Anda di halaman 1dari 1

18

REFLEKSI Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sebagai seorang guru yang banyak berhadapan dengan cabaran dalam mendidik anak bangsa, saya sedar saya perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan ini. Tugasan ini memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya kita mempelajari dan menghayati sejarah ketamadunan Islam yang telah menyumbang kepada kemajuan ketamadunan manusia sejagat. Melalui tugasan ini juga ,saya memaksa diri saya untuk membaca pelbagai bahan yang memperkatakan tentang sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang ilmu.Sebelum ini,saya sememangnya tidak mengetahui bahawa tamadun Islamlah yang menyumbang kepada ketamadunan dunia.Maha suci Allah. Saya juga telah belajar bagaimana untuk memperoleh maklumat dan menyelesaikan sesuatu dalam tempoh yang ditetapkan. Saya sedar matlamat tugasan ini bukan sahaja untuk menambahkan ilmu pengetahuan tetapi untuk melatih saya mengumpul maklumat, menganalisis dan mempersembahkannya dalam bentuk penulisan. Kemahiran ini amat penting jika saya ingin menjadi seorang pendidik yang profesional. Saya juga berharap agar segala kemahiran yang telah saya peroleh akan menjadi aset kepada saya untuk menceburi lebih banyak bidang dan lebih berjaya di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai