Anda di halaman 1dari 16

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP

(Terjemahan Bahasa Melayu)

DITERJEMAH DAN DIOLAH OLEH SHEIKH ISMAIL BIN SHEIKH SILAN PERATURAN AM Artikel 1 Komposisi sesuatu pasukan Petanque ialah sukan yang dimain secara bertiga (triple) tetapi ia boleh juga dimainkan secara individu (single) atau berdua (double). Versi lain tidak dibenarkan Triple: Seorang 2 biji boule Single: Seorang 3 biji boule Double: Seroang 3 biji boule

Jika seserong pemain menggunakan lebih boule, boule lebihan yang dimainkan dikira mati dan mana-mana boule atau jack yang tergerak disebabkan boule tersebut diletakkan semula ditempat asal sekiranya ianya bertanda.(Kaedah 1) Pemain tersebut diberi amaran

Artikel 2 Ciri-ciri boules yang diperaku Petanque dimain dengan menggunakan boule yang diperaku oleh F.I.P.J.P dan memenuhi 4 ciri berikut: 1. Diperbuat daripada logam 2. Berdiameter antara 7.05cm (minimum) dan 8cm (maksimum) 3. Mempunyai berat antara 650gm (minimum) dan 800gm (maksimum) 4. Tanda pengeluar dan berat boule mesti diukir dan sentiasa mudah dibaca. Bagi pertandingan yang dikhususkan untuk pemain bawah 11 tahun (minimies), boleh diguna boule yang beratnya 600gm dan diameternya 65mm dengan syarat ianya diperbuat menggunakan lambang yang diperakui.

Boule yang telah haus atau cacat semasa diperbuat, tidak lulus semasa pemeriksaan rasmi atau tidah memenuhi 4 ciri diatas, pemain hendaklah menukar boule berkenaan atau keseluruhan set boulenya. (Artikel 2a). Bantahan berkaitan dengan perkara perlanggaran 4 ciri di atas hendaklah dibuat hanya sebelum sesuatu perlawanan bermula. (Jadi tanggungjawab setiap pemain membuat pemeriksaan boule mereka dan boule pihak lawan sebelum pertandingan bermula). Pengadil dan Juri, pada bila-bila masa, jika perlu boleh membuat pemeriksaan ke atas manamana boule milik seorang atau lebih pemain.

Boule tidak boleh diubahsuai seperti memasukkan timah, pelumbum atau pasir. Sebagai peraturan umum, ianya tidak boleh diperlakukan seperti ditempa semula, ubah bentuk, merubah ketumpatan.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Walau bagaimanapun, nama pemain, logo, initial, akronim boleh dibuat tetapi mengikut spesifikasi pengeluar.

Mana-mana pemain yang didapati bersalah melakukan kesalahan di atas, dibatalkan penyertaannya serta merta dari kejohanan bersama-sama dengan rakan-rakannya sekali. (Artikel 2a) Bantahan berkaitan dengan perkara di atas boleh dibuat pada bila-bila masa semasa perlawanan tetapi mesti lakukan antara Ends. Jika bantahan dibuat selepas End ketiga, dan kemudian didapati bantahan itu tidak benar, pihak yang membantah dikenakan penalty 3 mata yang akan diberikan kepada pihak lawannya. Pengadil dan Juri, pada bila-bila masa, jika perlu boleh membuat pemeriksaan ke ats amanamana boule milik seorang atau lebih pemain.

Artikel 3 Jack Yang Diperaku 1. Diperbuat dari kayu 2. Diperbuat dari barang tiruan lain yang diperaku oleh F.I.P.J.P. dan terdapat logo pengeluar. 3. Berdiameter 30mm (1mm) 4. Boleh diwarnakan 5. Pada bila-bila masa tidak boleh diambil menggunakan magnet

Artikel 4 Lisen Sebelum bermula sesuatu kejohanan, setiap pemain hendaklah menunjukkan lisen mereka Pemain juga dikehendaki menunjukkan lesennya jika diminta oleh pengadil atau pihak lawan

Lisen adalah kad ahli persatuan / persekutuan petanque seseorang pemain

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

PERMAINAN

ArtiKEL 5 Peraturan Gelanggang 1. Dimainkan di atas sebarang lapangan 2. Penganjur atau pengadil boleh menetapkan supaya sesuatu pertandingan itu dijalankan di gelanggang yang ditetapkan 3. Untuk pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa gelanggang tersebut hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 15m panjang x 4 meter lebar 4. Bagi pertandingan peringkat lain boleh menggunakan saiz gelanggang yang lain tetapi tidak kurang dari ukuran 12 meter panjang x 3 meter lebar. 5. Apabila gelanggang bertemu hujung ke hujung maka garisan sepunya antara kedua-dua gelanggang tersebut dikira sebagai garisan boule mati 6. Apabila gelanggang dikelilingi dengan bidai/tembok maka ianya hendaklah berada sekurungkurangnya 1m dari garisan tepi kawasan bermain.

Perlawanan tamat pada mata 13, namun boleh juga ditamatkan pada mata 11 dalam corak perlawanan liga atau semasa pusingan saringan. Perlawanan tertentu boleh dijalankan menggunakan penentapa masa.

Artikel 6 Memulakan permainan Undang-undang berkaitan bulatan Undian mesti dilakukan bagi memulakan sesuatu perlawanan. Pasukan yang menang undian mendapat keistimewaan berikut: 1. Memilih gelanggang* 2. Memilih dan memulakan balingan jack 3. Menentukan hujung gelanggang mana yang hendak dimulakan 4. Melukis / meletak bulatan 5. Memulakan membaling boule yang pertama.

Sekiranya gelanggang telah ditetapkan oleh pengajur, pemain tidak boleh berpindah ke gelanggang lain tanpa kebenaran pengadil.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Melukis bulatan 1. Bulatan yang disediakan harus berdiameter 50cm 2mm 2. Dilukis / diletakkan lebih dari 1 meter dari sebarang halangan atau garisan boule mati. 3. Dilukis / diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari mana-mana bulatan yang sedang digunakan, jika bermain di gelanggang terbuka. 4. Semua pemain mestilah boleh memasukkan kakinya ke dalam bulatan tersebut sepenuhnya. 5. Bulatan yang dilukis hendaklah berdiameter antara 35cm hingga 50cm 6. Pasukan yang membaling jack hendaklah memadam bulatan-bulatan lama yang ada di sekitar bulatan yang hendak digunakan

Hanya pihak penganjur sahaja yang menentukan untuk menggunakan bulatan yang disediakan atau tidak. Jika bulatan tersebut hendak diggunakan, pihak penganjur bertanggung jawab menyediakannya. Bulatan yang disediakan hendaklah ditanda kedudukannya untuk mengelak dari perselisihan jika ia teralih.

Mengguna bulatan 1. Keseluruhan kawasan dalam bulatan boleh dibersihkan dan setelah tamat bermain untuk end tersebut hendaklah dimasukkan semula batu-batu yang diketepikan tadi. 2. Bulatan tidak dianggap sebagai kawasan larangan bermain. 3. Keseluruhan kaki mesti berada dalam bulatan tanpa menyentuh garisan bulatan. 4. Kaki pemain tidak boleh terangkat dari tanah atau keluar dari bulatan sebelum boule yang dibaling menyentuh tanah 5. Mana-mana bahagian anggota badan tidak boleh menyentuh bahagian luar bulatan sehingga boule yang dibaling menyentuh tanah 6. Bagi pemain cacat bahagian kaki dibenarkan meletakkan sebelah kakinya dalam bulatan. 7. Bagi pengguna kereta beroda, roda di sebelah tangan yang akan digunakan untuk membaling boule hendaklah diletakkan dalam bulatan.

Pemain yang membaling jack tidak bermakna dia juga yang harus mebaling boule pertama

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 7 Jarak sah bagi balingan jack 1. 4 meter minimum and 8 meter makimum untuk Minors (Umur 9 11 tahun) 2. 5 meter minimum and 9 meter maximum untuk Kadets (Umur 12 14 tahun) 3. 6 meter minimum and 10 meter maximum untuk Remaja (Umur 15 17 tahun) dan Dewasa (Umur 18 tahun ke atas)

Ukuran dibuat dari bahagian dalam garisan bulatan

Kedudukan jack yang dikira sah 1. sekurang-kurang 1 meter dari sebarang halangan / gariasan boule mati / kawasan larangan bermain 2. Boleh dilihat oleh pemain yang berdiri tegak dari dalam bulatan yang terkedepan sekali.* 3. Jack dibaling dari gelanggang yang ditetapkan dan hendaklah berada di gelanggang itu juga.

Jika terdapat perselisihan bagi menentukan sama ada jack boleh lihat atau tidak, pengadil hendaklah dipanggil untuk membuat keputusan tanpa sebarang bantahan (Kaedah 2).

Memulakan End baru - Bulatan hendaklah dilukis / diletak di mana jack berada pada end sebelumnya kecuali bagi kes seperti berikut: 1. Bulatan tersebut akan berada kurang daripada 1 meter dari halangan / gariasan boule mati. 2. Jack tidak dapat dibaling kepada semua jarak yang dibenarkan di mana-mana arah. 3. Jack tamat di dalam gelanggang sebelah atau terkeluar daripada garisan mati atau termasuk dalam kawasan larangan bermain.

Bagi kes 1; bulatan dianjak bagi membolehkan peraturan 1 meter dari halangan dipatuhi. Bagi kes 2; bulatan boleh dianjak ke belakang tetapi tidak melebihi jarak maksimum sah balingan jack kepada mana-mana arah. (Arah anjakan mestilah mengikuti arah bermain pada End sebelumnya) Bagi kes 3; Bulatan hendaklah dibuat pada kedudukan jack dalam gelanggang asal sebelum ia tergerak ke gelanggang sebelah atau terkeluar garisan mati atau termasuk ke kawasan larangan bermain.

Selepas tiga kali cubaan balingan jack oleh sesuatu pasukan masih gagal untuk memperolehi balingan sah, cubaan tersebut diserahkan kepada pihak lawan yang juga mempunyai tiga kali cubaan juga. Pihak lawan masih boleh mengalihkan kedudukan bulatan sekiranya pasukan lawannya tidak / belum mengalih bulatan ke jarak maksimum.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Sekiranya pasukan kedua juga gagal membaling jack ke jarak yang sah, pasukan asal akan mencubanya semula tetapi tidak dibenarkan mengalih kedudukan bulatan lagi. Tiga cubaan membaling jack mesti dilakukan dalam masa 1 minit. Walaupun balingan jack bertukar tangan namun hak membaling boule pertama masih kepada pasukan yang memenangi undi / end sebelumnya.

Artikel 8 Bagi membolehkan jack yang dibaling menjadi sah 1. Jack yang dibaling tidak sah apabila ia tertampan oleh Pengadil, Pemain, Penonton, Binatang, Sebarang Objek yang Bergerak 2. Jack yang telah dibaling dan diikuti dengan balingan boule pertama masih boleh dicabar kesahannya oleh pihak lawan 3. Jack yang hendak dibaling semula kerana dikatakan tidak sah, mestilah mendapat persetujuan dari pihak lawan atau pengadil.

Bagi kes 1; hendaklah dibaling semula dan tidak dikira sebagai salah satu dari 3 cubaan yang pasukan tersebut berhak. Bagi kes 2; Jika bantahan didapati benar, maka jack harus dibaling semula dan boule yang telah dibaling hendaklah dimainkan semula.Sekiranya pihak lawan turut membaling boule berikutnya, maka kedudukan jack hendaklah diterima dan permainan diteruskan. Bagi kes 3; Jika jack terus diambil kerana dikatakan tidak sah tanpa kebenaran pihak lawan / penagadil, lontaran jack akan diserah kepada pihak lawan.

Artikel 9 Jack Mati semasa end sedang berjalan Jack dikira mati bagi 6 kes berikut: 1. Jack teralih ke kawasan larangan bermain atau melepasi garisan boule mati, walaupun ia kembali semula ke kawasan permainan 2. Jack yang masih dalam gelanggang permainan tidak dapat dilihat dari keadaan pemain berdiri tegak dalam bulatan pada kedudukan terkedepan sekali 3. Jack teralih sejauh 20 meter (untuk remaja dan dewasa) atau 15 meter (untuk kadet dan minor) atau kurang 3 meter daripada bulatan. 4. Jack melepasi lebih dari satu gelanggang sebelahannya dan garisan sempadan hujung gelanggang tersebut 5. Apabila jack yang teralih tidak dapat dijumpai setalah mencarinya selama 5 minit. 6. Terdapat kawasan larangan bermain di antara jack dan bulatan

Bagi kes 1; Jack dan boule dikatakan melepasi garisan boule mati apabila dilihat dari atas, tidak ada bahagian garisan boule mati terlindung dengan jack atau boule berkenaan.(Kaedah 3)

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Lopak air yang boleh menyebabkan jack terapung dikirakan sebagai kawasan larangan bermain. Bagi kes 2; guna (Kaedah 2) Artikel 7 Bagi kes 2; jack yang terlidung oleh boule tidak dikira mati. Pengadil dibenar untuk mengangkat boule tersebut sementara bagi mengesahkan jack terlindung atau tidak. Bagi kes 4; Dalam perlawanan bermasa, jack melepasi sempadan gelanggang yang ditetapkan untuknya dikira mati.

Artikel 10 Membuang / mengalih halangan 1. Dilarang sekerasnya ke atas pemain menekan, mengalih atau memecahkan sebarang halangan yang berada di atas gelanggang 2. Pemain yang akan membaling jack dibenarkan untuk menguji kawasan jatuh jack dengan boulenya dengan cara mengetuk ringan ke atas tanah tetapi tidak melebihi 3 kali 3. Pemain yang hendak membaling boule atau seorang daripada rakannya menutup satu lubang yang terjadi disebab oleh boule yang dimainkan sebelumnya.

Gagal mematuhi peraturan di atas boleh di ambil tindakan seperti terdapat di Artikel 34 Disiplin

Artikel 10 a Menukar jack atau boule Pemain dilarang menukar jack atau boule semasa perlawana kecuali atas kes berikut: 1. Hilang dan tidak dapat dicari setelah 5 minit. 2. Pecah Bahagian yang terbesar dikira sebagai kedudukan jack atau boule dan ianya hendaklah ditukar dengan segera jika proses bermain masih berjalan dengan jack atau boule yang serupa dengan sebelumnya seberapa boleh.

Pada end berikutnya pemain tersebut boleh menukar selurus set boule dengan set yang baru. Bagi kes 2; Sebelum gentian dibuat, kedudukan jack / boule pecah tadi hendaklah diukur terlebih dahulu.

JACK

Artikel 11 Jack yang tertutup atau tergerak 1. Daun atau kertas yang menutup Jack dengan dengan tidak sengaja hendaklah dibuang 2. Jack yang tergerak (dengan tidak sengaja) disebabkan oleh apa sahaja unsur, hendaklah diletakkan di tempat asal sekiranya kedudukan asalnya bertanda. Contoh unsur: angin, keadaan gelanggang, pengadil, pemain, penonton, boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, binatang atau sebarang unsur yang bergerak.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Jack atau boule yang kedudukannya tidak bertanda tidak boleh diletakkan di tempat asal tetapi dibiarkan ditempat baru. Tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat. Sebarang keputusan selepas itu adalah berdasarkan kedudukan jack dan boule di tempat baru. (Kaedah 4) Bagi mengelak ketidak puasan hati dan perselisihan, pemain mesti mengamalkan membuat tanda kedudukan jack dan boule. Jack yang tergerak disebabkan disebabkan boule yang dimain dalam pertandingannya adalah sah.

Artikel 12 Jack tergerak ke perlawanan lain. 1. Jack yang tergerak ke perlawanan lain adalah sah bergantung kepada syarat seperti di Artikel 9 2. Bagi memulakan end berikutnya, jack hendaklah dibaling daripada gelanggang yang diperuntukan untuk mereka dan bulatan dibuat di kedudukan jack sebelum ia tergerak ke gelanggan lain dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Artikel 7.

Pemain yang menggunakan jack ini hendak menunggu sehingga perlawanan yang dicerobohi itu tamat perlawanan melainkan arahan lain dibuat oleh pengadil. Pemain hendaklah menunjukkan kesabaran dan kesopanan.

Artikel 13 Undang-undang yang digunakan apabila jack mati 1. Jika kedua-dua pasukan masih mempunyai boule di tangan (belum dimain), end terbatal (kedua-dua pasukan tidak memperolehi mata) 2. Jika satu pasukan sahaja yang masih ada boule ditangan, maka pasukan tersebut memperolehi mata sebanyak mana bilangan boule yang masih belum dimainkan itu. 3. Jika kedua-dua pasukan sudah kehabisan boule, maka end terbatal Artikel 14 Meletakkan jack yang terhalang 1. Jika jack yang dipukul terhenti / teralih arah disebabkan oleh penonton atau pengadil, ia kekal di tempat baru. 2. Jika jack yang dipukul terhenti / teralih oleh pemain (jika kejadian berlaku di gelanggang yang dikhaskan) pihak lawan mempunyai 3 pilihan. 3. Jika jack yang dipukul tergerak dan memasuki kawasan larangan bermain dan kemudiannya tergerak semula ke kawasan bermain, dikira mati dan kaedan Artikel 13 diguna.

Bagi kes 2; 3 pilihan meletakkan jack:

1. 1. Membiarkan jack dikedudukan baru 2. 2. Meletakkan semula jack dikedudukan asal. 3. 3. Meletakkan jack di mana-mana di atas garisan lanjutan antara kedudukan asal jack dengan kedudukan baru jack sehingga ke sejauh 20 meter (15 meter untuk kadet dan minors) dari bulatan tetapi ianya masih boleh dilihat. ** Pilihan 2 dan 3 hanya boleh dilakukan sekiranya kedudukan asal jack bertanda, jika tidak hanya pilihan 1 sahaja boleh dilakukan.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

BOULES

Artikel 15 Membaling boule pertama dan boule seterusnya 1. Boule pertama dalam satu-satu end hendaklah dibuat oleh pasukan yang memenangi undian / yang memperolehi mata pada end sebelumnya. 2. Balingan seterusnya dibuat oleh pasukan lawannya sehingga kedudukan penguasaan jack bertukar tangan. 3. Semasa membuat balingan boule terakhir, pemain dilarang memegang boule di tangan sebelah lagi. 4. Hanya satu boule dibaling dalam satu masa 5. Mana-mana boule yang telah dibaling tidak boleh dimainkan semula. 6. Dilarang membasahkan jack dan boule 7. Seblum membaling boule pemain hendaklah membersihkan sebarang kotoran yang terlekat di boulenya. 8. Jika boule pertama dibaling dan terkeluar dari kawasan bermain, balingan dibuat secara bergilir sehingga terdapat boule yang terdekat dengan jack. 9. Jika setelah memukul dan pointing tiada boule yang tinggal dalam gelanggang, kaedah Artikel 28 diguna.

Giliran membaling boule bergantung kepada siapa yang menguasai jack. Pasukan yang menguasai jack akan menunggu pasukan lawannya yang akan cuba mengatasi penguasaan tersebut. Apabila satu-satu pasukan kehabisan boule, maka pihak lawannya akan meneruskan balingan boule bagi tujuan menguasai jack atau menambah bilangan boule yang terdekat dengan jack. Pemain dilarang membuat penandaan atau meletakkan sesuatu sebagai tanda bagi membantu balingan dibuat (meletak kaki, atau berdiri berhampiran kawasan boule jatuh atau berdiri di hadapan sebagai arah balingan dibenarkan) Bagi kes 5; Boule dimainkan semula bagi kes-kes berikut:

1. 1. Boule hendaklah dim ainkan semula jika semasa ia dibaling ia tertampan dengan tidak sengaja ketika berada di antara bulatan dan jack oleh boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, oleh binatang, atau objek yang bergerak seperti bola sepak 2. 2. Seprti yang dijelas dalam Artikel 8 kes .2

Bagi kes 6 & 7; Dendaan mengikut Artikel 34

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 16 Tingkahlaku pemain dan penonton semasa pertandingan 1. Semua pemain dan penonton harus senyap semasa cubaan membaling hendak dibuat 2. Pihak lawan tidak dibenarkan berjalan, menggunakan memek muka, atau sebarang pergerakan yang boleh menggangu konsentari pemain. 3. Hanya ahli pasukan pemain yang hendak membuat balingan sahaja dibenarkan berada di antara bulatan dan jack.

Bagi kes 3; Pihak lawan mesti berada di kawasan di hadapan jack atau di belakang bulatan pada jarak melebihi dua meter dari jack dan bulatan. Juga dilarang berada tepat di hadapan jack atau di belakang pemain mengikut arah balingan. Kesalahan Artikel 16 boleh menyebabkan pemain dibatalkan penyertaan dalam

kejohanan tersebut seterlah diberi amaran oleh pengadil.

Artikel 17 Membaling boule dan boule keluar gelanggang 1. Tidak dibenarkan sama sekali latihan dibuat semasa pertandingan berjalan. 2. Semasa berjalannya sesuatu end, boule terkeluar dari gelanggang tetap adalah sah

Bagi kes 1; Tindakan disiplin mengikut Artikel 34 boleh diambil bagi yang melanggarnya Bagi kes 2; Kecuali yang mengikut Artikel 18

Artikel 18 Boule yang mati 1. Boule mati sebaik sahaja ia memasuki kawasan larangan bermain 2. Boule melepasi lebih dari satu gelanggang sebelahannya dan garisan sempadan hujung gelanggang tersebut 3. Dalam perlawanan bermasa, boule melepasi sempadan gelanggang yang ditetapkan untuknya dikira mati. 4. Boule yang masuk semula ke gelanggang permainan setelah melepasi garisan mati sepenuhnya hendaklah dikeluarkan serta merta 5. Semua boule yang mati hendaklah dikeluarkan dari permainan serta merta dan ianya dikira hidup sebaik sahaja sebutir boule dimainkan oleh pihak lawan.

Bagi kes 1dan 2; Ikut (Kaedah 3) Artikel 9 Bagi kes 4; Semua yang tergerak disebabkan boule yang masuk semula gunakan

(kaedah 1)Artikel 1

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 19 Boule yang dihentikan 1. Mana-mana boule yang dimainkan terhenti / terarah kelain disebabkan oleh penonton atau pengadil akan kekal ditempat ia berhenti 2. Mana-mana boule yang dimainkan terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain sendiri dengan tidak sengaja adalah mati 3. Mana-mana boule yang dipoint terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain lawan dengan tidak sengaja, pemain boleh menentukan sama ada hendak baling semula atau dibiarkan di mana boule itu berhenti 4. Apabila boule yang ditembak terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain dengan tidak sengaja, pihak lawannya kepada pemain tersebut boleh membuat 2 pilihan

Bagi kes 4; 1. Membiarkan di mana boule itu terhenti atau 2. Meletakan di mana-mana di atas garisan lanjutan antara kedudukan asal dengan kedudukan baru tetapi mesti berada dalam kawasa permainan. Ini boleh dilakukan hanya sekiranya kedudukan asal bertanda.

Pemain yang dengan sengaja menahan boule yang bergerak akan dibatalkan penyertaannya bersama-sama pasukannya sekali bagi perlawanan tersebut.

Artikel 20 Masa yang diperuntukan untuk bermain Peruntukan masa 1 minit maksimum diberi dan jack atau boule mesti dimainkan: 1. Selepas jack dan boule yang dibaling, berhenti. 2. Selepas keputusan diperolehi melalui kerja mengukur atau penetapan skor. 3. Tiga cubaan balingan jack

Gagal menuruti peraturan di atas dendaan yang diperuntukan dalam Artikel 34 akan dikenakan.

Artikel 21 Boule yang tergerak 1. Boule yang tergerak (dengan tidak sengaja) disebabkan oleh apa sahaja unsur, hendaklah diletakkan di tempat asal sekiranya kedudukan asalnya bertanda. Contoh unsur: angin, keadaan gelanggang, pengadil, pemain, penonton, boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, binatang atau sebarang unsur yang bergerak. 2. Boule yang tergerak disebabkan oleh boule yang dimainkan adalah sah.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 22 Pemain membaling boule selain daripada boulenya 1. Pemain yang bermain menggunakan boule orang lain akan diberi amaran. Balingannya sah tetapi boule tersebut hendaklah ditukar dengan segera. Jika perlu pengukuran mesti dibuat. 2. Jika berlaku lagi dalam pertandingan yang sama, boule tersebut dibatalkan dan segala yang tergerak akibat dari balingan tersebut diletakkan semula ke kedudukan asal sekiranya bertanda.

Mengguna boule orang lain termasuk juga mengguna boule rakan sendiri. Tindakan dendaan bagi kesalahan ini akan mengikut kaedah Artikel 34 Disiplin

Artikel 23 Boule yang dimainkan di bulatan yang salah. 1. Boule yang dibaling dari bulatan yang salah adalah mati. Mana-mana yang tergerak kerananya diletakkan semula ke kedudukan asal hanya sekiranya bertanda.

Pihak lawan boleh menggunakan Advantage Rule dengan menerima balingan tersebut sebagai sah. Semua yang tergerak juga adalah sah

Penetapan Skor dan Pengukuran

Artikel 24 Mengalih sementara boule 1. Dibenarkan untuk mengalih sementara boule atau sebarang halangan untuk membolehkan pengukuran dilakukan. Boule dan halangan tadi hendaklah ditanda kedudukan asalnya yang mana semuanya hendaklah diletak semula ditempat asalnya.

Apabila objek tidak boleh dialih, pengukuran hendaklah dibuat dengan mengguna angkup (calipers).

Artikel 25 Mengukur kedudukan 1. Mengukur kedudukan adalah tugas pemain dari pasukan yang terakhir bermain. 2. Pihak lawan masih ada hak untuk mengukur selepas itu. 3. Pengadil boleh dipanggil untuk membuat pengukuran pada bila-bila masa. Keputusan pengadil adalah muktamad. 4. Pengukuran mesti dibuat dengan menggunakan alat yang bersesuaian.

