Anda di halaman 1dari 8

MODEL ASSURE

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982), tujuan model ini ialah menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Atau dengan kata lain ia adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Model Assure bermaksud mempastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah: A : Analyse learner (Analisis pelajar) S :State objektif (Nyatakan objektif) S : Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan) R : Require learner participation (Libatkan pelajar) E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula) Daripada model ini, guru akan membuat persediaan dari awal sehinggalah proses pengajaran dan pembelajaran selesai. Ini bertujuan membolehkan guru menyampaikan isi pengajaran dengan baik semasa berada dalam kelas. Model ini sangat berguna kepada guru yang merancang untuk menggunakan media dan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. A : Analyse Learner (Analisis Pelajar) Komponen menganalisis murid merupakan salah satu komponen yang perlu dititik berat sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, saya perlu mengetahui ciri-ciri yang ada pada murid seperti

perbezaan dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Daripada hasil analisa inilah, maka kita dapat menentukan kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Analisis murid boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu. Ciri-ciri umum Ciri-ciri secara umum iaitu guru perlu mengetahui jumlah murid keseluruhannya terlebih dahulu sebelum mengajar. Contohnya analisis murid yang telah kita lakukan kepada murid-murid tahun 3 Dirgahayu, Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal Kota Kinabalu ialah 15 murid lelaki dan 25 murid perempuan. Justeru, sebagai guru, saya perlu mendidik, mengajar dan memberi kefahaman kepada murid-murid. Segala perbuatan dan perkataan hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak menyentuh perasaan yang boleh menimbulkan masalah. Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar Kategori kedua pula ialah pengetahuan sedia ada murid. Murid-murid Tahun 3 Dirgahayu sudah terdedah dengan persekitaran sekolah, ini bermakna semua murid telah biasa mengikuti perhimpunan sekolah, dan telah biasa mendengar ucapan dari wakil pelajar dan ucapan dari guru bertugas. Murid-murid tahun 3 Dirgahayu juga telah biasa mendengar arahan-arahan serta pesanan dari guru-guru bertugas semasa perhimpunan sekolah. Stail pembelajaran Manakala kategori yang terakhir ialah, kaedah pengajaran yang digunakan. Memandangkan sikap murid yang lebih berminat kepada gaya pembelajaran yang melibatkan media, maka saya menggunakan media seperti gambar sekolah, kad kosa kata, borang pengurusan grafik, petikan teks, video klip sekolah, laman web utama sekolah, pita rakaman. Selain itu mereka juga lebih suka gaya pembelajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan murid dan suka belajar berdasarkan apa yang menarik untuk dilihat. oleh itu, untuk memastikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan, saya telah memilih untuk menyediakan bahan-bahan, kaedah dan pendekatan yang sesuai selain menyediakan alat bantu mengajar yang menarik.

S : State Objektif (Menyatakan Objektif) Menurut Assure, objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan, dengan itu dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, objektif amat penting dan harus dinyatakan dengan jelas. Objektif ialah sesuatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari oleh murid selepas mengikuti pelajaran tersebut. Ia juga melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap dan sebagainya. Objektif adalah penting dalam menentukan jenis media pengajaran yang akan digunakan dan juga corak penilaian yang akan dijalankan. Objektif yang saya pilih dapat menerangkan apa yang boleh dicapai oleh murid pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga objektif dalam pengajaran ini iaitu: 1. Semua murid dapat menyatakan secara lisan lima isi penting tentang beberapa perkara yang didengar selepas diperdengarkan rakaman perbualan yang mengandungi ayat arahan dan ayat pesanan. 2. 3. Membacakan lima maklumat penting berdasarkan teks ucapan. Menulis dengan jelas tiga ayat arahan dan tiga ayat pesanan.

