Anda di halaman 1dari 20

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 2 OPERASI DAN PENGIRAAN

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, pelajar akan membina teknik-teknik untuk membuat pengiraan mental dan penganggaran di samping meneroka kaedah kertas dan pensil dalam pengiraan nombor bulat melibatkan empat operasi asas. Pengiraan mental dan penganggaran memerlukan pemahaman yang mantap tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nombor dan keupayaan menaakul matematik.

Tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kalkulator dan komputer sebagai alat pengiraan dalam matematik. Penggunaan kalkulator dan komputer dapat membantu pelajar menjalani pembelajaran yang lebih berkualiti dengan menyelesaikan masalah matematik yang lebih mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN: Mengira menggunakan kaedah : pensil dan kertas, kalkulator,komputer, pengiraan mental, dan bahan manipulatif. Menyenaraikan dan menerangkan kesesuaian menggunakan kalkulator dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah.

29

WAJ3105 LITERASI NOMBOR KERANGKA TAJUK Operasi dan Pengiraan

Kaedah Pensil Kertas Mengajar Operasi Tambah, Tolak, Darab & Bahagi Kalkulator dan Komputer kesesuaiannya

Penggunaan Bahan Manipulatif Pengiraan Mental dan Penganggaran

2.1

KAEDAH PENSIL KERTAS

Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Model digunakan untuk menggambarkan prosedur bagi setiap operasi. Kemudian, kita applikasikan prosedur tersebut untuk mengembangkan algoritma setiap operasi menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma tersebut.

2.2

MENGAJAR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepas memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas, iaitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan Tahun Satu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahun dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar.

2.2.1 Membina Algoritma untuk Operasi Penambahan

30

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Dalam bahagian ini, kita akan lihat algoritma untuk operasi tambah dan tolak

melibatkan nombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk memahami prosedur pengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak. Terdapat lebih daripada satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat. Kebanyakan algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat mengambilkira nilai tempat, ciriciri dan mencari persamaan untuk mencerakinkan pengiraan kepada yang lebih mudah serta menggunakannya untuk mencari jumlah ataupun hasiltolak yang dikehendaki.

Bagaimana anda menyelesaikan pengiraan di bawah yang melibatkan operasi tolak dengan menggunakan kaedah kertas-dan-pensil?

2,004 - 1,278 Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkan sesuatu algoritma dengan jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh seperti Blok Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkahlangkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina algoritma menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri- ciri operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkah- langkah dalam algoritma tambah adalah logik.

Ra

Pu

Sa

Rajah 1 Blok Dienes dengan Nilai Tempat

Contoh 1 menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan algoritma operasi tambah. Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan 31

WAJ3105 LITERASI NOMBOR blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambilkira konsep nilai tempat. Contoh 1 Menggunakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah. Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu. Penyelesaian:
Ra Pu Sa

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 369 + 244 613 32

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Guna blok asas sepuluh untuk menunjukkan proses penambahan 374 + 128. Tuliskan satu persamaan yang berkaitan.

Sekarang mari kita lihat cara lain untuk penambahan menggunakan kaedah kertas dan pensil yang berkait terus dengan penggunaan dalam contoh 1. Kita akan menggunakan soalan yang sama, 369 + 244 ditambah menggunakan Expanded Algorithm di mana semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian dikumpul semula mengikut mengikut nilai tempat. Penambahan Berkembang (Expanded Addition) 369 + 244 300 + 60 200 + 40 500 + 100 + + + 9 4 13 = 369 + 244 500 100 13 613

atau 613

2.2.2 Membina Algoritma untuk Operasi Penolakan Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi tolak sebagaimana yang telah digunakan dalam algoritma penambahan. Mula-mula, gunakan model untuk menggambarkan prosedur untuk operasi tolak. Kemudian, kita aplikasikan prosedur tersebut untuk mengembangkan algoritma tolak menggunakan pensil dan kertas.

Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk membuktikan algoritma penolakan. Contoh 2 Cari hasiltolak dengan menggunakan blok asas-sepuluh bagi 245 18 dan tulis persamaan untuk mencatat penolakan tersebut.

33

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Ra

Pu

Sa

Untuk mencukupkan sa bagi menolak 8, tukarkan 1 puluh untuk 10 sa. Kemudian ambil 8 sa daripada 15 sa dan tinggalkan 7 sa: Selanjutnya, tolak 1 puluh dari 3 puluh yang tinggal dan sekarang kita ada 2 puluh. Oleh kerana tiada nilai ratus yang perlu ditolak,maka hasiltolaknya ialah 227, dan ini direkodkan.

245 18 227

Rekodkan sebagai satu persamaan 245 18 = 227 34

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Sekarang kita lihat expanded subtraction, mulakan penolakkan dengan sa teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri.

dan

Penolakan Berkembang (Expanded Subtraction) 538 176 200 + 40 + 10 5 8 2


seterusnya

200 + 200 +

30 40 + 10 20 +

10 5 8 7

= 227

2.3

MENGAJAR OPERASI DARAB DAN BAHAGI

Dalam bahagian ini, kita akan melihat algoritma untuk pendaraban dan pembahagian nombor bulat. Kita mula dengan menggunakan model-model untuk membantu menjelaskan algoritma berkaitan dan kemudian menggunakan ciri- ciri nombor bulat untuk membuktikan algoritma itu.

2.3.1 Membina Algoritma untuk Pendaraban

Seperti algoritma penambahan dan penolakan, penggunaan model akan memberikan asas fizikal untuk menerangkan algoritma untuk pendaraban. Model yang digunakan ialah blok asas-sepuluh dan model gambar untuk mewakilkan pendaraban dalam mencari luas segiempat tepat. Menggunakan proses yang dicadangkan oleh model, kita akan bina algoritma kertas-dan-pensil untuk pendaraban. Akhirnya, kita gunakan penaakulan matematik bersama dengan ciri- ciri untuk membuktikan algoritma pendaraban. 35

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Contoh 3 Cari hasildarab 215 x 74

Kaedah Pendaraban Grid (Grid Method of Multiplication) 215 X 70 4 200 14 000 800 14 800 10 700 40 + 740 5 350 20 + = 15 910 370 atau x 74 20 40 800 350 700 14 000 15 910 Algoritma pertama berdasarkan model itu memerlukan kita mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan darabkan setiap digit mengikut nilai tempat untuk mendapatkan hasildarab separa. Dalam algoritma ini, yang disebut expanded algorithm semua hasil darab separa ditambah untuk mencari jumlah hasil darab. Manakala algoritma yang kedua, yang dikenali sebagai standard algorithm, melibatkan hanya dua hasildarab separa.

Pilih sama ada expanded atau standard algorithm untuk mencari hasil darab 345 x 6

Adakah anda dapat menyelesaikan semua latihan? Bagus! Berehat sebentar sebelum meneruskan operasi seterusnya.

36

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

2.3.2 Membina Algorithma untuk Pembahagian Contoh 4 Kaedah Penolakan ad hoc untuk Pembahagian
574 7

574 50 30 2 82 350 224 210 14 14 0

2 30
atau 50

82

7)574 350 224


210 14 14 0

Gunakan algoritma tak piawai untuk melakukan pengiraan. 367 + 85 658 274 176 x 83 1872 12

2.4 2.4.1

KALKULATOR DAN KOMPUTER Kalkulator

Bahagian ini akan membincangkan mengapa dan bagaimana kalkulator asas dapat 37

WAJ3105 LITERASI NOMBOR digunakan sebagai bahan bantu belajar (BBB) di sekolah rendah. Penggunaan kalkulator yang lebih canggih seperti kalkulator saintifik dan kalkulator grafik lebih sesuai digunakan di sekolah menengah.

Kalkulator asas adalah satu bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan memotivasikan pelajar sekolah rendah. Ianya lebih murah berbanding BBB yang lain dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya. Di samping itu, kemahiran pengunaan kalkulator akan menjadi semakin penting dan lebih ditekankan apabila pelajar naik ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Ianya juga menghasilkan output yang maksimum dengan input yang minimum iaitu pelajar dapat meningkatkan kemahiran matematik hanya dengan menekan beberapa butang kalkulator.

Kaklulator juga mempunyai pelbagai peranan. Ianya boleh digunakan untuk sebilangan besar topik matematik untuk setiap tahap. Dengan penggunaan kalkulator pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik topik - topik yang berkaitan.

Apakah Kalkulator? Kalkulator ialah satu alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas matematik termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik.

Kalkulator yang pertama dicipta oleh seorang Perancis bernama Colmur pada tahun 1820. Pada tahun 1875, seorang Amerika bernama Boldwin pula telah mencipta kalkulator yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan empat operasi asas matematik. Berikutan itu, kalkulator dan lebih canggih dan berteknologi tinggi telah dan masih dicipta dari masa ke semasa. Kalkulator asas patut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? 38

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Ciri- Ciri Kalkulator Asas Butang fungsi merujuk kepada butang operasi (iaitu, contohnya, butang , , , , % , ). Untuk

kalkulator yang lebih canggih, butang yang sama mempunyai lebih dari satu fungsi mungkin berkongsi fungsi dengan cos x atau fungsi

yang lain. Fungsi pemalar membantu pelajar menambah, menolak, mendarab dan membahagi dengan cara pantas

Fungsi grafik Fungsi saintifik Fungsi saintifik

Fungsi asas

Fungsi asas

Kalkulator Saintifik

Kalkulator Grafik

Cuba anda lakukan pengiraan ini. Masukkan satu nombor 3-digit ke dalam kalkulator, contohnya 678. Ulangi tiga digit tersebut untuk membentuk satu nombor 6-digit, contohnya 678 678. Bahagikan nombor 6-digit itu dengan 7, dengan 11 dan dengan 13 secara berturut-turut. Apakah hasil pengiraan yang anda dapat? Jelaskan mengapa ia terjadi sedemikian rupa.

39

WAJ3105 LITERASI NOMBOR 2.4.2 Komputer Penggunaan komputer di dalam bilik darjah membawa satu reformasi dan

perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dari segi teknik dan strategi. Bahagian ini membincangkan penggunaan komputer dalam kelas matematik di sekolah. Pengajaran Berbantukan Komputer di mana guru hanya menjadi fasilltator dengan menyediakan isi kandungan tajuk yang hendak diajar bentuk modul. Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. Komputer menjadi media pengantara guru dan pengajar. Kebanyakan modul adalah dalam bentuk pakej pembelajaran formal, latihan murid, bahan pembelajaran individu, penyelesaian masalah serta pemainan berasaskan komputer. Pengurusan Pengajaran Berbantukan Komputer pula adalah apabila sebilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan komputer untuk mengumpul data dan seterusnya membuat analisis untuk menilai (a) k e b e r ke sa n a n p e n g a ja r a n , (b) penggunaan bahan pembelajaran, (c) proses

pengajaran dan pembelajaran, dan (d) interaksi pelajar di dalam bilik darjah. Daripada penilaian ini nanti guru dan mengubahsuai dan memperbaiki rancangan pengajaran hariannya untuk pengajaran akan datang. Akhir sekali, Penilaian Berbantukan Komputer di mana guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan menggunakan teknologi dan komputer. Terdapat dua jenis penilaian seperti ini : (i) Pelajar menjawab soalan yang diutarakan melalui komputer. Jawapan ini boleh disemak oleh guru atau murid sendiri. Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dalam bank item yang disimpan dalam komputer. Jawapan akan terus disemak melalui komputer dan pelajar akan mengetahui prestasinya serta merta. Contoh Borang Penilaian Perisian (Courseware) Seorang guru perlu menilai perisian yang digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara amnya perisian tersebut boleh dinilai berdasarkan dua aspek: (a) ciri-ciri pengajaran, dan (b) ciri-ciri teknikal.

(ii)

40

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Ciri-ciri pengajaran merangkumi pengalaman dan kualiti pengajaran. Pengalaman pengajaran yang dimaksudkan termasuklah (a) motivasi, (b) objektif p e n g a j a r a n y a n g jelas (c) contoh-contoh yang sesuai pembelajaran (d) untuk membimbing

menggalakkan penguasaan kemahiran melalui latihan (e) menilai pelajar. Kualiti

memberikan maklumbalas berinformatif , dan (f) boleh

pengajaran pula merujuk kepada (a) ke t e p a t a n isi kandungan, (b) kesesuaian dari segi tahap dan kebolehan pelajar membaca, (c) arahan yang jelas (d) menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran, (e) memberikan maklumbalas yang bersesuaian, dan (f) bahan sokongan pembelajaran yang lengkap.

