Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 1.

0 PENDAHULUAN Projek Kewarganegaraan ialah komponen penting dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Kerja amali memerlukan murid menyertai secara aktif dalam khidmat kepada kominiti sekolah atau komuniti luar sekolah. 2.0 MATLAMAT PROJEK 2.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2.2 Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara 2.3 Menjadi warganegara yang patriotik, perihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 3.0 TAJUK PROJEK 3.1 Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat - Projek menceriakan kawasan sekolah ( Melukis MURAL di susur gajah) 4.0 OBJEKTIF - Memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong - Mendidik pelajar menjaga kebersihan - Membina semangat cintakan sekolah dan memastikan sekolah sentiasa ceria

5.0 CADANGAN AKTIVITI 5.1 Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Lantik seorang ketua dan buat pembahagian tugas 5.2 Murid mencari tema lukisan dan mengumpulkan maklumat/ material untuk membuat mural di sepanjang susur gajah 5.3 Melakar dan melukis mural mengikut tema yang dipilih di kertas 5.4 Melukis dan mewarnakan mural di susur gajah mengikut kumpulan masing-masing 5.5 Mural setiap kumpulan akan dipertandingkan 5.6 Kumpulan yang membuat mural yang paling menarik dan ceria diberikan hadiah 6.0 TEMPOH MASA 10 jam setahun ( Jun hingga Oktober) 7.0 SUMBER 7.1 Akhbar 7.2 Majalah dan buku rujukan 7.3 Internet 8.0 SENARAI PEMBAHAGIAN TUGAS 8.1 Melantik AJK 8.2 Mencari maklumat dan bahan 8.3 Menyediakan bahan keperluan untuk membuat mural (cat,berus, pensil dll)

9.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT 9.1 Mendapatkan kebenaran dari Guru Besar (Prosedur) 9.2 Menyediakan senarai semak untuk mengumpulkan bahan seperti majalah, buku dan laman web 9.3 Pergi ke perpustakaan mencari bahan-bahan untuk dijadikan rujukan 9.4 Bertanya guru PSV untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar cara/teknik melukis mural yang cantik

Anda mungkin juga menyukai