Berpandukan kepada objektif di atas, subjeknya ialah semua murid tahun 3 Dirgahayu, dapat menyatakan secara lisan lima isi penting, sesuatu keadaan yang boleh diukur dan menunjukkan prestasi murid telah meningkat. S : Select Method, Media and Material (Pilih kaedah, media dan bahan) Setelah menganalisis murid Tahun 3 Dirgahayu dan menentukan objektif yang ingin dicapai, langkah seterusnya adalah pemilihan kaedah, media dan bahan. Pada peringkat ini, saya menggunakan pelbagai bahan dan penggunaannya dibuat berdasarkan kepada objektif pembelajaran agar murid dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang ayat arahan dan ayat pesanan. Pemilihan ini mempunyai tiga peringkat iaitu:

Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran; Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

Kaedah Hasil daripada penganalisaan murid-murid, maka saya memilih menggunakan kaedah demontrasi, saya memilih kaedah ini sebab pengajaran ini melibatkan penayangan video klip, di mana guru akan menunjukkan atau menayangkan kepada semua murid kelas 3 Dirgahayu video klip lagu sekolah Sk Darau Menggatal, selain dari set induksi, isi pelajaran seterusnya iaitu pada langkah 1 dan langkah 2, juga menggunakan kaedah demontrasi, iaitu guru sekali lagi memperlihatkan video klip, memperdengarkan rakaman ucapan guru bertugas semasa perhimpunan sekolah dan melayari laman web sekolah. kaedah lain yang saya gunakan ialah kaedah perbincangan, kaedah ini sesuai digunakan kerana selepas membentuk kumpulan, semua murid perlu berbincang untuk mencari isiisi penting seperti yang di arah oleh guru, dan selepas perbincangan murid perlu mencatat hasil perbincangan tadi dan membentangkannya dihadapan semua murid. Kaedah lain ialah menggunakan kaedah pembelajaran secara Konstruktivisme iaitu saya mencungkil idea murid-murid dalam sesi soal jawab supaya membolehkan murid terlibat secara aktif dalam menyumbangkan idea mereka. Media Media yang saya pilih adalah media komputer, saya pilih media ini kerana ia boleh mempersembahkan hampir kesemua bahan-bahan pengajaran yang saya guna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, seperti penayangan video klip, menggunakan aplikasi power point, menyediakan petikan teks ucapan, memperdengarkan rakaman ucapan guru , dan melayari internet terutama untuk melayari laman web sekolah dan mencari makna perkataan yang sukar difahami di internet, boleh dikatakan hanya dengan komputer dan internet, kita boleh mempersembahkan hampir keseluruhan bahan pengajaran kita. Media lain yang saya gunakan ialah kad kosa kata, saya memilih media ini supaya murid dapat menyentuhnya, menghampirinya serta boleh di tunjukkan kepada murid pada bila-bila masa, selain itu kad ini juga boleh dilekatkan di sudut mata pelajaran Bahasa Melayu untuk beberapa hari. Bahan Dari segi pemilihan bahan pula, saya memilih perisian power point sebagai medium pengajaran. Semasa membina dan menyediakan media pengajaran ini, saya telah meneliti beberapa perkara yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan menyeronokkan. Contohnya untuk memastikan interaksi dua hala antara guru dan murid, beberapa soalan berkaitan dan menguji minda mereka diajukan selepas topik ini selesai diajar melalui paparan skrin. Ini untuk memastikan bahawa murid betulbetul memahami pengajaran yang disampaikan selain objektif dapat dicapai. Semasa sesi menjawab soalan ini, beberapa orang murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan ringkas di skrin komputer. Selain itu, saya juga memasukkan gambar-gambar dan animasi yang berkaitan, tujuannya supaya murid lebih tertarik untuk mengetahuinya sesuatu topik yang diajar. Selain itu, saya juga menitik beratkan latar belakang, saiz, jenis tulisan dan audio power point. Saya memilih latar belakang berwarna hitam agar tulisan yang berwarna cerah dapat dipaparkan dengan lebih jelas, tulisan yang bersaiz 20 ke atas selain menggunakan bunyi audio iaitu lagu sekolah, bersesuaian dengan tajuk pengajaran kami iaitu Perhimpunan sekolah. untuk lebih menarik perhatian murid-murid dan bahan pengajaran dapat disampaikan dengan lebih jelas. U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan) Model Assure mencadangkan komponen menggunakan media dan bahan terbahagi kepada lima langkah atau peringkat. Lima langkah yang harus kami ambil berat adalah mengadakan pratonton bahan, persiapan bahan, persiapan persekitaran, persiapan pelajar dan menyediakan pengalaman pembelajaran terlebih dahulu. Kesemua langkah tadi merupakan aspek penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pada peringkat pertama iaitu pratonton bahan, saya telah menonton perisian pengajaran power point yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Ini adalah bertujuan untuk melihat dan meneliti isi kandungan power point terlebih dahulu sebelum mempersembahkannya dihadapan murid untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. saya sedar, pratonton media sebelum proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting sebagai persediaan bagi memastikan guru benar-benar memahami isi kandungan bahan pengajaran yang akan diajar.

