Anda di halaman 1dari 2

Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.

Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. Slah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi. Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu. Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
i. Cikgu Ismail menerangkan tentang cara-cara menjawab soalan Matematik dengan sungguh berkesan sekali. ii. Mesyuarat kami di pagi ini terpaksa dibatalkan kerana ada lain urusan yang lebih penting untuk dibereskan. iii. Para peserta-peserta seminar itu sedang khusyuk dengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Sulong.

Wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan kerana menyalahgunakan pas kunjungan sosial mereka di dalam serbuan polis di sebuah pusat urut tradisional.
kunjungan sepatutnya lawatan ; di dalam sepatutnya dalam Kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan pemberiankemudahan visa sewaktu ketibaan kepada para-para pelancong asing mulai hari ini. memansuhkan sepatutnya membatalkan ; para-para sepatutnya para Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh daripada meja direman selama tiga hari bagi membantu kajian. Jwpn :kajian sepatutnya siasatan ; daripada sepatutnya dar Dua orang wanita maut sementara dua orang rakan mereka cedera apabila kereta dinaiki tergelincir lalu merempuh tiang papan tanda. Jwpn : terpesong sepatutnya terbabas ; sementara sepatutnya manakala Beliau turut mendesak orang ramai di sekitar kawasan berdekatan supaya menghubungi polis sekiranya ternampak pendatang asing yang di dalam keadaan mencurigakan. Jwpn :mendesak sepatutnya menggesa/menyeru/meminta ; di dalam sepatutnya dalam Jangan hanya kerana kepentingan politik yang sempit, ada di dalam kalangan kita sanggup menggadaikan keharmonian kaum dan masa depan negara. Jwpn : menggadaikan sepatutnya mengorbankan ; di dalam sepatutnya dalam Saya amat mengalu-alukan tugas pelbagai pihak membantu kerajaan memperkukuh perpaduan dengan pelbagai program yang bermanfaat. Jwpn : tugas sepatutnya peranan ; program-program sepatutnya program Kemelesetan pelaburan langsung asing ke negara ini adalah disebabkan pelabur asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan jwpn: kemelesetan sepatutnya kemerosotan/kesusutan ; adalah disebabkan sepatutnya disebabkan Keadaan ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat tergugat ekoran krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya yang menganggur. Jwpn:tergugat sepatutnya terjejas ; ramai sepatutnya banyak Perkahwinan merupakan kemuncak ikatan kasih sayang di antara teruna dan dara selepas sekian lama menghayati hati budi masing-masing. Jwpn:di antara spptnya antara, menghayati sepatutnya menyelami/memahami ; dan sepatutnya dengan Hasil kaji siasat terhadap mayat itu, kematian mangsa disebabkan oleh hentakan benda keras pada belakang kepalanya jwpn: kaji siasat sepatutnya bedah siasat ; pada sepatutnya di jGejala bekalan air yang kritikal mengganggu kelancaran operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam hospital berkenaan.

Jwpn: gejala sepatutnya masalah ; di dalam sepatutnya di

Dua orang pekerja warga Bangladesh yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan menempuh maut selepas tertimbus di dalam tapak pembinaan loji kumbahan. Jwpn: menempuh sepatutnya menemui ; di dalam sepatutnya di Seramai 1,490 orang rakyat negara ini sedang menjalani hukuman penjara di pelbagai negara-negara dengan hampir separuh daripadanya kerana kesalahan penjualan dadah. Jwpn:penjualan sepatutnya pengedaran ; negara-negara sepatutnya negara Kerajaan Pusat akan mengedarkan wang ihsan sebanyak RM14 juta pada 70,000 orang pelajar yang layak sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Jwpn: mengedarkan sepatutnya mengagihkan ; pada sepatutnya kepada


Antara masalah yang di hadapi oleh kami untuk ke sekolah ialah kekurangan duit. Kursus ini ialah untuk pelajar-pelajar SPM dan di kelolakan oleh pihak sekolah. Cili sos yang di makan oleh saya teramat sedap. Mereka-mereka yang membuat kesalahan akan dihukum. Saya pergi ke mini perpustakaan di petang semalam. Kamu berasal dari manakah? Apakah nama pengawas itu? Bagaimana kemalangan itu berlaku? Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Kucing itu mati. la dilanggar lori.

Anda mungkin juga menyukai