Anda di halaman 1dari 6

Peranan islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu kini harus kita lihat dengan pandangan yang lain

dari sudut pandangan kebiasaan yang kita lihat. Kedudukan ilmu pengetahuan tantang hal tersebut pada masa ini membawa kesimpulan yang amat membimbangkan dalam fikiran pejuang yang menuntut kebenaran. Hal ini demikian kerana tiada kecaknaan dan sensitiviti dalam kalangan manusia itu sendiri khususnya orang melayu dalam mengkaji sejarah dan kebudayaannya menurut pandangan Islam. Akibat daripada tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai Islam dan perananya dalam sejarah dan kebudayaan inilah yang menyebabkan penderitaan nasib bangsa yang telah melupakan sejarahnya sendiri. Jelaslah disini menunjukkan bahawa tiada matlamat yang dicapai untuk panduan masa hadapan. Sejarah yang ada dan diajarkan sekarang sebenarnya daripada pandangan asing yang tidak menggambarkan semangat yang berkobar-kobar dalam menembusi angkasa ilmu. Dalam pilihan-pilihan buruk perbendaharaan kesusasteraan Melayu, mereka telah mencipta suatu gambaran yang menayangkan rasa ragu-ragu terhadap kedewasaan bangsa, satu sifat keanak-anakan yana telah menimbulkan rasa benci dan malu terhadap sejarah lampau. Dalam kesusasteraan tersebut telah diulang-ulang sifat dongengnya dan gambaran sejarah sekadar satu mitos yang melampau dalam khayalan sehingga rasa muak ingin mengenalinya. Telah dizahirkan rasa keji itu dengan menyatakan bahawa yang lampau itu tidak berguna, memalukan, berbahaya bagi kehidupan kini dan tidak membawa apa-apa matlamat pada masa hadapan sedangkan yang lampau itulah patut dipelajari agar dapat difikir , dimengherti, difahami dan dijadikan panduan bagi masa hadapan, (Arbaiyah Mohd Noor,2011). Keadaan yang mengabaikan masa lampau inilah yang menunjukkan satu bahaya besar yang merupakan malapetaka yang menimpa jiwa kita yang jelas menunjukkan kesannya kini. Oleh kerana gambaran sejarah lampau digambarkan dengan suram, keruh dan kelam, maka saarjana-sarjana Kepulauan-Indonesia telah menyatakan bahawa kedatangan islam tidak membawa apa-apa perubahan bahkan telah memberikan masa depan yang gelap dan masa depan tersebut telah dicerahkan dengan sinaran kebudayaan Barat. Maka, berlakulah penipuan dengan menyatakan barat telah mendatangkan satu jiwa baru yang menyatakan bahawa sejarah kini harus berteraskan semangat moden dari Barat. Begitulah halnya dalam sejarah kesusasteraan Melayu yang telah memutuskan pengkajiannya dengan sejarah lampau dan perlulah berteraskan

Barat. Barat menyatakan secara samar-samar dalam menandakan jiwa baru yang diwujudkan oleh mereka bahawa pada abad ke-19 barulah bermula penulisan sejarah secara saintifik, pencabaran terhadap feudalisme dan orang melayu mula menuju kepada pembebasan diri perseorangan. Padahal ciri yang baru tersebut itu telah berlaku pada 200 tahun yang lalu yang telah dinyatakan dalam sejarah islam. Pada abad ke-25 pula wujud golongan yang menggelarkan diri mereka dapat menyinarkan cahaya baru sedangkan mereka sendiri tidak betul-betul faham terhadap nilai yang dibawa oleh mereka. Mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan bagi menilai sejarah lama kerana mereka berpandukan kepada bimbingan daripada kolonial Barat yang nyata tiada hujung pangkalnya. Unsur-unsur baru dari barat yang terbit dalam kesusateraan Melayu-Indonesia sebenarnya mendakyahkan nilai tradisional dan kesengsaraan dalam lakonan hidup (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1999). Nilai hidup barat sebenarnya banyak bertemakan tragedi. Pandangan hidup yang menekankan nilai sedemikian bukanlah baru tetapi sudah menjadi keutamaan dalam jiwa Barat. Jiwa yang kononnya baru ini tidak menepati jiwa bangsa dan kebudayaan kita yang berlandaskan kebudayaan islam. Nilai-nilai yang terbayang dalam jiwa baru ini sebenarnya dinilai oleh mereka yang keliru yang tidak dapat membezakan yang benar dengan yang palsu,yang membawa kepada kewujudan masyarakat pinggiran dan tidak dapat menyelami ketimuran mahupun kebaratan. Seperti yang kita lihat para sarjana sejarah dalam pengkajian kepulauan Melayu-Indonesia hanya memberatkan kajian berdasarkan kolonial. Mengenai sejarah lama,mereka hanya mengetahui tentang zaman Hindu-Buddha dan sedikit tentang purbakala. Hal ini berlaku demikian kerana kita tidak bermuhasabah tentang satu faktor penting yang telah diabaikan dan diteledorkan sedangkan dapat membantu kita dalam pengkajian sejarah tersebut, pengabaian tersebut ialah pengabaian tentang sejarah Islam dalam kepulauan ini. Sejarah islam itu seolah-olah hilang atau dihilangkan kerana menumpukan kepada sejarah Hindu-Buddha, kolonial dan sejarah yang dikatakan baru itu. Sedangkan tiada kesannya dalam kehidupan masyarakat Melayu-Indonesia. Seperti yang diketahui, sejak kedatangan Islam di Alam Melayu sejarah islam mula dipelajari oleh masyarakat melayu berpandukan Al-Quran yang mengandungi dua pertiga kisah sejarah Islam yang asli di dalamnya. Malah, mereka juga didedahkan dengan karya-karya pensejarahan Islam (Arbaiyah Mohd Noor, 2011). Kisah sejaeah dalam al-Quran juga telah ditafsir dan

dihurai oleh para ulama di samping menterjemah sesetengah karya pensejarahan berbahasa Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman masyarakat agar mereka dapat menjadikannya sebagai pengajaran dan renungan. Oleh itu, Islamlah yang menyempurnakan masyarakat Melayu-Indonesia kerana telah membawa dua unsur iaitu unsur penyatuan bahasa sastera dan satu agama serta segala kebudayaan yang berkaitan dengannya yang menguatkan unsur nasib politik dan keturunan yang dibawa sebelum Islam. Hal tersebutlah dapat menyempurnakan sejarah serta fahaman keperibadian sendiri dan fahaman kebangsaan terhadap masyarakat Melayu-Indonesia. Sejarah Islam telah diabaikan dan peranannya dalam sejarah telah diperhampakan kerana telah digambarkan sejarah Islam itu satu keadaan sejarah yang kelam dan penuh kegelapan. Para sarjana dengan bantuan daripada pujangga dan penulis telah mempengaruhi masyarakat supaya meniru nilai-nilai Barat agar dapat membentuk keperibadian zaman akan datang. Hal tersebut telah mendesak kita supaya mencari suatu rumusan yang seia antara nilai lama dengan nilai baru. Dalam usaha ini telah nampak para sarjana, pujangga dan penulis kita seolah-olah terpaksa mencari nilai-nilai lama itu pada zaman pra-Islam iaitu zaman Srivijaya, Majahapahit dan selanjutkan kita telah pergi ke zaman purbakala yang sepatutnya dibiarkan lenyap untuk selama-lamanya. Sekali lagi kita enggan mencari nilai-nilai moden itu menurut Islam tetapi telah menoleh jauh kebelakang ke zaman kuno yang penuh dengan nilai kebiadapan, kesusilaan yang kolot dan anti rasional yang bertentangan dengan nilai-nilai moden. Dalam kekeliruan itu, muncullah rumus baru dari barat yang kononnya untuk pembangunan ekonomi dan teknologi tetapi apabila dipandang jauh, ia berkemungkinan mempengaruhi kebudayaan hinnga dapat wujud satu kebudayaan Asia Tenggara. Perkara tersebut pasti merubah masyarakat Islam jika tidak dicabar. Asia Tenggara sebenarnya tiada tradisi rasionalisme falsafah, kecuali rasionalisme falsafah islam yang telah wujud beratus tahun yang lalu yang meliputi daerah Kepulauan Melayu-Indonesia. Asia Tenggara ini sebenarnya dari segi sejarah dan alam fizikal ialah daerah yang dipengaruhi masyarakat islam. Konfrontasi antara Islam dan Barat dalam bidang agama masih berlaku dan kini dalam kebudayaan pula. Jikalau terus diabaikan dan tidak diambil sebagai tanggungjawab peranan Islam dalam kebudayaan kita, mugkin kita akan kembali kepada zaman yang

berkisar kepada gelanggang Lautan India yang telah dihancurkan oleh Islam sejak 1000 tahun yang dulu. Barat telah membiasakan pengkajian bahasa Melayu dengan unsurunsur bukan Islam. Pengasingan bahasa melayu dari islam telah hampir-hampir dimutlakkan dengan perubahan tulisannya dari jawi ke rumi. Sebenarnya tulisan jawi telah diajar kepada sebahagian besar masyarakat melayu di rantau ini kerana melalui tulisan jawi ini maka seseorang akan lebih mudah memahami al-Quran. Tulisan Melayujawi mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan huruf-huruf yang terdapat dalam alQuran, maka secara tidak langsung mereka telah diajar untuk berfikir, mendalami ilmu pengetahuan serta mengambil pengajaran melalui kisah sejarah yang terdapat di dalamnya. Ini kerana, selain terdapat perintah atau hukum-hakam di dalamnya, al-Quran juga turut memerintahkan umat islam untuk mengkaji sejarahnya. Misalnya dalam surah Yusuf ayat 109 yang bermaksud dan kami tidak mengutuskan sebelum engkau hanya beberapa orang lelaki dari penduduk negeri ini yang kami wahyukan mereka. Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi dan memerhatikan akibat orang sebelum mereka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang memelihara dirinya daripada kejahatan. Tidakkah kamu berfikir?. Jelaslah dalam ayat tersebut menyuruh kita supaya mempelajari sejarah silam agar dapat difikir, dimengerti, difahami dan dijadikan panduan bagi masa hadapan. Melalui perintah beberapa kisah yang boleh dijadikan iktibar untuk masa depan ini juga sedikit sebanyak telah memberi kesedaran awal tentang konsep sejarah dalam pemikiran masyarakat Melayu serta perkembangan karya pensejarahan seterusnya (unsure buku lain). Jelaslah bahawa pengkajian sejarah lampau tidak boleh diabaikan dan diasingkan daripada sejarah Islam. Andaikata umat Islam Asia Tenggara sanggup tidur nyenyak dalam kejahilan, maka lagi umat yang akan menjamin sejarahnya dan tiadalah yang akan memikul tanggungjawabnya kelak. Dalam pengkajian sejarah, betapa pentingnya kita mengkaji sejarah lampau khususnya sejarah Islam (Syed Muhmmad Naquib Al-Attas, 1999). Para sarjana masyarakat Islam harus memandang sejarahnya meskipun nampak sejarah itu seolah-olah buruk belaka. Yang lama itulah yang mempunyai kebenaran yang hakiki di dalamnya. Namun begitu, kajian sejarah masih meghampakan peranan islam di dalamnya. Hal yang sedemikian inilah senbenarnya palsu dan tidak benar. Sepatutnya pengabaian terhadap islam tidak berlaku. Pengkajian sesuatu bahasa dan kesusasteraan sesuatu bangsa perlulah

lengkap meliputi bidang-bidang bahasa ilmiah yang lain seperti agama, falsafah, sejarah, kesenian dan lain-lain lagi yang benar-benar dapat menayangakan intisari sesuatu kebudayaan. Maknanya disini, haruslah dikaji agama orang melayu, falsafah orang Melayu, sejarah orang Melayu, kesenian orang Melayu dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu lain pula hanya sebagai latar belakang bagi mengemukakan sifat dan hakikat tamadun dan kebudayaan Melayu. Pengenalan sempurna bahasa dan kesusasteraan Melayu tidak dapat diasingkan dengan pengenalan terhadap Islam. Menurut adat resam Melayu, seseorang anak itu haruslah dapat mengaji al-Quran dahulu sebelum boleh belajar bahasa Melayu. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Abdullah Munsyi yang merupakan pembantu dan penulis Raffles. Beliaulah yang telah memberitahu Raffles tentang adat resam melayu tersebut tetapi Raffles telah mengubah dengan mengasingkan kajian bahasa melayu dengan Islam. Jelaslah disini bahawa pengaruh barat menyebabkan kesusasteraan Melayu-Indonesia menjadi lemah dan jauh daripada dasar Islam kerana pengkajiannya yang dipisahkan daripada Islam. Bahasa Melayu itu mungkin bahasa kedua yang terbesar dalam dunia Islam tetapi dunia islam belum mengenali hakikat ini kerana pengkajian bahasa Melayu diasingkan daripada Islam. Pengkajian bahasa Melayu dalam rangka sedunia perlulah lebih luas dan sempurna, ianya juga perlu lebih luas menurut islam. Perlulah dikaji sekarang bahawa bahasa dan kesusastraan Melayu sebagai alat kebudayaan Islam diberi kedudukan yang sewajarnya. Keseimbangan nilai-nilai Islam perlulah dituntut sebagaimana yang patut. Latar belakang penilaian kebudayaan Islam yang datang kemudian, yang kesan-kesan dan kepercayaannya masih kekal berdaulat hingga kini yang sebenarnya melambangkan peribadi kebudayaan kita yang sebenarnya. Sebagaimana tercermin dalam kesusasteraan Melayu Lama dan sebahagian besar Jawa Baru menunjukkan bahawa pengkajian Islam dan kebudayaannya harus meliputi bidang asasi ilmiah seperti agama, falsafah, sejarah yang semuanya terkandung dalam kesusasteraan. Sejarah perkembangan Islam perlulah menjadi latar belakang bagi memahami sejarah pemikirannya. Kita juga perlulah mengenali weltanschauughen iaitu pandangan-pandangan hidup pelbagai kebudayaan dan kesusilaan yang telah dan sedang mempengaruhi kehidupan kita.

Teledor= tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah, malas-malas, Feudalisme= 1. System kemasyrakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. 2. System pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di zaman eropah pada zaman dahulu(dengan kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah) Jiwa baru: sebenrnya jiwa yang baru mengenali bidang sajak,cerita pendek dan novel yang merupakan cetek pengetahuannya.. Jawi..rujukannya ialah buku purba tu Rujukan Kamus dewan (edisi ketiga) (1996). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai