Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN Muka surat Abstrak Isi Kandungan 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2. Fokus Kajian 3.

Objektif Kajian 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian Tinjauan Masalah Analisis Tinjauan Masalah Merancang Tindakan Melaksanakan Tindakan Aktiviti 1-Penerangan tentang pengetahuan asas Pinyin Aktiviti 2-Penggunaan gambar Bahasa Isyarat untuk mengajar pelajar mengingati 5 vokal yang digunakan untuk menanda Pinyin. Aktiviti 3-Mengajar pelajar menyanyi lagu tentang syarat menanda Pinyin Aktiviti 4-Memberi latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Refleksi Kajian 6. Cadangan Lanjutan Lampiran ii iii

ABSTRAK Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah pelajar Tingkatan 1 yang kurang menguasai menanda Pinyin (tanda sebutan) yang melibatkan kemahiran tatabahasa. Disini saya ingin menjelaskan bahawa pada masa mula, terdapat seramai 5 orang pelajar Tingkatan 1 terlibat dalam kajian ini. Tetapi, semasa kajian tindakan saya dijalankan, didapati hanya 4 orang pelajar yang sanggup memberi kerjasama, jadi kumpulan sasaran saya berkurang menjadi 4 orang. Tinjauan awal telah saya melakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk menandakan Pinyin dengan baik ketika guru menanya soalan dalam kelas. Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, pelajar-pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan tentang Pinyin. Antara mereka tiada seorang pelajar pun dapat menjawab soalan berkenaan dengan betul sepenuhnya. Mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan tentang syarat menanda Pinyin. Melalui aktiviti ini, saya menerangkan kepada pelajar tentang kaedah mengingatkan 5 jenis vokal yang dapat diletakkan Pinyin. Kemudian, untuk memantapkan penguasaan pelajar tentang syarat menanda Pinyin dalam Bahasa Cina, saya mengajar mereka cara menggunakan konsep Bahasa Isyarat untuk mengingatnya. Seterusnya, pelajar diberi latih tubi soalan untuk menguji tahap penguasaan mereka. Demi mengharapkan mereka dapat mengingat Bahasa Isyarat yang telah dipelajari, saya menggunakan masa lapang semasa perhimpunan harian untuk membuat ulangkaji bersama mereka. Saya percaya jika pelajar dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan markah yang lebih baik lagi dalam bahagian tatabahasa. Perbandingan keputusan Ujian Pra sebelum aktiviti dijalankan 2

dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan, didapati bahawa mereka telah menunjukkan peningkatan seperti yang diharapkan. 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pelajar Tingkatan 1D/E dalam kelas saya terdiri daripada pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Bahasa Cina. Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati pelajar saya kurang mengetahui cara bagaimana untuk menggunakan 4 jenis Pinyin dan dimana tempat untuk meletaknya. Terdapat juga segelintir pelajar tidak cuba untuk menjawab soalan jenis ini, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun ini merupakan pengetahuan yang sepatutnya mahir semasa sekolah rendah. Selain daripada itu, selepas mejalankan soal jawab dengan pelajar, saya mendapati ada di antara mereka tidak memahami syarat menjawab soalan jenis Pinyin, menjawab dengan betul. Kegagalan pelajar dalam bahagian ini amat merugikan. Mereka tidak dapat membezakan cara sebutan tentang setiap perkataan dan ini akhirnya akan secara langsung mempengaruhi pertuturan mereka. Namun, saya percaya bahawa jika pelajar-pelajar yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan dengan betul, saya merasakan masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir pelajar yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah dan akhirnya mereka tidak dapat

kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi. 2. FOKUS KAJIAN Berdasarkan keputusan ujian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, didapati ada 4 orang pelajar gagal menjawab soalan-soalan tentang Pinyin iaitu tidak dapat membezakan 4 jenis Pinyin dan tidak dapat menandakannya di tempat yang betul. Mereka langsung tidak menjawab soalan berkenaan dengan betul sementara pelajar perempuan yang lain dapat menjawab hasil ujian dengan yang keputusan tidak yang memuaskan. dan amat Memandangkan memuaskan

membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran 5 orang pelajar tersebut dalam bahagian ini. Antara kelemahan pelajar-pelajar ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut : tidak menguasai pengetahuan tentang Pinyin. tidak memahami kaedah guru mengajar. tidak mengetahui kaedah menjawab soalan tentang Pinyin. tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan dalam bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada menghafal dan menanda 4 jenis Pinyin di vokal yang betul dengan menggunakan Program Konsep Bahasa Isyarat dan Nyanyian.

3.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Meningkatkan prestasi pelajar dalam menjawab soalan Pinyin dengan betul. Objektif Khusus i ii Meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pengetahuan syarat dan penggunaan 4 jenis Pinyin. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mengenali 5 vokal yang boleh ditandai Pinyin". iii Membantu pelajar mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan Pinyin dengan betul. iv v Membantu pelajar menguasai kemahiran belajar dengan merujuk gambar tunjuk Bahasa Isyarat. Meningkatkan peratus menguasai pelajar bagi topik Pinyin.

4.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 4 orang pelajar Tingkatan 1D/E SMK Seri Intan yang semuanya terdiri daripada pelajar Cina lelaki.

5.

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut :

a) Pengetahuan sedia ada pelajar memahami maklumat yang terdapat di dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik. b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjawab soalan tentang Pinyin. c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman pelajar selepas mempelajari cara penggunaan Pinyin dalam kelas.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah a) Hasil Temubual Dengan Pelajar Hasil temu bual dengan pelajar saya mendapati terdapat 4/11 orang pelajar tidak dapat menjawab soalan tentang menanda Pinyin yang dipelajari, 4/11 tidak menguasai syarat menanda Pinyin di vokal yang tertentu, dengan ini, mereka tidak berminat untuk menjawab soalan Pinyin . b) Tinjauan Buku Latihan Pelajar Kelemahan pelajar dalam menjawab soalan Pinyin juga ditinjau dengan terperinci melalui latihan yang diberikan kepada pelajar dalam kelas. Guru memanggil pelajar seorang per seorang datang ke hadapan untuk menjawab soalan, didapati bahawa sebahagian pelajar tidak dapat menjawab soalan latihan Pinyin yang diberikan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar seperti berikut : i) ii) Tidak memahami kehendak soalan. Pelajar belum menguasai pengetahuan asas dalam belajar Pinyin seperti syarat menanda Pinyin, vokal yang boleh meletak Pinyin. iii) Kurang membuat latihan dan secara langsungnya tidak dapat menguasai kemahiran ini. 6

c) Kelemahan pelajar menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang diadakan dalam kelas. Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Pelajar Menjawab Soalan Pinyin Berdasarkan Ujian Topikal. ( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1) Perkara yang ditinjau Pelajar tidak dapat menjawab soalan menanda Pinyin di vokal yang betul. Pelajar pengetahuan tidak mempunyai syarat 4 Bilangan pelajar 4

tentang

menanda Pinyin.

5.3

Merancang Tindakan Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan. a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu: i. Penerangan tentang pengetahuan asas Pinyin . ii. Penggunaan gambar Bahasa Isyarat untuk mengajar pelajar mengingat 5 vokal yang digunakan untuk menanda Pinyin. iii. Mengajar pelajar menyanyi lagu tentang syarat menanda Pinyin. iv. Memberi latihan untuk menguji kefahaman pelajar.

6. Melaksanakan Tindakan 7

a) Aktiviti 1 : Penerangan tentang pengetahuan asas Pinyin . Empat bunyi sebutan Pinyin dalam Bahasa Cina Bunyi Pertama ( y ) Bunyi Kedua ( y ) Bunyi Ketiga ( y ) Bunyi Keempat \ ( y )

Peraturan meletak Pinyin ( hanya melibatkan vokal a , o, e, i, u) a Jika terdapat a ia tak boleh dilepaskan aoe Jika tiada a carilah o dan kemudian e i u Bagi I dan u , pilih mana yang terletak di belakang Jika hanya terdapat satu vokal, itulah tempat letaknya Saya menggunakan masa dalam kelas untuk menerangkan kepada pelajar tentang pengetahuan asas Pinyin. Untuk menarik minat pelajar dalam slot ini, saya menyediakan soalan untuk dijawab oleh pelajar dan menggunakan cara memanggil pelajar secara bergilir-gilir datang ke hadapan untuk menulis Pinyin bagi perkataan tertentu. Selepas itu, daripada jawapan pelajar, saya fokuskan kepada soalan yang pelajar jawab salah dan memberi penerangan kepada pelajar tentang cara menjawab soalan dengan betul. Pada masa seterusnya, saya telah menyediakan 2 set latihan ( Rujuk Lampiran 2) tentang menanda Pinyin kepada pelajar untuk menguji tahap mereka dalam topik ini. 8

Pemerhatian : Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan cara menjawab soalan kepada pelajar, masih lagi ada pelajar yang kurang faham dan keliru untuk menjawab soalan ini. Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian pelajar-pelajar menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Walaupun guru menerangkan semula cara menjawab kepada pelajar, tetapi sekumpulan kecil daripada mereka masih tidak dapat menjawab soalan yang ditanya. Saya telah menyusunkan keputusan 4 orang pelajar , iaitu pelajar A, pelajar B, pelajar C dan pelajar D. Dibawah adalah keputusan mereka semasa latihan diberikan. Disini dapat saya membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar ini masih keliru tentang syarat menanda Pinyin di vokal yang betul, terutamanya apabila terdapat lebih daripada satu vokal wujud dalam soalan, dan juga soalan yang melibat dengan vokal i dan u . Keputusan Ujian Pra Pelajar:

Pelajar A

Pelajar B

Pelajar C

Pelajar D

10

Rujukan: Soalan di sebelah kiri tidak banyak soalan dengan menanda Pinyin i dan u , dan kebanyakan hanya terdapat satu vokal, maka pelajar dapat menguasai dengan lebih baik. Manakala soalan di sebelah kanan yang melibatkan lebih banyak vokal, ini telah mengelirukan pelajar dan akhirnya menyebabkan mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Refleksi : Secara purata, 3 daripada 4 orang pelajar mendapat markah yang kurang memuaskan iaitu 15 % dan kurang daripadanya.

Aktiviti 2 : Penggunaan gambar Bahasa Isyarat untuk mengajar pelajar mengingati 5 vokal yang digunakan untuk menanda Pinyin. Saya menunjukkan kepada pelajar tentang gambar Bahasa Isyarat (Rujuk Lampiran 3) yang disediakan oleh saya (cari dari laman web) supaya pelajar lebih memahami dan seterusnya meningkatkan penguasaan terhadap 5 vokal yang digunakan untuk menanda Pinyin. Guru mengajar satu per satu Bahasa Isyarat yang berkaitan dengan vokal yang akan ditandai Pinyin, iaitu a, o, e, i, u. Selepas mengajar, saya menyuruh pelajar mengulangi perbuatan Bahasa Isyarat sehingga mereka dapat mengingat. Selain itu, saya juga menggunakan masa lapang mereka semasa perhimpunan harian untuk membuat latihan bersama mereka. Gambaran Bahasa Isyarat yang berkait dengan tajuk:

11

Pemerhatian : Setelah membuat latihan beberapa kali, 4 pelajar tersebut telah dapat mengingat urutan 5 vokal tersebut dan mereka juga berminat dengan aktiviti Bahasa Isyarat yang dijalankan. Refleksi : Pelajar-pelajar sememangnya boleh menguasai Pinyin dalam Bahasa Cina sekiranya mereka sentiasa membuat latihan, menggunakan cara yang sesuai dengan sifat peribadi mereka. Saya percaya kemahiran pelajar tentang Pinyin akan lebih meningkat lagi dengan cara yang betul dan sesuai. Aktiviti 3 : Mengajar pelajar menyanyi lagu tentang syarat menanda Pinyin. Guru mencipta melodi kepada ayat peraturan dan syarat menanda Pinyin dan seterusnya mengajar pelajar menyanyikannya. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengharapkan pelajar-pelajar tersebut boleh mengukuhkan lagi tentang mengingat syarat dan peraturan menanda Pinyin dengan menyanyi. Guru juga meminta pelajar menyanyi bersama untuk memastikan mereka betul-betul faham pengajaran guru. Setiap waktu lapang semasa perhimpunan, guru akan memanggil pelajar membuat latihan dan menyanyi supaya pelajar sentiasa mengulangkaji dan secara lamanya boleh mengingat syarat menanda Pinyin dengan baik. Pemerhatian Mungkin disebabkan mereka adalah lelaki, mereka berasa segan apabila guru menyuruh mereka menyanyi. Namun, masih terdapat pelajar yang boleh mengikut arahan guru. Bagi pelajar yang tidak ingin menyanyi, saya telah menyuruh mereka menghafal ayat syarat dan peraturan menanda Pinyin dan 12

semasa menghafal, mesti disertai dengan Bahasa Isyarat. Akhirnya, selepas membuat latihan beberapa hari, kesemua mereka telah mampu mengingat lagu dan Bahasa Isyarat tersebut. Refleksi Melalui aktiviti ini, lebih ramai pelajar menunjukkan peningkatan dalam menguasai syarat Pinyin setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya. Aktiviti 4 : Memberi latihan untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Setelah mengajar pelajar dengan mengunakan konsep Bahasa Isyarat untuk belajar Pinyin, guru memberi latihan kepada pelajar untuk menguji kefahaman mereka (Rujuk Lampiran 4). Latihan diberi adalah secara berperingkat. Pertamanya, guru mengadakan ujian lisan kepada pelajar. Keduanya, guru menyediakan soalan dan menyuruh pelajar menanda Pinyin di vokal yang sesuai. Pemerhatian Melalui pemerhatian semasa kajian tindakan dijalankan, kebanyakan pelajar dapat menguasai Pinyin yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti belajar melalui konsep Bahasa Isyarat dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik Pinyin. Namun bukan semua pelajar dapat membetulkan semua soalan, tetapi mereka telah menunjukan usaha yang sepatutnya dipujikan. Dari keputusan yang saya memperolehi, didapati 4 orang pelajar tersebut telah menunjukan prestasi yang meningkat. Dibawah adalah keputusan yang diperolehi oleh pelajar.

13

Keputusan Ujian Pos Pelajar:

Pelajar A

Pelajar B

Pelajar C

Pelajar D

Refleksi Aktiviti belajar melalui konsep Bahasa Isyarat dan menyanyi dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Ini secara langsungnya dapat membantu meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap topik Pinyin. Dibawah saya telah membandingkan pencapaian pelajar dengan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos.

14

Jadual: Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Ujian Pra 19 13 8 6 Ujian Pos 20 15 16 20

7. REFLEKSI KAJIAN Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang, prestasi pelajar menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan latihan berkaitan. Berdasarkan keputusan ujian Pos yang dijalankan, didapati markah paling minima yang diperolehi oleh pelajar selepas kajian ini ialah 15 markah. Walaupun terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan aktiviti yang dirancang seperti pelajar tidak serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan, namun walaubagaimanapun, boleh dikatakan bahawa kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar menjawab soalan yang berkaitan dengan Pinyin. Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian pelajar dalam menguasai pertuturan Bahasa Cina.

8. CADANGAN LANJUTAN Memandangkan bilangan pelajar yang dapat menguasai Pinyin ini telah mencapai tahap yang memuaskan, maka saya akan meneruskan kajian dengan mengajar pelajar-pelajar tersebut tentang 4 bunyi sebutan dalam Bahasa Cina yang masih lemah bagi golongan pelajar tersebut. Ini disebabkan semasa saya membuat kajian tindakan, saya didapati bahawa pelajar-pelajar tersebut masih tidak tahu tentang sebutan perkataan dan secara langsungnya tidak dapat menjawab soalan tanda sebutan. Dibawah saya juga menyediakan keputusan 15

latihan mereka yang dimana guru tidak memberi bantuan dan menyuruh mereka menulis sebutan dan menanda Pinyin. Terdapat 3 daripada golongan tersebut memang lemah. Diharapkan kajian tindakan seterusnya boleh menumpu kepada bidang ini supaya satu cara yang efektif dapat diperkenalkan dan mengharapkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Bahasa Cina.

Latihan menulis Pinyin yang tanpa bantuan daripada guru:

Pelajar A

Pelajar B

Pelajar C

Pelajar D

Lampiran 1

16

Contoh Soalan dalam Kelas Sila tulis Pinyin bagi perkataan berikutnya. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Lampiran 2 ( Ujian Pra) 17

Contoh Soalan Latihan untuk menguji tahap penguasaan pelajar Latihan 1 1 bao chi 2 dan qie 3 min hui 4 cheng ren 5 hu die 6 pei yang 7 pu sa 8 xin wei 9 ji li 10 cheng gong

Latihan 2 1 dui kang 2 duo zhai 3 fei zao 4 gan jue 5 guai qiao 6 hao jie 7 jie tuo 8 kui dai 9 suo shui 10 xiu shen

Lampiran 3 Gambar Belajar Bahasa Isyarat

18

Lampiran 4 Ujian Pos 19

Contoh Soalan Latihan untuk menguji tahap penguasaan pelajar Latihan 3 1 zuo fei 2 zui gui 3 yue tai 4 xue tiao 5 wei zui 6 suan cai 7 shuo xiao 8 ruo dian 9 niu kou 10 kuan kuo

Latihan 4

20

Anda mungkin juga menyukai