Anda di halaman 1dari 2

Teknik Latih Tubi Dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Suku Kata KVKV MuridMurid Pemulihan Sekolah Kebangsaan Magatang,Keningau.

PARIS, LONDON.

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat sama ada teknik latih tubi dapat meningkatkan tahap penguasaan suku kata KVKV murid-murid pemulihan. Kajian ini dilaksanakan ke atas 3 orang responden Tahun 3 Bestari yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan di Sekolah Kebangsaan Magatang, Keningau. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah ujian pra dan ujian pos.

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan

Magatang merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan

Pedalaman Atas. Ia terletak dua belas kilometer dari pekan Keningau. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai 12 buah kelas sekolah rendah dan dua buah kelas prasekolah. Pada tahun ini, bilangan murid adalah seramai 533 orang dengan 30 orang guru dan tiga orang kakitangan sokongan. Majoriti murid-murid yang berada di sekolah ini terdiri daripada kaum Dusun dan Murut. Secara umumnya, sekolah ini juga menghadapi masalah murid-murid Tahap Satu yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran asas ini dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana gagal melepasi ujian pelepasan KIA 2M atau dicalonkan oleh guru kelas dan guru besar ekoran daripada pencapaian yang kurang baik di dalam kelas. Keadaan yang amat membimbangkan saya ialah terdapat murid Tahun 3 yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca. Setelah tiga bulan saya menjalani praktikum di sekolah ini, maka timbul keinginan dan minat saya untuk membuat penyelidikan tentang masalah bacaan kerana saya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab saya.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan 3 orang murid Pemulihan Khas dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata KVKV. Lazimnya murid-murid ini akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid lain semasa dalam kelas, serta kurang berminat dalam pembelajaran. Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran. Tugasan yang dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi kehendak guru kerana masalah yang mereka hadapi ini.

Melalui pemerhatian dalam kelas tersebut, punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam kelas biasa yang terlalu tinggi serta objektif p&p sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid ini. Daripada temubual semasa, didapati mereka kurang berkeyakinan diri, tidak berminat, bosan dan berasa sering dipinggirkan. Saya terpanggil untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca di peringkat yang lebih awal. Guru memainkan peranan penting memberi kesedaran dan mendekati mereka supaya mereka lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad suku kata KV, kad perkataan KV+KV, kad bergambar, Power Point, dan bacaan bergred yang mengandungi ayat-ayat mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran yang dikaji.ARGGGG MAW GILA SY BUAT KAJIAN INI. CIKGU VIJAY TOLONG SAYA.

Anda mungkin juga menyukai