Anda di halaman 1dari 17

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan dikenali sebagai tarbiah dalam Bahasa Arab.

Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja membawa maksud tumbuh, berkembang dan memelihara. Antara makna ialah memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir. Oleh itu, pendidikan dalam Bahasa Arab disebutkan tarbiah yang pada asalnya membawa makna pertumbuhan, perkembangan dan ketinggian. Menurut al-Baidhawi tarbiah bererti : Pendidikan ialah menyampaikan sesuatu secara tahap demi tahap menuju kesempurnaan. Dalam Bahasa Arab ada beberapa istilah yang biasa digunakan dalam pengertian pendidikan. Biasanya ta'lim dipergunakan sesuai dengan firman Allah yang bermaksud : "Dan dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya. Kemudian ditunjukkannya kepada-Ku semua nama-nama benda ini jika kamu golongan yang benar." (Al-Quran, Al-Baqarah : 31) Kata ta'dib juga dipergunakan untuk pendidikan, sabda Rasulullah s.a.w.: Allah sendiri yang telah mendidikku, oleh kerana itulah aku mendapat pendidikan yang paling sempurna. Para sarjana Islam telah mengemukakan berbagai-bagai definisi berhubung dengan pengertian pendidikan Islam. 1. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai proses melaksanakan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah Islam supaya sahsiah Islamiah dapat dibentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim 2. Yusof Al-Qardhawi (1982) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai pendidikan proses yang mencakupi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku. Kerana tujuannya ialah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hidup, baik dalam keadaan senang atau susah, dalam keadaan damai atau perang, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi kebaikan dan kejahatannya, kemanisan dan kepahitan. 3. Khursid Ahmad (1973) , satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia, laki-laki dan wanita 4. Al-Tamimi, (1985) sesuatu proses yang mampu memperbaiki kehidupan dan mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang insan. Islam mempunyai ciri-ciri keimanan, akhlak dan ilmu. Sekiranya ciri-ciri itu tidak ada, maka pendidikan tidak membawa erti yang sebenar, kerana ciri-ciri tersebut merupakan asas untuk mendapat kejayaan dan kemenangan dalam kehidupan.

Ahli-ahli pendidikan Islam berpendapat bahawa pendidikan ialah suatu latihan atau bimbingan terhadap jasmani, rohani dan akal bagi melahirkan manusia yang baik dan sempurna untuk berbakti kepada Allah dan seterusnya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Berdasarkan kepada definisi yang dikemukakan oleh para sarjana pendidikan Islam dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih aqliah, jasmaniah, rohaniah manusia agar bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Pendidikan Islam merupakan suatu pendidikan yang dibina berdasarkan pemikiran dan kenyataan-kenyataan yang berlaku di sekeliling manusia. Malah ia adalah pendidikan yang mengembalikan manusia kepada penciptanya, bertujuan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan ibadat yang besar. Kepentingannya amat jelas apabila kita meneliti kepada wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah menyentuh kepada aspek berkenaan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara yang lain seperti solat, puasa atau haji dan lain-lain. Ia juga tidak menyentuh tentang persoalan ekonomi,sosial dan politik. Tetapi ia dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan. Firman Allah yang bermaksud : "Bacalah ( Wahai Muhammad ) dengan namaTuhanmu yang mencipta sekelian makhluk. Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku, bacalah, dan Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia dengan peaantaraan pena." (Al-Quran, Al-Alaq: 1-4) Misi utama yang dibawa menerusi wahyu pertama ini mengandungi perintah yang menyuruh manusia belajar mengenal Tuhan, memahami fenomena alam, memahami diri sendiri serta menghayati bahawa cara hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip aqidah , ilmu dan amal. Ketiga-tiga perkara tersebut pula dianggap sebagai teras kepada Falsafah Pendidikan Islam. Ia tidak terbatas kepada ilmu pendidikan duniawi semata-mata , tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua kumpulan yang besar, pertama ilmu fardhu ain iaitu kewajipan yang dituntut kepada setiap orang Islam agar dipelajari dan dihayati. Kedua, ilmu fardhu kifayah iaitu ilmu yang mesti ada pada sekumpulan orang Islam agar usaha untuk membangun masyarakat dan umat dapat diteruskan. Nik Aziz (1986) menyatakan Islam sebagai ad din, ia menyediakan panduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklan persoalan pendidikan. Firman Allah yang bermaksud : "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran itu." (Al An'am : 38 ) Turki Rabih (1982) menyatakan bahawa Islam adalah agama dan negara, aqidah dan syariat. Justeru, pendidikan Islam adalah program untuk menuju kepada matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang dan sepadu

