Anda di halaman 1dari 13

DRAMA INFLAKASTA : SATU TINJAUAN MENGENAI PENGURUSAN SENI PERSEMBAHAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1.0 2.0 3.0 4.

0 5.0 LATAR BELAKANG DRAMA TEMPAT BERLANGSUNG SEJARAH HIDUP PENULIS SKRIP SINOPSISPERSEMBAHAN DRAMA INFLAKASTA CARA PENGURUSAN 5.0.1 DEFINISI PENGURUSAN 5.0.2 5.0.3 5.0.4 5.0.5 5.0.6 5.0.7 PENGURUS PENGURUS PENTAS PENTAS PROPS PELAKUN PEREKA SET

5.0.8 KOSTUM DAN MAKE UP 5.0.9 LAMPU 5.0.10 SOUND SISTEM 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 PERSIAPAN AWAL SEBELUM PEMENTASAN PERLAKSANAAN SEMASA PEMENTASAN SELEPAS PEMENTASAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PANDANGAN DAN CARA MENGATASI KESIMPULAN

DRAMA INFLAKASTA : SATU TINJAUAN MENGENAI PENGURUSAN SENI PERSEMBAHAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1.1 LATAR BELAKANG DRAMA

Perkataan Drama itu berasal daripada bahasa Greek Tua yang bererti suatu lakonan dan perbuatan, manakala pengertian pada sifat drama bererti suatu peristiwa sedih seperti kejaian rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi. Walaupun kedua-dua pengertian itu berlainan tetapi tidak pernah menimbulkan salah faham kerana digunakan pada tempat-tempatnya. Jika disebut pementasan drama atau disebut berlatih drama, secara umumnya diketahui bahawa yang dimaksudkan itu adalah

pementasan lakonan. Manakala jika terjadinya suatu drama tembak-menembak berlaku di hotel, maka akan diketahui pula yang dimaksudkan itu ialah suatu trajedi atau peristiwa sedih mengenai tembakmenembak di hotel.

Drama itu bertujuan untuk mengajar dan mendidik seseorang itu menjadi berani seperti berani tampil ke muka, berani berdiri, bercakap, bersyarah dan berdebat di hadapan orang ramai. Berlakon drama bermakna mendekati kumpulan, mencari kawan dan berkawan. Pelakon-pelakon akan sentiasa berada dalam satu kelompok yang besar dan bersatu. Kejayaan dalam satu-satu pementasan

bermakna kejayaan satu kumpulan dan jika sebaliknya kegagalan satu-satu pementasan bermakna kegagalan semua. 1.2 TEMPAT BERLANGSUNG

1.3

SEJARAH HIDUP PENULIS SKRIP

Hashim bin Yassin dilahirkan pada 4 Disember 1940, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak dan meninggal dunia pada 2 Oktober 1991.Minat awalnya tumbuh semasa beliau bersekolah Inggeris. Sebagai calon peperiksaan Senior Cambridge, para pelajar dikehendaki menghafal satu babak daripada teater Shakespeare berjudul Macbeth sebagai syarat untuk lulus mata pelajaran Kesusasteraan. Beliau juga terlibat dalam persembahan sandiwara sekolah yang memaksa

pelakonnya mencipta dialog secara spontan semasa berlakon. Pengalaman ini semua banyak membantu beliau, malahan merupakan latihan awal bagi Hashim dalam menghasilkan skrip drama kemudiannya. Skrip drama Hashim yang pertama ialah Hot News, drama komedi yang ditulis semasa beliau aktif dalam Kelab Teater Inggeris/Melayu.

