Anda di halaman 1dari 5

ISU-ISU YANG BERBANGKIT Sejak penghujung 2008, dunia dilanda dengan krisis ekonomi yang teruk, lebih teruk

dari Krisis Ekonomi tahun 1930an (Great Depression) yang dikatakan telah membawa kepada Perang Dunia Ke-2. Negara negara maju seperti Amerika dan negaranegara Eropah seperti United Kingdom, German, Japan, Korea, Hong Kong, malah seluruh duni sedang melalui satu kemelesetan ekonomi yang teruk. Dasar dan juga pakej stimulus yang membantu ekonomi sedang giat dirancang dan diimplementasikan di negaranegara ini demi menyelamatkan ekonomi negara dan dunia. Ini adalah kerana dalam beberapa bulan sahaja impak krisis ini dapat dirasakan dengan kehilangan kerja yang telah mencecah tinggi di mana di Amerika lebih 5 juta kehilangan kerja direkodkan sehingga bulan Februari. Protes besar-besaran seluruh dunia sedang berlaku. Dikatakan akibat krisis ekonomi sekarang, syarikatsyarikat besar juga akan merasai kesannya. Kekurangan modal dan pelaburan akan memaksa beberapa syarikat untuk mengurangkan operasi ataupun muflis terus. Syarikat seperti GM Motors, Citigroup, Intel, IBM dan banyak lagi syarikat multinasional dalam proses mengurangkan pekerja. Di India, Lembah Silikonnya di Hydrebad hampir tutup kerana banyak syarikat komputer telah muflis. Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) menganggarkan lebih 51 juta pekerja sedunia akan hilang pekerjaan akibat krisis ini.

SITUASI DI MALAYSIA Dalam keadaan tersebut bagaimana Malaysia hendak menghadapi cabaran ini ? Apakah kesannya terhadap pekerja Malaysia ? Setakat ini mengikut mengikut statistik

kerajaan lebih 80,000 pekerja telah kehilangan kerja ( The Star 20/2/2009). Bukan itu sahaja, taraf hidup rakyat Malaysia telah menurun kerana kekurangan pendapatan. Rakyat biasa terpaksa bekerja lebih kuat untuk hidup dan menjaga keluarga mereka. Setiap hari pekerja kilang pergi ke kilang dengan kemungkinan akan kehilangan kerja. Banyak kilang telah mengurangkan pengeluaran, mengurangkan masa bekerja, membuat shut down dan potong gaji. Dalam keadaan ini apakah tindakan kerajaan Malaysia. ? Rakyat Setakat ini tiada apaapa polisi konkrit untuk menangani krisis ini terutamanya dalam membantu pekerja yang hilang pekerjaan. Pada bulan November 2008, satu pakej stimulus fiskal bernilai RM7 billion telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Fokus utama pakej ini adalah projek pembinaan dan infrastruktur, modal untuk peniaga kecil dan juga pembaikan kemudahan pihak polis. Tiada dasar atau perancangan konkrit untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan. Satu-satunya cadangan kerajaan untuk membantu pekerja adalah mengurangkan caruman KWSP untuk meningkatkan pendapatan bersih pekerja. Adakah ini satu polisi yang baik ? Tidak, kerana kerajaan mengurangkan simpanan masa tua pekerja dengan mengurangkan caruman pekerja. Maka bantuan dari kerajaan untuk pekerja - TIADA ! Satu lagi projek Kementerian Sumber Manusia ialah Skim Latihan Semula Graduan dan Belia yang Kehilangan Kerja. Kerajaan telah memperuntukkan hanya 220 juta ringgit untuk program ini. Berapa ramai orang yang boleh dibantu dengan RM220 juta ini ? Kerajaan Malaysia telah memberi RM10 billion kepada Syarikat Value-Cap untuk membantu menaikkan syer syarikat-syarikat kroninya, tetapi untuk pekerja yang hilang pekerjaan hanya RM220 juta ? Adakah ini satu tindakan yang prihatin kepada rakyat ?

TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA Sudah lama pekerja menuntut satu Tabung Pemberhentian Kerja yang dapat membantu pekerja semasa krisis ekonomi. MTUC dan JERIT telah meminta pihak kerajaan melaksanaan tabung ini. Namun sehingga kini, dasar ini tidak diimplementasikan akibat bantahan daripada majikan. Kerajaan, kalau hendak memenuhi tuntutan pekerja memang akan teragak-agak dan tidak mendengar keluhan pekerja. Sebaliknya, jika majikan meminta perubahan undang-undang untuk faedahnya sendiri, kerajaan akan dengan segera mengimplementasikannya walaupun ada bantahan besar-besaran daripada pekerja.

POLITIK ATAU EKONOMI? Sekarang pula, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin tenat, ahli-ahli politik terutamanya daripada pemerintah kuat berpolitik dan memfokuskan tenaga dan usaha mereka untuk menjatuhkan lawan mereka dan mengambil alih kuasa. Kalau dibuat perbandingan kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang ada memberi fokus kepada krisis ekonomi, akan tetapi ia masih tidak memadai. Sekarang pula pihak kerajaan akan melancarkan pakej stimulus kedua bernilai RM10 billion. Apakah ini akan membela nasib pekerja, kita belum pasti lagi. Lagipun, impak krisis ekonomi sekarang adalah besar, maka RM10 billion tidak memadai untuk mebaikpulihkan keadaan ekonomi sekarang. JERIT Mencadangkan 7 Tindakan ini Harus Diambil Demi Menghadapi Krisis Ekonomi : Cadangan JERIT adalah : 1. Tabung Pembuangan Kerja

Kerajaan harus memperuntukan 0.5 billion untuk memulakan tabung ini. 5 billion

telah dikeluarkan dari KWSP dan diberikan kepada Value Cap. Kerajaan hanya perlu ketepikan 10% dari jumlah ini untuk memulakan tabung pembuangan kerja. Memberi gaji bulanan kepada mereka yang dibuang kerja untuk 6 bulan atau

sehingga mereka dapat kerja. 2. Mewujudkan peluang pekerja 7 billion yang dicadangkan oleh Dato Najib Tun Razak untuk pelbagai Projek

Infrakstruktur harus dibayar terus kepada JKR, Lembaga Perumahan Negeri, Majlis Tempatan dan Agensi kerajaan yang lain dengan syarat dana ini digunakan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mengganggur. - 10 billion pakej stimulus baru harus digunakan untuk terus membantu pekerja. 3. Akta Gaji Minima dan Pekerja Asing Kerajaan harus mengimplementasi Akta Gaji Minima untuk menghentikan polisi gaji murah yang mengalakkan pengambilan pekerja asing yang murahSemua kuota

untuk pengambilan pekerja asing yang dipegang oleh Syarikah Besar pada masa hadapan harus dibekukan serta-merta Pekerja asing yang kehilangan pekerjaan harus diberi bantuan kemanusian dan

dihantar pulang dengan majikan membayar ganti rugi. 4. Berikan/Sewa Tanah untuk Pertanian Di kawasan Luar Bandar kerajaan harus menyewa 2-3 ekar tanah terbiar dan

diberikan kepada pekerja yang kehilangan kerja atau mereka yang tidak dapat pekerjaan

Satu makanisme untuk mendapatkan tanah swasta untuk tujuan yang sama

harus dilaksanakan .Pekebun kecil diberi hakmilik tanah

5. Catuan Makanan Kepada mereka yang langsung tiada pendapatan, kerajaan mesti membekalkan bakul makanan yang megnandungi makanan asas. 6. Merombak Skim Pinjaman Kerajaaan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan atau mengurangkan pinjaman perumahan dan lain-lain pinjaman seperti pinjaman kepada peniaga kecil untuk mengurangkan beban rakyat. 7. Jangan Kurangkan Cukai Koprat Kekalkan cukai koprat di tahap 27% seperti sekarang. Pengurangan cukai akan menyebabkan beban itu dialihkan kepada penguna atau rakyat biasa. JERIT mengharapkan pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri membawa dasar dan pelan tindakan yang konkrit demi menyelamatkan ekonomi negara dan pekerja Malaysia yang merana akibat krisis ekonomi ini. Kegagalan kerajaan untuk membuat demikian akan menolak rakyat kedalam kemiskinan dan kesengsaraan. Sekiranya kerajaan mengetepikan tuntutan pekerja, maka kita tidak boleh berdiam diri. Kaum pekerja Malaysia harus bangun berjuang demi menuntut hak kita. Kalau kita terus mendiam diri hak kita akan terus dicabuli dan generasi akan datang akan terus ditindas

Anda mungkin juga menyukai