sama ada dari segi aqliah, rohani ,jasmani dan emosi. Oleh itu bidang pendidikan sewajarnya berupaya membentuk insan yang bersih kognitif , personaliti, corak hidup,emosi, budi pekerti dan murni pergaulan sosialnya, sehingga seorang itu boleh mengabdikan diri kepada Allah secara sepenuhnya dalam semua urusan hidup. Di samping itu pendidikan juga sebagai suatu persediaan roh dan jiwa seseorang untuk menerima pelajaran dan pengtahuan melalui cara yang dirancang. Ia mengambil kira faktor asas untuk membena keupayaan menunaikan risalah dalam hidupnya. Justeru, tujuan pendidikan berhasrat untuk melahirkan insan yang soleh, yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa untuk mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Sehubungan itu, Muhammad Qutb (1983) menjelaskan ciri-ciri kualiti insan yang salih adalah seperti berikut, a) Beriman kepada Allah dan membersihkan dirinya daripada sebarang unsur syirik. b) Melakukan amal salih dalam setiap aspek kegiatan hidupnya c) Berakhlak mulia sebagai bukti beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya berdasarkan kepada prinsipprinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia, kesejahteraan abadi dan mendapat keredaan Allah di akhirat. Dengan demkian, tujuan tertinggi pendidikan dalam Islam adalah untuk membina individu yang akan bertindak sebagai khalifah atau sekurang-kurangnya menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan tersebut. Dalam hubungan ini, Haron Din dan Rakan-rakan (1985) menyatakan : Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakannya. "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memiliknya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan. " ( Al Ahzab : 72 ) Kesimpulannya, pendidikan yang baik dan tulen ialah pendidikan yang berteraskan pada konsep tauhid, kerana dengan tauhid peribadi insan yang luhur dapat dibentuk, dengan paduan yang harmoni antara ilmu, budi, jiwa dan amal salih akan menjadikan sains dan teknologi yang menjadi asas pembangunan negara lebih terjamin manfaatnya kepada manusia dan alam keseluruhannya.

SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM Islam merupakan agama yang lengkap bagi mengatur kehidupan umatnya sebagai umat yang mempunyai risalah dan tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah (swt). Oleh itu, sistem pendidikan dalam Islam adalah berdasarkan kepada peraturan Islam, iaitu peraturan yang mendorong penganutnya ke arah mencapai matlamat kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Justru, sumber pendidikan Islam ialah al quraan dan Sunnah Rasulullah s.a.w. AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENDIDIKAN ISLAM Al-Quran mengandungi konsep pendidikan yang agung. Ia menjelaskan konsep dan cara pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh manusia kepada keadaan yang lebih baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan kami tiadalah menurunkan kepadamu al-kitab (Al-Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, dan untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." ( An Nahl : 64 ) Dalam konteks ini, al-Jamali (1972) menyatakan bahawa matlamat pendidikan AlQuran ialah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, adil ,kasih sayang, belas kasihan, memelihara hubungan persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran terbuka, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran. Oleh itu, setiap pendidikan hendaklah dimulakan dengan Al-Quran kerana ia menjadi asas kepada pendidikan keseluruhannya. Nahlawi (1985) menegaskan bahawa matlamat terpenting Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan dirinya kepada Allah (swt). Untuk ini, AlQuran menggariskan matlamat yang antara lainnya : 1. Mendidik akal supaya berfikir dan mengambil pengiktibaran. 2. Pendidikan akhlak supaya manusia beristiqamah dengannya, tenang serta mengambil petunjuk dengan syariatnya. 3. Mendidik hati dan perasaan supaya tunduk hati dan halus perasaanya. Firman Allah yang bermaksud : "Belumlah datang bagi orang-orang yang beriman, supaya tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya. Kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang fasiq". (Al-Quran, Al-Hadid : 16) HADIS SEBAGAI SUMBER PENDIDIKAN ISLAM Hadis merupakan sumber syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. Kewajipan berpegang kepada hadis datangnya daripada Al-Quran dan sunnah. Oleh kerana itu, ijmak ulama mewajibkan berpegang dengan hadis merupakan perkara agama yang mesti diketahui, sama seperti beriman kepada Allah dan Rasul. Oleh itu, orang yang mengingkari kebenaran as sunnah bererti dia telah mengingkari

sebahagian dari al quraan yang membawa kepada tidak beriman dengan AlQuran itu sendiri.(Huda Muhsin 1988). Engku Ibrahim dan Abdul Ghani (1987) menyatakan bahawa kepentingan sunnah dalam Islam tidak boleh dinafikan, kerana sunnah dapat memandu manusia ke jalan kebenaran dan keselamatan dunia dan akhirat. Sunnah dapat dijadikan sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran yang wajib diikuti oleh umat Islam. Sunnah juga merupakan media dakwah ke jalan Allah. ASAS PENDIDIKAN ISLAM Oleh kerana pendidikan Islam bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis, maka asas pokok kepada pendidikan Islam berteraskan kepada akidah, ibadat dan akhlak. Asas Akidah Pendidikan Islam dibina berasaskan akidah Islam, iaitu akidah yang menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menjelas dan menyatakan kepada muslimin tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih. Muhammad Baisar (1973) menegaskan bahawa akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan kepada manusia yang bersumberkan kepada wahyu yang datang dari Allah sama ada tentang iktikad, perundangan dan akhlak. Akidah inilah yang menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar. Akidah inilah yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara benar dan salah. Firman Allah yang bermaksud : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan mencegah dari melakukan kemungkaran serta kamu pula beriman kepada Allah". (Al-Quran, Ali Imran : 110) Al - Bazz (1986) mentakrifkan akidah yang sahih sebagai segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak, berasarkan Al-Quran dan Sunnah. Ia diterima oleh Allah dan merupakan kemuncak dan asas pegangan hidup muslim. Akidah Islam yang menjadi asas kepada pendidikan Islam akan melahirkan manusia yang beramal, istiqamah, ikhlas dan akhirnya manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk, antara petunjuk dan sesat antara hak dan batil dan antara iman dan kufur. Ia membuat pilihan berteraskan akal yang dipandu oleh ilmu dan seterusnya ia dapat menangkis segala cabaran hidup di dunia dan di akhirat. Asas Ibadat Beribadah kepada Allah merupakan tujuan utama dalam hidup ini. Menyembah Allah bererti memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata dengan menjalani dan mengatur segala aspek kehidupan, lahir dan batin, jasmani dan rohani, baik dalam kehidupan individu sebagai hambaNya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat. Jadi untuk menghasilkan tujuan hidup ini, satu daripada asas yang ditekankan dalam pendidikan Islam ialah asas ibadat, samada ianya berupa ibadat khusus ataupun ibadat umum. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." (Al-Zaitun :56) Asas Akhlak Miqdad Yakhin mentakrifkan akhlak ialah prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk merialisasi ketertiban dalam pelakuan dan membatasi (bentuk) hubungan dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudan di dunia dengan cara yang paling sempurna. Mohd. Jawad Ridha (1972) pula menyatakan, akhlak ialah sifat terpuji yang sepatutnya di miliki oleh setiap orang. Sesebuah masyarakat tidak akan maju sekiranya ia tidak memiliki akhlak yang terpuji, kerana akhlak yang terpuji bermatlamat mendidik manusia kearah mencapai kemajuan dalam kehidupan. Demikianlah pengertian akhlak dan ilmu akhlak yang menjadi asas kepada pendidikan Islam. Ia mempunyai matlamat untuk melahirkan insan yang berkeperibadian dan berwibawa tinggi sesuai dengan keperibadian Islam itu sendiri. Ia uga berhasrat untuk membentuk kesempurnaan diri manusia sehingga mencapai keindahan nafsani yang kekal abadi. Dalam konteks ini, al-Ibrasyi (1969) menyatakan bahawa pendidikan akhlak adalah jiwa pendidikan Islam. Puncak akhlak yang mulia merupakan sasaran murni dari segala pendidikan. Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah itu suri teladan yang baik bagimu, bagi orang - orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan keselamatan di hari kiamat dan banyak menyebut Allah". (Al- Azhab: 21) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguhnya diutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak. " MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Mohd. Attiah Al-Ibrashi (1969) menyatakan bahawa matlamt pendidikan Islam adalah: "Bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk menjadi pemimpim bermegah - megah dan berlumba- lumba". Manakala Ibn Khaldun pula menyatakan: "Sebenarnya pendidikan Islam mempunyai dua tujuan iaitu tujuan keagamaan, maksudnya beramal untuk akhirat sehingga seseorang itu menemui Tuhannya setelah selesai menunaikan hak-hak Allah yang di wajibkan ke atasnya. Kedua, tujuan Ilmiah yang bersifat keduniaan iaitu apa yang di ungkapkan oleh pendidikan moden dengan tujuan kemunafaatan atau persediaan untuk hidup." Abdul Kadir Ahmad (1980) menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam ialah untuk melahirkan individu yang salih dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kerhidupan di dunia untuk melahirkan individu yang beramal dengan amalanamalan Islam supaya mencapai kebahagiaan di akhirat. Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa tujuan pendidikan Islam, sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan yang dapat dillihat melalui tiga peringkat iaitu tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Apabila digunakan dalam kurikulum, ketiga-tiga peringkat ini mencakupi aspek tertentu pada tujuan tersebut. Peringkat-peringkat tujuannya adalah seperti berikut : 1. Murid-murid akan menguasai prinsip-prinsip ilmu tersebut (tujuan khas)

2. Murid-murid sanggup berfikir secara kritis (tujuan am) 3. Murid-murid akan mencapai perwujudan diri ( tujuan akhir). Ringkasnya, pendidikan Islam menjurus kepada pembentukan insan yang salih yang dapat memenuhi segala tugasnya di bumi sebagai khalifah Allah yang dapat melaksanakan tugas beribadat kepadaNya berdasarkan ciri-ciri berikut: 1. Fitrah : Hakikatsemula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa 2. Roh : Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain. 3. Kebebasan kemahuan : Dapat menerima dengan kemahuannya sendiri amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain. 4. Akal : Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah. PENUTUP Sesungguhnya guru adalah sebagai pendukung, pencorak, pembentuk dan pembina generasi di hari muka. Dengan bebanan tugas seharian yang semakin bertambah dan rumit pada masa kini, bidang kerjaya guru merupakan satu bidang yang amat mencabar. Namun demikian, kita masih mempunyai rakan dan panduan dari Allah s.w.t untuk memohon bantuan dan pertolongan kerana kerjaya perguruan adalah media dakwah untuk terus memertabatkan nilai kemuliaan manusia .

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia. Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di mediamedia massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Merempit Membuang anak Seks luar nikah Bergaduh di sekolah Berdisko Minum minuman keras Ponteng sekolah

Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini. Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil kira banyak faktor dan perlu disertai oleh banyak pihak antaranya 1. Ibu Bapa Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi selepas waktu sekolah,

adakah mereka benar-benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia. Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan. 2. Sekolah dan guru Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk remajaremaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar mereka seorang pelajar yang mundur ataupun yang cemerlang. Dari pengalaman pengarang sendiri, pengarang bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Pengarang boleh dianggap pelajar yang ketinggalan. Guru-guru tidak terlalu memberi tumpuan dan perhatian terhadap pengarang. Ini mengakibatkan pengarang hilang tumpuan dan hilang keinginan belajar. Namun begitu, berkat daripada keazaman dan doa, akhirnya pengarang berjaya. Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan perhatian. Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar perkaraperkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti. 3. Media Massa dan Elektronik pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumatmaklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana, minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya. Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini. 4. Pemimpin dan Kerajaan Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur. Sepertimana Malaysia, PLKN telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN yang

telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung. Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosail yang teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragam Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Punca Keruntuhan Akhlak Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut; 1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. 2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. 3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa

mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

3.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajarpelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

Kesimpulan Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Antaranya cara dan langkah penyelesaian dirasakan dapat menyelesaikan gejala sosial di Malaysia (Yang kurang anda boleh tambah diruangan komen di bawah) : 1) Wanita Yahudi misalnya mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. 2) Berminat saya dengan kata-kata Dr Mohd Fadzilah yang mana beliau pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil. Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan.

3) Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah hypnagogic moment iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur. Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan. 4) Yang ibubapa pula, janganlah kerap menegur anak-anak dengan mengeluarkan perkataan negatif ketika marah. Sebabnya..kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey 5) Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah alFatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat

Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. 6) Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur. 7) Amalkan dan berikan kepada anak-anak anda dengan makanan yang berkhasiat seperti : Madu Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. AlQuran mengiktiraf ia shifa iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam. Kismis Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari. Susu segar Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam. Telur Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. Halia Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi. Buah Delima Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang seorang ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Untuk apa mereka buat seperti ini? Ini untuk anak mereka yang masih di dalam kandungan. Melatih otak anaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. 9) Melihatkan pemakanan pula si ibu di Israel sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan apabila tiba waktu tengah hari makan utama mereka

Roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Pengambilan pil minyak ikan oleh ibu-ibu di Israel semasa mengandung

10) Kalau makan malam pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama boleh mengakibatkan kerosakan pada usus dek kerana tindakbalas biokimia yang terhasil apabila berlaku campuran antara makanan laut dan darat. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. 11) Mereka juga gemar memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan anak-anak mereka terutamanya merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

12) Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA walaupun pemilik pengeluar rokok terbesar di dunia adalah..(cuba teka?) Cuba beli rokok di Indonesia & kemudian beli pula rokok di Singapura. Harga? Kemudian bezakan pula, pencapaian akademik, pemikiran dan teknologi mereka?