Manakala pada peringkat persiapan bahan pula, saya memberi penekanan kepada proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula seperti komputer dan perisian power point dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Peringkat seterusnya ialah saya membuat persiapan persekitaran yang merangkumi persiapan media dan peralatan-peralatan lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah komputer, skrin dan sumber kuasa seperti elektrik dan pencahayaan berada dalam keadaan baik. Di samping itu, saya perlu memastikan peralatan-peralatan yang hendak saya gunakan berada dalam susunan yang memudahkan guru menggunakannya dan pelajar dapat melihat pengajaran guru dengan jelas. Pemeriksaan ke atas perkara-perkara ini perlu dilakukan oleh guru sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi menjamin kelancaran sesi tersebut. Peringkat keempat adalah persiapan pelajar. Di awal proses pembelajaran, guru melaksanakan set induksi bagi memperkenalkan topik. Ia bertujuan untuk membolehkan murid-murid lebih bersedia dan berminat tentang topik. Dengan ini, sedikit sebanyak murid telah bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan proses ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Peringkat terakhir dalam komponen ini ialah menyediakan pengalaman pembelajaran. Guru bertindak sebagai pemudah cara dengan merangsang pelajar mengaitkan tajuk yang dipelajari dengan pengalaman dan persekitaran mereka. Oleh itu, saya menjadi bahan rujukan pelajar selain menjadi pemudah cara atau fasilitator. Ini adalah bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Selain itu, penggunaan pelbagai jenis media dan bahan mendedahkan murid-murid kepada teknologi-teknologi terkini dan seterusnya memberi bentuk pengalaman pembelajaran yang berbeza iaitu cara penggunaan teknologi tersebut.

R : Require learner participation (Libatkan pelajar) Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. Merujuk kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya telah sediakan, penglibatan pelajar dapat dilihat melalui aktiviti bersoal jawab dengan guru berdasarkan lagu sekolah, laman web, teks ucapan, rakaman ucapan, kad kosa kata serta latihan pengukuhan yang dipaparkan dalam slaid power point melalui komputer. Berdasarkan teori kognitif, pembelajaran berfokus kepada proses mental secara dalaman yang dapat memastikan keberkesanan pembelajaran dan murid dapat memanipulasikan maklumat yang ada. Maklum balas sangat penting kerana dalam proses pengajaran, maklum balas berlaku sekiranya terdapat tindak balas daripada murid. Contohnya tindak balas yang diperolehi melalui latihan yang diberikan kepada muridmurid (Mokhtar Affandi, 1996). Guru memainkan peranan sebagai penyampai utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penglibatan aktif muridmurid dalam sesi ini ditekankan. Ini bertujuan agar dapat mempertingkatkan kemahiran kognitif, emosi dan sosial mereka. Semua murid terlibat secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Setiap murid perlu mematuhi arahan saya sebagai guru supaya perlaksanaan pengajaran akan berlaku dengan lebih baik dan berkesan. saya perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu juga, perlu mewujudkan suasana yang selesa dan menyeronokkan di samping memantau dan membimbing mereka dalam mengawal disiplin tingkah laku dan memberi tunjuk ajar yang betul supaya pembelajaran tersebut lebih berkesan. E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula) Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Setelah sesi pengajaran tamat, saya akan menilai apa yang telah dilakukan dan dihasilkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah aspek terpenting

yang mana melibatkan guru dan murid. saya akan menilai sama ada proses pengajarannya memberi kesan atau tidak kepada murid-murid di samping pemilihan media, kaedah dan bahan yang sesuai atau tidak dan objektif yang telah dirangka tercapai atau sebaliknya. Antara yang boleh saya dilakukan untuk menilai semua ini adalah dengan bersoal jawab tentang soalan yang dipaparkan melalui perisian power point. Sekiranya pencapaian adalah baik, ini menggambarkan objektif saya rancang telah tercapai, penggunaan media, kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai