Anda di halaman 1dari 5

Perkembangan Kanak-Kanak

Chiong Sie Fa Leong Chun Hung

Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak:


Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan: Perubahan dalam saiz dan kematangan. Ciri-ciri pertumbuhan: 1. Bersifat kuantitatif. 2. Saiz dan struktur badan serta saiz otak bertambah. 3. Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. 4. Kadar pertumbuhan setiap individu berbeza.

Perkembangan: Perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat atau dirasa. Ciri-ciri Perkembangan: 1. Bersifat kualitatif. 2. Berlaku secara teratur, progresif dan stabil. 3. Berterusan sepanjang hayat. 4. Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. 5. Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan


Pertumbuhan Fizikal Peningkatan dalam saiz. Perkembangan Perkembangan kemahiran psikomotor. Kemahiran membaca, menulis, mengira dan berfikir secara kreatif & kritis. Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.

Kognitif

Keupayaan berfikir.

Emosi

Perasaan gembira, sayang, marah dan cemburu.

Sosial

Menjalin hubungan dengan Menjalin hubungan yang orang sekeliling. baik dan tunjukkan perlakuan yang baik sesuai dengan norma masyarakat.

Prinsip Asas Perkembangan: 1. Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. 2. Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan yang umum kepada yang lebih spesifik. 3. Pertumbuhan dan perkembangan adalah ssatu proses yang berlaku secara berterusan. 4. Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. 5. Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.