Anda di halaman 1dari 2

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT 1.

Kata ganti nama diri singkat berfungsi seperti kata ganti nama diri. 2. Bentuk kata ganti nama diri singkat ialah : a.ku daripada kata aku b.kau daripada kata engkau c.mu daripada kata kamu d.nya daripada kata ia/dia Peringatan 1.Kata ganti diri singkat ku, mu, dan nya tidak boleh berfungsi sebagai : a.Subjek ayat b.Subjek ayat pasif songsang 2.Kata ganti nama diri singkat kau tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat. Contoh : Kesalahan dari segi Kata

Ayat yang salah

Ku akan ke Singapura esok.

Di rumahnya ku menari.

Kau mahu ke mana?

Mu sungguh cepat membuat kerja ini.

Sudah aku pertemukan mu dengannya.

Ayat yang betul

Aku akan ke Singapura esok.

Di rumahnya aku menari.

Engkau mahu ke mana?

Kamu sungguh cepat membuat kerja ini.

Sudah aku pertemukan kamu dengannya.

Keterangan

Ku tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat.

Ku tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat pasif songsang.

Kau dan Mu masing-masing tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat.

Mu tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat pasif songsang.