Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya amat menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Nazri B. Abu Bakar Pensyarah Matapelajaran Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (EDU3101), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.

Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses

merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terusmenerus"

Muhammad Faez B Nurazman Amrullah

Model Kukurikulum Lawrence Stenhouse

Model kukurikulum yang diperkenalkan oleh Lawrence Stenhouse dinamakan Model Kurikulum Stenhouse.Ia berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam seseuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters(1966) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. Manakala, kemahiran manipulatif dan pendidikan jasmani merupakan aktiviti pelajaran dikuasai untuk mengetahui bagaimana, dan jarang banyak daripada mengetahui ilmu pengetahuannya. Model Kurikulum Stenhouse merangkumi 6 aktiviti. Sebagai contohnya, aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. Yang kedua ialah aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran. Seterusnya ialah aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan pengamatan dan daya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru, serta aplikasi dalam suatu proses intelek. Di samping itu ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko

kejayaan atau kegagalan. Yang terakhirnya ialah aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau disiplin. Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum. Strategi yang lain ialah menggalakkan pelajar

bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu.Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Pembelajaran berpusatkan murid

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.

Selain

itu,

Pembelajaran

berpusatkan

pelajar

mewujudkan

pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka

Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan murid iaitu :

i.

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.

iii. iv.

Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

a. Aktiviti berserta contoh untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah berdasarkan model kurikulum tersebut.

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah: i.

Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

ii.

Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat

berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, dan menyelesaikan masalah secara koperatif iii. Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). iv. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menganalisis

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

v.

Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya, dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis

dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam

pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal, permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa

mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna, kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

vii.

Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif ia juga dalam

menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah

bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan

perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

viii.

Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara

langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.

b. Antara

kaedah

bagaimana

guru

dapat

membantu

murid-murid

untuk

berkembang secara holistik dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek ialah: Dalam membantu pelajar berkembang secara holistik dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah suasana sekolah. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, keadaan persekitaran sekolah hendaklah berada dalam keadaan yang ceria, kondusif dan meransang pemikiran pelajar. Dengan ini, murid dapat berkembang dengan harmonis dan menyeluruh. Keadaan sekolah yang kotor sama sekali tidak akan membantu murid berkembang. Ini kerana, pemikiran mereka terganggu oleh permandangan yang menyakitkan mata, bau yang busuk mahupun suasana yang tidak tenteram. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan guru dalam memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria. Guru juga digalakkan untuk menerapkan nilai murni dalam setiap pengajaran dan pembelajaran mereka. Bukan sahaja pelajar mendapat ilmu pendidikan malahan juga mendapat ilmu nilai murni yang dpat diterapkan dapat kehidupan seharian murid. Nilai merupakan antara perkara yang penting pada masa kini kerana ia digunakan dalam kehidupan seharian murid. Tidak kira semasa berhubung dengan keluarga mahupun dengan masyarakat luar. Nilai murni merupakan perkara yang semakin luput dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Dengan meningkatnya kes jenayah dan maksiat di negara kita membuktikan keruntuhan nilai yang terjadi dalam masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pendidik untuk menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar hari ini dengan harapan masyarakat masa hadapan dapat

mengembalikan pengamalan nialai murni dalam kehidupan seharian. Dalam mendidik anak murid ke arah kecermelangan holistik, guru tersebut juga hendaklah menunjukkan sifat kecermelangan holistik. Murid-murid di sekolah rendah

menilai guru mereka sebagai model ikutan mereka dalam kehidupan seharian. Apabila murid-murid melihat guru mereka bersifat profesional dan menunjukkan kecemerlangan holistik dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Guru hendaklah berkerampilan menarik setiap kali masuk ke kelas. Guru juga hendaklah pandai berkomunikasi dengan murid-murid agar pembelajaran dua hala dapat terlaksana. Guru tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa yang tidak sesuai semasa mengajar kerana ia dikhuatiri menjadi ikutan pelajar dalam hidup seharian mereka. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang juga, guru juga dicadangkan untuk melakukan program perkhemahan. Program perkhemahan tersebut boleh dilakukan tidak kira didalam atau di luar sekolah. Akan tetapi, menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin sewaktu aktiviti perkhemahan tersebut. Program perkhemahan dilihat mampu membuatkan pelajar belajar dengan minda separa sedar dan ini sekaligus membuatkan mereka lebih cepat faham dan mengingatinya. Program perkhemahan yang mampu memberikan pelajaran secara holistik ialah program perkhemahan yang mampu menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar. Program ini juga hendaklah diselitkan dengan sedikit pengisian rohani. Sebagai contoh mengadakan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Disini, pelajar dicabar dengan keadaan persekitaran dan mental yang mencabar. Oleh itu, pelajar hendaklah membuat setiap keputusan dengan tepat dan seterusnya mampu mendidik beberapa nilai murni dalam diri pelajar seperti sifat kepimpinan dan membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan. Perlantikan pengawas di sekolah juga dapat membentuk pelajar yang cemerlang secara holistik. Pengawas merupakan insan yang dilantik pihak sekolah menggantikan tugas guru dalam memastikan keselamatan dan keharmonian sekolah. Pengawas juga dipilih bedasarkan beberapa ciri antaranya ialah berkerampilan kemas dan berdisiplin. Perlantikan pengawas dalam kalangan murid dapat membantu pembentukan pelajar cemerlang secara holistik. Pengawas yang dipilih ini menerapkan seluruh nilai

murni semasa menjalankan tugas. Mereka juga pada masa yang sama berusaha mengekalkan prestasi pelajaran mereka didalam kelas. Ini membuatkan pelajar tersebut berkembang secara bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Tetapi, pengawas-pengawas tersebut hendaklah diberikan kursus untuk menjadi seorang pengawas yang cemerlang. Barulah dia dapat mengamalkan pembelajaran secara holistik. Guru juga hendaklah ikhlas dalam mendidik anak muridnya. Guru tidak boleh bersikap sambil lewa dalam mengajar kerana banyak kesan buruk yang menimpa pelajar sekiranya dia berbuat demikian. Guru hendaklah tidak mementingkan gaji semata-mata dalam mengajar dan menyedari tanggungjawab mendidik anak bangsa pada guru. Sikap acuh tak acuh semasa mengajar akan membuatkan murid menjadi bosan didalam kelas dan seterusnya menjadikan keputusan peperiksaan mereka terganggu. Murid juga hilang minat untuk ke sekolah kerana tiada pendorong untuk mereka ke sekolah. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh dan seterusnya menjadikan pelajar lebih berminat untuk ke sekolah dan belajar dan seterusnya berkembang menjadi insan yang cemerlang secara holistik. Selain itu, guru juga perlu lebih rapat bersama pelajar. Apabila hubungan guru dan pelajar semakin mesra, dinding pemisah pendapat antara guru dan murid akan lenyap dan memudahkan guru mengesan jika pelajar tersebut mempunyai masalah semasa di dalam kelas atau tidak. Seterusnya, murid dapat belajar tanpa sekatan dan mereka dapat berkembang secara holistik. Selain mengajar di dalam kelas, guru juga perlulah mengajar murid di luar kelas. Sebagai contoh, semasa di kelas guru mengajar seperti biasa. Kemudian, pelajar dibawa ke luar kelas dan pelajar didedahkan dengan keadaan persekitaran. Ini membuatkan mereka bukan sahaja mendapat ilmu di dalam kelas, malah dapat menambah keyakinan diri pelajar untuk belajar daripada alam sekeliling.

Dalam kita tidak sedari, alam sekitar banyak mengajar manusia mengenai kehidupan. Sebagai contoh, dalam organisasi di dalam hutan kesemua haiwan dan tumbuhan hendaklah salaing bekerjasama untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh yang demikian, guru hendaklah membawa murid untuk melihat kea lam sekeliling dalam membantu pelajar berkembang dengan menyeluruh.

Refleksi Banyak perkara baru yang saya dapat pelajari menerusi kerja kursus bedasarkan ilmu Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nazri B. Abu Bakar kerana telah mengajar saya subjek ini semasa didalam kelas seterusnya memberikan gambaran asas untuk membuat tugasan ini. Antara perkara baru yang saya pelajari ialah mengenai tajuk KKBI ini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan seawal 1982 yang mana pada masa tersebut sebanyak 305 buah sekolah di seluruh Malaysia dipilih di peringkat percubaan. Menjelang tahun 1983, seluruh sekolah di Malaysia menggunapakai sistem KBSR ini. Saya juga telah mempelajari Model Kurikulum Stenhouse. Lawrence Stenhouse telah mengemukakan model kurikulum yang menekankan pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dalam perlaksanaan KBSR. Model ini dinamakan Model Kurikulum Stenhouse yang mana berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Banyak dugaan dan cabaran telah saya tempuhi dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Antaranya ialah kekangan masa yang kurang. Ini menyebabkan saya terpaksa bertungkus lumus dalam memastikan kerja ini siap dalam masa yang ditetapkan. Namun, saya menempuhi segala cabaran yang mendatang bersama rakanrakan dan akhirnya kami dapat menyelesaikan KKBI ini dalam masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih

Bibliografi Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi.Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4. Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia: Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya. Suhaida Abdul Kadir, 2002. Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional]Terhadap Prestasi, Abtribusi Pencapaian,Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Social Dalam Pendidikan Perakaunan. . Universiti Putra Malaysia, tidak diterbitkan. Syidam Abdullah, 2008. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diterima daripada http://www.scribd.com/doc/8535938/PB-Berpusat-Pelajar. pada 11/01/2010. Pada 11/01/2010 Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. Diterima Daripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah . Pada 11/01/2010. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Anda mungkin juga menyukai