Anda di halaman 1dari 14

Sistem Pertandingan Terdapat beberapa sistem yang digunakan pada masa kini dan di antaranya ialah:

Sistem Kalah Mati

Sistem Kalah Mati Dua Kali Sistem Liga Sistem Labah-Labah Sistem Satu Tangga Sistem Dua Tangga Sistem Serombong

SISTEM KALAH MATI Kelebihan sistem kalah mati : Jadual pertandingan sistem ini mudah difaham oleh peserta.Merupakan jenis pertandingan yang mudah untuk dilaksanakan.Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat.Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad.Boleh menampung penyertaan yang ramai dalam pertandingan. Merupakan format yang paling sesuai untuk pertandingan yang dijalankan secara karnival. Menjimatakan tenaga dan wang dalam melaksanakan pertandiangan ini.Sistem ini mempunyai FORMULA yang tersendiri untuk memudahkan perlaksanaan perjalanannya. FORMULA SISTEM KALAH MATI A Bilangan Pasukan/Peserta : N

Contoh : N = 7

B Jumlah braket yang digunakan ialah : Kuasa Dua yang digunakan mestilah lebih besar Contoh : 7 pasukan menggunakan atau sama dengan bilangan peserta. (2^3) kerana jumlah pasukan yang (2^1) = 2 pasukan mengambil bahagian kurang (2^2) = 3 dan 4 pasukan daripada (2^3). (2^3) = 5,6,7 dan 8 pasukan (2^4) = 9,10,11,12,13,14,15 dan 16 pasukan (2^5) = 17,18,32 pasukan C Jumlah semua perlawanan dalam sistem ini ialah : N-1 D Jumlah Bye dalam perlawanan ini ialah : Kuasa Dua N E Jumlah perlawanan dalam pusingan pertama ialah : (N Bye)/2 Contoh : 7-1=6 perlawanan Contoh : (2^3) N 8 7 = 1 bye Contoh : (7-1)/2 = 6/2 = 3 perlawanan

Sistem Kalah Mati Dua Kali Sistem Kalah Mati ialah pengubahsuaian sistem kalah mati.Dalam sistem ini,pemain diberi peluang sehingga dua kali kalah barulah tersingkir daripada pertandingan. Kelebihan sistem kalah mati dua kali : Sistem ini merupakan salah satu pertandingan yang paling adil,memandangkan setiap peserta diberi peluang dua kali kalah sebelum disingkirkan daripada pertandingan seterusnya.Ia berbeza daripada sistem kalah mati sebab ia masih boleh meneruskan pertandingan walaupun kalah buat kali pertama tetapi bagi sistem kalah mati akan terus tersingkir apabila kalah kali pertama. Sistem ini boleh menampung penyertaan yang ramai kerana carta yang digunakan sama dengan sistem kalah mati yang menggunakan braket kuasa dua. Minat peserta untuk turut serta dalam pertandingan ini bertambah jika dibandingkan dengan sistem kalah mati kerana mereka mempunyai peluang yang lebih dalam pertandingan ini. Ia mempunyai kelebihan daripada sistem kalah mati kerana mungkin pada perlawanan pertama pemain mengalami kecederaan atau sakit dan tidak dapat bermain dengan baik.Walaupun tewas pada perlawanan pertama oleh sebab di atas,tetapi pemain masih berpeluang lagi untuk menjuarai pertandingan tersebut selagi beliau tidak tertewas sebanyak dua kali. Sistem ini mempunyai formula untuk memudahkan para penganjur malakarkan carta. FORMULA SISTEM KALAH MATI DUA KALI A Bilangan pasukan atau peserta : N B

Contoh : N = 7

Jumlah braket yang digunakan ialah : Contoh : untuk N = 7 braket Kuasa Dua yang digunakan mestilah lebih besar yang digunakan ialah (2^3) = 8 atau sama dengan bilangan peserta. Kerana bilangannya lebih kecil (2^1) = 2 pasukan daripada (2^3) = 8 dan lebih (2^2) = 3 dan 4 pasukan besar daripada 7. (2^3) = 5,6,7 dan 8 pasukan (2^4) = 9,10,11,12,13,14,15 dan 16 pasukan (2^5) = 17,18,32 pasukan (2^6) = 33,34,35.64 pasukan Jumlah semua perlawanan : Jumlah perlawanan minimum = 2N-2 Jumlah perlawanan maksimum = 2N - 1 Jumlah Bye dalam perlawanan ini : = (Kuasa Dua) N Jumlah perlawanan dalam pusingan pertama ialah : (N Bye)/2 Contoh: 2(7) 2 = 12 perlawanan 2(7) 1 = 13 perlawanan Contoh: (2^3) 7 = 1 bye Contoh : (7 -1)/2 = 3 perlawanan

D E

Sistem Liga Memberi peluang kepada peserta untuk mengadakan pertarungan yang lebih banyak.Mereka akan bertarung dengan setiap ahli dalam kumpulan mereka.Dengan cara ini,satu pasukan yang terbaik akan dapat dihasilkan daripada setiap kumpulan. Kelebihan Sistem Liga Merupakan satu format pertandingan yang paling popular di kalangan peminat sukan.Sistem ini amat senang untuk diuruskan dan ditadbirkan kerana formatnya mudah difahami.Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula dan setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam kumpulannya.Boleh menggalakkan penyertaan yang lebih ramai lagi praktikal dengan masa yang lebih panjang.Dengan jangka yang lebih panjang,peserta boleh memperbaiki prestasi mereka sebelum habis pusingan.Peserta tidak akan merasa rugi kerana latihan yang mereka jalani selama ini mendapat tindak balas dengan perlawanan yang banyak yang dilangsungkan oleh pasukan mereka jika dibandingkan dengan perlawanan kalah mati atau perlawanan-perlawanan yang lain.Setiap pasukan akan bertarung kepada jumlah mata yang diperoleh hasi kemenangan atau seri,jumlah jaringan dan jumlah jaringan kena.Oleh itu,setiap perlawanan merupakan pertarungan yang sengit untuk menjuarai kumpulan masing-masing.Dalam system ini,terdapat formula-formula yang penting yang boleh buat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa,pengadil,padang permainan,kelengkapan yang diperlukan dan sebagai menguji sama ada carta yang dilakarkan betul ataupun tidak. Formula Sistem Liga. A Jumlah peserta = N B Jumlah semua perlawanan =N(N 1)/2 C Jumlah perlawanan setiap pasukan = N 1 Jika bilangan pasukan ialah,maka N = 5 Jika N = 5,maka jumlah semua perlawanan = 5(5 1)/2 = 10 perlawanan Jika N = 5,maka jumlah perlawanan bagi setiap pasukan = 5 1=4 perlawanan Jika N=5,maka jumlah pusingan menggunakan formula 2 ialah 5 pusingan

D Jumlah pusingan 1.Untuk penyertaan angka genap (2,4,6.) = N -1 2.Untuk penyertaan angka ganjil (1,3,5) = N E Jumlah perlawanan sesuatu pusingan

Jika N = 5,maka jumlah perlawanan sesuatu pusingan akan menggunakan

1.Untuk penyertaan angka genap (2,4,6) = N/2 2.Untuk penyertaan angka ganjil (1,3,5) = (N 1)/2

formula 2,iaitu (N 1)/2 = (5 1)/2 = 2 perlawanan setiap pusingan.

Cara Menyusun Pasukan Sebenar Dalam Jadual Pertandingan Dalam contoh ini nombor 1 5 adalah untuk pasukan yang berikut : Perlis,Kedah,Perak,Selangor,Wilayah Persekutuan. Rujukan : N=5 Jumlah pusingan = 5 pusingan Jumlah perlawanan setiap pusingan = 2 perlawanan Jumlah perlawanan setiap pasukan = 4 pasukan Jumlah keseluruhan perlawanan = 10 perlawanan Pusingan Pusingan 1 Tarikh : 1 Mei Perlawanan Bye Wilayah Perlis Selangor Kedah Perak Pusingan 2 Tarikh : 3 Mei Bye Selangor Wilayah Perak Perlis Kedah Pusingan 3 Tarikh : 5 Mei Bye Perak Selangor Kedah Wilayah Perlis Pusingan 4 Tarikh : 7 Mei Bye Kedah Perak Perlis Keputusan

Selangor Wilayah Pusingan 5 Tarikh : 9 Mei Bye Perlis Kedah Wilayah Perak - Selangor

Carta kotak membaca dan cara mengisi kedudukan pertandingan Ada banyak cara untuk memaparkan keputusan pertandingan dalam sesuatu pertandingan liga.Satu daripada cara yang paling mudah dan paling sesuai untuk mengetahui kedudukan setiap pasukan adalah dengan menggunakan carta kotak. Perlu diambil perhatian bahawa carta kotak dibaca mendatar daripada kiri dan kanan sahaja.Dalam buku ini, ada dua alternatif tentang sistem carta kotak yang boleh digunakan.Alternatif pertama ialah sistem carta yang biasa digunakan dan berbentuk kotak sahaja,manakala alternatif kedua system carta kotak yang telah diubahsuai dengan maklumat tambahan.

Kotak carta alternatif pertama dan kotak carta alternatif kedua Alternatif pertama mempunyai idea dan mesej yang sama dengan alternatif kedua,cuma alternatif kedua ini ditambah dengan jumlah jaringan yang dibuat,jumlah jaringan yang kena dan jumlah mata yang diperoleh oleh setiap pasukan. PERLIS KEDAH PERLIS MEI 3 20 MENAN G KEDAH MEI 3 02 KALAH PERAK MEI 7 12 KALAH MEI 1 22 SERI PERAK MEI 7 21 MENAN G MEI 1 22 SERI SELANGO R MEI 1 11 SERI MEI 5 23 KALAH MEI 9 02 KALAH MEI 3 2-0 MENANG 5 6 3 WILAYA H MEI 5 32 MENANG MEI 9 0-0 4 7 2 JARINGA N 8 KENA MATA 4 7

SELANGO R

MEI 1 11 SERI

MEI 5 32 MENAN G MEI 9 O-O SERI

MEI 9 2O MENAN G MEI 3 02 KALAH MEI 7 02 KALAH

MEI 7 20 MENANG

WILAYAH

MEI 5 23 KALAH

Mata dikira melalui : Menang Seri Kalah = 2 mata = 1 mata = 0 mata

Bacaan untuk pasukan Perlis adalah seperti yang berikut: Jaringan keseluruhan yang dibuat oleh Perlis ialah 8 jaringan. (2+2+1+3 = 8) Dalam ruang kena,jaringan yang dibuat oleh pihak lawan ialah 4 jaringan. (0+1+1+2 = 4) Jumlah perolehan mata oleh Perlis ialah 7 mata,apabila menang 3 perlawanan dan seri 1 perlawanan. (3*2 mata = 6)+(1*1mata = 1) = 7 mata.

Kalau diperhatikan jumlah mata antara pasukan Selangor dengan Perlis adalah sama, masing-masing memperoleh 7 mata hasil daripada 3 kemenangan dan 1 seri.Walaubagaimanapun kedudukan Selangor adalah teratas sekali kerana jumlah perbezaan jaringan yang diperoleh menyebelahi pasukan Selangor.Perbezaan gol itu ialah jumlah jaringan dalam ruangan kena. Cara menentukan pemenang sekiranya jumlah mata adalah sama : Sekiranya dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,pemenang akan ditentukan seperti berikut :

Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak dikira sebagai pemenang.Jumlah jaringan tolak jumlah kena.(jaringan kena) Jika masih seri,pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak dikira sebagai pemenang. Jika masih juga seri,pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira sebagai pemenang. Jika masih berlaku sseri,undian akan dijalankan oleh pihak penganjur bagi menentukan pemenang.

Sistem Labah-Labah Peserta akan berlumba-lumba untuk menjadi juara dengan menempatkan diri mereka di tengah-tengah sarang labah-labah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Dalam sistem ini,sebelum peserta dapat mencabar mana-mana peserta di hadapannya,beliau dikehendaki mengalahkan mana-mana peserta yang berada di peringkatnya terlebih dahulu.Mengalahkan peserta yag sama peringkat dengannya merupakan lesen untuk mencabar mana-mana lawan yang berada di hadapannya.Masa yang diambil untuk satu-satu pertandingan adalah antara 2 3 bulan bergantung kepada pihak penganjur untuk menentukannya. Kelebihan Sistem Ini. Setiap peserta berhak memilih lawannya sendiri mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan ini akan menggalakkan sosial interaksi.Sistem ini tidak akan menyingkirkan mana-mana pemain sehingga tamat tempoh pertandinggan walaupun peserta sentiasa mengalami kekalahan dalam pertandingan.Sistem ini mempunyai format pertandingan yang mudah difahami oleh peserta.Apa yang mereka harus buat adalah membaca rajah labah-labah yang telah siap untuk menentukan siapkan lawan mereka.Cara pengawasan sistem ini amat mudah sebab peserta sendiri akan mengadili perlawanan mereka.Segala keputusan hendaklah disampaikan kepada penganjur secepat mungkin.Setiap perlawanan merupakan program yang telah dirancangkan oleh kedua-dua belah pihak bagi menjamin masa yang tidak menyusahkan mana-mana pihak.Sistem ini tidak memerlukan rekod pertandingan yang terperinci,memadai dengan keputusan perlawanan dan gambar rajah system labah-labah yang lengkap.Peserta akan merasa seronok dengan sistem in kerana ia adalah unik dan jarang-jarang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan sukan.

Cara pertandingan Sistem Labah-labah: Dalam Contoh ini,terdapat 4 peringkat atau aras pertandingan.Di aras satu ialah tempat juara A.Di aras kedua terdapat 8 peserta B1-B8 yang lain mengelilingi juara A.Di aras ketiga yang bersebelahan dengan aras kedua terdapat peserta C1-C8.Akhir sekali,di aras keempat terdapat 8 peserta D1-D8 yang mengelilingi sarang C.Dalam pertandingan ini sebelum mana-mana pemain melangkah ke peringkat yang lebih dekat dengan sarang juara ia mesti terlebih dahulu mengalahkan mana-mana pemain di arasnya sendiri.

Sistem satu tangga alternatif pertama Peserta akan berlumba-lumba untuk menduduki tangga teratas sekali dalm tempoh masa yang telah ditetapkan.Pemain dalam sistem ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di atasnya sahaja dalam menentukan perlawanan.Sistem ini hanya memerlukan pengawasan yang paling minimum kerana setiap peserta akan mengadili pertandingan sendiri tanpa memerlukan pengadil yang bertauliah.Setiap peserta diberi peluang untuk terus bertanding walaupun menghadapi kekalahan demi kekalahan.Kemenangan bukanlah tiket untuk meneruskan pertandingan dalam sistem ini.Setiap peserta berhak memilih lawannya sendiri mengikut cara yang telah ditetapkan untuk menggalakkan sosial interaksi yang sihat.Peserta mempunyai keistimewaan untuk memilih masa yang sesuai bagi mereka untuk mengadakan perlawanan. Contoh Sistem Satu Tangga 6 Peserta Awaludin Sofian Yusuf Manap Izanee Zahari Dalam system ini hanya peserta yang duduk satu tangga di bawah boleh mencabar pemain yang di atasnya.Berdasarkan contoh di atas,Zahari hanya boleh mencabar Izanee dan tidak boleh mencabar Manap,Yusuf,Sofian ataupun Awaludin.Ini adalah kerana hanya Izanee yang berada satu tangga di Zahari.Begitulah juga kepada peserta-peserta lain.Izanee hanya boleh mencabar Manap,Manap hanya boleh mencabar Yusuf,Yusuf hanya boleh mencabar Sofian,dan Sofian hanya boleh mencabar Awaludi sehingga menjadikan kedudukan pemain dalam tangga berubah.Selepas pertandingan,jika pihak pencabar menang maka secara automatik beliau akan naik satu tangga menggantikan tempat pemain yang dicabar.Berpandukan contoh yang ada,jika dalam pusingan itu Zahari Berjaya mengalahkan orang yang dicabarnya Izanee,maka Zahari akan berpindah satu tangga menggantikan tempat Izanee dan Izanee turun satu tangga.

Syarat-syarat Am Permainan akan ditamatkan dalam masa 3 bulan dari tarikh permulaan perlawanan.Peserta yang berada di tangga teratas pada tarikh tamat akan dikira pemenang.Pencabar hanya boleh mencabar peserta yang berada satu tangga di atasnya sahaja.Setiap cabaran hendaklah disahut dalam tempoh masa 48 jam.Pemenang akan memberitahu penganjur dan menukar kedudukan nama di papan notis dengan segera.

