Anda di halaman 1dari 5

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL

Nor Amirah Ab.Aziz Praktikum Fasa 3

PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM PRAKTIKUM)

. Pada semester ini PISMP semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah dipilih. Praktikum Fasa 3 ini telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Damai, Petaling Jaya, Selangor. Pasangan saya untuk praktikum kali pertama ini ialah Yusuf Jaafar, Shazwan dan Rashidee. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Bahasa Melayu dan juga subjek minor iaitu Kesusasteraan Melayu.

Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan rakan-rakan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak di seksyen 17, Petaling Jaya. Hasil tinjauan bersama rakan-rakan, sekolah tersebut tidaklah cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu-waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini mempunyai 1 sesi iaitu pagi. Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia serta guru pembimbing juga kanak-kanak di prasekolah itu. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara.

Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar walaupun dengan seorang tukang cuci di sekolah. Sekiranya penerimaan mereka adalah baik dan positif, kita akan sentiasa selesa sepanjang berada di sekolah tersebut.

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL

Nor Amirah Ab.Aziz Praktikum Fasa 3

Kedua berkaitan dengan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah terutamanya barisan pentadbir dan juga guru pembimbing. Komitmen tersebut adalah berdasarkan kerjasama yang diberikan terhadadap saya dan rakan-rakan yang lain. Saya mengharapkan setiap orang daripada mereka memberikan kerjasama yang baik agar saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani praktikum Fasa 3 ini.

Pada praktikum kali pertama ini saya mengharapkan agar saya mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam membentuk dan merancang sesuatu bahan bantu mengajar yang mudah dan dapat memberikan kesan dan kefahaman kepada kanak-kanak. Selain itu, saya juga berharap dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui komunikasi dua hala agar saya dapat mendekati dan lebih memahami murid-murid sekaligus menjadikan kanak-kanak itu mudah dibentuk agar dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang mulia.

Saya juga mengharapkan agar saya dapat melakukan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah. Praktikum Fasa 3 ini juga saya berkeinginan untuk menimba ilmu daripada guru sekolah selaku guru pembimbing di situ tentang pengalaman berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk saya membuat penambahbaikkan dalam diri dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula ilmu ini dapat digunakan sebagai persediaan untuk saya mengajar apabila sudah tamat berlajar kelak.

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL PERNYATAAN PROFESIONAL (SELEPAS PRAKTIKUM)

Nor Amirah Ab.Aziz Praktikum Fasa 3

Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa Kedua ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institut telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran 2 hari penuh setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Namun tugasan pihak sekolah yang telah diberikan masih dalam proses dan mengikut perancangan akan dapat disiapkan pada minggu ke-8 iaitu meinggu terkahir kami berpraktikum di sekolah itu. Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah untuk pratikum fasa ke-2 ini ada persamaan dan kelainannya.

Persamaannya ialah kami dikehendaki menghasilkan mural di luar dinding prasekolah. Mural memang sememangnya sudah sinonim dengan guru-guru pelatih. Setiap guru pelatih yang menjalani pratikum di sekolah-sekolah dikehendaki menghasilkan mural sebagai salah satu projek yang dijalankan di sekolah itu. Mural kali ini lebih kecil ruangnya berbanding mural yang pernah kami hasilkan sewaktu berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam dahulu.

Kelainan yang dilihat pada praktikum fasa 2 ini ialah kami dikehendaki mengusahakan taman herba di sekolah tersebut. Ini merupakan cabaran bagi kami kerana tapak taman herba itu memang sudah lama ditinggalkan dan rumput banyak tumbuh meliar. Jadi banyak kerja yang harus dilakukan untuk mengusahakan taman herba tersebut. Perancangan pertama ialah berjumpa dengan Guru Besar untuk menunjukkan pelan yang kami bereempat rancangkan untuk menghasilkan taman herba tersebut. Setelah penambaikkan dilakukan barulah kami memulakan projek taman herba itu. Perkara pertama yang dilakukan ialah mencangkul rumput-rumput yang banyak. Bagi saya pengalaman ini amat berharga walaupun agak latih mengusahakannya namun pengalaman yang ditimba amat berguna untuk digunakan pada masa hadapan. Mungkin suatu hari nanti apabila saya telah menjadi seorang guru tetap saya dikehendaki menghasilkan taman herba seperti mana yang saya lakukan kini. Pengalaman lampau akan membantu saya dan memudahkan saya. Selain itu menanam pokok juga merupakan perkara yang paling jarang saya lakukan

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL

Nor Amirah Ab.Aziz Praktikum Fasa 3

dalam aktiviti harian saya. Jadi dengan adanya projek taman herba ini menambahkan lagi pengalaman saya berkaitan penanaman pokok.

Pengalaman praktikum Fasa kedua ini amat bernilai buat saya kerana banyak pengalaman yang saya timba dan peroleh baik daripada Guru Prasekolah malahan juga daripada Pembantu Pengurusan Murid itu sendiri. Bermula dari hari pertama saya sehinggalah hari ke-38 saya di sana bersama-sama dengan rakan-rakan. Banyak kenangan dan ragam murid-murid dapat saya perhatikan sepanjang berpraktikum pada kali ini. Ada diantara murid tersebut yang sepatutnya mendapay pendidikan khas tidak dimasukkan ke kelas yang sepatutnya. Walaupun perbincangan telah dilakukan dengan pihak ibu bapa namun tiada tindakan doambil daripada pihak mereka. Berdasarkan apa yang terjadi, ini memberikan pengalaman kepada saya agar peka dengan murid-murid yang diajar kelak. Tidak semua ibu bapa memandang berat hal anak-anak mereka.

Sepanjang berpraktikum di situ, guru pembimbing saya iaitu Puan Sallbiah bt Sulong telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. Banyak maklumat baru terutamanya tentang fail-fail pengurusan prasekolah diperoleh daripada guru prasekolah yang lebih mesra disapa Kak Sal. Kak Sal juga tidak kedekut untuk berkongsi sebarang maklumat tambahan berkaitan prasekolah. Tamabahan pula Kak Sal merupakan seorang guru prasekolah yang berpengalaman dan pernah menjadi Jurulatih Prasekolah selama beberapa tahun. Pembantu Pengurusan Murid iaitu Puan Wan Normasna bt Wan Saiee juga banyak memberikan bantuan sepanjang saya berada di Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Kuala Lumpur. Setiap kali selesai saya menjalankan sesi pengajaran slot, Kak Sal akan memberikan teguran, idea dan penambaikkan yang boleh dilakukan untuk pengajaran-pengajaran yang berikutnya. Contohnya Kak Sal telah memberikan idea dan penambaikkan dalam aktiviti ejaan dan sebutan. Kak Sal menyarankan saya dan pasangan saya Anis Arina menggunakan huruf besar bagi setiap permulaan perkataan. Ini adalah untuk melatih mereka apabila menjejaki ke tahun 1 kelak.

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL

Nor Amirah Ab.Aziz Praktikum Fasa 3

Sepanjang berada di SK Sri Delima terdapat beberapa aktiviti dan projek telah saya lakukan bersama-sama rakan-rakan yang lain. Pertama, membantu mengusahakan taman herba di belakang prasekolah Cemerlang dengan menanam beberapa jenis pokok antaranya pokok lengkuas, bunga kanta, serai dan daun kari. Selain itu saya dan pasangan praktikum saya juga iaitu Anis Arina turut membantu prasekolah Bestari untuk menghias ruangan dalam prasekolah itu dengan membuat hiasan-hiasan seperti huruf-huruf A, B, C dan sebagainya . Aktiviti ini dilakukan adalah sebagai persiapan bagi pertandingan pengiktirafan bintang selurug wilayah persekutuan di pemantauan. mana pegawai-pegawai di sana akan datang melakukan

Selama hampir dua bulan berpraktikum di sini, banyak pengalaman dan ilmu telah saya timba baik dari pihak pentadbir sekolah mahupun Guru Prasekolah dan juga Pembantu Pengurusan Murid. Keserasian bersama dengan Guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid banyak membantu kami menyesuaiakan diri di situ selama 8 minggu. Sikap ramah mereka menyebabkan kami berasa selesa sepanjang 8 minggu itu dan kemesraan itu dapat dibina dengan baik dan saya rasakan mereka seperti sebuah keluarga yang rapat dengan saya. Murid-murid juga walaupun banyak kerenah namun kerenah itulah yang akan menjadi kenangan buat kami. Ilmu yang telah saya peroleh ini akan saya gunakan dan jadikan bekalan untuk saya menjalani praktikum Fasa ke-3 pada semester hadapan. Sekian. .