Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem

beraja atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara, kebanyakan sistem beraja dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Bagi negara Indo-China, sistem berajanya menerima pengaruh dari China. Menjelang abad ke-18 dan 19, hampir semua negara mengamalkan sistem ini. Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua negara. Baginda berkuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga dibantu oleh sekumpulan pembesar yang berkaliber. Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia merupakan gabungan unsur-unsur keindiaan dengan unsur-unsur tempatan tetapi unsur-unsur keindiaan mengatasi unsur-unsur tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara: satu negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja. i Myanmar, Kanun India Manu telah meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja: tiada seorangpun yang berani mencabar manu. Mengikut Cady dalam bukunya South East Asia: Its Historical Development : tiada orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi menguasai kehidupan, harta dan kewajibannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini diberi oleh sami-sami Brahmin kepada raja apabila mereka memegang paying putih yang menunjukkan simbol kedaulatan dan ketuhanan dan mengurniakan raja-raja dengan alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap sebagai pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru iaitu tempat kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggaan mereka. Kegagalan raja mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri, tembok telah dibina. Di Thailand, rakyat di sana tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada

dalam keadaan menyiarap. Apabila rombongan raja tiba di suatu kawasan, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut. Di Vietnam pula, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Tugas maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam (tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya. Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap rakyatnya. Mengikut Confucius: seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah angin bertiup. Andaikata kalau maharaja tidak bertindak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar. Dari segi pentadbiran, di Myanmar, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Dibawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-tugas sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua amalan-amalan yang penuh tahyul. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai istananya dan pegawai sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri diraja). Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai. Mereka dibantu oleh menteri-menteri kelas dua (Windauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar. Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya disimpan olehnya. Pegawai polis pula dikenali sebagai Sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di peringkat kampung dan daerah juga. Di Thailand, pentadbirannya terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran pusat dan wilayah. Kedua-duanya menguasai tenaga manusia sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu wilayah kelas pertama yang terdiri daripada kawasan strategik, bandar besar yang mampu menentang ancaman musuh; wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang agak besar, tiada termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat dan wilayah kelas keempat ialah bandar-bandar di sekitar ibu kota dan dibawah penguasaan kerajaan pusat. Setiap wilayah ini diserah kepada pembesar bergelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Yok-Krabat. Yok-Krabat ini boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya

mati. Pegawai ini dilantik menerusi surat tauliah dan biasanya dilantik dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand, terdapat juga 3 jabatan utama iaitu Krom Mahatthai yang diketuai oleh Samuha Nayok yang mengawal wilayah Thai Utara; Krom Kalahon yang diketuai oleh Samuha Phra Kalahon yang mengawal Selatan Thai dan Krom Khlang yang diketuai oleh Chao Phraya Phra Khlang yang mengawal persisiran pantai dan Teluk Siam. Selepas jabatan utama, terdapat 4 jabatan kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Perhubungan Luar). Di Vietnam, Maharaja dianggap sebagai puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan kumpulan orang yang mendapat kuasa dari raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi Maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai bangsawan yang menguasai tanah. Dalam sastera Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan: Raja memaksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat. Menjelang akhir abad ke-19, kuasa-kuasa asing mula campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran setempat. Kuasa-kuasa asing ini adalah seperti British, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Akibatnya, sistem beraja yang diamalkan selama ini makin luntur pengaruhnya dan digantikan dengan sistem pentadbiran birokrasi yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Sistem birokrasi baru telah menjejaskan kepentingan pembesar tempatan lalu banyak penentangan terhadap kuasa Barat telah berlaku, khasnya di negara Asia Tenggara

Anda mungkin juga menyukai