Anda di halaman 1dari 2

Kelab Rakan Integriti Mahasiswa, IPG Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Pegawai / Pengurus, Bank Muamalat

Tuan, Memohon Penukaran Nama Pemegang Akaun Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon penukaran nama pemegang akaun bagi Kelab Rakan Integriti Mahasiswa IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. 2. Ahli ahli Kelab Rakan Integriti Mahasiswa IPG Kampus Raja Melewar telah sebulat suara membuat keputusan untuk menukar nama pemegang akaun kelab ini dalam satu mesyuarat kelab yang diadakan pada 2 Februari 2012 yang lepas. Bersama ini dilampirkan juga minit mesyuarat tersebut. 3. Ahli ahli kelab telah bersetuju untuk melantik dua orang pemegang akaun yang baharu iaitu Encik Zainudin bin Zainal Abidin dan Encik Nor Affandi bin Khiruddin menggantikan Encik Mohd Zulfadle bin Mahamad. 4. Diharapkan permohonan penukaran nama pemegang akaun dapat dipertimbangkan dan diluluskan dengan kadar yang segera supaya urusan keluar masuk wang lebih mudah dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Tandatangan pemegang akaun, Tandatangan pemegang akaun,

( ZAINUDIN BIN ZAINAL ABIDIN )

( NOR AFFANDI BIN KHIRUDDIN )

Disediakan oleh,

( MOHAMAD AFIFI BIN JAFRI ) Naib Setiausaha, Kelab Rakan Integriti Mahasiswa, IPG Kampus Raja Melewar.