Aspek teknikal yang perlu diambilkira termasuklah penggunaan dan pelaksanaan media pengajaran yang berkesan. Antara ciri-ciri yang diambil kira ialah : (a) warna, (b) suara, (c) grafik, (d) animasi, (e) kepantasan, (f) format mukasurat dan (g) interaktiviti. Aspek pelaksanaan dilihat dari segi (a) kebolehan pelajar mengakses kendiri perisian dan (d) pengendalaian perisian yang lancar.

. Pilih tiga perisian yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah anda. Berdasarkan ciri-ciri perisian yang dibincangkan di atas, bina satu borang penilaian perisian untuk menentukan kesesuaian perisian tersebut

2.5.3 Penggunaan Kalkulator dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik telah

menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yang ditimbulkan ialah, pelajar: menjadi tidak cekap atau mahir mengira tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran tidak menghafal fakta asas matematik Walaubagaimanapun pengunaan kalkulator bahan sokongan pembelajaran pada situasi yang sesuai boleh membantu pelajar untuk lebih memahami nombor dan operasi 41

WAJ3105 LITERASI NOMBOR pengiraan. Antara kelebihan penggunaan kalkulator yang telah dikenalpasti ialah: meningkatkan minat pelajar dan pencapaian matematik. menunjukkan kesan positif terhadap kemahiran mengira dan perkembangan konsep matematik. meningkatkan kemahiran pengiraan mental pelajar

Dengan menggunakan kalkulator, cari jawapan bagi yang berikut, 11 11, 111 111 dan 1,111 1,111

Seterusnya teka jawapan bagi 11,111 11,111 : Terangkan pola yang anda lihat. Adakah pengunaan kalkulator membantu anda? . Dengan merujuk kepada kajian dalam dan luar negara, senaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan kalkulator dalam kelas matematik bagi pelajar sekolah rendah. (rujuk kajian 5 tahun kebelakang)

Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP), Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang. Perisian yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan persembahan data. Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar. Pelbagai laman web boleh diakses untuk membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik. Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam pengajarannya.

42

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Secara berkumpulan, teroka kelebihan Excel dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Seterusnya, dengan merujuk kepada internet, pilih 3 laman web yang menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bincangkan kesesuaian penggunaannya dalam konteks negara kita.

2.5

PENGIRAAN MENTAL DAN PENGANGGARAN

Dalam banyak urusan kehidupan harian, pengiraan tepat adalah tidak diperlukan. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli, kita tidak boleh sentiasa menerima hasil pengiraan kalkulator secara membuta kerana kesilapan menekan kekunci kalkulator adalah tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, kebolehan untuk menganggar reasonableness sesuatu hasil pengiraan adalah sangat berguna untuk membuat keputusan yang bijak dalam situasi jual beli. Sehubungan itu, kebolehan untuk mengira secara mental adalah sangat berguna untuk membuat anggaran yang cepat.

Bayangkan anda sedang berada di depan kaunter juruwang di sebuah pasaraya. Berikut adalah senarai barang dan harga yang telah anda beli:

Barang Serbuk Cuci Breeze Minyak Masak Natural Telur Ayam Milo

Harga RM23.90 RM26.90 RM12.50 RM13.20

Barang Ikan Siakap Kerang Biskut Jacobs Bawang Putih

Harga RM18.45 RM 3.50 RM 9.90 RM 4.30

43

WAJ3105 LITERASI NOMBOR Setelah juruwang memasukkan harga semua barang dalam mesin wang, anda melihat skrin mesin itu memaparkan RM143.45. Gunakan anggaran secara mental untuk membuat keputusan samada anda akan terus membayar sejumlah wang itu atau tidak. Jelaskan justifikasi untuk keputusan anda..

2.5.1 Teknik Pengiraan Mental

Hukum tukar tertib (commutative), hukum sekutuan (associative) dan hukum taburan (distributive) membolehkan nombor disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira secara mental. Begitu juga, teknik membilang secara menaik dan membilang secara menurun adalah kaedah yang cekap untuk menambah jika nilai yang ditambah (addends) ialah 1, 2, 3, 10, 20, 30, 100, 200, 300 dan selanjutnya. Contohnya dalam pengiraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara menaik sebanyak 10 untuk mendapatkan hasiltambah: 45, 55, 65 75. Teknik membilang secara menurun merupakan kaedah yang cekap apabila ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan selanjutnya. Misalnya 87 2, mulakan dengan nombor yang lebih besar, 871 dan lakukan proses membilang secara menurun: 871, 870, 869.

Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan berikut dengan membilang secara menaik atau menurun. Jelaskan proses yang digunakan dalam setiap kes. a) 286 + 30 b) 18200 + 2300 c) 962 3

Kombinasi sesetengah nombor membuatkan penambahan mudah dilakukan contohnya 25 and 175, juga mudah untuk didarab, contohnya 28 x 10. Nombor 44

WAJ3105 LITERASI NOMBOR yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor serasi (compatible). Teknik ini memerlukan pemilihan pasangan nombor yang serasi (compatible) untuk

dioperasikan dan melibatkan fakta asas.Kebanyakan orang boleh menambah dan menolak secara mental nombor - nombor gandaan 10 atau 100, contohnya 70 + 20 = 90, dan boleh mendarab gandaan 10 dan 100, contohnya, 34 x 100 = 3400. Misalnya,

pendaraban (2 x 8) x (5 x 7) lebih mudah jika (2 x 5) x (8 x 7) kerana 2 x 5 = 10, seterusnya 8 x 7 = 56 dan 10 x 56 = 560. Cari nombor yang serasi (compatible) untuk mencari jawapan yang tepat bagi ungkapan- ungkapan berikut: a) (25 x 9) x (11 x 4) b) (5 x 15) x (20 x 3)

Adakah anda dapat menyelesaikan kesemua latihan? Tahniah! Berehat sebentar...

2.5.2 Prosedur Untuk Penganggaran

Teknik pengiraan mental atau congak dan pengganggaran adalah komponen penting dalam matematik. Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentang penguin ingin menganggar populasi penguin. Maka, teknik pengiraan mental dan pengganggaran nilai tempat diperlukan untuk kajian masalah ini. Terdapat empat teknik

penganggaran yang akan kita perhatikan.

Ini memerlukan kepada pemahaman

numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas. Seperti juga teknik- teknik untuk pengiraan mental yang diterangkan dalam 2.7.1, ini juga melibatkan membuat 45

WAJ3105 LITERASI NOMBOR keputusan samada anggaran itu boleh diterima untuk situasi yang berkaitan dan teknik mana yang harus digunakan untuk dapatkan anggaran itu. Semua teknik penganggaran nombor melibatkan penukaran nombor dengan yang

paling hampir dan mudah untuk dikira secara mental. Perkaitan dengan keadaan sebenar menentukan sama ada jawapan yang tepat atau anggaran sahaja yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut: a. b. c. 478 + 223 8 x 26 578 + 603 + 614 + 582 d. 36563 - 8180

2.6 PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF

Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan pengiraan secara berkesan. Salah satu jenis

bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10. Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes seperti yang

ditunjukkan dalam contoh 1 dan 2. Selain daripada itu, rod Cuisenaire, Cip berwarna, Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pengiraan asas matematik. Rajah berikut menunjukkan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam bilik darjah matematik

46

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Blok Dienes

Bar Matematik

Cip Berwarna

Rod Cuisenaire

Ikatan Straw

Abakus

Pilihsatu bahan manipulatif dan rancangkan penggunaannya sebagai bahan bantu mengajar untuk satu operasi asas matematik sekolah rendah

Terdapat juga bahan manipulatif maya yang boleh diperolehi menerusi internet seperti National Library of Virtual Manipulatives di URL www.mattimath.com

47

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Cooke, H. (2000). Primary Mathematics. London, UK: Paul Chapman. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Istilah matematik untuk sekolah-sekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Author. Groves, S. (2006). Exploring number and space. Study guide. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University. Haylock, D. (2006). Mathematics explained for primary teachers. 3 rd ed. London, UK: SAGE. Jabatan Matematik. (2011). Literasi Nombor. Modul Pembelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kota Bharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Reys, R., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V. & Smith, N. L. (2009). Helping children learn mathematics. 9th ed. Hoboken, NJ: John Wiley. Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1991). Teaching mathematics. A sourcebook of aids, activities, and strategies. 2nd ed. Needham Height, MA: Allyn and Bacon.

48