping ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakansepermainan yang utama. Melalui permainan, ia akan mengeratkan lagikemesraan dan ikatan persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain. 10. Menghargai warisan bangsa Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Apabila kanak-kanak sering bermainnya, ia akan membantu mengekalkan permainan ini. Dalam pada itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai danmenyanjungi permainan warisan bangsa melayu. 11. Bertanggungjawab Dalam permainan tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranantertentu etika bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagimemegang suatu tanggungjawab tertentu. Ini sedikit sebanyak membantumelatih kanak-kanak agar bertanggungjawab. 12. Mengelakkan pembaziran Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu.Walau bagaimanapun, ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahanterbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa

mengeluarkansebarang perbelanjaan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkandaripada berlakunya pembaziran. Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar berjimat cermat.Di samping itu, nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilaimurni yang lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan,kecekapan dan sebagainya. Kesimpulannya, permainan tradisional melayu dapatmemberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak