Anda di halaman 1dari 16

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Posted on 14 Mac, 2008 by admin


Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

PENGENALAN
400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin , Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial , Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai: is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan. Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Rogers 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah latihan dan dendaan (Training and punishment). Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.

PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97) Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang

terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:

Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu: a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging, dikagumi dan kekuasaan. c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.

BAHAN LUCAH Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah diperolehi . Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, Ibu bapa dan anak kongsi bahan lucah(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di atas bedasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton aksi yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan merogol dan membunuh. Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini. Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan generasi muda. Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di pusat hiburan di ibu kota. Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi , seperti baju sendat bertali halus, berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas, kelucahan melampau dan keganasan. Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) , Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu, M.Nasir (Berita Minggu 26 September 1999) berpendapat pembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. Kini terbuktilah budaya kebaratan ini semakin menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Langkah sewajarnya perlu diambil agar hal sebegini tidak semakin menular. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana golongan inilah yang akan menyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi selama ini. PERBINCANGAN: FAKTOR-FAKTOR UTAMA Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku. Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti

oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah. Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah. Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajarpelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing. Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan. Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot. KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah. Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-

sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh manamana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. SENARAI RUJUKAN Amir Hasan Dawi 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books , Tanjong Malim. Ee Ah Meng1995, Pendidikan Sebagai Satu Proses, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. Kamarudin Hj.Husin1994, Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. Noraini Ahmad 1995, Kaunseling Remaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya. Ting Chew Peh 1997, Konsep Asas Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wan Azmi Ramli1978, Masyarakat Satu Kajian Ilmiah Dalam Kontek Kebajikan Am, Utusan Printcorp Sdn. Berhad, W.S Winkel 1987, Psikologi Pengajaran, Penerbit PT Gramedia, Jakarta. Lain-lain rujukan: Utusan Malaysia 14 Ogos 1996 Utusan Malaysia 17 Julai 1999 Berita Harian 19 Julai 1999 Berita Harian 7 April 2001 Berita Harian 7 September 2001 Berita Harian 11 September 2001 Berita Harian 12 September 2001 Berita Harian 17 September 2001 Berita Harian 22 Oktober 2001 Sumber Internet

Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah 17 by S T A F F B E R I T A S E M A S A on MARCH 4, 2010 in K E R U N T U H A N A K H L A K

Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang 1. 2. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa? Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua. 3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri? Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu. Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagaicara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar. Situasi pada masa dahulu : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagusrasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil roti panjang ayah atas almari. Ayah ada nak kasi hadiah. Situasi pada masa sekarang : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye..(lebih kurang macam itula) Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya. Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi mengawal masalah disiplin. BERKESAN? Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap membimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya Kadang-kadang ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Kononnya ingin menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini, pemikiran sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu

dimanjakan. Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan. Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini. Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksamenyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata. Yabetul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan : Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri. Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan kerja!!! Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat : Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri. Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri. Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi. Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik. Ini saya kongsikan beberapa aktiviti yang sering mengundang masalah disiplin pelajar di sekolah : 1. Kalau waktu prep malam, akan ada yang fly(keluar daripada kawasan sekolah tanpa kebenaran) untuk makan malam dan ada juga yang turun ke bandar 2. Ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar -pelajar menggunakan masa tersebut untuk mengadakan sparing (berlawan/bergaduh) antara dua orang pelajar yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kebiasaan aktiviti seperti ini diadakan di lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden. 3. Pada waktu rehat, cuba lihat sendiri di tandas-tandas sekolah berkepul-kepul asap rokok pelajar yang berani melepaskan gian di sana. Itu waktu-waktu kebiasaan. Selain waktu selepas makan tengahari di asrama sekolah. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri nanti 4. Hujung minggu, pelajar-pelajar asrama kerap akan fly pada waktu malam melalui pagar-pagar yang sudah digunting atau melalui kawasan yang gelap dan tersorok daripada perhatian warden. 5. Pada hujung minggu juga, di waktu awal pagi (antara 2 hingga 3 pagi) ada pelajar yang ada berbuat silap/kesalahan dengan kumpulan pelajar senior atau pun daripada rakan-rakan sendiri yang mempunyai pengaruh untuk membelasah pelajar tersebut. Budaya ini banyak berlaku di sekolah berasrama yang mengandungi pelajar daripada tingkatan 1 hingga 5. Kerana adanya istilah junior dan senior 6. Bagi sekolah berasrama yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ada sesetengah pasangan pelajar (couple) yang menggunakan masa yang ada untuk melepaskan rindu 7. Bagi ibubapa rajin-rajinkanlah diri semak apa yang terkandung dalam telefon bimbit anak anda, komputer anak anda, apa yang ada di bilik anak anda.