Di samping minat sendiri yang bercambah di sanubarinya, Hashim mengakui bahawa dorongan juga telah diberikan oleh gurunya yang berbangsa Inggeris, serta dua orang tokoh sasterawan tanah air, Awang Had Salleh (Tan Sri) dan Noordin Hassan (Dato). Galakan juga datang daripada ketua kampungnya, Abdullah Sani yang memimpin Kelab Teater Bacaan Sayong Lembah. Semasa berada di kampung iaitu sekitar tahun 1957 hingga 1959, Hashim bergiat dalam kelab teater ini. Kelab ini sering mengadakan persembahan sandiwara sebagai satu kegiatan hiburan untuk penduduk-penduduk kampung. Begitu juga ketika menuntut di maktab perguruan, Hashim sering mengambil bahagian sebagai pengarah dan pelakon dalam persembahan drama. Di maktab juga beliau mula mempelajari ilmu sastera. Bagi mendalami pengetahuan dalam bidang drama, Hashim pernah mengikuti Kursus Audio Visual di British Institute of Career (BK) di Australia.

Kegiatan teater Hashim mula menonjol pada sekitar tahun 1960-an dan untuk pertama kali beliau mementaskan Megat Terawis dan Di Ambang Sore di Pesta Kesenian Pulau Pinang. Pada tahun 1963, beliau mementaskan pula Panca Media sempena Kongres Guru-guru Malaysia di Alor Setar. Selepas itu, Hashim menempah kejayaan demi kejayaan dan pada tahun 1964 hingga 1990, sekurang-kurangnya beliau berjaya menghasilkan dua buah drama dalam setahun. Karya Hashim sering memenangi hadiah, antaranya pada tahun 1965, drama, Sasau memenangi Hadiah Drama Terbaik daerah Alor Setar. Kemudian dalam Pesta Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1974, drama Hashim yang berjudul Inflakasta memenangi Hadiah

Teknik Terbaik. Setahun kemudian, pada tahun 1975, dramanya Dalang menjadi johan dalam Pesta Drama Kebangsaan. Tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1976, Joget Gelombang Beralun mendapat hadiah penghargaan Pesta Drama Kebangsaan 1976.

Anak kedua daripada lima beradik, empat orang lelaki dan seorang perempuan ini menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lasah. Di sekolah inilah bapanya bertugas sebagai guru besar. Kemudian Hashim melanjutkan pelajaran di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1958 hingga 1961. Tamat sahaja persekolahan, beliau terus mengikuti latihan perguruan di Maktab Harian Alor Setar, iaitu dari tahun 1962 hingga 1963. Setelah lulus latihan, beliau ditugaskan mengajar di bandar yang sama. Akhirnya, jawatan ini terpaksa dilepaskan pada tahun 1984 kerana Hashim diterima bertugas di Universiti Utara Malaysia sebagai pegawai kebudayaan. Dalam berkarya, Hashim mempunyai pegangan bahawa penulis drama adalah penyampai perutusan kepada pembaca. Sebaris perkataan yang ditulis akan membina sebuah tamadun pada masa hadapan. Visi dan misi perkembangan pemikiran manusia terletak pada pena pengarang. Demikian yang dinyatakan oleh Hashim dalam buku Jambak 2.

Sebagai penulis yang prihatin terhadap perkembangan sastera semasa, Hashim aktif berpersatuan. Beliau diangkat sebagai pemimpin beberapa persatuan, antaranya ialah Majlis Teater Sekolah-sekolah Kedah, Kumpulan Artis Utara (KAU), Kumpulan Teater Alor Setar dan Lembaga Pengurus Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. Atas jasa dan kesungguhannya mencipta dan mempertingkatkan mutu sastera khususnya drama, Hashim dianugerahi Pingat Cemerlang Kedah (PCK) oleh Kerajaan Kedah dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, pada tahun 1977, drama Hashim yang berjudul Paku Alam yang memenangi Pesta Drama Kebangsaan dianggap oleh beberapa peneliti drama pentas sebagai karya sastera yang istimewa dengan kehadiran watak-watak sastera lama dalam drama moden. Pada tahun 1982 pula dramanya, Imbas yang juga memenangi Pesta Drama Malaysia telah meraih Trofi Seri Panggung untuk kategori penerbit, penyunting dan pereka set terbaik pada Malam Seri Angkasa RTM, Disember 1983. Kemuncaknya drama ini memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983. Pada 1 Oktober 1991, sehari sebelum Hashim menghembuskan nafas terakhirnya, Imbas dipentaskan semula oleh Kumpulan Teater Alor Star (Kumtas) sempena Pekan Teater peringkat negeri Kedah.

