Anda di halaman 1dari 9

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM

SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-54

1
Bismillahir Rahmannir Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain.

Assalamualaikum sejahtera.

Warahmatullaahi

Wabarakaatuh

dan

salam

Beta memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke- 54 pada tahun ini. Pada hari yang penuh bersejarah ini, Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Beta yang telah berjaya mengekalkan kemerdekaan, kemakmuran dan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

2.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan kini di ambang maju serta dikenali di peringkat antarabangsa,

negara

2
faktor-faktor seperti kestabilan dari sudut politik, ekonomi dan sosial perlu kita kekalkan. Lantaran itu, beta ingin menyeru seluruh rakyat beta agar suasana harmoni dan perpaduan yang kita kecapi selama ini, terus dikekalkan agar keamanan dan kesejahteraan negara tercinta ini akan terus dinikmati. Seluruh rakyat jelata perlulah berganding bahu dan saling memahami dengan

mengenepikan kepentingan diri tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Hal yang demikian, dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

3.

Sejarah perjuangan tokoh-tokoh tanah air perlu kita sanjung

dan hargai. Malah, rakyat kini perlu mencontohi perjuangan mereka yang berwawasan kerana kemakmuran negara pada hari ini adalah hasil daripada titik peluh mereka. Namun begitu, kemerdekaan yang dikecapi telah dapat dikekalkan hasil kerjasama dan kesetiaan seluruh rakyat jelata, khususnya Pasukan

Keselamatan. Justeru, pada detik bersejarah ini, beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Keselamatan.

3
4. Sehubungan dengan ini, Beta berharap murid-murid dapat

menanam semangat juang yang kental bagi mempersiapkan diri mempertahankan bangsa dan negara pada hari muka. Lantaran itu, generasi muda pada hari ini harus mampu menangkis segala ancaman yang cuba merencatkan keharmonian negara. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan nikmat kemerdekaan seperti kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran akan terus dinikmati sehingga ke generasi akan datang.

5.

Rakyat juga perlu berbangga menjadi warganegara Malaysia

yang hidup aman dan makmur walaupun rakyatnya yang hidup berbilang kaum tetap mengamalkan sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat sesebuah negara yang mempunyai perasaan sentimen dan prejudis kaum dalam kehidupan mereka telah menyebabkan negara mereka menjadi hancur dan berada dalam keadaan kucar kacir. Oleh yang demikian, Beta berharap seluruh warganegara sentiasa mementingkan perpaduan

4
antara kaum agar keamanan dan kesejahteraan negara akan terus terjamin.

6.

Beta berharap demi kelangsungan sebuah negara yang dan berdaulat, dan rakyat perlu mempunyai melaksanakan akan peranan sikap tugas dan

merdeka

bertanggungjawab masing-masing.

prihatin perlu

dalam sedar

Pemimpin

kepimpinan mereka untuk membawa kesejahteraan. Beta juga berasa bangga kerana parti-parti politik yang telah dipilih untuk membentuk Kerajaan pada hari ini, telah melaksanakan

tanggungjawab dan amanah yang terpikul pada bahu mereka dengan penuh komited. Dengan ini, Beta amat bersetuju dengan gagasan 1Malaysia- Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Oleh hal yang demikian, semua pihak hendaklah berfikiran matang, rasional dan berintegriti agar dapat menyokong

kepimpinan yang membawa kepada kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

5
7. Sebagai warganegara yang merdeka, semangat jati diri dan

kekitaan yang tinggi perlu ada demi mendaulatkan perlembagaan dan undang-undang negara. Walau dari pelosok mana kita datang, walau dari etnik dan keturunan mana kita dilahirkan, walau apa anutan agama, kita masih mempunyai kesamaan, iaitu

menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara yang sama. Sikap ini akan menjadikan kita, satu bangsa yang bermaruah dan sentiasa dipandang tinggi, dihormati dan disegani di peringkat antarabangsa. Malah, kedaulatan negara dapat dipertahankan daripada anasir-anasir yang cuba mengganggu-gugat.

8.

Usaha-usaha ke arah melahirkan generasi muda berilmu dan

berkemahiran perlu dipertingkatkan lagi selaras perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa ini. Para pendidik perlu melahirkan generasi muda yang dapat

memanfaatkan ilmu ICT agar dapat melahirkan modal insan berkualiti yang mampu membangunkan negara. Oleh itu Beta berharap segala kemudahan ICT yang disediakan oleh Kerajaan

6
dapat dimanfaatkan secara optimum dan bijaksana. Dalam hal ini, objektif pendidikan hendaklah dihayati sepenuhnya bagi

mengelakkan segala gejala negatif .

9.

Pembentukan sahsiah yang baik dapat dihasilkan menerusi

didikan agama dan moral. Beta yakin, didikan ini mampu melahirkan modal insan yang berakhlak dan berfikiran rasional. Justeru, Beta menyeru seluruh warga pendidik memberikan perhatian terhadap didikan agama dan moral dalam kalangan murid. Hal ini kerana menjadi satu tanggungjawab besar guruguru melahirkan remaja yang berjiwa murni dan

bertanggungjawab.

10.

Seterusnya, bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Beta

menyeru seluruh rakyat jelata sama ada pemimpin atau rakyat biasa memupuk semangat kekitaan, satu bangsa dan satu negara. Menerusi semangat ini, kita dapat menghindari rasa tidak puas hati, sentimen perkauman dan prejudis. Sebaliknya, rasa cinta

7
kepada negara akan tersemai dan sebati dalam jiwa rakyat jelata. Inilah senjata untuk kita menghadapi petualang yang ingin menghancurkan negara.

11.

Pada

masa

yang

sama,

konsep

wasatiah

ataupun

bersederhana perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan. Kesederhanaan dalam segala aspek akan menjadi kunci kepada kejayaan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum. Menerusi sikap bersederhana, segala urusan dapat dilaksanakan tanpa

mengundang sebarang konflik.

12.

Pada hari yang bersejarah ini, Beta ingin menzahirkan

harapan agar Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baharu (ETP) dapat direalisasikan dengan jayanya. Oleh itu Beta menyeru, semua pihak berganding bahu dan bersama-sama mengembleng tenaga bagi mencapai matlamat ini. Beta percaya,

8
melalui kesepakatan dan kerjasama ini akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

13.

Bersempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-

54, Beta menyeru pendidik dan murid-murid supaya menghayati erti kemerdekaan. Tingkatkanlah semangat patriotisme dengan menjunjung Perlembagaan demi menjaga kedaulatan negara tercinta. Marilah hayati pepatah Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ

Langit Dijunjung.

14.

Akhir

titah,

Selamat

Menyambut

Hari

Ulang

Tahun

Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. 1Malaysia: Transformasi

Berjaya Rakyat Sejahtera.

Sekian

Wabillahi

Taufik

Walhidayah

Wassalamualaikum

Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Anda mungkin juga menyukai