Anda di halaman 1dari 9

Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain.

Sehubungan itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat Definisi dan Konsep Menurut Chamil Wariya didalam bukunya Dasar Luar Era Mahathir(1989) ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrument yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh darinya. Melalui dasar luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian mereka terhadap perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar sempadan negara dalam hubungan antarabangsa. Dasar luar juga mencerminkan sikap yang berkecuali yang tidak mengikat pada mana mana negara kuasa besar. Dasar luar juga boleh mencorak pemencilan atau pengasingan seperti mana yang diamalkan oleh Myanmar satu waktu dahulu yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar. Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap yang memihak kepada salah suatu kuasa besar dunia yang mempunyai idealogi politik dan sistem eknomi yang berlawanan dan bertentangan. Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap sesebuah negara tentang peranannya dalam senario politik antarabangsa sama ada ia ingin memainkan peranan pasif atau aktif dalam forum forum dunia. Menurut Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad di dalam bukunya Perhbungan Antarabangsa Konsep dan Konteks (2005), menyebut bahawa dasar luar adalah dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara di dalam menjalin hubungan dengan sebuah negara lain. Dasar luar merujuk kepada tindakan atau idea yang dibuat pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa. Dasar juga merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara untuk dijadikan garis panduan bagi memilih tindakan adil dengan situasi tertentu dalam hal ehwal antarabangsa. Dasar luar amat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku negara serta perhubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah atau serantau. Tingkah laku merujuk kepada tindakan yang diambil oleh negara ke atas satu sama lain dan bertujuan mencapai aspirasi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar luar negara merujuk kepada langkah langkah atau peranan yang diambil dan di tentukan oleh pemimpin negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara di peringkat antarabangsa. Faktor faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Negara Antara faktor faktor yang mempengaruhi pertimbangan di dalam pembentukan sesuatu dasar luar negara ialah kepentingan nasional. Apa itu kepentingan nasional? Menurut Joseph Frankel (1987), kepentingan nasional adalah konsep terpenting dalam dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara. Perkataan nasional itu sendiri merujuk kepada bangsa dan negara. Maka ia bermaksud matlamat umum yang berterusan dicapai melalui kepentingan negara. Kepentingan itu tidak harus ditafsirkan dengan sempit sehingga mengenepikan pertimbangan mral, agama dan sebagainya. Kepentingan nasional dasar luar Malaysia ialah bertujuan berwaspada dan berhati hati dalam hubungannya dengan negara negara lain agar sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tidak berteraskan kekerasan. Contohnya, Malaysia menganggotai ASEAN agar keselamatan Malaysia terjamin di serantau Asia Tenggara dengan menjalankan hubungan baik

dengan negara negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina dan selebihnya. Ini bermakna, kepentingan nasional dititikberatkan di dalam sesebuag dasar luar yang digubal agar keamanan dan kestabilan negara terjamin. Faktor lain yang dapat dilihat ialah dari segi ekonomi. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan negara negara lain di dunia di dalam usaha memajukan ekonomi negara Malaysia. Contohnya, sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah maka melalui ruang ekonomi, Malaya pada ketika itu telah menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara negara maju seperti Amerika Syarikat dan British untuk memajukan ekonomi. Setelah merdeka, Malaysia telah mengambil langjah langkah untuk menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Maka pada tahun 1980, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan Dasar Pandang Ke Timur. Melalui dasar ini, Malaysia mengharapkan pelabur pelabur dari Timur seperti Jepun dan Korea dapat memasuki pasaran di Malaysia seterusnya membantu Malaysia membangun seperti negara mereka. Faktor berikut yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia ialah melalui Piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu atau PBB. Malaysia mula menganggotai PBB pada tahun 1957 iaitu selepas kemerdekaan. PBB yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa telah dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada awal penubuhannya PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja namun sehingga 2002, keanggotaannya telah meningkat kepada 189 buah negara. Negara negara yang menganggota PBB harus akur dengan piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip prinsip asas hubungan antarabangsa. Empat prinsip asas yang ditetapkan oleh PBB ialah setiap dasar luar negara anggota PBB perlu : Menjamin keamanan dan keselamatan dunia Menggalakkan hubungan berbaik baik antara negara anggota Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antaranbangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara negara anggota Lantaran itu, dasar dasar luar negara Malaysia yang dibentuk haruslah mengikuti piagam PBB yang telah ditetapkan seperti di atas. Faktor lain yang mempengaruhi pertimbangan dan pembentukan dasar luar Malaysia ialah faktor Geografi. Kita semua tahu bahawa Malaysia terletak dikedudukan yang strategi di Asia Tenggara. Sejarah telah membuktikan bahawa Melaka dahulunya adalah pusat perdangan di Asia Tenggara yang terkenal. Malah ia menjadi pusat perkembangan ekonomi serantau Asia Tenggara pada masa dahulu. Maka kedudukan Malaysia yang bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Brunei telah mempengaruhi penggubalan dasar luar negara Malaysia. Contohnya, perairan negara Malaysia telah menjadi laluan utama kapal perdagangan maka penggubalan akta luar negara perlu diselaraskan agar keselamatan Malaysia dan serantau terjamin. Selain itu, ia juga mempengaruhi faktor kebanjiran pendatang asing untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia maka, akta akta yang berkaitan telah digubal bago mengelakkan berlaku sebarang masalah dan ancaman kepada negara. Ini berikutan kedudukan Malaysia yang strategim dan berada di tengah tengah negara ASEAN. Terdapat beberapa perkara lagi yang boleh dikaitkan atau menjadi faktor kepada pertimbangan dalam pembentukan dasar luar Malaysia sepert dari segi bekas jajahan British, sudut agama Islam, Dasar Berkecuali dan

Prinsip Hidup Bersama. Kesimpulannya, faktor faktor inilah yang telah diambilkira oleh pihak kerajaan di dalam menggubal dasar luar negara agar kestabilan dan keselamatan nasional negara Malaysia terjamin dan rakyat hidup aman sejahtera. Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini perjalanan dasar luar Malaysia yang bertitik tolak mulanya selepas kemerdekaan yang mana dari dasar proBarat dan antikomunis, telah banyak dipengaruhi oleh Barat terutama British yang menjajah negara. Namun, pihak pemerintah negara telah mengambil inisiatif dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik baik dengan semua negara di dunia kecuali Israel. Penubuhan ASEAN juga telah diiktiraf oleh dunia. Selain itu, peranan ZOPFAN sebagai satu perjanjian yang menjamian keselematan negara Malaysia daripada ancaman ketetenteraan negara lain. Dari segi ekonomi pula, melalui dasar luarnya, Malaysia telah membangun dengan pesat dan menjadi contoh kepada negara negara membangun yang lain. Blok ekonomi yang dibentuk melalui EAEC telah membuka mata dunia bahawa negara negara kecil juga mampu mengangani masalah ekonomi dan menjaga kestabilan ekonomi mereka sendiri. Malaysia juga menerima banyak pengiktirafan oleh dunia di dalam menangani isu isu global dan penglibatan dalam mesej keamanan melalui PBB malah beberapa pertubuahn Malaysia telah iakui oleh dunia seperti peranan MERCY dan Aman Malaysia. Akhir kata, Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.

EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA II


Written by Administrator Friday, 24 December 2010 01:50

Tuesday, February 23, 2010 Dasar Luar Negeri mana-mana negara mestilah mempunyai kecairannya tersendiri berasaskan kepada bagaimana negara tersebut mahu menampilkan kedaulatan dan kepentingan strategiknya. Penonjolan dasar luar jika ia kuasa besar akan memaparkan kuasa ekonomi serta ketenteraannya. Sekaligus akan membolehkannya memastikan jalinan pengaruhnya dengan negara-negara yang digolongkan sebagai negara sahabat. Dalam dunia yang dikatakan satu perkampungan global, kebergantungan negara-negara diantara satu sama lain tidak lagi dapat dielakkan. Justru cara menguruskan dasar luar mestilah mengambil kira perubahan-perubahan di persekitaran rantau dan antarabangsa. Ia memberi impak secara langsung dan tidak langsung kepada ekonomi, perdagangan, politik dan hubungan samada diperingkat dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam penentuan dasar luar jalinan hubungan diplomasi dua hala, mahupun pelbagai hala akan memainkan peranan utama. Masing-masingnya akan mempunyai hubungkait rapat dalam menentukan hala tuju dasar luar negara. Adalah lumrah bagi negara-negara kecil untuk lebih berminat berpegang kepada dasar luar yang pasif, sering tidak aktif atau proaktif. Keputusan akan diambil oleh negara berkenaan berasaskan kepentingan strategik atau ekonomi yang akan mendorong pendekatan yang hendak

dipilih. Walaupun dunia kini tidak lagi terbagi kepada pegangan bersandarkan kepada ideology, malahan lebih dipengaruhi oleh kepentingan ekonomi dan politik. Ada masanya negara-negara melahirkan kumpulan like minded ataupun memiliki kepentingan bersama bagi mencapai tujuan dan matlamat tertentu. Kumpulan longgar sebegini menjalin kerjasama bagi tujuan mencapai tujuan strategik (Strategic Alliance) negara-negara tersebut. Sememangnya diyakini bahawa keselamatan dan kestabilan negara-negara kecil dan sederhana banyak bergantung kepada keahlian dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun pertubuhan rantau ataupun ikatannya dengan negara kuasa besar yang bertindak sebagai penaung mereka. Kemajuan ekonomi serta pengaruh akan menjadi lebih meluas dari saiz negara masing-masing seperti negara Sweden dan Netherland sebagai ahli Kesatuan Eropah (EU). Ini bermakna saiz sesebuah negara tidak semestinya menjadi penentu muktamad dalam hubungan antarabangsa ataupun pengaruh sesebuah negara. Bagi mengambil contoh contoh lain seperti Israel jika dibandingkan dengan negara-negara Arab, Israel sebuah negara kecil dari sudut saiz dan penduduk. Namun kedudukan mereka kukuh kerana negara penaungnya adalah Amerika Syarikat dan Britain, ia menjadi kuasa terkuat di Timur Tengah. Menentang dan mengkritik mereka samalah berdepan dengan negara-negara barat lain. Begitu juga kumpulan pelobi mithalnya di Amerika Syarikat, Israel sungguh berkuasa dan berpengaruh sehinggakan tiada calon Presiden atau Presiden boleh berjaya jika mereka tidak pro-Israel. Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan bagi melindungi Israel. Selainnya penguasaan ekonomi, politik dan pengaruh pertubuhan Zionis, tiada dapat ditandingi oleh mana-mana negara di Timur Tengah. Saya pernah bertanya pada Presiden Perancis Jacque Chirac mengapa Eropah yang kelihatan lebih simpati kepada perjuangan Palestin tidak melakukan sesuatu bagi mencapai penubuhan negara Palestin. Beliau memberitahu saya bahawa kata pemutus bergantung pada Amerika Syarikat. Saya tidak boleh lupa peristiwa melibatkan ucapan Dr. Mahathir semasa Sidang Kemuncak OIC. Beliau dalam ucapan perasmiannya, telah menggariskan fakta sejarah terhadap kekuatan sebenar Israel diperingkat global. Reaksi Amerika Syarikat disuarakan kepada Duta Malaysia di Washington terhadap ucapannya begitu hebat sekali. Lantas Barat melabelkan beliau sebagai anti yahudi (anti Semitism). Walaupun di Sidang Kemuncak yang sama ucapan beliau juga membidas dengan jelas dan tegas menuding jari keatas kelemahan negara-negara dan masyarakat Islam. Tetapi negara-negara barat tertentu tidak melihatnya dalam konteks sebenar dan seimbang. Saya tidak lupa yang saya dibanjiri dengan temubual oleh media barat termasuk Australia terhadap pendirian Malaysia yang dilihat mereka sebagai anti yahudi. Saya telah menjelaskan pada mereka mengapa apabila ia melibatkan Israel, negara barat melompat dengan segera seolah tidak boleh disentuh atau ditegur walaupun dari perspektif sejarah dan keadaan sebenar sememangnya pengaruh mereka sangat meluas. Adalah tidak tepat dan adil untuk melabel Dr. Mahathir sebagai anti yahudi sedangkan negara-negara Islam juga dikritik hebat. Pada bulan Mei 2002, lawatan kerja Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada 13-15 Mei, telah dipersetujui dan diatur. Ianya nyaris-nyaris dibatalkan. Saya bertemu dengan Dr. Mahathir supaya meneruskan lawatan tersebut kerana saya tahu ada tangan-tangan lain yang cuba membatalkannya. Akhirnya beliau bersetuju dengan saranan saya. Lawatannya juga dimungkinkan kerana pendirian Malaysia terhadap tragedi September 11 dan Amerika Syarikat perlukan negara Islam yang sederhana sebagai rakan menentang keganasan. Negara kecil seperti Singapura bersekutu dengan Amerika Syarikat, dan kedudukan ekonominya menjadi kukuh kerana jalinan tersebut. Mereka berjaya menjadi lebih menyerlah dalam pertubuhan antarabangsa dan rantau. Dalam forum dan perbincangan bersama Singapura dapat dirasai yang

