Anda di halaman 1dari 2

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Admin on Sun Oct 17, 2010 3:32 pm 1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapimempunyai maksud sama. 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek. 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan keatasnya. 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya: (a) Emak memasak nasi dan sebagainya (b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu. (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah. 2. Ayat pasif ialah ayatyang kerjanya (a) tidak berawalan men-dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya: i. Bolaitu saya tendang. ii.Borang itu perlu anda isi. (b) berawalan di- dandiikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak. 3. Ayat pasif terdiri daripada: (a) ayat pasif diri pertama, iaituayat yang kata kerjanya tidak berawalan mendan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dansebagainya. (b) ayat pasif diri kedua, iaituayat yang kata kerjanya tidak berawalan mendan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dansebagainya. (c) ayat pasif diri ketiga, iaituayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4. Kedua-dua ayat aktif danpasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya:

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif (a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu.

Ayat Pasif Diri Kedua (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif (a) Mereka mengecat bangunan.

Ayat Pasif Diri Ketiga

(a) Bangunan dicat oleh mereka.

(b) Baginda meminta rakyat supaya (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau ramai supaya beratur. supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. (d) Baju sedang dijahit olehnya.