Sebuah drama klasik yang berjudul Citrawirama Langkasuka telah dipentaskan oleh Grup Estetika, Universiti Utara Malaysia sempena Persidangan Dialog Utara V pada 28 April 1991 di Dewan Sultan Abdul Halim Alor Setar. Persoalan yang dipaparkan adalah tentang kedatangan agama Islam di negeri Kedah Darul Aman. Penulisnya menggunakan teknik imbas muka dengan bantuan gerak cahaya dan bunyi. Drama ini menggambarkan zaman kekufuran dan salasilah raja-raja di utara Tanah Melayu. Skrip drama tersebut ditulis oleh Hashim Yassin, suatu nama yang tidak asing lagi dalam perkembangan drama moden Malaysia. Inilah karya terakhirnya, sebelum kembali menemuiNya. Hashim telah menceburkan diri dalam bidang penulisan drama pada tahun 1957.

1.4

SINOPSIS PERSEMBAHAN DRAMA INFLAKASTA

Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing. Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta. Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang. Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka. Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi. Dibisi merayu supaya dilepaskan. Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti. Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung. Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.

Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung. Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti. Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu. Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung. Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti. Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti. Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah. Keadaan menjadi sunyi. Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka. Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya. Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah

menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka. Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan kepada manusia dan kehidupan sejagat.

Watak dan Perwatakan 1.Marhen Nama penuhnya Marhen bin Daif. Seorang yang berwajah bengis, bermisai dan berjambang tidak menentu. Pakaiannya kehitaman dan kotor. Sebelum peperangan,dia seorang petani. Agresif/Berani. Kasar dari segi pertuturan. 2.Dibisi Nama penuhnya Dibisi bin Elita. Seorang berwajah intelek dan bersopan. Pakaiannya carik dan kotor. Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu. Kelihatan letih. Seorang pemimpin/ketua dalam negeri. Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia.Rasional. Tenang menghadapi situasi yang genting. Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti. 3.Siti Seorang ibu muda. Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik. Sasau kerana kehilangan anak. Pandai menyanyi. Berani dan juga bijak. Tidak suka akan peperangan. Penyayang - menasihati Infla dan Kasta. Watak sampingan 4. Kastabung Diktator yang zalim. Berpakaian jubah(Dracula) dan memegang tongkat perakam. Ketua pasukan mempunyai ramai pengikut. 5. Taliba Pakaian ala robot. Pertanda yang menjaga senjata kuasa bahaya. Simpati terhadap wanita.

6. Infla dan Kasta (lelaki/perempuan) Berpakaian biasa yang lusuh. Anak-anak Siti. Sayang akan ibunya. Latar dan Masa Suasana peperangan siang sehingga malam. Tempat Gurun Gersang runtuhan-runtuhan rumah batu. Masyarakat Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan. Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup. Mangsa peperangan yang hidup menderita.

1.5

CARA PENGURUSAN

Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman berkenaan dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang menganjurkan pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan:

1.5.1 DEFINISI PENGURUSAN

1.5.2 PENGURUS PRODUKSI Pengurus produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik sebuah produksi yang dipersembahkan untuk penonton tetapi tiada produksi mampu membuat persembahan tanpa komponen teknikal dan business. Pengurus produksi bertanggungjawab dalam mencari wang Formatted: Font: (Default) Times New Roman,
12 pt, Italic

tajaan untuk membiayai produksi dalam menjalankan sesuatu pementasan teater. Bukan itu sahaja, malah pengurus juga perlu mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu

dipentaskan, mendapatkan pengarah, pelaku, pereka bentuk, petugas pentas dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi, menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan, menyelia tugastugas perlaksanaan produksi, membuat promosi, menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi, serta membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi.

1.5.3 PENGURUS PENTAS

Pengurus pentas juga bertanggungjawab dalam pengendalian kumpulan tenaga kerja bagi menjayakan sesebuah produksi. Pengurus pentas adalah saluran penghubung antara tenaga produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab dalam melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan lancar. Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas. Segala tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar masuk pelaku serta props yang digunakan pada hari pementasan adalah bawah pengawasannya. Oleh itu, pengurus pentas perlu cekap dalam menjalankan tugas kerana jika berlaku kesilapan, pementasan sesebuah teater tersebut tidak akan berjaya dan berlaku kekurangan dari segi pengurusan pentas.

1.5.4 PENGARAH PENTAS

Pengarah produksi merupakan orang yang paling rapat dengan pelakon. Pengarah membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelakon-pelakon, membantu pelakon mewujudkan peranan dan watak-watak serta menggarap keseluruhan persembahan produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Oleh itu seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang betul dan boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya. Pengarah juga bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Pengarah juga perlu memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis, menentukan gaya pementasan yang hendak

disampaikan, dan melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal. Pengarah perlu bekerjasama dengan teknikal serta tenaga produksi yang lain dalam menjayakan sesuatu pementasan teater.

1.5.4 PENTAS

1.5.5

PROPS Props adalah barang atau peralatan yang dibawa atau digunakan oleh pelakon. Pereka props

bertugas menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap pelaku seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam persembahan. Dalam Drama Inflakasta ini penggunaan props hendaklah berfungsi untuk memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu yang asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props yang telah digunakan juga membantu pelakon mendapatkan mood berlakon kepada aksinya. Props yang digunakan perlulah sesuai dengan watak dan jalan cerita yang dipentaskan.

1.5.6 PELAKON Dalam drama Inflakasta

1.5.7 PEREKA SET

Pereka bentuk latar (Setting Designer) bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk latar. Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa dan status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada

kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka bentuk latar perlu mengetahui tentang set dari peringkat ilusi membawa ke realiti. Set yang dibina mestilah ringan, kukuh, tidak membahayakan pelakon, mudah dibawa keluar masuk dan elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya menjadi tempelan semata-mata.

1.5.8 KOSTUM DAN MAKE UP

Penata Rias (Make-Up) akan menentukan bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap pelaku. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan dan perlulah berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak yang dibawa oleh pelakon dalam persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari segi pencampuran warna akan mencacatkan watak dan perwatakan sekali gus keseluruhan mood persembahan.

1.5.9 LAMPU

Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas. Pereka bentuk cahaya memutuskan setiap ruang cahaya seperti warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari pelakon dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan. Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap sesuatu yang digambarkan berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini cahaya perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang pereka cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja. Penggunaan lampu adalah penting dalam sesuatu pementasan teater. Kemudian ialah tugas penata bunyi (Audio) yang bertanggungjawab dalam mencipta dan menentukan bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta kemahuan pengarah persembahan.

1.5.10 SISTEM BUNYI

Bunyi adalah elemen penting dalam sesuatu drama. Pembikinan drama haruslah berupaya merakamkan bunyi asli yang baik. Dalam hal ini pengenalan kepada peralatan rakaman bunyi dan fungsinya akan member panduan tentang pemilihan peralatan yang sesuai dalam sesi drama. Misalnya jenis mikrofon dan perakam bunyi. Bagi pementasan drama Inflakasta jururakam bunyi akan sentiasa menerima arahan terus daripada pengarah tentang apa-apa tugas yang akan dilakukan. Biasanya seseorang jururakam bunyi akan dibantu oleh beberapa orang pembantu dalam sesi drama.

1.6

PERSIAPAN AWAL SEBELUM PEMENTASAN

Dalam pementasan drama Inflakasta terdapat beberapa persiapan awal yang dibuat oleh gerakan tenaga produksi bagi melicinkan perjalanan drama.

1.6.1 Mesyuarat bersama AJK

Mesyuarat pertama telah diadakan 14 September 2011, di Dewan Kuliah UPM, jam 2.00 petang. Mesyurat ini diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa kerja seperti pengarah, pengurus pelakon dan sebagainya. Selain melantik ahli jawatankuasa, mesyuarat tersebut juga membincangkan mengenai peranan dan tugas ahli jawatankuasa yang telah dilantik itu bagi melancarkan persiapan awal drama inflakasta tersebut.