8.

High Council pernah dengar? Budaya High Council pernah menggemparkan negara dengan tertangkap pelajar tingkatan lima dari Sekolah Sains Tunku Abdul Rahman, Perak yang dibuang sekolah kerana mengamalkan High Council. Sekarang ini pun, masih ada. 9. Dan banyak lagi.anda boleh tambah sendiri di ruangan komen bawah Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor di Seremban didapati bersalah atas tuduhan membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarham telah diikat keduadua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah. Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat. Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang. Update pada 27 April 2010 !! KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu. Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Maah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan. Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian Lagi Berita Yang Menarik Untuk Disemak [KLIK]:

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID SEKOLAH BERLAKU

Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.

Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya, murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya.

Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan.

Di samping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru, sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar, didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat , tenteram, dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu

pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan pelajar. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas. Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan muridmurid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya.

Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain.

Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkal ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid dalam sekolah. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya.

Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan perkara yang salah, selain itu, pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Contohnya, sering berlaku masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH Segala tindakan disiplin dan tatacara dijalankan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar- pelajar melalui pembentukan

disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarpelajarnya.

Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau role model kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.

Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahanbahan pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan.

Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar- pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaranpembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah. Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalah- masalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya.

Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar.

Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah.

Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan

ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negetif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

GANJARAN DAN HUKUMAN Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah, bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Dalam kebanyakan kes, hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah, pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi).

Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Di antara kebaikan- kebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah, digunakan bersama- sama dengan ganjaran dan pelajarpelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya.

Hukuman boleh dikategorikan kepada hukuman pembuangan, penggantungan dan hukuman- hukuman biasa. Hukuman pembuangan melibatkan pelajar- pelajar yang mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti membawa senjata yang merbahaya untuk mengancam nyawa orang lain, menghisap rokok dan meminum minuman keras, kerap melanggar peraturan- peraturan sekolah, merosakkan atau membinasakan harta sekolah, menyertai pertubuhan- pertubuhan haram dan melawan pihak- pihak berkuasa.

Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman, peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya. Hukuman- hukuman biasa termasuklah hukuman dera, penahanan, denda dan amaran. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik- baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syarat- syarat yang dinyatakan dalam Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. Setelah hukuman dera dikenakan, catatan hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Butiran- butiran seperti bilangan pukulan, bahagian anggota yang dirotan, sebab- sebab, tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman dera juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Kesan hukuman dera bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas pesalah itu sendiri. Selepas hukuman dera dikenakan, pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri.

Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar- pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Semasa dalam penahanan, pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah, membersihkan tandas dan surau, dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar- pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial.

Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku, tekan tubi dan sebagainya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu dipertimbangkan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan, bukan oleh ibubapanya. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.

TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN Guru- guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu- buru tanpa penyiasatan. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang satu- satu tuduhan itu dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sepatutnya.

Ketika menghukum pelajar, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. Guru hendaklah mengelakan diri daripada menghukum semata- mata untuk melepaskan geram. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. Hukuman secara beramai- ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi.

Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata- mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam, penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Kesan- kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Ini adalah kerana sikap pelajar-pelajar terhadap hukuman adalah berbeza. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya. Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Mereka perlu tahu sebabsebab pelajar tersebut dihukum. Setelah hukuman dilakukan, kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. Hukuman perlulah tekal dan dianggap adil. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal, guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar, kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga, bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Jika masalah bersabit dengan kes- kes berat seperti penyalahgunaan dadah, peras ugut, pencurian dan jenayah yang lain, guru besar atau pengetua haruslah diberitahu.

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. Dengan cara ini pelajar- pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti

radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaranpembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah.

Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan, guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan.

Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tetapi, kebanyakkan guru hanya memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala mereka yang kurang cerdas diabaikan. Kesannya, mereka lebih cenderung melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.

KESIMPULAN Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahli- ahli masyarakat kepada norma- norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma- norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma- norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma- norma masyarakat di sekolah dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Posted by khairul Akmal Bin Mamat Pentingkanlah yg penting, kerana yang penting adalah lebih penting daripada segala apa yang penting at 9:36 AM 1 comments:

Masalah disiplin : Hanya 13 peratus dilaporkan


31/05/2004 3:03 p.m.

Oleh MARZITA ABDULLAH

HANYA 13 peratus kes serius salah laku pelajar dilaporkan oleh pihak sekolah kepada pihak atasan, sekaligus didakwa menyumbang kepada masalah disiplin yang lebih serius. Perkara tersebut didedahkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kajiselidik NUTP berhubung Isu Kemerosotan Tahap Disiplin di Sekolah-sekolah dalam buku Laporan NUTP 2004 : Disiplin di Sekolah-sekolah Malaysia. Masalah disiplin juga menyumbang kepada pembaziran guna tenaga guru. ``Guru kini lebih banyak menghabiskan masa dengan mengendalikan hal-hal berkaitan disiplin berbanding pengajaran dan pembelajaran (P&P),'' kata laporan berkenaan baru-baru ini. Kaji selidik itu melibatkan 1,305 responden yang terdiri daripada guru. Perkara yang turut membimbangkan mereka ialah masalah disiplin lazimnya berpunca daripada pelajar yang lemah dari segi akademik. Antara kes-kes disiplin yang dikategorikan kerap berlaku ialah masalah dalam kelas (31.8 peratus), masalah dalam kalangan pelajar yang lemah (23.8 peratus) dan masalah disiplin yang terpencil dan berkaitan dengan faktor-faktor tertentu (23.4 peratus). Menurut NUTP, responden dari pelbagai sekolah yang disoal selidik memberi 12 punca utama pertambahan kes disiplin yang disebabkan perbuatan-perbuatan pelajar yang boleh diklasifikasikan sebagai penyebab masalah disiplin. Puncanya ialah datang lewat ke sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa buku teks dan latihan, tidak menumpukan perhatian terhadap subjek yang diajar, penggunaan bahasa kasar atau kesat atau lucah dan sikap kurang sopan terhadap guru atau pihak berkuasa. Turut dikategorikan punca utama ialah ponteng, menganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran, mencuri, membuli, merokok dan merosakkan harta benda sekolah dan awam. Illustrasi oleh Khazim

Laporan itu turut menyebut bahawa responden berpendapat, masalah disiplin dalam kalangan pelajar berlaku disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Ini kerana pelajar kurang bermotivasi ke sekolah atau tidak suka dengan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Perkara tersebut juga merupakan pendorong utama terhadap gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa. Para responden juga menyifatkan penggunaan kata-kata lucah dan kesat dalam kalangan pelajar adalah suatu perkara serius yang perlu ditangani. Dalam pada itu kaji selidik itu juga mendapati kes-kes pelajar berkasar dengan guru berpunca daripada sikap pelajar yang mahu menunjuk-nunjuk kepada pelajar lain bahawa mereka lebih hebat daripada guru dan tidak mahu mematuhi arahan guru. Kira-kira 33 peratus daripada responden berkata, kes sedemikian kerap berlaku di sekolah masingmasing. Walau Bagaimanapun, sebanyak 78 peratus responden menegaskan bahawa kurangnya kawalan ibu bapa dan pengawasan di rumah turut menjadi punca pelajar melakukan kesalahan di sekolah. Di samping itu, faktor-faktor lain turut mempengaruhi masalah disiplin pelajar ialah pengaruh media massa dan tekanan rakan sebaya.