P. 1
Skrip Majlis Penutup TKRS 2012

Skrip Majlis Penutup TKRS 2012

|Views: 135|Likes:
Dipublikasikan oleh Sherry Unique

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: Sherry Unique on Mar 03, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/19/2013

pdf

text

original

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Merangkap Ketua Sektor KRS Negeri. Nyanyian Lagu Negaraku Tabik Hormat Lapor Bacaan Doa. Dipersilakan Left. Muda Mohd Haslan bin Mokhtar untuk Lafaz Doa. ________________________________________________________________________ Terima kasih tuan diatas bacaan doa sebentar tadi. Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Merangkap Ketua Sektor KRS Negeri.

Yang Berusaha Tuan Haji Mat Jah bin Roslan , Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Merangkap Pegawai KRS Daerah Sepang, Selaku Pengerusi Pengelola Perkhemahan Perdana TKRS Negeri Selngor 2012. Yang Berusaha En. Basrin bin Yaman, Penolong Pengarah Kanan Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Merangkap Ketua Penolong Pengarah KRS Negeri, Negeri Selangor Yang Berusaha Tuan Haji Mat Jah Bin Roslan, Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Merangkap Pegawai KRS Daerah Yang Berusaha Encik Jamaluddin bin M.Nawi, Penyelia Kanan Kokurikulum JPNS, Merangkap Pengelola KRS Negeri Yang Berusaha Encik Zuhaimi bin Md. Nasir, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian Pejabat Pelajaran Daerah Sepang merangkap Penolong Pegawai KRS Daerah Yang Berusaha Mohd Halim bin Sahri , Penolong Pegawai pelajaran Daerah Kokurikulum Akademik ,PPD Sepang merangkap Penolong pegawai KRS daerah Yang Berusaha Encik Ab. Aziz bin Hj Mohamad, Penyelia Kokurikulum PPD Sepang merangkap pengelola KRS Daerah, Pegawai-pegawai KRS Daerah Negeri Selangor

Penolong pegawai KRS Daerah Negeri Selangor Pengelola KRS Daerah Negeri Selangor Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Sepang Sakretariat TKRS Negeri Selangor Sakretariat TKRS Daerah-Daerah Negeri Selangor Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Para Jurulatih dan Pembantu Jurulatih Kadet-kadet dan hadirin sekalian, Assalamualaikum wbt Syukur ke atas rahmat Illahi atas limpah dan kurnianya maka dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Perdana TKRS Negeri Selangor 2012 ini. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Merangkap Ketua Sektor KRS Negeri ke majlis ini. Terima Kasih Tuan. Yang Berhagaia Tuan dan hadirin Sekelian. Selama 4 hari 3 malam para kadet Tunas Kadet Remaja Sekolah dan jurulatih berkumpul dari 13 hingga 16 Februari 2012 untuk mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang telah dirancang dengan Kekuatan anggota kadet adalah seramai 298 orang dan jurulatih seramai lebih kurang 70 orang . Yang Berbahagia Tuan dan Hadirin sekalian sebagai permulaan bicara majlis menjemput Yang berusaha Tuan Haji Mat Jah bin Roslan ,Pegawai Pelajaran Daerah Sepang, merangkap Pegawai KRS Daerah Sepang Selaku pengerusi Pengelola Perkhemahan Perdana TKRS Negeri Selangor 2012 untuk menyampaikan ucap tama selaku tuan rumah. Segala hormatnya majlis mempersilakan. _______________________________________________________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih diatas ucap tama sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor KRS Negeri untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan Perkhemahan TKRS Negeri Selangor bagi tahun 2012, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ________________________________________________________ Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor KRS Negeri Atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi. Rasmilah sudah Penutupan Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah bagi tahun 2012. Sukacita majlis memaparkan sorotan aktiviti sepanjang perkhemahan buat tontonan ketua sektor , tetamu-tetamu terhormat , serta hadirin hadirat sekalian. Pastinya sorotan aktiviti ini menjadi kenangan pahit manis buat para peserta. Bagi pihak jurulatih kami berharap kenangan pahit tersebut akhirnya menjadikan pengalaman kehidupan yang cukup bermakna buat anak-anak didik kami pureta puteri TKRS yang ada di sini. Terima kasih tidak terhingga kami rakamkan buat unit multimedia SK Bukit Bangkong di atas penghasilan sorotan video klip sebentar tadi. Kini tibalah masa untuk upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta , jurulatih serta urusetia. majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor KRS Negeri dengan diiringi Tuan Hj Mat Jah bin Roslan Pegawai KRS Daerah Sepang untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil . Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan. 1. Dipersilakan Ketua Jurulatih Kapten KRS Muhamad Ismadi bin Hj Damsuki bagi pihak Kejurulatihan. 2. Dipersilakan Kem Komandan Perkhemahan Left Muda Firdaus bin Idris bagi pihak Urusetia : 3. Dipersilakan Pegawai Waran 1 , Ali Redza bin Wan Hassan selaku wakil Pembantu Jurulatih : 4. Seterusnya adalah penyampaian sijil penyertaan buat para peserta. Dengan ini mempersilakan wakil-wakil daerah bagi menerima sijil berikut.

Dipersilakan wakil daerah : Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama, Sabak Bernam Dan Tuan Rumah Daerah Sepang. ** Tanya ttg hadiah utk peserta setiap daerah Seterusnya majlis mengumumkan kumpulan terbaik Putera kumpulan L ____ bagi menerima sijil pencapaian kecemerlangan. Seterusnya dipersilakan kumpulan terbaik Puteri kumpulan P ____ bagi menerima sijil pencapaian kecemerlangan. 5. Adat perkhemahan setiap ada peserta pasti ada aktivitinya, setiap ada aktiviti pasti ada yang menyerlah, maka pihak penganjur amat menghargai kesungguhan , kemantapan, dan semangat bagi peserta-peserta terbaik ini. Maka peserta terbaik bagi Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah 2012 disandang oleh 1. Kadet Putera : 2. Kadet Puteri :

Sebagai Tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Merangkap Ketua Sektor KRS Negeri , Jawatan Kuasa Pelaksana Perkemahan Perdana TKRS Negeri Selangor sukacitanya menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan . Untuk itu pihak majlis menjemput Tuan Haji Mat Jah bin Roslan Pegawai KRS Daerah Sepang selaku pengerusi pengelola Perkhemahan Perdana TKRS Negeri Selangor untuk menyampaikan cenderamata tersebut. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Merangkap Ketua Sektor KRS Negeri atas upacara penyampaian sebentar tadi.

Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Perdana TKRS Negeri Selangor 2012. Jumpa lagi di Tahun Hadapan Saya akhiri dengan lafaz wabila…… Kepada para VIP dan tetamu jemputan dipersilakan ke khemah jamuan

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->