Anda di halaman 1dari 3

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BINCANGKAN DALAM KUMPULAN KECIL BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN , PELAKSANAAN SERTA KESAN

PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL ( KIA 2M ) PENGENALAN Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu yang terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka terdiri daripada murid pemulihan khas dan murid yang memerlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas dengan secepat mungkin. Perancangan KIA 2M Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: Pencalonan Ujian Penapisan Perancangan Pengajaran Penilaian Tindakan Susulan KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M) Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan. BERPUSATKAN GURU Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. BERPUSATKAN MURID Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas

BERPUSATKAN BAHAN Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. PENDEKATAN Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. PENDEKATAN SECARA KELAS Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. PENDEKATAN SECARA BERKUMPULAN Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. PENDEKATAN SECARA INDIVIDU Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. TEKNIK PENGAJARAN Bercerita Latih Tubi Tunjuk Cara Bersoal Jawab Main Peranan Menyanyi Lakonan Kuiz MASALAH YANG DIHADAPI Kehadiran murid yang tidak menentu Murid kurang bermotivasi dan kurang tumpuan terhadap pelajaran Murid bersikap pasif dan takut

KESAN Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Penguasaan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis meningkat Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KIA 2M Jawatankuasa KIA 2M perlu berkesan. Kos perbelanjaan sediakan peruntukan yang mencukupi Sokongan pengurusan- amat perlu Cadangan dan teguran dari pelbagai pihak Kurangkan kerenah birokrasi

Anda mungkin juga menyukai