13) Daripada sekecil-kecil perkara termasuk pemakanan diambil berat oleh kaum Yahudi. Bagi mereka ia sangat-sangat penting dalam perkembangan anak-anak mereka. Apabila anak-anak Israel ini masuk pula di tadika, mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

14) Kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris 15) Dalam pada itu sukan juga tidak diketepikan oleh kaum Israel yang menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Okeykita topik sekejap, dan saya cukup bersetuju

dengan cadangan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dengan slogan 1Pelajar, 1 Sukan yang mana setiap pelajar daripada peringkat rendah lagi diwajibkan memilih satu sukan untuk diceburi. Kata masyarakat Israel, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus dalam sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

16) Apabila remaja Israel ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke pusat pengajian yang lebih tinggi di Politeknik dan Universiti. Kanak-kanak kita pula hari ini sudah terdidik dengan perkataan Jangan, Jangan & Jangan. Sedangkan pada waktu kanak-kanak itulah adalah proses pembelajaran terbaik dalam pada masa yang sama kita pantau dan terus memberikan penjelasan kepada mereka. Itu yang ada remaja yang belum cukup akal masuk alam sekolah menengah, memberontak!! Dapat pula kawan yang pandai memujuk anak anda ke jalan yang salah. HANCUR!!

17) Fenomena yang berlaku Fakulti perniagaan, Israel mereka sangat serius tentang perniagaan. Apabila tiba tahun akhir diuniversiti, para penuntut dikehendaki melakukan projek, dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) memperolehi keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itu realitinya. Tidak hairanlah Yahudi berjaya menguasai perniagaan di dunia! Contohnya, Levis ialah ciptaan dari Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

18) Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala supaya dapat mensimulasikan otak kita untuk bertambah aktif.

19) Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir daripada jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan merekaa untuk memastikan yng perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di dunia adalah di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Di Malaysia pula jika Saintis contohnya ingin mendapat geran masih lagi terhimpit dengan masalah biokrasi

20) Ada pula kenyataan daripada seorang Menteri Perlancongan, Dato Seri Ng Yen Yen yang mengatakan pelancong asing ramai datang ke Malaysia disebabkan hebatnya kelab malam di Malaysia ketika menteri tersebut dalam usaha merangka penempatan semula kelab malam. Aziz Desa pun tak setuju kenyataan seperti ini semasa rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 sebelum ini. Apakah Malaysia haus sangat dengan idea untuk menarik pelancong asing? 21) Kalau di rumah tu, cuba sekali-sekali selongkar di dalam beg anak anda, bawah katil di sekitar bilik anak anda. Biar jumpa dan sedar sekarang, jangan apabila anak sendiri dah kena kantoi dan rosak, baru nak mengeluh. Tidak mengapa penat, sekali-sekala perhatikan gerak-geri dan pergerakan ank-anak anda di luar sana, apa yang mereka buat. Dengan siapa mereka berkawan. Malam-malam apa yang anak anda buat. Cabaran ibu bapa sekarang tidak sama dengan situasi dengan ibubapa dahulu 22) Ibubapa pula jangan nak lepas tangan kepada guru-guru semata. Bekerjasamalah dengan guru-guru tentang perkembangan anak anda di sekolah. Belajar macam mana. Tingkah laku bagaimana? Sokongan dan bantuan yang mana guru-guru perlukan daripada ibubapa. 23) Penyelesaian tentang gejala sosial di Malaysia tidak juga akan berjaya tanpa penguatkuasaan yang lebih proaktif dan solid daripada pihak berkuasa. Sokongan pihak berkuasa juga sangat-sangat penting. Walaupun apa-pun gejala sosial di Malaysia mampu dikurangkan daripada masa ke semasa bermula dengan didikan yang sempurna daripada kedua ibubapa secara berterusan. Yang pastinya melahirkan anak dan mengasuh sehingga manusia yang berguna kepada masyarakat kelak bukanlah suatu yang mustahil dan tentunya bukan boleh direalisasikan dalam tempoh semalaman, ianya memerlukan masa dan pengorbanan. Masalah belum terlambat jika bermula daripada sekarang, kita akhirnya nanti mampu melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai