Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganti Nama: Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan

kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88). i) Kata ganti nama tunjuk ii) Kata ganti nama diri Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk: Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh. Kata Ganti Nama: Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Pertama Aku Beta Hamba

Penggunaan Merujuk kepada diri sendiri Digunakan oleh kerabat diraja Merujuk kepada diri

Contoh Ayat Aku hendak pergi ke perpustakaan Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. "Hamba mohon ampun daripada baginda,"

Kita

Kami

sendiri Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua Merujuk diri sendiri

kata Hang Tuah "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

Saya

Kata Ganti Nama Diri Kedua Anda Awak Engkau Kamu

Penggunaan Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua Merujuk diri orang kedua

Contoh Ayat Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. Awak disuruh membersihkan bilik darjah. Engkau hendak pergi ke kedai buku? Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga Beliau Baginda Dia Mereka

Penggunaan Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Digunaan untuk kerabat diraja Digunakan untuk diri orang ketiga Bilangan orang lebih daripada seorang

Contoh Ayat Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. Baginda telah berangkat ke luar negeri. Dia datang awal ke pejabat sekolah Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Anda mungkin juga menyukai