Setiap pasukan mesti menyediakan alat mengukur. Adalah dilarang membuat ukuran menggunakan kaki atau tangan. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh didenda mengikut Artikel 34 Disiplin

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 26 Mengalih boules 1. Adalah dilarang pemain untuk mengangkat boule yang sudah dimainkan sebelum tamat sesuatu end. 2. Pada penghujung end, mana-mana boule yang diangkat sebelum persetujuan dibuat adalah mati dan tidak boleh dibuat sebarant tuntutan Artikel 27 Boule dan jack yang teralih 1. Pasukan yang teralih jack atau boule yang terlibat dalam pengukuran kehilangan kedudukan. Pihak lawan dianggap menguasai kedudukan. 2. Jika semasa pengukuran, pengadil tersentuh atau terganggu jack atau boule, ia akan membuat keputusan yang dianggap benar / patut. Artikel 28 Boule yang mempunyai jarak sama dari jack Apabila dua boule kepunyaan pasukan yang berlawan berada pada jarak yang sama dengan jack salah satu dari 3 kes ini digunakan: 1. Jika kedua-dua pasukan telah kehabisan boule untuk dimain, end tersebut dikira mati. 2. Jika hanya satu pasukan yang masih ada boule, pasukan tersebut akan terus bermain 3. Jika kedua-dua pasukan masih mempunyai boule, pasukan yang menyebabkan kesamaan tersebut akan membaling boule berikutnya dan kemudian berselang seli sehingga kedudukan berubah. 4. Jika sehingga tamat end, tiada boule yang tinggal dalam kawasan bermain, end tersebut terbatal.

Bagi kes 1; Pasukan yang baling jack sebelum end tersebut akan membaling jack. Bagi kes 2; Pasukan tersebut boleh terus bermain untuk menguasai kedudukan dan seterusnya menambah skor

Artikel 29 Sesuatu melekat di boule atau jack 1. Sebarang benda yang terlekat di boule atau jack hendaklah dibersihkan dahulu sebelum pengukuran dibuat. Artikel 30 - Bantahan 1. Semua bantahan hendaklah dibuat kepada pengadil semasa perlawanan masih berjalan 2. Bantahan tidak diterima sebaik sahaja pertandingan tamat. 3. Adalah tanggungjawab setiap pasukan membuat pemeriksaan ke atas pasukan lawannya (lisen, kategori, gelanggang, boule dll)

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

DISIPLIN

Artikel 31 Dendaan kepada pasukan atau pemain yang tidak hadir 1. Pemain mesti berada di meja kawalan (urusetia) semasa undian dan pengumuman mengenainya dibuat. 2. Pasukan yang tidak hadir selepas 1 djam dari waktu pengumuman dibuat digugurkan daripada kejohanan. 3. Pasukan yang tidak mencukupi bilangan pemainnya masih boeh meneruskan perlawanan tetapi hanya menggunakan bilangan boule yang diperuntukan baginya sahaja. 4. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggan pada bila-bila masa perlawanan tanpa kebenaran pengadil.

Bagi kes 1; 15 minit (5 minit bagi perlawanan menggunakan kawalan masa) selepas pengumuman mengenai perlawanan dibuat, pasukan yang tidak hadir akan didenda 1 mata yang akan diberi kepada pasukan lawan dan seterus 1 mata bagi setiap 5 minit berikutnya. Dendaan ini digunapakai sepanjang masa kejohanan. Bagi kes 4; Peraturan yang ditetapkan dalam Artikel 31 ini dan Artikel 32 di bawah akan diguna pakai.

Artikel 32 Pemain yang datang lewat 1. Pemain yang datang setelah sesuatu end bermula tidak dibenarkan bermain di end tersebut. 2. Pemain yang datang lewat selepas satu jam setelah game bermula tidak dibenarkan bermain untuk pertandingan tersebut. 3. Sesuatu end dikira telah mula apabila jack telah dibaling di gelanggang mengikut undang-undang.

Bagi kes 1; Pemain tersebut dibenarkan bermain di end berikutnya. Bagi kes 2; Jika terdapat perlawanan seterus yang melibatkan pasukannya bermain pemain tersebut dibenarkan ambil bahagian.Dengan syarat namanya telah didaftar sebagai ahli pasukan tersebut pada awalnya.

Artikel 33 Mengganti pemain 1. Penggantian pemain dalam perlawanan doubles atau triples dibenarkan sebelum permulaan kejohanan diumum dengan syarat pemain tersebut tidak didaftar dalam pasukan lain.

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)

Artikel 34 Dendaan Mereka yang melanggar undang-undang permainan boleh dikenakan dendaan mengikut turutan seperti berikut kecuali yang ada penentapan khusus: 1. Amaran (kad kuning) 2. Dibatalkan sebiji boule yang dimain atau yang akan dimain (kad Jingga) 3. Dibatalkan boule yang dimain atau yang akan dimain dan boule berikutnya (kad Jingga) 4. Dikeluarkan pemain berkenaan dari pertandingan (kad merah) 5. Pembatalan penyetaan pasukan yang berkenaan (kad merah) 6. Pembatalan penyertaan kedua-dua pasukan jika terdapat perselihan

Artikel 35 Cuaca buruk 1. Jika hujan, mana-mana end yang telah dimulakan hendak terus berjalan melainkan arahan sebaliknya dibuat oleh pengadil bersama juri yang bertanggung jawab membuat keputusan sama ada ditangguh atau dibatalkan perlawanan.

Artikel 36 Fasa baru permainan 1. Jika pengumuman telah dibuat bagi memulakan fasa baru (pusingan kedua atau lain-lain) sedangkan terdapat perlawanan yang belum tamat bagi fasa sebelumnya, pengadil setelah dinasihat oleh pihak penganjur boleh menentu apa yang sepatutnya dilakukan bagi memastikan perjalanan kejohanan licin.

Artikel 37 Tidak menunjukkan sikap kesukanan 1. Pasukan yang bertengkar semasa pertandingan, sesiapa yang tidak menunjukkan sikap kesukanan, tidak menghormati orang ramai, penganjur atau pengadil, akan dikeluarkan dari kejohanan.

Semua keputusan yang melibatkan pasukan ini ditarik balik. Mereka juga boleh dikenakan tindak seperti diperuntukan di Artikel 38

The Official Rules of the Game of Ptanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu) Artikel 38 Berkelakuan Buruk Pemain yang didapati bersalah kerana berkelakuan buruk atau lebih dari itu, berkasar / ganas terhadap pegawai sukan, pengadil, pemain lain atau penonton boleh dikenakan satu atau lebih hukuman di bawah: 1. Dikeluarkan dari kejohanan dikenakan oleh pengadil 2. Penarikan lisennya dikenakan oleh juri 3. Dirampas semula hadiah dan dikaji semula imbuhan atau perbelanjaan yang telah atau akan diberi.

Bagi kes 3; Dikenakan oleh JK Penganjur yang mana dalam masa 48 jam menghantar laporan dengan perbelanjaan dan hadiah yang dirampas diserah kepada Badan Petanque Kebangsaan (PPM). PPM akan menentukan apa yang dibuat terhadap rampasan tersebut. Dalam semua kes di atas, Pengerusi Badan Kebangsaan akan membuat keputusan akhir. Pemain yang tidak mengenakan pakaian sopan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan oleh pengadil setelah diberi amaran.

Artikel 39 Tugas pengadil 1. Mengawal perjalanan kejohanan 2. Melaksana tugas dengan ketegasan terhadap pelaksanaan undang-undang dan peraturan pertandingan 3. Berkuasa untuk membatalkan mana-mana pemain / pasukan dari kejohanan yang tidak menerima keputusan yang dibuat oleh pengadil. 4. Mengeluarkan laporan terhadap penonton (yang memegang lisen sah / digantung) yang menjadi penyebab perkara negatif kepada pegawai persekutuan.

Bagi kes 4; Pegawai persekutuan tersebut kemudiannya akan memanggil penonton terbabit menghadap JK Disiplin yang mana kemudian membuat keputusan disiplin sewajarnya

Artikel 40 Komposisi dan keputusan Juri 1. Sebarang kes yang tidak terdapat dalam undang-undang diserahkan kepada pengadil yang seterusnya merujuk kepada Juri Kejohanan. 2. Juri terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak lebih 5 orang. 3. Keputusan Juri dalam kes 1 adalah muktamad. Jika terdapat pecah undian, pengerusi Juri akan membuat undiannya.

Note: These rules were approved by the World Congress of the FIPJP in Dakar, Senegal on the 14.11.08

Anda mungkin juga menyukai