Anda di halaman 1dari 13

Apabila meminta air. Dan bercakap. Bersemangat dan tidak henti-henti.

Jika awak tanya saya, orang Amerika merekrut orang yang salah di Hekmatyar. semua senjata CIA diserahkan kepadanya dalam tahun lapan puluhan untuk melawan tentera soviet. Tentera soviet sudah tiada, tetapi dia masih mempunyai senjata itu, dan sekarang dia melawan balik orang yang tidak bersalah seperti ibu bapa awak. Dan dia paggil itu sebagai jihad. Hanya sandiwara! Apakah kaitan jihad dengan membunuh wanita dan kanak-kanak? CIA sepatutnya merekrut komander Massoud. Kening Mariam mula terangkat ke atas dengan sendirinya. Komander Massoud? Dalam kepalanya, dia Cuma mendengar kata-kata kasar Rasheed pada Massoud, dia adalah pengkhianat dan komunis. Tetapi, Massoud adalah Tajik, seperti Laila. Sekarang, ada pengikut yang bagus. Orang afghanistan yang mulia. Seorang lelaki yang secara jujurnya berminat terhadap keamanan. Rasheed mengangkat bahu dan mengeluh. Bukan mereka mengambik kisah tentang Amerika. Apa yang mereka kisah adalah Pashtuns dan Hazaras dan Tajiks dan Uzbeks membunuh sesama sendiri? Ramai mana orang amerika yang boleh bagitahu untuk mereka? Jangan mengharapkan pertolongan daripada mereka. Sekarang soviet sudah tumbang, kami tidak perlu mereka lagi. Kami berkhidmat Cuma untuk mencapai tujuan kami. Bagi mereka, Afghanistan adalah kenarab, lubang tahi. Maafkan bahasa saya, tetapi ianya benar. Apa pandangan awak, Laila jan? Perempuan itu membebel sesuatu yang tak dapat difahami dan menolah bebola daging dalam mangkuknya. Rasheed Cuma mengangguk, seperti perempuan itu mengatakan sesuatu yang paling bijak dia pernah dengar. Mariam terpaksa menoleh ke lain. Kamu tahu, ayah kamu, tuhan memberi dia ketenangan, ayah kamu dan saya pernah berbicara seperti ini. Ia sebelum kamu lahir. Dan juga berbicang pasal politik dan juga buku. Kan Mariam? Awak masih ingatkan, Mariam menyibukkan dirinya dengan meminum air. Walaubagaimanapun, saya harap saya tidak membosankan awak dengan perbincangan politik ini. Selepas itu, Mariam berada di dapur, merendam pinggan dalam air sabun, luka berada di perutnya. Ia tidaklah seperti yang dia cakap. Blatant menipu, empati itu tersusun, atau juga yang sebenarnya dia menggali perempuan itu keluar dari kepingan batu bata. Ia adalah penghantaran berperingkat. Seperti satu persembahan. Cubaan di pihaknya kedua-dua licik dan menyedihkan, untuk menarik perhatian.untuk daya tarik.

Dan tiba-tiba Mariam tahu syak wasangkanya benar. Dia faham dengan kritikal yang seperti mencoba pembutaan sebelah kepalanya bahawa apa yang dia menyaksikan apa-apa yang kurang daripada berkasih-kasihan. Apabila dia agak berani, Mariam pergi ke bilik Rasheed. Rasheed menyalakan rokok, dan berkata, kenapa tidak? Mariam tahu dia telah kalah. Dia separuh menyangka, separuh berharap, yang dia akan menyangkal segalanya, terperanjat, mungkin sedikit marah. Dia mungkin berjaya memalukan dia. Tetapi ia mencuti kecekalan hatinya, dia berlagak seperti tahu semuanya. Silakan duduk, kata dia. Dia terbaring di atas katilnya, menyandar ke dinding dengan kakinya yang besar terbetang di atas katil.. Duduk sebelum awak pitam. Mariam merasakan dirinya dirinya terduduk di tepi katil Rasheed. Bagi saya bekas abu rokok itu, boleh? Kata Rasheed. Dengan patuhnya dia mengambbil bekas itu. Rasheed sepatutnya berumur 60 atau lebih- Mariam dan Rasheed sendiri tidak tahu umurnya yang sebenar. Rambutnya mula bertukar menjadi putih, tetapi ianya tebal dan kasar seperti selalunya. Ada kesan lebam pada matanya dan pada kulit lehernya yang masa sudah berkedut. Pipinya sedikit tembam berbanding sebelumnya. Pada paginya, dia berhenti sedikit. Tetapi dia masih ada bahu yang tegap, torso yang tebal, tangan yang kuat, perut yang buncit yang masuk dulu ke bilik sebelum dia. Secara keseluruhannya, Mariam beranggapan tahun demi tahun Rasheed berubah dengan lebih baik berbanding dirinya. Kita perlu menyelesaikan kekusutan ini,katanya, sambil mengimbangi bekas abu rokok di perutnya. Dia menggumamkan mulutnya secara main-main. Orang akan berkata. Ia nampak tidak elok, seorang perempuan yang tidak berkahwin tinggal bersama saya. Ia tidak bagus untuk reputasi saya. Dan dia. Dan kamu. Itu yang dapat saya katakan. Lapanbelas tahun, dan saya tidak pernah meminta apa-apa daripada kamu. Tiada apaapa. Sekarang baru saya meminta. Dia menghisap rokok dan menghembuskan asapnya perlahan-lahan. dia tidak boleh terus tinggal di sini, jika itu kamu cadangkan. Saya tidak boleh terus memberikannya makanan dan memberikannya pakaian dan memberikannya tempat tidur. Saya bukannya seorang pasukan penyelamat, Mariam. tetapi ini? Apakah ini? Apa? Dia terlalu muda, awak fikir? Dia 14 tahun. Sangat kecil. Awak 15 tahun ingatkan? Mak saya berumur 14 tahun ketika dia melahirkan saya. 13 tahun ketika dia berkahwin.

Saya . . . saya tidak mahu ini, kata Mariam kelu dan tidak berdaya. Ini bukan keputusan awak. I keputusan dia dan saya. Saya terlalu tua. Dia terlalu muda, awak terlalu tua. Semua ini karut. Kata Mariam, mengengam tangannya begitu ketat sehingga tangannya berketar-ketar. Untuk awak, selepas bertahuntahun ini, untuk membuatkan saya ambagh. Jangan jadi terlalu dramatik. Ianya perkara biasa dan awak pun tahu. Saya ada kawan yang mempunyai 2, 3, 4 isteri. Ayah awak sendiri ada 3 isteri. Lagipun, apa yang saya buat ini semua lelaki akan lakukan suatu masa dahulu. Awak tahu ianya benar. Saya tiidak akan benarkannya. Ketika ini, Rasheed tersenyum dengan sedihnya. Ada juga cara lain, kat dia, menggaru semata-mata sebelah kaki dengan tumit kalus yang lain. Dia tidak boleh pergi. Saya tak akan halang dia. Tetapi saya syak dia tak akan pergi jauh. Tiada makanan, tiada air, tiada sedikit rupiah pun dalam poketnya, halangan ada di setiap tempat dan masa. Berapa lamakah awak rasa dia dapat bertahan sebelum dia diculik, dirogol, atau dibuang di tepi jalan dengan lehernya dikelar? Atau semuanya sekali? Dia terbatuk dan membetulkan bantal dibelakangnya. Jalan diluar sana kejam, Mariam, percayakan saya. Anjing dan pencuri ada disetiap tempat. Saya tidak suak peluangnya, sedikit pun. Tetapi katakan terjadi keajaiban dia dapat dekat dengan Peshawar. Selepas itu apa? Awak tahu apa jenis mereka itu? Dia melirik pada dia dari belakang dengan kepulan asap rokok. Orang tinggal bergantung dengan kertas. TB, disentri, kebuluran, jenayah. Dan semua itu sebelum musim sejuk. Kemudian ianya musim dingin. Pneumonia. Manusia bertukar ke lapisan kerucut. Kem itu menjadi kubur beku.
Sudah tentu, dia membuat geakan yang ceria dengan memusingkan jarinya., dia boleh berteduh di salah satu rumah pelacur Peshawar. Saya dengar perniagaan disana sangat maju. Tidakkah awak fikir kecantikan yang dia miliki akan memberi sedikit keuntungan kepadanya. Lihat, katanya, yang kelihatan lebih meyakinkan, sebagai seorang yang menang dia pasti mampu. Saya tahu awak tidak akan mengambil ini dengan baik. Saya tidak salahkan awak. Tetapi ini untuk yang terbaik. Awak kan dapt lihat. Fikikan cara itu, Mariam. Saya memberikan awak pertolongan di sekitar rumah dan memberikan awak perlindungan. Sebuah rumah dan seorang suami. Untuk beberapa hari ini, masa untuk mereka menjadi diri mereka sendri, seorang wanita memerlukan seorang suami. Tidakkah kamu perasan semua janda tidur di tepi jalan? Mereka sanggup berbunuhbunuhan untuk peluang ini. Kenyataannya, ini . . .

Wow, saya rasa inilah kata-kata terbaik dari saya. Dia tersenyum. Pada pandangan saya, saya memang layak untuk diberi pingat. KEMUDIAN, didalam gelap, Mariam memberitahu perempuan itu. Untuk sekian lama, perempuan itu hanya diam tanpa berkata apa-apa. Rasheed mahukan jawapan menjelang pagi ini, kata Mariam. Dia akan dapatkannya sekarang, kata perempuan itu. jawapan saya adalah ya.

30.
Laila

Keesokan harinya, Laila terbaring di atas katil . Dia berada di dalam selimut pada pagi itu dimana Rasheed mencuit kepalanya dan memberi tahu yang dia akan pergi ke kedai gunting rambut. Dia masih berada di atas katil ketika Rasheed pulang dan menunjukkan potongan rambutnya yang baru di dalam baju barunya berwarna biru dengan krim pinstripes , dan juga bersama jalur perkahwinan yang dia belikan untuk Laila. Rasheed duduk disisi Laila di atas katil , membuat satu pertunjukan dimana dia perlahan-lahan membuka ikatan jalur kotak dan mengeluarkan sebentuk cincin . Dia menggadaikan cincin perkahwinan Mariam yang lama untuk cincin yang baru itu . Dia tak kisah. Percayakan saya. Dia tidak akan perasan pun. Laila bergerak ke hujung katil. Dia dapat mendengar desiran besi Mariam di tingkat bawah. Lagipun dia tidak pernah pakai pun, kata Rasheed. Saya tidak mahu, kata Laila dengan lemah. Tidak seperti ini. Awak perlu ambil ini kembali. Ambil kembali? kelihatan mimik muka tidak sabar terpancar dimuka Rasheed dan terus hilang. Dia senyum. Saya terpaksa menambah sedikit duit juga-banyak juga sebenarnya. Cincin ini lebih baik,emas 22 karat. Rasakan betapa beratnya cincin ini? Ambil lah , rasakannya. Tidak? Dia menutup kembali kotak itu. Bagaimana dengan bunga? Rasanya ia lebih baik. Awak suka bunga? Apakah bunga kegemaran awak? Daisy? Bunga tulip? Lili? Tidak ada bunga kegemaran? Bagus! Saya sendiri pun tidak faham dengan apa yang saya katakan ini. Saya hanya beranggapan . . . Sekarang, saya tahu seorang tukang jahit di Deh-Zeng. Saya berfikir kita boleh membawa awak kesana pada hari esok, membuat satu pakaian untuk awak.

Laila menganggukan kepalanya. Rasheed mangangkat keningnya. Saya dengan seberapa segera- kata Laila Rasheed meletakkan tangannya pada leher Laila. Laila tidak dapat berbuat apa-apa selain mengelak dan berganjak. Sentuhannya seperti dia sedang memakai baju panas tanpa baju di dalam. ya? Saya akan dengan seberapa segera pastikan kita akan siap lakukannya. Rasheed membuka mulutnya dan terserlah giginya yang kekuningan. Tidak sabarsabar, katanya. SEBELUM LAWATAN ABDUL SHARIF, Laila telah membuat keputusan untuk meninggalkan Pakistan. Walaupun selepas Abdul Sharif datang dengan beritanya, Laila berfikir sekarang, dia mungkin telah pergi. Pergi jauh dari tempat dia berada sekarang. Menjauhkan dirinya dari bandar ini dimana setiap sudut jalan dipenuhi dengan perangkap, dimana setiap lorong menyembunyikan hantu yang menerjah dia. Dia mungkin mengambil risiko. Tetapi. Tiba-tiba, dia berfikir pergi begitu saja bukan lagi satu pilihan. Tidak dengan hari yang tegang ini. Satu perasaan yang padat di dadanya. Dan juga dengan kesedaran, entah bagaimana, di tengah-tengah kekalutan ini dia telah terlepas satu kitaran. Laila mengambarkan dirinya didalam kem pelarian, satu medan yang nyata dengan beribu-ribu kepingan plastik yang digantung ke kutub sementara bergerak-gerak didalam sejuk, dibawah salah satu khemah sementara ini dia melihat bayinya, bayi Tariq. Dia digambarkan badan kecil dibasuh oleh orang yang tidak dikenali, yang dibalut dengan selubung kuning kecoklatan, diturunkan ke dalam lubang yang digali dalam patch tanah keanginan di bawah pandangannya yang kecewa daripada peminat. Bagaimanadia boleh lari sekarang? Laila mengimbas kembali orang yang berada dalam hidupnya. Ahmad dan Noor, mati. Hasina, hilang. Giti, mati. Mammy, mati. Babi, mati. Sekarang Tariq . . .

Tetapi, ajaibnya, sesuatu dari hidupnya yang lampau kekal, pautannya yang terakhir kepada seseorang yang dia sebelum ini pernah keseorangan. Sebahagian daripada Tariq masih hidup dalam dirinya, tangan yang kecil bercambah, membina tangan yang kebal. Bagaimana dia boleh menjejaskan satu-satunya perkara yang ditinggalkan oleh dia, kehidupan lamanya? Dia membuat keputusan dengan cepat. 6 minggu telah berlalu sejak masa dia bersama Tariq. Makin lama dan Rasheed akan mula berasa curiga. Dia tahu bahawa apa yang dia lakukan itu hina. Hina, tidak jujur, dan memalukan. Dan sangat tidak adil kepada Mariam. Tetapi walaupun bayi didalam perutnya tidak lagi membesar, Laila sudah dapat melihat pengorbanan yang seorang ibu harus lakukan. Sebab hanya yang pertama. Dia meletakkan tangannya di atas perutnya. Menutup kedua belah matanya. LAILA AKAN INGAT majlis yang diam dalam bit dan serpihan. Jalur berwarna krim pada pakaian Rasheed. Bauan yang tajam daripada semburan rambutnya. Kesan luka cukur di atas halkumnya. Pada tapak tangannya terdapat kesan tembakau semasa dia hendak menyarung cincin pada Laila. Pen itu. Ia tidak berfungsi. Pencarian pen baru. Kontrak itu. Menandatangani,tangannya, dia terketar-ketar. Solat. Perasan pada cermin yang rasheed telah memotong keningnya. Dan, sesuatu tempat didalam bilik, dia melihat. Udara penuh dengan suasana penolakannya. Laila tidak mampu membawa dirinya untuk melihat pandangan wanita tua itu. BERBARING DIBAWAHNYA beberapa helaian sejuk pada malam itu, dia melihat Rasheed menutup langsir. Dia bergetar-getar walaupun sebelum jari Rasheed membuka butang bajunya, membuka zip seluarnya. Rasheed gelisah. Jarinya meraba-raba tidak henti-henti pada bajunya sendiri dengan tali pinggang yang terbuka. Laila dapat melihat pandangan penuh dada Rasheed yang kendur, butang perut yang menonjol, dengan urat kecil berwarna biru di tengah-tengah, bulu yang tebal rambut putih pada dada, bahu dan lengan atas. Dia merasakan mata Rasheed melihat seluruh tubuhnya. Tuhan tolong saya, saya rasa saya cintakan awak,kata Rasheed. Dengan gagapnya, laila meminta Rasheed menutup lampu. Kemudian, apabila dia sudah pasti yang Rasheed sudah tidur, Laila dengan senyapnya mencapai pisau yang terdapat dibawah tilam yang dia sembunyikan. Dengan itu, dia mencucuk tangannya dan membiarkan jarinya berdarah di atas lembaran dimana mereka tidur bersama.

31.

Mariam
Pada waktu siang, perempuan itu tidak lebih daripada daripada katil spring yang berbunyi keriang-keriut, berderai-derai jejak langkah di atas. Dia adalah percikan air dalam bilik air, atau sudu teh yang berbunyi apabila diketuk pada gelas didalam bilik di tingkat atas. Kadangkadang, terdapat satu pandangan: kabur-kabur gaun berterbangan didalam pandangan Mariam, langkah-langkah kecil, tangan berlipat di dada, sandal menampar-nampar tumit. Tetapi ia tidak dapat dielakkan mereka akan bertembung sesama sendiri. Mariam melepasi perempuan itu di atas tangga, laluan yang sempit, di dapur , atau di pintu dimana dia akan datang daripada laman. Apabila mereka bertemu seperti ini, suasana janggal mula menyelubungi mereka. Gadis itu mula mengumpul skirt dan mengeluarkan sepatah dua kata memohon maaf, dan, semasa dia tergesa-gesa, Mariam melirik matanya dan menjadi malu. Kadang-kala dia dapat menghidu Rasheed pada gadis itu. Dia dapat menghidu bauan peluh pada kulit gadis itu, tembakau Rasheed, citarasa dia. Seks, belas kasihan, adalah satu satu babak yang telah ditutup dalam hidupnya. Ianya telah agak lama, dan kini pemikiran pada sesi susah payah ketika berbaring dibawah Rasheed membuatkan Mariam merasa mual dalam perutnya. Pada waktu malam, walaubagaimanapun, tarian yang dirancang untuk mengelakkan dia daripada gadis itu tidak mungkin berlaku. Rasheed memberitahu bahawa mereka adalah sebuah keluarga. Dia berkeras bahawa ianya betul, dan sebuah keluarga harus makan bersama, katanya. apakah ini? katanya, jarinya mengasingkan daging daripada tulang- sudu dan garfu telah diabaikan selama seminggu selepas dia mengahwini gadis itu. Adakah saya berkahwin dengan sepasang patung? Teruskan, gap bezan, katakan sesuatu padanya. Dimana adab awak? Mennyedut sum sum daripada tulang, dia berkata pada gadis itu, tetapi awak tidak boleh menyalahkan dia. Dia pendiam. Satu rahmat, benar-benar, sebab, wallah , jika seseorng tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dia mungkin sangat kedekut untuk berkata-kata. Kita adalah orang bandar, awak dan saya, tetapi dia adalah dehati. Seorang gadis kampung. Walaupun bukan gadis kampung. Tidak. Dia membesar di dalam kolba diperbuat daripada lumpur luar daripada kampung. Ayahnya meletakkan dia di sana. Sudahkan awak memberitahu dia, Mariam, sudahkan awak memberitahu dia bahawa awak adalah harami? Tetapi dia bukanlah tanpa kualiti, semua benda dipertimbangkan. Awak akan dapat lihat

sendiri, Laila jan. Dia sangat keras kepala, tetapi untuk satu hal, dia seorang pekerja yang bagus, dan tanpa keinginan. Saya akan mengatakan dengan cara ini: jika dia adalah kereta, dia mungkin adalah Volga. Mariam adalah wanita berumur 33 tahun sekarang, tetapi perkataan itu, harami, masih mempunyai sengat. Mendengarnya masih membuatkannya merasakan dia seperti serangga, seekor lipas. Dia teringat Nana menarik pergelangan tangannya. Kamu adalah harami kecil yang kelam-kabut. Ini adalah ganjaran untuk saya atas segala yang saya alami. Harta pusakapecah disebabkan budak kecil harami yang kelam kabut. Awak, Rasheed berkata pada gadis itu, awak, dalam masa yang lain, boelh menjadi benz. Serba baru, kelas pertama , benz yang berkilat. Wah wah. Tetapi. Tetapi. Dia menaikkan jarinya. Seseorang mesti mangambil sesetengah . . . jaga . . . dengan Benz. Sebagai satu aspek menghormati kecantikan dan ketukangan. Oh, awak mesti fikir saya gila, diwana, dengan semua percakapan automobil. Saya bukan mengatakan awak sebuah kereta. Saya cuma membuat satu kenyataan. Untuk apa yang akan datang selepas ini, Rasheed meletakkan bebola nasi yang dia buat ke dalam pinggan. Tangannya bermain-main dengan makanannya, dia melihat makanannya dengan sedih, riak muka yang bertimbang-rasa. Seseorang tidak boleh bercakap benda yang buruk pada orang yang telah mati lebihlebih lagi pada yang mati shaheed. Dan sya tidak bercadang untuk berlaku tidak sopan apabila mengatakan ini, saya mahu awak tahu, tetapi saya ada sesetengah . . . tempahan . . . tentang cara keluarga awak- Allah, memaafkan dan menempatkan mereka ke dalam syurga-tentang mereka, kemurahan hati mereka pada awak. Saya minta maaf. Kedinginan, jelingan kebencian yang pada gadis itu pada Rasheed tidak melepaskan Mariam, tetapi Rasheed melihat ke bawah dan tidak perasan. Tidak kisahlah. Apa yang penting ialah saya suami awak sekarang, dan ia menjadi kewajiban bagi saya untuk tidak menjaga maruah awak sahaja tetapi kita, ya, nang dan namoos kita. Ia adalah beban suami. Awak biarkan saya bimbangkan tentang itu. Tolong. Untuk awak, awak adalah permaisuri, malika, dan rumah ini adalah istana awak. Apa-apa yang awak perlukan cuma minta pada Mariam dan dan dia akan lakukan untuk awak. Betolkan Mariam? Dan jika awak mahukan sesuatu saya akan dapatkanya untuk awak. Lihatlah, itulah jenis suami awak ini. Apa yang saya harapkan sebagai balasan sangat mudah. Saya meminta awak agar tidak meninggalkan rumah ini tanpa saya. Itu sahaja. Mudahkan? Jika saya tiada dan awak perlukan sesuatu dengan cepat, maksud saya sangat penting untuk awak perlukannya dan tidak dapat menunggu saya, awak boleh menghantar Mariam dan dia boleh keluar dan dapatkannya untuk awak. Awak pasti sudah dapat mengesan perbezaanya. Biasalah, seseorang tidak akan memandu sebuah Volga dan sebuah Beanz dengan cara yang sama. Ia tentu sangat bodoh. Oh, dan saya juga nak awak memakai burqa apabila kita keluar bersama. Untuk keselamatan awak juga. Ia sangat seronok. Terlalu ramai lelaki sundal di bandar

sekarang. Dengan niat yang jahat, mereka sangat gemar untuk melayan wanita walaupun mereka sudah berkahwin. Jadi, itu sahaja. Dia terbatuk. saya patut katakan yang Mariam akan menjadi mata dan telinga saya apabila saya tiada. Disini, dia menjeling pada Mariam seperti kasut but besi menyepak kuil. bukanlah saya tidak percaya. Agak bertentangan. Secara jujurnya, awak menyerang saya jauh lebih bijak daripada tahun awak. Tetapi awak masih muda, Laila jan, seorang dokhtar e jawan, dan seorang wanita muda boleh membuat keputusan yang sangt malang. Mereka boleh terdedah kepada kerosakan. Walaubagaimanapun, Mariam boleh diharapkan. Dan jika ada kesilapan . . . Dan dia pergi, Mariam duduk sambil memerhati wanita itu seperti apa yang Rasheed hajatkan dan penghakiman menghentam mereka seperti roket di kabul. Pada suatu hari, Mariam berada di ruang tamu sambil melipat baju rasheed yang dia angkat di ampaian di laman. Dia tidak tahu sudah berapa lama wanita itu berdiri disitu, tetapi, semasa dia mengangkat baju dan menoleh ke belakang, dia melihat wanita itu berdiri di depan pintu sambil memegang secawan teh. Saya tidak bermaksud hendak memeranjatkan awak,kata perempuan itu. saya minta maaf. Mariam Cuma melihat pada dia. Sinaran mentari menerangi wajah perempuan itu, pada anak matanya yangkehijauan dan dahi yang lembut, pada pipinya yang menarik, kening yang tebal, yang sangat jauh berbeza dengan diri Mariam yang kurus dan tidak cantik. Rambut kuningnya yang tidak bersikat pada pagi itu terbelah dua di tengah. Mariam dapat melihat cara wanita itu memegang cawan itu dengan kemas, bahu yang tegap, yang dia sangat gementar. Dia membayangkan perempuan itu duduk di atas katil mengerjakan sarafnya. Daun mula berubah, kata perempuan itu. Pernahkan awak lihat? Musim luruh adalah kegemaran saya. Saya sangat suka bauannya apabila orang membakar daun di taman mereka. Mak saya, dia suka musim bunga. Awak kenal mak saya? Tak sangat. Perempuan itu menyisir rambut kebelakang telinganya. maafkan saya? Mariam meninggikan suaranya. Saya cakap tidak. Saya tidak kenal mak awak. Oh.

Ada apa-apa yang awak perlukan? Mariam jan, saya mahu . . . Tentang apa yang Rasheed katakan pada malam itu- Saya memang berhajat untuk bercakap dengan awak tentang perkara itu. Mariam menyelah. ya, silakan, kata perempuan itu bersungguh-sungguh, hampir bersemangat. Dia melangkah ke depan. Dia kelihatan lega. Diluar, oriole berkicauan. Seseorang menarik troli; Mariam dapat mendengar bunyi engselnya, lantunan tayar besi troli itu. Ada juga bunyi tembakan tidak jauh dari situ, satu das tembakan dan diikuti 3 das tembakan, kemudian tiada apa-apa. Saya tidak mahu menjadi orang gaji awak, kata Mariam. Saya tak akan. Perempuan itu menjauhkan diri. Tidak. Sudah pasti tidak! Awak mungkin malika istana ini dan saya dehati, tetapi saya tidak akan mengambil arahan daripada awak. Awak boleh mengadu pada Rasheed dan dia boleh mengelar tengkuk saya, saya tetap tidak akan lakukannya. Awak dengar tak? Saya tak akan jadi orang gaji awak. Tidak! Saya tidak menyangka- Dan jika awak fikir awak boleh menyingkirkan saya dengan wajah awak, awak silap. Saya berada disini dulu. Saya tidak akan dibuang. Saya tidak mahu awak menghalau saya. Bukan itu yang saya mahukan, kata perempuan itu dengan lemah. Dan saya dapat lihat luka awak sudah kembali sembuh. Jadi awak boleh mula membuat kerja awak di dalam rumah ini. Perempuan itu mengangguk dengan cepat. Teh yang dipegangnya tumpah dan dia langsung tidak perasan. Ye, itu juga salah satu sebab saya turun, untuk berterima kasih pada awakkerana menjaga saya Saya juga tidak akan, Mariam menambah. Saya tidak akan bagi awak makan dan mandikan awak dan jaga awak jika saya tahu awak akan mencuri suami saya. Curi Saya masih akan memasak dan membasuh. Awak akan membasug baju dan menyapu. Yang lain-lain kita akan bergilir-gilir setiap hari. Dan satu lagi, saya tidak perlu awak untuk teman saya. Saya tidak mahu. Apa yang saya mahu adalah bersendirian. Awak akan biarkan saya begini, dan saya akan lakukan begitu juga pada awak. Begitu la cara kita berkerja. Itu adalah peraturannya.

Apabila dia sudah siap bercakap, hatinya bagai diketuk-ketuk dan mulutnya terasa kering. Mariam tidak pernah bercakap seperti ini sebelum ini, tidak pernah menyatakan hajatnya dengan kerasnya. Ia sepatutnya merasa seronok, tetapi mata perempuan itu mula mengalirkan air mata dan mukanya mula kelihatan sedih, dan apabila kepuasan Mariam datang daripada cetusan yang tidak seberapa, entah bagaimana lain jadinya. Dia manarik baju kearah perempuan itu. Letakkan ini kedalam almari, bukan almari. Rasheed suka putih pada laci paling atas, yang lain-lain ditengah dengan stoking. Perempuan itu meletakkan cawan itu di atas lantai dan meletakkan tangannya pada baju itu. saya minta maaf untuk semua ini, katanya. Memang patut, kata Mariam. Awak memang patut rasa bersalah.

32.

Laila

Laila teringat satu perhimpunan, setahun yang lalu di rumah itu, dalam salah satu hari Mammy yang baik. Perempuan itu duduk di laman sambil memakan mulberi segar yang Wajma petik dari pokok di lamannya. Mulberi yang berisi itu berwarna putih dan merah jambu dan sesetengahnya berwarna ungu gelap seperti urat kecil yang pecah pada hidung Wajma. Awak dengar macam mana anak dia mati? kata Wajma dengan penuh bertenaga sambil memakan mulberi. Dia lemas, kan ? Nila, mak Giti berkata. Di tasik Gharga kan? Tapi awak tahu tak, adakah awak kenal Rasheed . . . Wajma mengangkat jarinya, membuat gerakan mengangguk-angguk dan mengunyah sambil menyuruh mereka menunggu sebentar untuk dia menelan mulberi itu. Adakah kamu tahu yang dia pernah meminum sharab suatu ketika dahulu, dan dia mabuk pada hari it? Betul. Menangis dalam keadaan mabuk, itulah yang saya dengar. Dan waktu itu adalah waktu pagi. Tengah harinya, dia telah

Anda mungkin juga menyukai