1.6.2 Pemilihan Pelakun dan Latihan Asas

Taklimat diadakan pada 21 September 2011, di Dewan Kuliah UPM, jam 2.00 petang. Taklimat ini diadakan bagi memilih para pelakon yang akan melakonkn drama inflakasta tersebut. Selepas pemilihan tersebut, para pelakon diarahkan untuk melakukan latihan mimik muka, vokal, gerakan badan dan sebagainya bagi dikaitkan dengan watak masing-masing.

1.6.3 Mesyuarat Perkembangan Tugas dan Peranan

Mesyuarat kali kedua telah diadakan pada 28 September 2011 di Dewan Kuliah UPM, jam 2.00 petang. Dalam mesyuarat tersebut membincangkan mengenai perkembangan peranan dan tugas yang telah dilaksanakan dalam oleh ahli jawatankuasa. Selain daripada itu mesyuarat juga menyentuh mengenai promosi, tajaa dan sumber kewangan agar pengurusan Drama Inflakasta berjalan dengn lancar seperti yang telah dirancang.

1.6.4

Latihan Babak Demi Babak Drama Inflakasta

Latihan yang diadakan pada 19 Oktober 2011 di Dewan Kuliah UPM, jam 1.30 petang. Latihan ini dibuat bagi menyelaraskan lakonan yang dibuat mengikut peranan masing-masing dalam Drama Inflakasta. Setelah itu dibuat juga lakonan mengikut babak demi babak dalam penceritaan Drama Inflakasta bagi memberikan kefahaman keada para pelakon. Setelah pelakon dapat menguasai lakonan tersebut, pengurus akan menyelaraskan sistem bunyi dalam babak yang telah mereka lakonkan itu dan seterusnya membuat latihan secara berterusan.

1.6.5 Latihan Keseluruhan Drama Inflakasta

Pada 02 November 2011 di Dewan kuliah UPM, jam 1.30 petang diadakan latihan keseluruhan Drama Inflakasta yang merangkumi keseluruhan para pelakon, sistem bunyi, props, pencahayaan dan sebagainya. Tujuan latihan keseluruhan bagi memberi idea atau gambaran sebenar kepada pelakonpelakon dan krew-krew dalam menjalankan tugas sebenar semasa hari pementasan nanti.

1.6.6 latihan penuh drama inflakasta

Pada 09 November 2011 raptai penuh drama Inflakasta berlangsung di Panggung Percubaan UPM, bagi memastikan masa pementasan drama Inflakasta menepati durasi dengan menggunakan props dan teknik bunyi keseluruhan drama tersebut. Selain itu, penggunaan pentas juga dititikberatkan agar keseluruhan ruang pentas digunakan sepenuhnya.

1.7

PELAKSANAAN SEMASA PEMENTASAN

Sebelum persembahan Drama Inflakasta dijalankan, semua ahli jawatankuasa hadir di tempat pementasan seawal pukul 06.00 petang. Semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas masingmasing mengikut lantikan awal. Para pelajar sekolah yang dijemput hadir pada jam 7.40 malam dengan menaiki bas yang telah disedikan oleh penganjur. Peserta ini ditempat di kerusi yang telah disediakan dan diarahkan mengambil tempat masing-masing agar ruang itu teratur sebelum kedatangan para jemputan. Penyambut tetamu juga memainkan peranan penting sebelum pertandingan dijalankan kerana mereka harus memastikan di mana kedudukan jemputan yang hadir dan juga kedudukan peserta.

Pada 1.30 petang para jemputan hadir dan 1.45 petang, kehadiran tetamu kehormat yang dijemput menandakan pertandingan tarian akan bermula selepas tetamu kehormat

menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya membunyikan alat musik Gong sebagai tanda permulaan majlis tersebut. Semasa persembahan dijalankan, pengurus akan sentiasa memantau sejauh mana perjalanan pertandingan itu berjalan.

1.8

SELEPAS PEMENTASAN

1.10

PANDANGAN DAN CARA MENGATASI

1.11

KESIMPULAN