pendirian mereka lebih bergabung dan bermirip kepada barat khususnya Amerika Syarikat. Kesan dan impak positif dan kukuh bagi negara kecil dan sederhana kini bergantung kepada penglibatan serta keahlian mereka dalam pertubuhan rantau. Tidak memadai untuk hanya menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) kerana keahliannya hanya akan menjamin pengiktirafan sebagai negara merdeka dan berdaulat. Kini pertubuhan-pertubuhan rantau sudah menjadi lebih berpengaruh dan mendatangkan banyak manfaat kepada negara ahli. Pertubuhan seperti ASEAN, Kesatuan Eropah(EU) dan NAFTA sememangnya memberi pengaruh dan kekuatan yang meluas kepada negara-negara ahli. Dalam EU negara-negara seperti Ireland dan Portugal beruntung dengan menjadi ahli EU. Di ASEAN pula selain dari Singapura negara seperti Laos, Cambodia, Vietnam dan Myanmar merasa selesa melalui ASEAN untuk membangunkan sosio ekonomi mereka dan melaksanakan rancangan pembangunan keseluruhan negara masingmasing melibatkan sokongan bukan sahaja dari ASEAN tetapi rangkaian rakan-rakan dialog yang terdiri dari kuasa-kuasa besar dan sederhana. Sebab itulah organisasi rantau antarabangsa memberi keyakinan kepada negara-negara kecil dan sederhana bahawa melalui kesepakatan mereka dapat memperjuangkan kepentingan bersama mereka diperingkat rantau dan global. Dengan menjadi ahli dalam pertubuhan antarabangsa negara ahli terikat pada piagamnya, treati atau konvensyen. Keahlian secara tidak langsung bermakna mereka menyerahkan sebahagian dari kedaulatan negara kepada pertubuhan-pertubuhan multilateral antarabangsa ataupun rantau. Justru minat menyertai organisasi rantau oleh kerana manfaat serta pengaruh yang tidak mungkin diperolehi secara sendirian. Lagipula negara-negara berkenaan akan berasa lebih terselamat sebagai sebahagian dari kumpulan yang besar untuk berdepan dengan tekanan serta cabaran yang datang dari dalam dan luar. Dengan sendirinya tujuan seperti melahirkan satu komuniti ASEAN lebih berkemungkinan dicapai kerana pelbagai prasarana politik dan ekonomi telah disediakan bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut. Perkembangan politik dan hubungan antarabangsa terus berubah mengikut keperluan semasa. Jika pada masa lampau golongan yang memperjuangkan kemerdekaan negara mereka dari dibelenggu penjajah menggunakan pelbagai pendekatan termasuk menggunakan kekerasan dianggap sah. Walaubagaimana pun pada masa ini persekitaran dunia telah berubah dengan campurtangan PBB dan kuasa-kuasa besar tertentu diatas nama undang-undang kemanusiaan. Pada hari ini opsyen yang ada bagi memperjuangkan kebebasan berdepan dengan kekangan baru. Pejuang kini boleh dilabelkan sebagai pengganas atau kumpulan pengganas. Justru mereka tidak dapat sokongan menyeluruh dari masyarakat antarabangsa. Perbuatan mereka jika melibatkan kegunaan kekerasan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Kaedah perjuangan boleh dirumuskan oleh kuasa-kuasa besar sebagai melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Oleh hal demikian mereka juga boleh dituduh dan dibawa ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk dihakimi dan dihukum. Namun begitu tindak balas oleh negara yang menakluk dan menjajah dengan cara keganasan yang keterlaluan terhadap pejuang-pejuang tidak pula dilabelkan sebagai state terrorism. Lazimnya keganasan yang dilakukan oleh sesebuah negara yang mendampingi kuasa besar berbeza dan mereka tidak dihukum, seolah menghalalkan keganasan yang dilakukan. Walaupun apa yang dilakukan sebenarnya bukanlah bagi tujuan mempertahankan wilayah mereka. Terang-terang telah menggunakan kekerasan berlebihan (excessive force) bila berdepan dengan pejuang-pejuang kebebasan. Ia banyak menyebabkan kematian orang awam yang tidak berdosa. Kini taktik dan strategi sama digunakan di Iraq dan Afghanistan melalui serangan udara. Sering berlaku orang awam terbunuh kerana silap sasar. Yang terbaik mereka akan hanya meminta maaf.

Perbuatan mereka sememangnya tidak setimpal dengan mempertahankan kedaulatan wilayah dari apa yang dilabelkan sebagai serangan pengganas. Pelbagai alasan akan diberikan untuk tidak mengambil tindakan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lumpuh bila berhadapan dengan keadaan sebegitu. Baru-baru ini Goldstone Report, yang menunjukkan Israel melakukan genocide ditolak oleh Israel. Mengikut laporan tersebut Israel melakukan jenayah perang. Mereka terus bersandar kepada negara penaung untuk dikecualikan berdepan dengan keadilan. Rejim pertubuhan antarabangsa yang pada masa ini masih lagi tidak berperanan secara effektif dan berkesan bagi menanggani masalah di Palestin, Kashmir, Iraq dan Afghanistan serta perang-perang saudara di Afrika. Masyarakat antarabangsa juga sering dikaburi oleh kepimpinan diperingkat antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya digunakan apabila mereka mencari legitimasi keatas tindak tanduk mereka. Mungkin jika PBB ada kredibiliti dan integritinya ia dapat mengelakkan peperangan tercetus diserata tempat. Buat masa ini negara-negara kecil dan sederhana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat. China sebagai ahli tetap Majlis Keselamatan pun berhati-hati, tidak mahu assert pengaruh dan autoritinya. Kuasa veto yang ada pada ahli tetap di dalam Majlis Keselamatan berperanan melemahkan keberkesanan PBB dan Majlis itu sendiri. Malaysia senantiasa berpendirian yang PBB sepertimana ia ada sekarang tidak dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah semasa dunia. Sebab itu Malaysia menyokong penyusunan semula PBB dan Majlis Keselamatan. Dasar luar yang konsisten, berprinsip dan pragmatik telah menjadikan Malaysia dihormati dan disegani oleh negara-negara lain. Selagi Malaysia tidak berdiam diri dan terus berperanan ketara, dasar luar Malaysia membawa kebaikan untuk negara. Semenjak tahun 1981 sehingga 2003 semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Malaysia diletakkan dipeta dunia. Malaysia telah mengambil bahagian di dalam pelbagai isu rantau dan antarabangsa. Beliau telah bergerak mengikut arus dan tidak khuatir untuk menentang arus. Apa juga yang menyentuh soal kemanusiaan dan keadilan sejagat Malaysia tidak sunyi menyuarakan pandangan dan perspektifnya. Isu ekonomi, politik, social dan budaya, sistem dan oder dunia akan dianalisis dan diberi teguran oleh Malaysia diforum rantau dan global. Akhirnya kawan dan lawan terpaksa mengiktiraf peranan dan sumbangannya kepada masyarakat antarabangsa. Selaku Menteri Luar Negeri, saya dapat mengikut dengan dekat penglibatannya yang seringkali meletakkan Malaysia ditengah persada dunia. Jelas sekali di antara Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir bertanggungjawab menjadikan Malaysia pemain global yang dikagumi dan dihormati. Saya terpaksa bergerak dari satu sudut dunia membawa mesejnya diperingkat dua hala dan pelbagai hala. Bertemu ketua negara/kerajaan serta Menteri dalam isu yang menjanjikan untuk melahirkan dunia yang lebih adil dan seimbang. Kerana sikapnya yang pragmatik, beliau sering mengubah pendekatan dalam soal dasar luar untuk menyesuaikan dengan keadaan dan kepentingan strategik Malaysia. Yang penting sekali ramai pemimpin negara yang berkunjung ke Malaysia mahu belajar dari kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia. Sudah tentu peranan yang aktif dan proaktif dasar luar terlaksana dalam iklim dalaman atau domestik yang stabil dan pembangunan ekonomi yang membanggakan. Jika Dr. Mahathir mengatakan pada masa dulu ini Abad Asia, kemudiannya beliau menukarkan kepada abad dunia bagi mencapai keamanan dan kedamaian dunia. Walaupun beliau dingin diperingkat awal kepada APEC, akhirnya beliau menjadi lebih komited kepadanya setelah melihat manfaat yang boleh diperolehi oleh negara, sehinggakan beliau bersetuju untuk Malaysia menjadi

hos kepada Sidang Kemuncak APEC November 1998. Saya ingat apabila saya mengesyorkan kepada beliau untuk menjadi pengerusi NAM dan OIC, reaksi beliau diperingkat awal ialah pertubuhan ini adalah talking shop dan tidak ada sesuatu yang bermanfaat akan diperolehi dengan memimpin pertubuhan tersebut. Saya memberitahunya yang beliau senantiasa memperjuangkan kepentingan negara-negara membangun dan negara-negara Islam, maka masanya telah tiba untuk beliau memimpin kedua-dua organisasi tersebut. Beliau bersetuju dan dengan itu juga Malaysia memainkan peranan yang aktif dan membanggakan semasa kepimpinan Malaysia di kedua-dua organisasi itu. Itulah yang saya maksudkan pendekatan dasar luar Malaysia tidak beku dan dibelenggu oleh negara maju ataupun barat. Malaysia telah mendaki gunung dan menentang arus. Namun Malaysia terus berjaya dalam hubungan politik antarabangsa serta sebagai negara perdagangan. Ia satu proses yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara global.

KUALA LUMPUR, 1 Nov Malaysia dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan besar dalam dasar luarnya di dekad berikutnya semasa ia menghala ke arah merelisasikan hasrat Wawasan 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata perubahan besar dijangka tidak berlaku walaupun beberapa pengubahsuaian perlu semestinya dibuat dalam dasar-dasar luar negara, untuk melihat sekiranya beberapa aspek perlu dikemaskini, diubahsuai atau diketepikan terus, bagi dasar-dasar yang tidak lagi berkaitan. Katanya perubahan dasar-dasar luar negara akan dilakukan secara evolusi dalam pendekatan pembaharuan dan kelangsungan, mengikut landasan yang digarap rapi hasil peristiwa silam, tapi mungkin mungkin disuntik dengan sedikit inovasi dan lebih adventurous. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam anjuran Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), yang dibacakan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini malam tadi. Semasa kita menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru, kita akan kekal ikhlas kepada prinsip-prinsip asas atau persepsi dasar luar negara yang di gariskan oleh pemimpin-pemimpin negara sebelum ini. Dengan berpijak kepada prinsip-prinsip ini, pastinya kepentingan strategik kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik dan bermanfaat dengan semua negara dan perkumpulan, termasuk yang besar dan berkuasa, yang kehadiranya amat dirasai di rantau ini, berdasarkan kepada kesamaan dalam kepentingan, tambahnya. Bernama

Dasar Luar Malaysia Terus Dihormati KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Dalam konteks dasar luar Malaysia, tempoh 100 hari pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri telah mencerminkan kesinambungan Kuala Lumpur -- meneruskan dasar luar yang mesra, dinamik dan progresif yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Ini adalah selaras dengan dasar luar Malaysia yang diguna pakai sejak sekian lama iaitu tiada campur tangan dengan hal ehwal dalaman negara lain dan saling menghormati dan pada masa yang sama melindungi kepentingan geopolitik negara. Lawatan Najib ke beberapa negara dalam tempoh 100 hari itu serta perbincangan yang diadakannya dengan para pemimpin asing, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, dan kenyataan yang dibuatnya selepas semua perbincangan itu hanya menonjolkan satu perkara -- hasrat Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala dan pada masa yang sama menerokai kerjasama baru dan juga pendirian tegas Kuala Lumpur mengenai isu-isu penting

global. "Akhiran luar jangkaan" pada lawatan pertama Perdana Menteri ke luar negara selepas dilantik perdana menteri pada 3 April ke Sidang Kemuncak Asean Ke-14 di Pattaya, Thailand -- sidang kemuncak itu dibatalkan akibat bantahan antikerajaan -- tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk meneruskan hubungan dua hala yang kukuh dengan negara-negara Asean.

Lawatan beliau ke beberapa negara Asean turut mencerminkan pendirian teguh Malaysia akan pentingnya negara-negara jiran serta negara anggota Asean dan rantau ini secara menyeluruh. Lawatannya ke Indonesia pada 22-23 April, di mana Jakarta menaik taraf lawatan kerja itu kepada lawatan rasmi, berakhir dengan jayanya, dengan komitmen daripada Indonesia untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala, meningkatkan kerjasama dalam bidang baru dan menyelesaikan sebarang masalah melalui rundingan. Dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menerokai kerjasama dalam bidang baru iaitu sektor pertahanan dan tenaga. Pada akhir April, Najib mengadakan perbincangan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan, mengenai pelbagai isu termasuk sempadan daratan dan maritim antara Malaysia dan Brunei, di mana Najib melahirkan keyakinan bahawa kedua-dua negara akan memuktamadkan garisan persempadanan daratan dan maritim, walaupun beliau tidak memberikan tempoh masa yang spesifik. Lawatan Najib ke negara jiran Singapura pada 21-22 Mei, merupakan satu lagi langkah memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia-Singapura, yang berdepan sedikit masalah di masa lepas. Beliau dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong telah menyatakan bahawa masalah yang diwarisi mereka sejak 18 tahun lepas boleh diselesaikan secepat mungkin. "Kami tidak perlu tunggu 18 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah ini," kata Najib merujuk kepada Perkara-Perkara Perjanjian berhubung isu masa depan tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Singapura. Di samping itu, Menteri Mentor republik itu Lee Kuan Yew melakukan lawatan lapan hari ke negara ini dan turut mengadakan pertemuan dengan Najib. Pada 8 Jun, Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dengan kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu, terutamanya berkaitan perdagangan, pelaburan dan konflik di selatan Thailand dan pertemuan itu memberi ruang kepada kedua-dua negara dan pemimpin untuk memperkukuhkan lagi hubungan tradisi Malaysia-Thailand. Najib juga mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Republik Korea (ROK) di Pulau Jeju pada 1 dan 2 Jun di mana beliau bersama-sama pemimpin lain, menandatangani Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Peringatan Asean-ROK. Pendirian tegas Malaysia seperti dinyatakan oleh Najib mengenai program senjata nuklear Korea Utara, bahawa rantau itu sepatutnya bebas daripada senjata nuklear, mendapat

penghargaan

daripada

Presiden

Korea

Selatan

Lee

Myung-bak.

Lawatan rasmi empat hari beliau ke China pada awal Jun yang disifatkan oleh Najib sebagai "amat berhasil", Perdana Menteri telah berikrar bahawa sebagai anak Tun Abdul Razak Hussein, yang menjalin hubungan diplomatik dengan China 35 tahun lepas, beliau akan berusaha meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-Beijing ke tahap lebih tinggi. China turut memecahkan tradisi apabila negara itu memberikan layanan istimewa kepada Najib dengan membenarkan ucapan dibuat selepas majlis pemeteraian di Great Hall of the People kerana biasanya tiada ucapan dibuat selepas pemeteraian MoU antara kedua-dua negara, tetapi China memutuskan untuk memberikan penghargaan kepada Najib dan bapanya Tun Abdul Razak, kerana menjalin hubungan diplomatik dengan China dan seterusnya memperkukuhkannya. Pada 6 Julai, Najib menerima lawatan rakan sejawatnya dari Australia, Kevin Rudd, dengan Perdana Menteri Australia itu mengucapkan tahniah kepada Najib bagi program ekonomi yang diumumkannya baru-baru ini dan kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai isu termasuk usaha memerangi penyeludupan manusia, perdagangan, teknologi hijau dan pendidikan. Perbincangan antara Najib dengan Presiden Obama yang menyentuh isu dua hala dan antarabangsa kepentingan bersama, termasuk tiga isu utama bagi AS -- Korea Utara, Afghanistan dan Iran dianggap oleh ramai pihak sebagai kemuncak dalam dasar luar Malaysia sepanjang 100 hari pimpinannya. Melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Obama pada 26 Jun, pemimpin AS itu meminta bantuan Malaysia ke arah memastikan semenanjung Korea bebas nuklear berikutan program senjata yang dilaksanakan oleh Korea Utara merupakan isu mendesak bagi pentadbirannya dan masyarakat antarabangsa. Najib turut bersetuju dengan permintaan Obama mengenai kemungkinan Malaysia mengambil bahagian dalam proses pembinaan semula di Afghanistan. Sambil melahirkan harapan negara Iran tidak akan melaksanakan program senjata nuklear, Obama turut meminta Malaysia memainkan peranan dalam membantu bagi diadakan dialog terbuka dan perjanjian pada skala lebih luas antara Washington dan Iran kerana Kuala Lumpur dan Teheran telah menjalin hubungan baik sejak sekian lama. Sepanjang 100 hari pertama memegang jawatan itu, Perdana Menteri malahan telah menggariskan hala tuju dan visi dasar luar Malaysia di bawah pentadbirannya.

Anda mungkin juga menyukai