Sistem Dua Tangga Alternatif Kedua

Peserta akan berlumba-lumba untuk menduduki tangga teratas sekali dalm tempoh masa yang telah ditetapkan.Pemain boleh mencabar pemain yang berada hanya satu atau dua tangga di atas mereka. Kelebihan Sistem Ini. Sistem ini hanya memerlukan pengawasan yang paling minimum kerana setiap peserta akan mengadili pertandingannya sendiri tanpa memerlukan pengadil yang bertauliah.Format pertandingan dibuat sebegitu rupa agar pemain yang di bawah mencabar pemain yang di atas.Pemain boleh merancangkan jadual permainan mereka mengikut luangan masa yang sesuai antara kedua-duanya.Memberi peluang bagi setiap peserta untuk terus bertanding walaupun mereka mengalami kekalahan demi kekalahan dalam pertandingan tersebut.Kemenangan bukanlah tiket yang mutlak bagi menjamin agar mereka terus tetap bertanding.Mereka layak boleh menyertai pertandingan ini tanpa mengira umur atau kebolehan.Pertandingan ini bukanlah hanya untuk menentukan juara malahan sebagai satu cara lain bagi pemain berinteraksi sesama mereka melalui sistem ini. Contoh sistem dua tangga alternatif kedua Awaludin Sofian Yusuf Manap Izanee Zahari Dalam contoh di atas terdapat seramai enam orang peserta yang mengambil bahagian.Banyak cara untuk menentukan kedudukan pemain di tangga-tangga tersebut.Antaranya adalah seperti yang berikut : Penerimaan nama yang didaftarkan mengikut siapa dahulu akan di tangga teratas dan siapa kemudian akan duduk di tangga bawah. Cabutan undi secara rawak oleh peserta yang bertanding. Dalam sistem ini hanya peserta yang duduk satu atau dua tangga di bawah boleh mencabar pemain di atasnya. Selepas pertandingan dijalankan jika pihak pencabar menang maka secara automatik beliau akan naik satu atau dua tangga menggantikan tempat pemain yang dicabar. Dalam sistem ini,hanya peserta yang duduk satu atau dua tangga di bawah boleh mencabar pemain di atasnya. Selepas pertandingan dijalankan jika pihak pencabar menang maka secara automatik beliau akan naik satu atau dua tangga menggantikan tempat pemain yang dicabar.

Sekiranya pencabar gagal mengalahkan orang yang dicabarnya maka kedudukan tempat tidak akan berubah.Sebagai contoh jika Zahari melawan Manap dan gagal mengalahkannya,maka kedudukan tempat di tangga-tangga tersebut tidak akan berubah. Setiap cabaran hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 48 jam daripada tempoh cabaran dibuat.Setiap persetujuan hendaklah dilaporkan kepada pihak penganjur dengan segera.Perlawanan yang telah dilaporkan adalah pertandingan yang tetap dan tidak boleh diubah walaupun ada cabaran lain dibua pada hari yang sama.Sebagai contoh,pada 22hb Zahari telah mencabar Manap untuk bertanding dan mereka telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan pada 24hb pukul 10.00 pagi.Pada tengah harinya Izanee pula telah mencabar Manap untuk bertanding.Dalam hal ini,Manap berhak menolak pelawaan Izanee sebelum selesai pertandingannya menentang Zahari.Izanee bolehlah sama ada menunggu keputusan pemenang antara Manap dengan Zahari atau terus mencabar peserta yang berada dua tangga di atasnya iaitu Yusuf. Sekiranya setelah persetujuan dicapai dan pihak yang kena cabar tidak hadir untuk bertanding walau dengan apa sebab sekalipun,maka kedudukan mereka akan berubah dan turun sebagaimana mereka yang tewas.Sebagai contoh,setelah Zahari mencabr Manap pada 22hb. Dan mereka berdua bersetuju dan telah memberitahu pengelola,Manap ada tugas yang tidak dapat dielakkan dan tidak dapat hadir pada 22hb.untuk bertanding maka secara automatik tempat Manap akan digantikan oleh Zahari. Sistem ini tidak jauh bezanya dengan system satu tangga yang permainnya boleh mencabar hingga ke pemain yang di tangga kedua sedangkan sistem satu tangga setakat satu tangga sahaja.Di samping itu,ia juga boleh disertai oleh ramai penyertaan tetapi disyorkan tidak melebihi 12 orang pemain.

Sistem Serombong Pemain akan berlumba-lumba untuk menduduki tangga teratas serombong pada tempoh masa yang ditetapkan. Kelebihan sistem ini. Sistem ini agak unik sebab ia menggunakan dua sistem serentak.Ia menggunakan sistem tangga dan sistem pyramid dari segi pelaksanannya.Ini akan menarik ramai penyertaan untuk turut serta.Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan masa luang mereka untuk mengadakan perlawanan sebanyak yang mungkin di samping menambahkan kemahiran dan minat mereka terhadap sukan tersebut.Sistem ini bukan hanya dapat menghasilkan juara yang sebenar dengan mengadakan banyak perlawanan malahan menggalakkan sosial interaksi sesama

pemain yang mengambil bahagian.Tidak menyingkir mana-mana pemain sebelum tamat tempohnya. Cara Sistem Serombong dijalankan Dalam sistem serombong,tempat teratas sehingga tempat ketujuh menggunakan sistem satu tangga alternatif pertama manakala tempat seterusnya petak 8,9 dan nombor seterusnya menggunakan sistem piramid alternatif pertama. Manap Shaari Wong Rashid Alias Ishak Atan Sofian James Razak Mahmud Sulaiman ZAinal Samy Jidin Dave Khan Dollah Abu Bakar Chong Ariffin

Kesemua peserta ini hanya boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di atas mereka,manakala pemain yang dibawah mereka menggunakan sistem piramid alternative pertama.Cabutan undi secara rawak.

Contoh cabaran yang boleh dibuat:

Dalam contoh 1 wong boleh mencabar Shaari yang berada satu tangga di atasnya dan tidak boleh mencabar Manap yang berada dua tangga di atasnya. Dalam contoh 2 Atan berhak mencabar Ishak yang berada satu tangga di atasnya dan tidak boleh mencabar peserta yang lain. Dalam contoh 3 Sofian boleh mencabar James dan mencabar Atan. Dalam contoh 4 Mahmud boleh mencabar Razak dan Sulaiman yang berada di kiri dan kananya dan mencabar sofian dan James yang berada di atas kiri dan atas kananya.

Pencabar yang menang akan bertukar tempat dengan orang yang dicabar. Contoh: Sekiranya Wong mencabar Shaari dan Wong Berjaya mengalahkan Shaari dalam perlawanan tersebut,maka kedudukan Shaari akan menduduki tempat Wong. Pemain yang telah membuat temu janji tetapi tidak dapat hadir untuk mengadakan perlawanan akan dianggap kalah dalam perlawanan tersebut.Apabila orang yang kena cabar tewas,maka dia akan bertukar tempat dengan pencabar.Lain pula halnya jika orang yang mencabar tidak dapat hadir.Denda mungkin akan dikenakan oleh pihak pengelola,antaranya : Tidak dibenarkan bertanding untuk tempoh satu minggu. Tidak dibenarkan mencabar orang yang sama selagi dia tidak naik ke tangga yang lebih atas. Pertandingan ini dijalankan selama 3 bulan.Pada tarikh yang ditetapkan,peserta yang berada di tangga teratas akan dianggap juara.

Sistem Pertanding Renang : Sistem Kalah Mati.

A Bilangan Pasukan/Peserta : N

Contoh : N = 12

B Jumlah braket yang digunakan ialah : Kuasa Dua yang digunakan mestilah lebih besar Contoh : 12 pasukan menggunakan atau sama dengan bilangan peserta. (2^4) kerana jumlah pasukan yang (2^1) = 2 pasukan mengambil bahagian kurang (2^2) = 3 dan 4 pasukan daripada (2^4). (2^3) = 5,6,7 dan 8 pasukan (2^4) = 9,10,11,12,13,14,15 dan 16 pasukan (2^5) = 17,18,32 pasukan

C Jumlah semua perlawanan dalam system ini ialah : N-1 D Jumlah Bye dalam perlawanan ini ialah : Kuasa Dua -N E Jumlah perlawanan dalam pusingan pertama ialah : (N Bye)/2

Contoh : 12-1=11 perlawanan Contoh : (2^4) N 16 12 = 4 bye Contoh : (12-4)/2=8/2 = 4 perlawanan

Empat peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada empat kumpulan atas dan kumpulan bawah.
Peserta 1 Peserta 2

Pusingan Pertama Pusingan Kedua

Peserta 3 Akhir Peserta 4

Separuh Final

Peserta 5

Peserta 6

Peserta 7

Peserta 8

Peserta 9

Peserta 10

Peserta 11

Peserta 12

Anda mungkin juga menyukai