Anda di halaman 1dari 4

PENGENDALIAN MODEM Cara-cara untuk memasang modem luaran dan modem dalaman.

1) Modem dalaman Tutup komputer dan buka sambungan bekalan kuasa daripada soketnya. Buka ?casing? dengan menggunakan pemutar skru. Buka penutup belakang bagi slot yang hendak digunakan. Pasangkan modem pada slot yang telah dipilih. Ketatkan ia dengan menggunakan skru pada bahagian atas modem tersebut. Tutup semula ?casing? dan lakukan ujian.

2) Modem luaran Tutup komputer dan buka sambungan pada bekalan kuasa. Pasangkan kabel modem pada modem luaran pada COM di belakang komputer sama ada COM2 atau COM4. Buka semula komputer dan lakukan ujian modem dan internet.

Cara untuk menyambungkan modem dengan talian telefon. Semua modem sama ada luaran ataupun dalaman mempunyai dua soket penyambungan di belakangnya. Ia akan dilabelkan dengan perkataan LINE dan juga PHONE. Oleh itu masukkan kabel telefon ke soket yang berlabel LINE dan masukkan kabel dari telefon ke soket yang berlabel PHONE.

Cara-cara untuk meng?install? sesebuah modem dalaman. Terdapat dua cara untuk ?install? sebuah modem dalaman. Cara yang pertama ialah kita perlu memasukkan PORT terlebih dahulu dan cara yang kedua ialah kita hanya perlu terus mendail. Bagi yang perlu dimasukkan PORT terlebih dahulu, gunakan cara di bawah:

i. Klik START, SETTING dan CONTROL PANEL. ii. Dua kali klik ke atas ikon ADD NEW HARDWARE. iii. Klik NEXT, NO dan NEXT sekali lagi. iv. Klik PORT dan COM. v. Klik NEXT. vi. Masukkan DEVICE DRIVER ke dalam pemacunya sama ada disket atau cakera padat dan klik HAVE DISK. Pilih ?driver? yang sesuai dan klik OK. vii. Klik NEXT dan proses memasukkan ?driver? akan berjalan. viii. Klik FINISH dan komputer akan SHUT DOWN. ix. Buka semula komputer dan klik ADD NEW HARDWARE. Cara untuk ?install? bagi kedua-dua jenis modem ini adalah sama. x. Klik NEXT, NO dan NEXT sekali lagi. Klik MODEM. xi. Masukkan DEVICE DRIVER dan klik HAVE DISK. Pilih ?driver yang sesuai. xii. Klik NEXT dan pilih COM yang hendak dimasukkan selalunya modem dalaman menggunakan COM2 atau COM4. xiii. Klik NEXT dan proses memasukkan ?driver? akan berjalan. xiv. SHUT DOWN komputer dan jalankan ujian. xv. Klik MODEM dan CONTROL PANEL. xvi. Klik DIAGNOSTIC dan pilih COM modem tersebut. xvii. Klik MORE INFO untuk dapatkan hasil ujian. xviii. Jika tidak berjaya, REMOVE modem berserta dengan COM dan jalankan proses ?install? sekali lagi termasuk DIAGNOSTIC.

Cara-cara untuk meng?install? sebuah modem luaran. i. Klik START, SETTING dan CONTROL PANEL. ii. Klik ikon ADD NEW HARDWARE. iii. Klik NEXT, NO dan NEXT.

iv. Klik MODEM dan NEXT. v. Masukkan DEVICE DRIVER dan klik HAVE DISK. Pilih ?driver? yang sesuai. vi. Klik OK. vii. Pilih COM yang sesuai. Pada kebiasaannya, modem luaran akan menggunakan COM2. Klik NEXT. RESTART komputer dan jalankan DIAGNOSTIC.

Mengenalpasti kerosakkan modem. Pengujian modem perlu dilakukan bagi mengenal pasti modem ini berfungsi mengikut apa yang dikehendaki atau pun mengalami masalah atau kerosakkan.

1. Menguji sambungan COM2 atau COM4.

- Untuk menguji sambungan modem luaran. - Ini mungkin disebabkan 2 hujung sambungan yang bersiri tidak sepadan. - Ini akan mengakibatkan kedua-dua hujung akan menerima isyarat yang sama. - Oleh itu, sebelum memasang modem pastikan beberapa aspek ini dikaji: i) Pastikan dahulu yang mana satu sambungan DTE dan yang mana satu sambungan DCE. ii) Pastikan kedua-dua hujung menerima kadar bit yang sama. iii) Pastikan juga sama ada ia menggunakan pariti genap atau pariti ganjil. iv) Pastikan kedua-duanya menerima huruf yang sama panjang. v) Jika komputer menggunakan banyak sambungan, pastikan terlebih dahulu sambungan mana yang hendak digunakan.

MOD PENGHANTARAN SEPARUH DUPLEKS

Pasangan modem dihubungkan oleh sepasang dawai yang hanya membenarkan penghantaran sehala pada satu masa. Bahagian penghantar modem akan dibuka semasa operasi menghantar dilaksanakan dan ditutup semasa menerima. Masa yang diperlukan oleh modem bagi menukar operasi iaitu daripada menghantar ke menerima dan sebaliknya dinamakan satu pusingan.

MOD PENGHANTARAN DUPLEKS PENUH

Dua pasang dawai digunakan untuk menghubungkan sesuatu modem dengan modem yang lain. Pasangan dawai yang pertama menghubungkan bahagian penghantar modem pertama ke bahagian penghantar modem kedua. Dengan ini masa pusingan tidak wujud kerana kedua-dua operasi menghantar dan menerima boleh dilaksanakan dengan serentak.

MOD PENGHANTARAN SIMPLEKS Mod penghantaran simpleks ialah gabungan antara mod dupleks penuh dan mod dupleks separuh.

CIRI-CIRI MODEM

Auto-answer Auto-dial

Anda mungkin juga menyukai